Artikel: Ayam Organik HPA

DAUN MAMBU GANTI VAKSIN

Yang ditunggu sudah tiba!

Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana  HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antkanseri seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.

“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.

Dipetik dari web: http://hpa.com.my/hpanews/index.php?option=com_content&task=view&id=44&Itemid=2

59 thoughts on “Artikel: Ayam Organik HPA”

  1. Salam sejahtera,

    Saya mengalu-alukan usaha ini. Harap-harap pihak tuan dapat membuka ladang ayam organik di seluruh Malaysia, terutamanya di Terengganu dan Kelantan.

    Wassallam,
    Nor

  2. Salam peminat ayam kampung, anda boleh baca artikel ttg ayam Dr Zainol di web ini http://ayamorganikskudai.blogspot.com/2007/12/dr-zainols-halal-organic-chicken-skudai.html dan disini: http://ayamkampungorganik.blogspot.com . Anda boleh bandingkan perbezaannya dgn ayam HPA melalui artikel di atas.

    Salam Nor, terima kasih atas sokongan anda. Semua rakyat malaysia yg berminat utk menjalankan usaha ternakan ayam bersama HPA dialu-alukan utk menyertai projek ini.

    Selain itu, HPA juga mempunyai projek pertanian lain iaitu:

    Projek-projek Pertanian organik HPA
    Berikut adaah jenis-jenis projek pertanian yang dijalankan dan dalam perancangan HPA Farm sdn Bhd.
    1. Projek ternakan ayam
    2. Projek ternakan kambing
    3. Projek ternakan ikan keli
    4. Projek ternakan itik penelor
    5. Projek tanaman jagung
    6. Projek tanaman misai kucing
    7. Projek tanaman pegaga
    8. Projek tanaman roselle
    9. Projek tanaman pisang
    10.Projek tanaman serai
    11.Projek tanaman pokok hempedu bumi
    12 Projek tanaman bunga cina
    13.Projek tanaman jambu batu
    14.Projek tanaman mempelam sala.

    Kesemua hasil-hasil pertanian dari projek diatas telah digunakan dalam produk HPA dan mempunyai potensi besar untuk dijadikan produk berasaskan tanaman organik.InsyaAllah.

  3. Assalamualaikum…

    Saya sekarang ni telah memulakan projek ternakan ayam kampung untuk tujuan komersial. Kalau saya berminat untuk menyertai projek ternakan ayam organik dgn kerjasama HPA, macam mana prosedurnya yer. Dimana maklumat yang saya bole dapati. Kawasan saya adalah di taiping,perak.

  4. Salam Sejahtera,
    Setahu saya, ladang Dr. Zainol kat Sungai Lui sudah lama tutup, kalo x salah dah 2 tahun lebih. Skrang dia ambil ayam dari ladang ladang orang asing kat Johor.
    Pemakanan ayam pun dari kilang komersial.
    Dekat lembah kelang, kebanyakkan pengguna sudah tahu kebenaran menggenai Dr. Zainol ( by the way, dia bukan medical doctor dan bukan dentist spertimana dilaporkan di media, yang medical doctor ialah wife dia. Dia ‘tumpang’ saja).

    Wasallam

    Zahirah

  5. Assalamualaikum:
    Saya sekarang tengah mencari baka ayam organik. Saya baru nak menjalan penternakan ayam organik ni. Saya harap pihak HPA dapat membantu saya untuk mendapatkan baka ayam dan juga memberikan kos yang perlu saya sediakan. Saya amat berharap agar pihak tuan dapat membantu saya.

    Wasalam……
    amir.

  6. salam..saya adalah pengguna ayam kampung organik dr. zainol dan produk2 nya….semenjak makan ayam dr.zainol ni…saya dapat rasa bezanya berbanding ayam biasa.. saya juga telah pergi ke ladangnya di sungai lui dan mendapati semua berjalan seperti biasa. saya rasa sesiapa yang ragu2 bolehlah datang melawat sendiri ladangnya atau boleh hubungi terus dr zainol di 03-9281 1802. semoga kita dapat terus menikmati ayam yang halal dan toyiba..insyallah.

  7. Encik Harun Salim,
    Saya ada foto ladang Dr. Zainol kat Sungai Lui bulan dua, 2008 hanya beberapa ekor kambing boer dan ayam serama. Dan saya ada nama nama pembekal ayam dia skrang, semua bangsa asing, semua kat Johor.
    kenapa student universiti yang mintak buat kajian kat ladang dia x di layan?

    Wasallam

    Zaharah
    Final Year UPM

  8. Salam, utk makluman semua, HPA tidak mengambil ayam dari Dr Zainol. Kepada yg berminat utk menjalankan projek penternakan ayam HPA, sila hubungi En-Rashid (013-5841757), En.Suhairi 013-4239717, (013 4384717- jafri).

  9. salam zaharah,
    adakah anda sendiri yang mengambil foto itu..atau org atas org saja? nama pembekal ayam doktor zainol tu, sudah kah anda menghubunginya bg mendapatkan kepastian? boleh percayakah warga asing itu? adakah student yang ingin membuat kajian itu melalui cara yang betul?
    dapatkan temujanji dengan beliau, jumpa beliau..dan dapatkan cerita sebenar..fitnah itu besar dosanya daripada membunuh..

    harun salim
    ex student upm
    master of science

  10. Ye, Encik Harun Salim, memang I sendiri yang ambil foto siap dengan video interbiu dengan jiran2 date-stamp bulan dua, 2008.
    Yang berdosa disini bukan saya, Encik Harun Salim, bercayala….

    Encik Harun ini alumni UPM tahun berapa?

    wasallam

    Zaharah

  11. Ye Encik Harun Salim, memang I sendiri yang ambil foto2 siap dengan video interbiu jiran2 date-stamped bulan 2, 2008.
    Yang berdosa disini bukan saya Encik Harun, bercayala…..

    Encik Harun alumni UPM tahun berapa ni?

    Wasallam

    Zaharah

  12. Salam Encik Harun,
    Encik Harun kata pernah ke Sungai Lui dan Encik Harun kan ex UPM kenape tak beri nasihat kpd Dr. Zainol? Contohnye, dia kan pakai “metal decking” utk bumbung reban2. Takkan Encik Harun tak tahu pilihan bahan binaan ini kurang sesuai sbb suhu akan terlalu panas >35 celcius waktu tgh. Jarak reban2 pun terlalu dekat, 10 meter. Bila satu reban kene penyakit, semua akan kene.
    Ada byk yg I nampk Dr Z tak dapat nasihat yang betul.

    Wasallam

    Zaharah

  13. zaharah dan harun salim, anda membuatkan saya terpanggil untuk berikan komen kat sini.

    Saya cadangkan kepada saudari zaharah untuk pastikan kebenaran tentang penjelasan anda.

    Kalo benar apa yang anda katakan, Az-Zain Shah Alam akan mendapat saham dosa kerana bersubahat. Tapi pastikan betul-betul dulu ye :-)

    Kepada Harun Salim, pertanyaan anda memang saya tertunggu jugak untuk zaharah menjawab.

    Wallahua’alam

    mohd hanis aka ahib0205
    anak puan tengku

  14. Utk mereka yg ingin kepastian lbh baik g sendiri ke Hulu Langat, masuk jalan ke Sungai Lui. Ladang Dr Z disebelah kiri lbh kurang 1/2 km / 1 km lagi simpang jalan ke Kuala Kelawang.

    Baru2 ini (bulan dua) pekerja dia hanya dua india sahaja. Sungai Lui kan kawasan Mealyu dan Melayu tak akn ambil pekerja India. Jadi hanya Dr. Z ( seorang India ) yang akan ambil pekerja India lah.

    Lg pun, I dah tanya2 dan interbiu orang kmpng kat sini dan surelah yang ladang ini milik Dr. Z.

    Sesudah komen ini dikeluarkan ada kemungkinan ayam2 akan dimasukkan utk menjaga kepentingan perniagaan. Ingin I ingatkan kpd pembaca pernah ada kenyataan bahawa ayam Dr. Z sekarang setiap hari >3,000; 30,000 sebulan. Ini bererti setiap masa Dr Z mesti mempunyai 70,000 hingga 90,000 ekor ayam. Katakanlah Dr. Z ada kontrak farmer, jadi di ldg Dr. Z sekurang2nya mesti ada 10,000-20,000 ayam. Ini ialah jumlah ayam yg seharusnya akan ada di ldg Dr Z di sungai Lui. Jgn terpedaya dgn 1000-2000 ekor ayam.

    Satu pekara lg:
    Seekor ayam = 100 gm makanan khasiat tinggi, katakan lah, ada besar ada kecil, kita assume 70gm.
    Satu hari = 70,000 x 70 = 4,900 tonne makanan ayam khasiat tinggi, 100 guni.
    Satu bulan = 147,000 tonne atau 3000 guni.
    Saya pun hairan, bagaimana Dr Z bleh dapat menghasilkan makanan khasiat tinggi “organik” begini banyak. Bolehkah En. Harun beritahu di mana kilang Dr. Z yg dapat mengeluarkan makanan “organik”, “halal” dan “toyyibah” sebanyak ini?

    Wasallam

    Zaharah

  15. Pembekal2 Dr. Z kebanyakkan di Sungai Rengam. Ada satu ladang yang agak besar Dr. Z telah letak nama dia kat ladang itu. Kita jangan terpedaya. Kita kene siasat betul2, sbb ladang itu milik Cina. Ayam itu, dibela cara biasa & makanan pun biasa.

    Sori lah, tp kita ini sudah jd laughing stock dikalangan penternak bangsa asing.

    Wasallam

    Zaharah

  16. Zaharah, boleh saya dapatkan contact details awak? :)

    Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalo benar anda pasti ianya salah, jom sama-sama kita tegakkan kebenaran. Buat apa kita nak terus bersubahat.

    Awak leh emailkan kepada saya contact details awak ye. Thanks a lot atas kenyataan awak

  17. Salam semua, saya kini mengusahakan ladang itik telur di Kelantan. Bagaimana boleh saya dapat kan belian telur itik saya dari HPA? Itik saya di jangka bertelur dalam jumlah 1000 biji sehari. Saya boleh dihubungi di talian 012 3490813 . Adli

  18. Saya telah mempunyai kandang kambing ukuran 60 X 24. Dengan kandang yang sebesar ini bolehkah saya membuat kontrak farming dengan HPA. Kambing apakah yang sebaik-baiknya dipelihara untu menghasilkan daging yang baik dan bermutu.Mohon maklumat dan penjelasan dari pihak HPA. TQ

  19. Salam. Saya bercadang untuk membuat projek itik penelor. Masaalahnya saya tidak mendapat bekalan anak itik Khaki Campbell. Boleh sesiapa tolong.
    Terima kasih

  20. salam,
    sy baru plan untuk jlnkan projek ayam kg,tp bukan organik,mcmana kalau saya nak dpt bimbingan HPA then jual ayam kpd HPA,
    soalan saya:
    Brp minimum sy kena bela(sy plan 1000 sepusingan)?
    hrp dpt jawapan,thanks,
    salam..

  21. Assalamualaikum w.b.t,
    Saya sangat berminat untuk membuka ladang ayam ornagik dan dalam proses mendapatkan maklumat mengenainya. Jika tak keberatan boleh HPA berikan nama dan no telefon orang yang boleh dihubungi umtuk saya dapatkan maklumat berkenaan ayam organik HPA dan produk2 berkaitan?
    Terima kasih.

  22. saya baru nak memulakan ternakan ayam penelor, tolong berikan panduan tentang infrastruktur yang rendah, tatacara penghasilan yang berkualiti, atau apa jua nasihat kearah industri ini….terima kasih

  23. >berapa harga seekor anak ayam organik yg dibekalkan oleh pihak HPA?
    >berapa lamakah masa ternakan diperlukan untuk ayam blh di jual kpd HPA?
    >brp RM HPA ambil utk sekg ayam?

  24. Gebang? Korang tak tau betapa powerful kaum niaga India Muslim di Malaysia ni. Mereka tubuhkan badan konsumer islam untuk jaga kepentingan siapa? Kepentingan kita ke? Bagi mereka “all’s fair in love, war and business”, termasuk mengunakan agama utk melariskan dan menguatkan produk dia orang sendiri (contohnya piawai HTMS 1400 yang judge dan jury ialah dia sendiri).

    Baru2 ni, I saja jalan kat Sg. Lui. Semua bangsal sudah di robohkan (dah bersih, tinggal tiang foundation saja). I sudah beri cukup maklumat utk korang pergi periksa dgn biji mata korang sendiri. Korang yg gebang.

    Akibatnya ramai lagi bangsa kita terpedaya, dianyaii malah terus labur wang mereka termasuk wang persaraan mereka utk tubuhkan kedai franchise. Sesuatu biz model yg berdasarkan penipuan tidak akan bertahan lama. Bangsa kita yang rugi.

    Aku harap korang pergi lah secepat mungkin tengok hari ini juga. Sesudah kg java, rumah yusuf haslam, kat batu 23. Korang tanyalah orang kampung.

    Korang ini kena lebih cynis. Janganlah percaya bulat2. Dlm website http://www.organicchicken.enetmyne.com ada tertera dia ada 3 ekar khusus utk ayam 60,000 dan 9 bangsal. So, 3 ekar = 131100 kaki persegi. Tolak say, 40,500 kaki persegi utk 9 bangsal 150′ x 30′. Jadi tanah yang ada untuk free-range ialah 90500 kaki persegi, dibagikan 60,000 ayam, setiap ayam 1.5 kaki persegi!

    Satu ekor ayam hanya boleh berkeliaran hidup dlm satu setengah kaki persegi! Ini ke ayam yang di heboh2kan sebagai ayam free range dan organik dan sangat bagus utk kesihatan kita?

    Aku malu tau dengan bangsa aku sendiri yang terlalu NAIVE!!!!

    Zaharah

  25. Terima kasih luluskan post i. I rasa pasti korang dah dapat kepastian apa yang berlaku.

    Now, mari kita buat apa yang patut demi bangsa kita.

    Zaharah

  26. salam…
    terutama untuk zaharah…
    akak mmg pengguna setia ayam dr.zainol sebelum ni..mula2 beli dulu mmg elok btl. Rasa ayam manis,isi tak banyak. Bila beli awal tahun hari tu…rasa ayam macam dah tak sama mcm sebelum tu..memang ada rasa was was dan macam ada yg tak kena….tapi pendam kan aje dalam hati..sambil tu minta Allah SWT beri petunjuk. Tiba2 buka web ni dan bila baca kenyataan zaharah,.akak yakin zaharah berada di pihak yg benar,…..alhamdulillah akhirnya terjawab juga persoalan akak selama ini mengenai kenapa rasa pelik ayam dr.zainol skrg ni..
    Dapat pahala zaharah sedarkan kami ni…tq

  27. Saya tengok keterangan zaharah sangat jelas dan butiran saintifik nya juga reliable mcm keluasan 1.5 kaki bagi sekor ayam tunonsense lah kan kalu nak declare tu ayam free range.TQ zaharah for ur info.
    Islam ni bukan saja ada musuh dari kalangan kafir malak yg lebih bahaya adalah dari kalangan munafiq .(sy sekadar berrkata demikian untuk peringatan sendiri,tiada berkenaan yang hidup atau yg dah tiada)

  28. Pihak kami berminat untuk mengusahakan tanaman serai organik. Adakah pihak HPA ada membeli serai dari pengusaha seperti kami di terengganu? Dengan siapa harus kami berurusan?

  29. saya buntu dengan cerita orang (ahli HPA) yang mengatakan ayam organik HPA juga sama dengan yang di pasaraya, tak sampai 6 bulan dah besar…..puas saya mengatakan yg ayam HPA tiada hormon babi, tapi mereka tak percaya…tolonglah…..

  30. iena
    u geng doc Z ke?
    ur post ni mcm nak sabotaged hpa!
    i am non of the HP distributor but as a muslim i do car about this sensitive halal/haram issue thus ur statements on ayam HPA umpama merendahkan usaha HPA yg sedaya upaya menyediakan makanan yg benar2 halal dari semua aspect
    kalau betul ahli HPA claim begitu please state his/her name/membership no so that kita semua bole tanya dia mana dia dpt info tu
    hal haram halal ni bukan main2 ok!!

  31. Salam, sy berminat untuk menternak ayam organik. Adakah sy masih berpeluang menjalan projek usaha bersama HPA?

  32. Duniaherbahpa,

    Saya ingin tahu jika saya berminat untuk menyertai :

    Projek-projek Pertanian organik HPA
    Berikut adaah jenis-jenis projek pertanian yang dijalankan dan dalam perancangan HPA Farm sdn Bhd.
    1. Projek ternakan ayam
    2. Projek ternakan kambing
    3. Projek ternakan ikan keli
    4. Projek ternakan itik penelor
    5. Projek tanaman jagung
    6. Projek tanaman misai kucing
    7. Projek tanaman pegaga
    8. Projek tanaman roselle
    9. Projek tanaman pisang
    10.Projek tanaman serai
    11.Projek tanaman pokok hempedu bumi
    12 Projek tanaman bunga cina
    13.Projek tanaman jambu batu
    14.Projek tanaman mempelam sala.

    Siapa yang saya patut hubungi. Harap dapat info.

    Thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge