Artikel: Ayam Organik HPA

DAUN MAMBU GANTI VAKSIN

Yang ditunggu sudah tiba!

Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana  HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antkanseri seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.

“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.

Dipetik dari web: http://hpa.com.my/hpanews/index.php?option=com_content&task=view&id=44&Itemid=2

59 thoughts on “Artikel: Ayam Organik HPA”

  1. Salam untuk Semua
    Semua Umat Islam perlu berjuang tanpa batasan jika ada Orang macam Zaharah mengutuk dan hina India Muslim ini bukan perjuang Islam, Baginda Rasullulah SAW sangat benci terhadap perjuangan asabiah.

    Untuk kebenaran semua boleh datang kekilang Dr Zainol di alamat no 3. Jalan Villaraya 2/1. Kawasan Perindustrian Villaraya Sungai Lalang Semenyih untuk menyaksikan perjuangan Dr Zainol dalam makanan Halal. dan melihat sendiri apa kebenaran yang ada dikilang ini

    Zaharah ini bertopeng dengan nama palsu jika dia berani minta datang jumpa dengan Dr Zainol.

    Bercakap dan berbohong sangat mudah tambah tambah lagi orang yg aibkan orang lain dalam khalayak ramai adalah sifat munafiq yang sangat dibenci Islam

    Orang yang mengikuti forum ini boleh telepon saja kat Dr Zainol no tel 012 3248081. Jangan percaya orang orang yang topengkan nama palsu dan mempunyai sifat munafiq macam Zaharah.

    Mukmin adalah orang yang berkerja sama demi untuk agama dan berbuat baik antara satu sama lain.

    Bukan kerana nak lariskan produk hina orang lain sehingga keturunan tali darah.

    Saya harap pembaca jangan jadi sebahagian kepada dosa dosa Zaharah ini,

  2. payah..payah kita pakat ternak,sembelih dan makan sendiri, kalu ada lebih jualkan.
    dr zainol telah membuka minda….dan jalan.
    takkan nak harapkan dr z dan HPA aje yg ternak ayam… org islam ada brpa juta kat msia? keadi makan org islam ada brpa?
    kalau semua org ada kesedaran dan semangat dlam memperjuangkan hallan toyiiban, jangan asyik berbalah.. ambil jln tengah… kena sedia berkorban,.. mcm ayam HPA.. stokis ada di hampir setiap daerah di semenanjung msia, haaa beli la kat situ, kalu x percaya juga… masuk ahli HPA… ikut rombongan ke HPA farm, makan RFC kat SP, lepas tu ambik kontrak farming… jgn dok berbalohhhh .. x habis-habis. zharah mgkn betul, dr z pun mgkn betul tp allah maha mengetahui…dah tutup kes,

  3. susahlah kalau ada bangsa sendiri yang suka menjatuhkan bangsa sendiri..ntah2 yang dok buat fitnah ni bukan bangsa kita kot atau bukan se agama dengan kita kot..klu ya takkan la dia ni bersungguh-sungguh sangat nak jatuhkan ustaz Dr Zainol kat sini…

    zaharah..lu boleh boleh call saya kat sini 058391176 klu betui lu belani la..ada belani ka??

  4. salam..dalam kenyataan diatas saya berminat untuk berkerjasama dengan pihak hpa untuk menghasilkan ayam organik,setakat ini saya mempunyai sebuah reban.dan ayam sebanyak 600 ekor..saya ingin membekalkan untuk hpa..bagaimana dan kepada siapa ,saya berharap agar tuan dan puan dapat membantu saya..0134711611 banie

  5. kenapa HPA tidak mengeluarkan dan menjual makanan ayam yang digunakan untuk ternakan ayam organik di pasaran.

  6. pada pengetahuan saya, ayam kampung kacukan memang cepat membesar, kerana faktor keturunan bakanya serta faktor pemakanannya. jangan risau kalau ayam ini dapat membesar dengan cepat. contohnya : seminggu naik 100gram.
    apa yang nak dirisaukan, memang tabiat ayam ini, makan banyak. walaupun tidak diberi makanan dedak seperti ayam pendaging.
    disini saya ingin berkongsi sedikit mengenai pemakanannya. saya pernah memberi ayam ini makan isi kelapa yang diparut dicampur dengan dedak jagung serta daun pandan yang dimesin dan masukkan sedikit isi ikan yang direbus. campur kesemuanya. memang lazat. sehinggakan ayam-ayam ini meninggalkan dedak yang dibeli dikedai. pastikan isi kelapa itu tadi jangan diperah. cuba la tengok. memang hasilnya best….

  7. salam…saya ada 1 ekar tanah di utara dan berminat untuk menjadi pembekal ayam organik kepada HPA @ muslimin/muslimat..
    Soalannya :
    Jika HPA masih lagi offer org yg berminat utk buka ladang ayam nih ;
    1. berapa harga seekor anak ayam organik yg dibekalkan oleh pihak HPA?
    2. berapa lamakah masa ternakan diperlukan untuk ayam blh di jual kpd HPA?
    3.brp RM HPA ambil utk sekg ayam?

    jika tidak;
    ada x HPA keluarkan makanan organik utk penternak ayam?

    kepada sesiapa yg mengetahui bolehla contact saya di arr_peace80@yahoo.co.uk

  8. A’skum..

    Saya berminat untuk menjadi penternak ayam organik kepada HPA dipantai timur, persoalan saya adalah :
    a) Apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh HPA untuk menjadi penternak ayam organik.
    b) Berapa dgn kos pembinaan reban dan peralatan yang berkaitan
    c) Bagaimanakah kaedah penternakkan samada secara kontrak atau upah pelihara dan berapa harga RM/kg yang HPA ambil dari penternak.

    Sekian terimakasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge