DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Madulia (ubat batuk)

Written by duniaherbahpa on Aug 19th, 2008 | Filed under: Produk Makanan Kesihatan, Produk Minuman, Produk Penawar Penyakit

madulia-v2.PNG

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 2

========================================

Panduan/Petua Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Madulia

Madulia sudah berada di pasaran

Madu lebah boleh dijadikan ubat batuk jika di campurkan dengan halia merah, cengkih dan kulit kayu manis. Kini HPA mengeluarkan produk ubat batuk kesihatan tanpa bahan kimia yang dinamakan MADULIA. Daripada testimoni awal yang saya terima menunjukan produk ini InsyaAllah akan teguh dipasaran kerana kehendak pengguna kepada bahan alami semakin meningkat.

Disamping itu, MADULIA juga menghilangkan kahak dalam ruang pernafasan khusus pada mereka yang ada athma. Boleh digunakan pada semua peringkat umur.

Madulia ubat batuk HPA

Ubat batuk MADULIA kini akan mula dipasarkan oleh AWM. MADULIA menggunakan halia sebagai bahan utama. Ramuan dari beberapa jenis rempahan ini dijangka akan memberikan pilihan kepada pengguna bagi menggantikan penggunaan ubat batuk yang lain. Kita namakan MADULIA kerana madu digunakan sebagai media untuk perawatan batuk disamping herba lainnya.

Tahukah anda bahawa dalam tempoh 24 jam tidak ada seekor kuman pun yang boleh hidup didalam madu. Oleh sebab itu pada zaman dahulu madu sangat terkenal dijadikan sebagai ubat batuk yang mujarab. InsyaALLAH.

Batuk

Apabila anda batuk yang teruk jangan sekali-kali memakan buah anggur kerana batuknya akan menjadi semakin parah. Bagitu juga dengan buah mempelam/mangga atau timun yang boleh menyebabkan batuk berterusan. Walaupun buah-buahan ini termasuk dalam kelompok sejuk tetapi ia tidak mengurangi masalah batuk. Getah anggur pula sangat baik untuk batuk disamping pengambilanya disinergikan dengan biji selasih,kurma merah,halwa kundur dan lain lain lagi.

Batuk dapat di legakan dengan madu yang dicampur halia merah(bukan halia bara). Ini terdapat dalam produk MADULIA tetapi jika pengambilan herba ini tidak berapa efektif, ia perlu di ambil dengan perahan limau/jeruk(ind) nipis bersamanya. Perahkan separuh limau nipis kedalam satu senduk MADULIA dan minum terus (jangan campur air) selepas beberapa minit barulah minum air jika mahu.

Pengambilan MADULIA ini sebenarnya diambil sedikit-dikit tetapi kerap dilakukan mungkin lebih dari 10 kali sehari (1/3 sudu makan/setiap kali pengambilan) Kerap dengan sedikit-dikit lebih baik dari banyak sekali gus, itulah kaedah perawatan batuk. InsyaAllah.

  • Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Ubat Gigi Herba HPA
  2. Ubat Gigi Miswak HPA

Tags:


11 Responses to “Madulia (ubat batuk)”

  1. Bolehkah ubat batuk ini diberi kepada bayi berumur 10 bulan? Anak saya sentiasa batuk & selsema. baru nak baik, dah batuk semula. Doktor kata dia allergi mugkin kepada cuaca & persekitaran. Lagipun dia tinggal di nursery pada waktu siang. Jika ada apa2 ubat yang boleh diberi kepadanya bolehlah cadangkan di sini. tq

  2. Saya ingin tahu ubat batuk ini boleh diminum oleh ibu-ibu mengandung ke tidak? bila ubat batuk ini dipasarkan? saya tanya stokis, tak tahu?

  3. Saya tinggal di Ulu Klang KL. Dimanakah tempat yang berhampiran untuk memperolehi ubat ini. sekian tk.

  4. anak saya berusia sebulan 14 hari, batuk2 dan selesema. adakah selamat utk memberikan madulia?

  5. Anak saya batuk di waktu malam, Ibu mertua saya memberikan Madulia sbg ubat rawatan herbal. Kebiasaan anak kami akan mengambil ubat Ventolin. Pertanyaan, patutkah saya jadikan tabiat harian agar anak kami makan Madulia setiap hari walaupun batuknya sudah pulih? Ataupun makan bila perlu? Utk pengetahuan pihak Tuan/Puan anak saya mengidap asthma.

  6. Bolehkah ubat batuk ini diberi kepada bayi berumur 10 bulan? Anak saya selalu batuk berkahak, dada dia macam ada bunyi. baru nak baik, dah batuk semula. Jika ada apa2 ubat yang boleh diberi kepadanya bolehlah cadangkan di sini. tq

  7. bolehkah penggunaan madulia ini untuk ibu hamil?

  8. anak saya berumur 8 bulan mengalami batuk berkahak, selsema. dadanya pulak berbunyi selama 2 bulan. dah macam2 ubat n klinik saya dh pergi. boleh x saya memberi anak saya makan ubat ni?

  9. adakah produk ini boleh diambil oleh ibu mengandung?

  10. anak saya berumur 10 bulan.. sejak akhir-akhir ini dia kerap batuk.. terutama waktu sejuk…. bolehkah saya memberi madulia kepada anak saya

  11. Anak saya baru berusia 1 bulan 14 hari.Dia mengalami batuk,kahak dan selsema. Apakah kaedah rawatan menggunakan produk HPA yang sesuai untuk mengubati penyakit anak saya?

Leave a Reply