DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Archive for August, 2008

Koperasi HPA Agih Dividen 10% Kepada Ahli

Written by duniaherbahpa on Aug 27th, 2008 | Filed under: Info Terkini HPA, Koperasi HPA

Setelah agak lama menunggu berita terkini dari Koperasi Wahida HPA Berhad (KoWahida), akhirnya pihak koperasi mengumumkan agihan dividen sebanyak 10% kepada semua ahli yang melabur. Alhamdulillah, syukur.

Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-2 KoWahida telah berlangsung di HPA Cawangan Kajang, hari Sabtu yang lalu, 23 Ogos 2008. KoWahida telah mencatat jumlah keuntungan bersih RM342,864,19 dan pembahagian dividen sebanyak 10% kepada ahli-ahlinya.

Dividen yang akan dibayar nanti adalah pelaburan sehingga 30 Jun 2007. Keuntungan terkumpul yang dibawa ke hadapan RM29,201.18 (selepas tolak pembahagian berkanun dan dividen).

KoWahida akan diberi peluang untuk menguruskan beberapa outlet Radix Fried Chicken (RFC) menjelang 2009. Selain itu, KoWahida juga akan memfokuskan pelaburannya dalam bidang pertanian dan industri asas tani. Ia akan menjadi pembekal utama bahan-bahan mentah yang akan digunakan oleh HPA sebagai barang siap dalam menghasilkan produk-produk perniagaannya.

Menjelang 2009, KoWahida akan mempunyai bangunan pejabatnya sendiri. Kakitangan pengurusan yang terlatih dan professional juga akan diambil bertugas. Bagi memudahkan pengurusan pengangkutan dan penghantaran bahan mentah, KoWahida juga merancang untuk membeli kenderaan sendiri.

jumbomega.jpg

Sebagai pelabur utama dalam produk Kopi Radix, KoWahida juga akan melebarkan perniagaannya dalam Takaful Am, khususnya memperbaharui cukai jalan kenderaan bermotor. KoWahida akan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan dua syarikat takaful dalam usaha merealisasikan perniagaan ini. Dijangka keuntungan besar akan diperoleh menerusi pelaburan ini.

Dalam mesyuarat tersebut 15 ALP telah dipilih oleh perwakilan untuk menguruskan perjalanan KoWahida bagi sesi 2008/2009.

Ahli Lembaga Pengarah Baru Koop

1. En Mohd Faisol b Abd Rahman- pengerusi
2. En Azizan bin Ahmad- setiausaha
3. Pn Norbee bt Ramli
4. pn Siti Zawiyah bt Abd Rahman
5. En Ramly bin Ahmad
6. En Zamri bin Osman
7. Pn Rashidah binti Abdul Rahim
8. Pn Zaharah binti Yusoff
9. En Hafidzan bin Fauzi
10. Tn Hj Fisal Ahmad bin Hj Ahmad Tajuddin
11. En Abdul Ghani Hussain.
12. Tn Hj Khalid bin Iskri
13. Cikgu Murad bin Abu Bakar.
14. Cikgu Ismail bin Osman
15. En Rosli bin Abu Bakar – Bendahari.

Perwakilan yang hadir juga telah bersetuju agar projek-projek berikut dilaksanakan pada tahun 2009.

1. Pembekalan bahan mentah kopi Radix
2. Takaful Am
3. Perniagaan yang melibatkan pertanian (tanaman untuk ternakan)
4. Radix Fried Chicken (RFC)

Sumber maklumat:

http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/08/koperasi-hpa-wahida_23.html

http://pjskpu.blogspot.com/2008/08/koperasi-hpa-beri-dividen-10.html

Ingin melabur? Rujuk artikel disini.

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.

Air Minuman Beralkali

Written by duniaherbahpa on Aug 27th, 2008 | Filed under: Produk Minuman

Air Minuman Beralkali HPA (label berwarna biru)

1. Isipadu : 600ml

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 1.30
Sabah & Sarawak: -

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 1
Sabah & Sarawak: -

Nilai Mata (NM): 0.25

2. Isipadu: 1500ml

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 2.50
Sabah & Sarawak: -

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.00
Sabah & Sarawak: -

Nilai Mata (NM): 0.5

========================================

Panduan/Petua/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Air Minuman Beralkali

Air Mineral berlabel biru

“Jika rezeki itu di bumi keluarkan Ya Allah” Itulah sebahagian doa warga kerja HPA dipagi-pagi hari selepas solat Dhuha. Allah yang Maha kaya telah mengurniakan pada kita sebuah telaga air mineral di Pokok Sena Kedah dan kini telah telah mula diedarkan dipasaran menggunakan label berwarna biru.

Terdapat 2 jenis air mineral yang berada dipasaran namun bagitu air mineral(biru) mengandungi kadar alkali yang tinggi iaitu pH9 sangat sesuai digunakan untuk tujuan perubatan. Kita juga berharap masalah bekalan air mineral akan mencukupi di semua cawangan HPA terutama bagi negeri-negeri pantai barat.

Syukur.

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.

Bedak Delima (biji)

Written by duniaherbahpa on Aug 21st, 2008 | Filed under: Produk Penawar Penyakit

bedak-delima-biji

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 25.00
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 20.00
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 5

========================================

Panduan/Petua/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Bedak Delima (biji)

Ficus/bedak delima (biji) untuk buasir

Ficus adalah salah satu produk HPA yang berkesan untuk rawatan buasir. Ia di buat daripada sejenis herba yang dikenali sebagai pokok Tengkok Biawak ataupun Ficus calicarpa. Dilihat dari bentuk batangnya mengambarkan juga seperti usus orang yang buasir.

Herba ini bersifat astringen iaitu mengecutkan dan bahagian yang berkesan untuk rawatan buasir daripada getahnya yang berwarna merah. Sebaiknya dibuka kapsul dengan dos 5x 3 dan di bancuh dengan air panas segelas ketika perut kosong. Kalau ada ketulan yang menyakitkan di luar boleh gunakan bedak delima (biji) yang baru dipasarkan.

Dalam masa yang dekat ketulan akan menjadi kecut, InsyaAllah.

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.

Bedak Talkum Wanita (MBK)

Written by duniaherbahpa on Aug 19th, 2008 | Filed under: Produk Kegunaan Harian

bedak-wanita-v2.PNG

Adunan istimewa dengan haruman sitrus, bunga-bungaan dan rempah ratus menimbulkan keceriaan dan keselesaan agar terasa segar, nyaman dan harum.

Kandungan: 80 g

*MBK – Mari bersama kami

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 6.50
Sabah & Sarawak: RM 8.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 5.50
Sabah & Sarawak: RM 6.50
Nilai Mata (NM): 2

========================================

Panduan/Petua Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Bedak Talkum Wanita

Pengedaran bedak talkum

Minggu ini bedak talkum wanita (MBK) telah mula diedar ke seluruh cawangan. Pemintaan yang tinggi dijangka akan dapat menjadikan produk ini salah satu imej HPA dipasaran. HPA akan mengeluarkan tiga jenis talkum khusus untuk lelaki,wanita dan anak kecil.

Pemerosesan talkum dibuat di kilang Muslimah dan dijangka jualanya akan mencecah ratusan ribu unit dalam tempoh tiga bulan pertama. Kita akan pastikan setiap rumah di negara ini akan membeli talkum keluaran HPA InsyaAllah.

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.

Madulia (ubat batuk)

Written by duniaherbahpa on Aug 19th, 2008 | Filed under: Produk Makanan Kesihatan, Produk Minuman, Produk Penawar Penyakit

madulia-v2.PNG

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 2

========================================

Panduan/Petua Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Madulia

Madulia sudah berada di pasaran

Madu lebah boleh dijadikan ubat batuk jika di campurkan dengan halia merah, cengkih dan kulit kayu manis. Kini HPA mengeluarkan produk ubat batuk kesihatan tanpa bahan kimia yang dinamakan MADULIA. Daripada testimoni awal yang saya terima menunjukan produk ini InsyaAllah akan teguh dipasaran kerana kehendak pengguna kepada bahan alami semakin meningkat.

Disamping itu, MADULIA juga menghilangkan kahak dalam ruang pernafasan khusus pada mereka yang ada athma. Boleh digunakan pada semua peringkat umur.

Madulia ubat batuk HPA

Ubat batuk MADULIA kini akan mula dipasarkan oleh AWM. MADULIA menggunakan halia sebagai bahan utama. Ramuan dari beberapa jenis rempahan ini dijangka akan memberikan pilihan kepada pengguna bagi menggantikan penggunaan ubat batuk yang lain. Kita namakan MADULIA kerana madu digunakan sebagai media untuk perawatan batuk disamping herba lainnya.

Tahukah anda bahawa dalam tempoh 24 jam tidak ada seekor kuman pun yang boleh hidup didalam madu. Oleh sebab itu pada zaman dahulu madu sangat terkenal dijadikan sebagai ubat batuk yang mujarab. InsyaALLAH.

Batuk

Apabila anda batuk yang teruk jangan sekali-kali memakan buah anggur kerana batuknya akan menjadi semakin parah. Bagitu juga dengan buah mempelam/mangga atau timun yang boleh menyebabkan batuk berterusan. Walaupun buah-buahan ini termasuk dalam kelompok sejuk tetapi ia tidak mengurangi masalah batuk. Getah anggur pula sangat baik untuk batuk disamping pengambilanya disinergikan dengan biji selasih,kurma merah,halwa kundur dan lain lain lagi.

Batuk dapat di legakan dengan madu yang dicampur halia merah(bukan halia bara). Ini terdapat dalam produk MADULIA tetapi jika pengambilan herba ini tidak berapa efektif, ia perlu di ambil dengan perahan limau/jeruk(ind) nipis bersamanya. Perahkan separuh limau nipis kedalam satu senduk MADULIA dan minum terus (jangan campur air) selepas beberapa minit barulah minum air jika mahu.

Pengambilan MADULIA ini sebenarnya diambil sedikit-dikit tetapi kerap dilakukan mungkin lebih dari 10 kali sehari (1/3 sudu makan/setiap kali pengambilan) Kerap dengan sedikit-dikit lebih baik dari banyak sekali gus, itulah kaedah perawatan batuk. InsyaAllah.

  • Share/Save/Bookmark
Tags: