Baja Organik HPA

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 15.00
Sabah & Sarawak: RM
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 12.00
Sabah & Sarawak: RM
Nilai Mata (NM): 3
========================================
Panduan/Petua Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Baja Organik
Baja organik (ORGANO EM)
HPA Farm telah mula membuat jualan baja organik yang dikenali sebagai ORGANO EM di pasaran MLM. Baja organik ini telah di dicuba pada tanaman pegaga dan roselle, terbukti dapat meningkatkan hasil pertanian. Ini kerana baja Organo EM mengandungi bakteria pengurai yang sangat baik untuk menghidupkan tanah yang mati akibat dari pembajaan kimia yang tidak terkawal.
Kita berjuang agar generasi akan datang menukar penggunaan input pertanian kimia kepada penggunaan organik bagi memastikan kualiti makanan lebih baik berbanding dengan bertambahnya penyakit yang rentan dengan ubatan kimia. Baja organik juga boleh digunakan untuk tanaman hiasan dan pokok-pokok bunga.
Harga Jualan 5kg – RM15.00
Harga jualan 2kg – RM8.00
Tukar pembajaan hari ini kepada organik.
Baja organik HPA
Terdapat 3 jenis baja organik yang akan dipasarkan oleh HPA Farm iaitu
1.Organo EM (A)
2. Organo EM (C)
3.Organo EM (K)
Kilang baja organik ini didirikan di Tapak Industri Kampung, Jalan Bukit Tembaga, Pokok Sena, Kedah. Bahan asas pembuatan baja organik daripada najis ayam, kambing dan cacing. Kesemuanya melalui proses pemeraman mikrob yang dikenali sebagai EM.
HPA mewajibkan para petani menggunakan baja ini untuk semua perladangan kontraknya.
No related posts.
No tags for this post.





Salam…
Ada beberapa persoalan berkenaan dengan Baja Organik HPA.
1. Apa perbezaan Organo EM (A), EM (C), EM (K)?
2. Bolehkah dibeli dalam kuantiti yang banyak (untuk perladangan), harga?
3. Untuk masa hadapan,adakah usaha untuk pengeluaran baja bentuk cecair EM?
Terima kasih atas perhatian. TAHNIAH atas usaha HPA.
salam….saya nak tau adakah dengan mencampurkan tinja kambing yang telah dikomposkan dgn E.M dan dicampurkan dgn serbuk kayu boleh dikategorikan baja organik?
Saya nk tanya,klau saya ada buat baja…adakah tuan akan m’belinya?
dengan harga berapa 1kg?
Assalamulaikum. Saya amat berminat untuk membekalkan baja bio organik kepada HPA. bagaimanakah caranya? Kilang saya adalah pengeluar baja bio organik berasaskan tebu & tanpa najis. Maklum balas tuan amat saya harapkan.
Syabas HPA ! Satu satunya organisasi yang menyahut baja organic ! Kerajaan pun masih take ambil kisah dgn baja organic. Moga moga penternak cacing vermicompass dapat pasaran dari HPA !