DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Koperasi HPA Agih Dividen 10% Kepada Ahli

Written by duniaherbahpa on Aug 27th, 2008 | Filed under: Info Terkini HPA, Koperasi HPA

Setelah agak lama menunggu berita terkini dari Koperasi Wahida HPA Berhad (KoWahida), akhirnya pihak koperasi mengumumkan agihan dividen sebanyak 10% kepada semua ahli yang melabur. Alhamdulillah, syukur.

Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-2 KoWahida telah berlangsung di HPA Cawangan Kajang, hari Sabtu yang lalu, 23 Ogos 2008. KoWahida telah mencatat jumlah keuntungan bersih RM342,864,19 dan pembahagian dividen sebanyak 10% kepada ahli-ahlinya.

Dividen yang akan dibayar nanti adalah pelaburan sehingga 30 Jun 2007. Keuntungan terkumpul yang dibawa ke hadapan RM29,201.18 (selepas tolak pembahagian berkanun dan dividen).

KoWahida akan diberi peluang untuk menguruskan beberapa outlet Radix Fried Chicken (RFC) menjelang 2009. Selain itu, KoWahida juga akan memfokuskan pelaburannya dalam bidang pertanian dan industri asas tani. Ia akan menjadi pembekal utama bahan-bahan mentah yang akan digunakan oleh HPA sebagai barang siap dalam menghasilkan produk-produk perniagaannya.

Menjelang 2009, KoWahida akan mempunyai bangunan pejabatnya sendiri. Kakitangan pengurusan yang terlatih dan professional juga akan diambil bertugas. Bagi memudahkan pengurusan pengangkutan dan penghantaran bahan mentah, KoWahida juga merancang untuk membeli kenderaan sendiri.

jumbomega.jpg

Sebagai pelabur utama dalam produk Kopi Radix, KoWahida juga akan melebarkan perniagaannya dalam Takaful Am, khususnya memperbaharui cukai jalan kenderaan bermotor. KoWahida akan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan dua syarikat takaful dalam usaha merealisasikan perniagaan ini. Dijangka keuntungan besar akan diperoleh menerusi pelaburan ini.

Dalam mesyuarat tersebut 15 ALP telah dipilih oleh perwakilan untuk menguruskan perjalanan KoWahida bagi sesi 2008/2009.

Ahli Lembaga Pengarah Baru Koop

1. En Mohd Faisol b Abd Rahman- pengerusi
2. En Azizan bin Ahmad- setiausaha
3. Pn Norbee bt Ramli
4. pn Siti Zawiyah bt Abd Rahman
5. En Ramly bin Ahmad
6. En Zamri bin Osman
7. Pn Rashidah binti Abdul Rahim
8. Pn Zaharah binti Yusoff
9. En Hafidzan bin Fauzi
10. Tn Hj Fisal Ahmad bin Hj Ahmad Tajuddin
11. En Abdul Ghani Hussain.
12. Tn Hj Khalid bin Iskri
13. Cikgu Murad bin Abu Bakar.
14. Cikgu Ismail bin Osman
15. En Rosli bin Abu Bakar – Bendahari.

Perwakilan yang hadir juga telah bersetuju agar projek-projek berikut dilaksanakan pada tahun 2009.

1. Pembekalan bahan mentah kopi Radix
2. Takaful Am
3. Perniagaan yang melibatkan pertanian (tanaman untuk ternakan)
4. Radix Fried Chicken (RFC)

Sumber maklumat:

http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/08/koperasi-hpa-wahida_23.html

http://pjskpu.blogspot.com/2008/08/koperasi-hpa-beri-dividen-10.html

Ingin melabur? Rujuk artikel disini.

  • Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Koperasi HPA Umum Dividen 14%
  2. Bagaimana Caranya Untuk Menjadi Ahli Koperasi HPA
  3. Koperasi HPA: Koperasi Terbaik Negeri Perlis 2009
  4. Berita Koperasi HPA
  5. Koperasi Wahida (koHPA)



One Response to “Koperasi HPA Agih Dividen 10% Kepada Ahli”

  1. Salam, apakah kesan jika saya mengamalkan kapsul roselle, dalam masa yang sama saya mengambil produk kesihantan yang lain seperti soy collegan.

Leave a Reply