Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani, Kedah

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Sg Petani:
Waktu Perniagaan RFC: 24 jam sehari. Dibuka setiap hari.

Alamat: Lot 95-97, Jalan Lagenda 1, Legenda Height, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. No. Tel: 04-4254717. Emel: syedrfc@yahoo.com.my

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Alor Setar:
No. 20, Jalan Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah. No tel: 04-7334717 / 047336717
Waktu Perniagaan RFC: 10 pagi – 11 malam.

rfc-as

rfc-as3

rfc-as4

RFC satu altenatif.

Selain daripada KFC kini muncul pula RFC yang memberikan pilihan yang sangat menarik pada massa. Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya. Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran.

Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Chili sos, tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.

Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA. Manakala restoran RFC pula akan di beri peluang kepada ahli-ahli HPA yang berminat untuk melabur menerusi 1 pakej iaitu pakej RM 1.5 juta.

Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia. InsyaAllah.

Mereka yang berminat boleh hubungi 013-5309717 (Hj Fisal) untuk pertanyaan lanjut.

Terima Kasih kepada semua ahli HPA.

Sumber: http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/05/rfc-satu-altenatif.html

=================================

Perkongsian Bijak RFC (PBR)

Sudah sampai masanya kami mempelawa mereka yang mempunyai modal dan berminat untuk membuka RFC dalam peluang PBR di empat lokasi iaitu :-

1. Perlis
2. Alor Setar
2. Pulau Pinang
3. kelantan
4. Terengganu.

Syarat awal yang diperlukan ialah:

1. Modal RM1.5 juta (minimum) bergantung pada keluasan tempat.
2. Mempunyai tempat yang stategik
3. Menjadi ahli HPA lebih dari 3 bulan dll.

Tempat-tempat yang lain masih belum dibuka lagi.

==================================

Sistem Mudharabah dalam peniagaan RFC

Kepada semua mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dalam RFC, disini diberikan syarat awal pelaksanaan Mudharabah RFC.

1. Ahli HPA dan mengikuti PBC
2. Pelaburan bernilai RM 1.5 juta ringgit
3. Keuntungan 50/50
4. Tempoh perjanjian 5 tahun dan modal dikembalikan selepas 5 tahun.
5. Pelaburan semula bergantung kepada penilaian baru.
6. Lokasi mestilah dengan kelulusan RFC
7. Keuntungan dibayar pada setiap bulan
8. Pelabur tidak mempunyai hak dalam pentadbiran
9. Pelabur tidak mempunyai hak menghalang pembinaan cawangan-cawangan baru
10. Untung dan rugi ditanggung bersama
11. Anggaran keuntungan antara 18% – 25% setahun
12. Pemberian keuntungan bermula pada bulan operasi
13. RFC mengambil tempoh 3 hingga 5 bulan bagi menyiapkan sesuatu cawangan.
14. Jika keuntungan 18 % (pelabur akan mendapat RM900,000.00 / 5 tahun- anggaran )

Pihak yang berminat boleh menguhubungi 04-4483716 (En Suhairi atau Ust Samad) atau 013-5309717 (Hj Fisal)

129 thoughts on “Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani, Kedah”

  1. salam tahniah utk rfc.seeloknya cuba di buka cawangan di pantai timur seperti di kuantan,terengganu,kelantan kerana majoriti penduduk di sini adalah orang islam.pasti sambutannya amat mengalakkan memandangkan kami selama ini tiada pilihan lain selain kfc.sebagai umat islam eloklah kita memberi sokongan padu kepada produk keluaran muslim.saya amat yakin sekali jika di buka cawangan di pantai timur pasti mendapat sambutan kerana umat islam kini telah banyak berubah dan begitu berhati-hati dalam memilih sumber-sumber makanan yang di keluarkan.

  2. alaa…kat KFC pun saya penah dapat ayam yang isinya masih berdarah. meja lambat kemas pun saya penah jumpa kat KFC. Simple to say, common problems among fast food la kot. Still, hope RFC bole counter hal ni supaya customer bule angkat jari sebut EXCELLENT!

  3. saya merupakan tenaga muda dari kedah yang mana sangat berminat dengan product makanan yang halal, saya mempunyai tanah yang luas dan sangat sesuai untuk menjalankan perladangan penternakan ayam organik ini.sila beritahu saya siapa yang saya patut hubungi bagi merealisasikan impian saya,kita, dan seluruh umat islam AM nya.

  4. Salam semua, terima kasih atas komen dan sokongan anda terhadap RFC.

    Kpd Shukri yg berminat utk menjalankan projek penternakan ayam HPA, sila hubungi En-Rashid (013-5841757), En.Suhairi 013-4239717, (013 4384717- jafri).

  5. a’kum..kat sabah bla nak buka RFC?..
    sya bminat jg nak buka RFC nie, tapi masalahnya modal tue yg susah.
    d harapkn HPA dpt mbuka RFC d sabah dlm tahun dpn..hehehe,t’ingin jg nak mrasa RFC kta nie.Smoga HPA akn lbh maju dan mLuas.
    SeLamaT Hari Raya & Maaf Zahir Batin..sMoga d hari LebaRan ini akn lbh bmakna bt kta.

  6. asalamualaikum wr.saya dari banting kuala langat selangor..brcadang ingin memohon bantuan pnjaman bank /punb/mara .terlebih dahulu saya ingin meminta pandangan dari pihak tuan tentang ‘PELUANG’ .yang ada ditempat saya ..untuk membuka cawangan francais RFC (radix freid chicken).. .bandar banting adalah sebuah bandar yang sedang pesat membangun,pelbagai kemudahan asas wujud taman-taman perumahan..adanya IPTA/S ,wujud pelbagai bank yang beroperasi disni juga kilang2 ,pusat angkasa negara,cawangan KFC,Mcdonal,Seven eleven yang sentiasa mendapat sambutan,bandar yang akan diiktiraf sebagai MAJLIS PERBANDARAN..dll. semoga pandangan dari pihak tuan dapat menambah keyakinan untuk saya merealisasikan cita2 saya ini..terimakasih.wassalam.

  7. Assalamualaikum W.B.T.

    Saya baru saja cuba menalifon En. Rasyid (013-5841757) utk bertanyakan ttg contract farming bg ayam herba HPA. Ttp jawapan yg diberikan cukup menghampakan… “Talipon saya balik sat gi, saya tgh sibuk ni” dgn suara yg acuh tak acuh. Sedih dgn mentaliti melayu dlm business… kurang memandang kehadapan, bersikap sambil lewa apabila peluang perniagaan diintai oleh bakal pelabur, merasa selesa dgn kedudukan skrg dan tak perlu sgt melayan panggilan org yg blm diketahui pulangannya.

    Apapun terima kasih kpd En. Suhairi yg cuba membantu walaupun beliau tdk mempunyai byk info. ttg contract farming ini.

    Wassallam.

  8. Assalamualaikum,
    Saya juga seperti En. Mohd Ariffin, berminat untuk membuka RFC. Di mana atau dengan siapa boleh saya dapatkan maklumat & nasihat dari segi Pembiayaan Kewangan, Ciri- ciri Lokasi yang perlu untuk membuka RFC, Pengiklanan & promosi & terma / syarat apabila mengusahakan RFC.

    Untuk maklumat, saya sekarang berada di Selangor.

  9. assalamualaikum kpd semua umat islam… sya dah cuba RFC pada raya ke 4 lalu… walaupun kena beratur sejam lebih.. kesabaran sya dibalas dgn kesedapan dan kenakan rasa ayam organik yang diadun degan 8 herba…MEMANG SEDAP!!! BETUL!!! sya bersyukur kpd allah swt diatas anugerah usaha gigih tuan haji untuk menyardarkan umat islam tentang produk halal yang sblum ni kita x ambil berat…kalo di sentuh kepada KFC, sya yakin ramai saudara sya tidak tahu asal usul ayam yang diguna pakai oleh KFC sebuah syarikat warga AMERIKA {laknattullah} sebuah negara yang memerangi negara islam(mungkin selepas ni kita pula). ayam di semelih di thailand yang kita tidak tahu cara ia disemelih… jadi wahai saudara2 ku…udah lama darah daging kita tlah dicemari dgn sumber2 yang tidak halal…fikir2kan lah!

  10. kita mnat nk buat franchise RFC tapi modal sma ngan KFC camna orang kita nak boleh mula padahal semua maklum yg orang kita takde modal nk buat loan pon susah mcm2 kerenah dgn phak yg berkenaan
    tak adaa cara lain ke yg bole tolong org yg bermnat tpi tak punyai modal yg ternyata tak tergapai oleh sebahagian orang kita nii tpi mmpunyai azam utk berjaya…harap maklum agar pihak tuan mencadangkan alternatif yg sesuai utk kami yg ingin memajukan ummah dlm perniagaan ini yg halal lgi

  11. mmg excited sgt bile dpt tau ade RFC kat SG PETANI..tapi..bila RFC nak ada kat PERLIS..?org2 PERLIS dh x sabar nak tggu RFC di sini..
    kalo leh..RFC tambah lagi menu..mcm PIZZA..sy percaya..lagi sedap dari restoran PIZZA yg lain yg ade kat MALAYSIA ni.. :)

  12. Salam….
    Saya berminat dgn francais RFC ni…tapi kalau nk bukak dekat selangor (cthnya sg besar atau tempat2 yg berdekatan) tak boleh ke?..terima kasih..

  13. RFC best tp lum p cuba lg…coz jauh sangat.biler nak bukak kat perakkk teman udah tak sabo wehh..udah mkn ayam jgn luper mkn herba plakkk nanti sembelit yeop…jagan luper herba warisan nenek moyang kiter..back to basic…pisss to all mat mat herba…

  14. Assalamualaikum.. Saya ingin membuat sedikit komen ug mungkin boleh membantu sedikit sebanyak RFC untuk mencapai antara tahap kepuasan pengguna. Komen saya sedikit sahaja disini iaitu menegenai ayam RFC. Ayam tersebut kurang diserap rempah ratus dan rasa sedikit tawar. Mungkin Pihak RFC boleh meneliti semula komen ini. Terima Kasih

  15. ayam RFC memang sedap kerana bagi saya tepung yang yang digunakan agak istimewa yang membuatkan ramai pelanggan yang tertarik orang islam mahupun bukan orang islam….tp tolonglah buka cawangan di sekitar kuala lumpur utk memberi peluang kepada pelanggan di kl ni yang belum pernah mencuba ayam buatan radix….smoga perniagaan ini akan berkembang sehingga menembusi pasaran luar negara……AMIN

  16. Makanan Halal, Minuman pun berkhasiat. Berusaha di dunia , labanya di akhirat. Semuga kita sama-sama menikmati nikmat dunia penuh pancaroba, dengan Bahtera HPA yang tak sepertinya. Muga-muga sampai ke Pantai Sejahtera dgn selamat bersama . Amin !!! Yaa Allah !!!!!

    Cadangan : Satu negeri , satu koperasi RFC .

  17. sy juga berharap agar pihak HPA dpt membuka cawangan RFC di Kuala Lumpur @ di Selangor….pastinyer ramai peminat. Insyallah akan lebih dikenali ramai..

  18. salam…..sy ingin bertanyakan apakah jenis saluran agihan dan apakah strategi pemasaran yg di gunakan dalam operasi perniagaan rfc?

  19. Kepda lilda_tejamujahidah nak seribu daya tak nk seribu dalih so..banyak2 bersabar la kalau nk..ok saya tak setuju jika rfc dikar kepda warna hijau..huhuhu…warna oren is suitable untuk hidupkan rfc coz nampak lebih ceria dan menarik..

  20. TAHNIAH SY UCAPKAN KPD FAMILY HPA.SATU-SATUNYA KELUARAN BUMIPUTRA DAN SY BERBANGGA DGN APA YANG DIKELUARKAN OLEH HPA. JUST 1 SJ NK BGTAHU SERVIS PELANGGAN 2 BIAR LAJU,FRENLY. SEBAB CREW2 XMESRA DENGAN PELANGGAN,SENYUM PUN X DAN TIDAK MEMENTINGKAN SERVIS TIME,SEPERTI DI TMPT LAIN MEMENTINGKN SERVIS TIME.BUKAN APA FRANCHIS SEPARTI MCD,KFC DIORANG THE BEST. SO SY BERHARAP UBAH CARA SERVIS, MANEGER TLG PANTAU CREW2 SERTA JAGA KEBERSIHAN LOBBY. GOOD LUCK

  21. KOMEN-SY berminat untk sertai Francais RFC.TETAPI MENGAPA memerlukan modal sebanyak 1 juta..?? org yg kaya bertambah kaya.Harap beri peluang kepada usahawan baru dengan badjet yang lebih murah..mengikut peringkat:contohnya:50 ribu,100ribu.200-300 ribu dan seumpamanya.

  22. KOMEN-SY berminat untk sertai Francais RFC.TETAPI MENGAPA memerlukan modal sebanyak 1 juta..??ini bermakna kita tidak meramaikan ushawan muslim,malah org yg kaya bertambah kaya.SIAPA BOLEH DPT SATU JUTA??ORANG KAYA SAHAJA YG MAMPU.BETUL TAK??Harap beri peluang kepada usahawan baru dengan badjet yang lebih murah..mengikut peringkat:contohnya:50 ribu,100ribu.200-300 ribu dan seumpamanya..SY AMAT,AMAT,AMAT BERHARAP DAN BERMINAT UTK MENYERTAI FRANCAIS RFC INI,TETAPI BIARLAH DENGAN JUMLAH YG RENDAH MENGIKUT KEADAAN..HARAP HUBUNGI SAYA.T KASIH BANYAK

  23. Askm. Ternyata tidak sia2 kedatangan kami ke SP
    dari Ipoh untuk merasai kelazatan RFC,..

    Memamg best…! Tiada tandingan..syabas kpd pihak HPA kerana memartabatkan produk org Islam. Wslm.

  24. Sy rasa kalau RFC dibuka di Klang Valley pasti sambutan menggalakkan malah mgkin berlipat kali ganda ramainya supporter di sini termasuklah sy ni.Semoga diberi perhatian atas permintaan ini.HPA Klang valley pun dpt sambutan hangat.

  25. TAHNIAH 100 000 000x..:)

    sebagai bekas Manager d salah sebuah fast-food rest yg ternama, saya terpanggil utk memberi sepatah 2 kata:D

    alhamdulillah akhirnya impian saya tercapai utk melihat sebuah rest yg konsepnya hampir sama dgn rest yg saya pnh berkhidmat, tetapi m’amalkan 100% pengendalian cara Islam..semasa interview dgn pengurusan tertinggi syarikat tersebut, saya m’beritahu tujuan saya turut serta dlm syarikat tersebut adalah utk mempelajari selok belok pengurusan rest tersebut yg terkenal seantero dunia dan berhasrat utk mbuka sebuah lg rest yg konsepnya hampir sama ttp halalnya diyakini..Halalan Toyyiban.. Walaupun ia bukan direalisasikan oleh saya sendiri, tp saya tumpang berbangga & ucapan Tahniah buat keluarga HPA dan saya doakan semoga terus berjaya..

    p/s:cepat2 buat promosi mgunakan tv/radio/akhbar..jahilnya sya sbb baru arini saya tau ttg kewujudan RFC…dan x mustahil jika masih ade di antara 27juta rakyat Msia yg seperti saya, x tahu ttg RFC NI..wlau apepun,saya akan sebar2kn jg kpd kenalan2 d Jabatan saya ..InsyaAllah..
    Ekonomi Islam Maju, Umat Islam Berjaya..Allahhu Akbar!!

  26. tahniah HPA, saya berharap HPA akan mengorak langkah menyeledik seterusnya menerangkan dasar ekonomi negara Islam yg diperhalusi untuk dibentang kepada EPU di jpm. Mudah-mudahan HPA dapat membentuk dedicated Islamic economy intelligence cluster yg terdiri drpd usahawan Islam yg mempunyai rekod bersih dan berpengalaman dgn naik-turun ekonomi. I haven’t go to SP, I think RFC is momentous, so be aggressive yet realistic in promotion. :D

  27. Assalamualaikum…
    Tahniah kepada HPA kerana berjaya membuka restaurant makanan segera yang diyakini halalnya dalam Islam..Untuk pengatahuan, saya sangat2 berminat dengan pakej yang ditawarkan untuk membuka cawangan francais radix fried chicken…Tetapi pakej yang ditawarkan terlalu mahal.. Adakah untuk membuka francais RFC boleh mendapatkan pinjaman dari badan-badan kerajaan seperti MARA, PUNB dan sebagainya? Adakah HPA meyediakan pinjaman modal untuk francaisors? Saya amat2 berharap dan berminat untuk menyertai sistem francais ini..diharap dapat memberi maklum balas secepat yang mungkin. Terima kasih kerana memberi peluang kepada bakal-bakal usahawan Melayu terutamanya Islam untuk memulakan perniagaan..

  28. Tahniah dan terima-kasih kpd HPA dan Tn Hj yg telah menubuhkan restoran francais yg mengikut cara Islam 100%.Saya sokong 500% usaha murni ini. Ayuh semua umat islam kita sama-sama menyokong produk Islam. Klu bleh bukak lagi bnyk cawangan cth kat lembah klang dan pantai timur. Saya org kedah tapi dok KL tapi x penah rasa rfc lagi sbb saya baru dpt tau tntg rfc ni.Teringin sgt nak rasa rfc.balik kedah nnt mesti p makan.klu rfc dah bukak kat lembah klang nanti saya tak pi dah makan kfc. Jauh sket pun takpa saya sanggup. tapi klu dari KL semata-mata nak p makan kat SP x sanggup la!tahniah!Semoga rfc dapat smbutan smua org islam dan bukan islam.

  29. satu lagi nak tanya ayam yang diternak di HPA Farm tu (ayam mentah) ada dijual untuk org ramai x? @ ayam tu untk rest rfc jer? dan sos cili, sos tomato yang HPA buat sndiri ada jual kat pasaran x? klu ada pakai jenama per?

  30. Assalamualaikum…

    tahniah..saya dah rasa mmg sedap boleh kita kata setanding ngan KFC… saya amat berharap semoga RFC akan menjadi pilihan selurh rakyat m’sia… dr segi servis biasa la RFC masih baru ..mereka masih lagi boleh improve yg mana patut… jgn dok compare ngan KFC yg dah berpuluh tahun … kita kene pandang ke hadapan.. klu ada kat KL atau selangor saya pasti …RFC la pilihan saya sekeluarga.. di samping menikmati hidangan yg halal ..insyaAllah.. kita juga dpt mengukuh ekonomi ummah..Semog Berjaya…

  31. KENAPA RADIX KFC TAK DER AIR RADIX COCO. SEPATUTNYA MILO DIGANTIKAN DENGAN RADIX COCO. TAK PAYAHLAH KITA NAK GUNAKAN MILO. MILO TU KAN PRODUK NESTLE.KENAPA TAK GUNAKAN PRODUK KELUARAN HPA JER

    1. Salam fazlianaUM, Radix Koko agak baru dikeluarkan. Mgkn skrg ni RFC dah guna Radix koko. Sesape yg baru pegi RFC boleh checkkan dan inform dlm web ni. Saya krg pasti sama ada Milo masih dijual di RFC atau tidak. Menu RFC dlm web ini adalah menu lama (ada gmbr Milo). Saya masih tak dpt mencari menu terbaru.

  32. salam…tahniah kepada radix FC….saya disini hairul mencadangkan beberapa tempat untuk anda menjalankan perniagaan di Terengganu…salah satunya ialah di Paka…di sana hanya anda Mcdonald…walaupun nie time orang boikot barangan israel…tapi McDonald di sana tetap laku..kerana disana hanya anda cawangan MCd sahaja…cawangan Kfc pun x de kat sana…so saya hanrap radix cepat2 membuat cawangan disana supaya orang islam di sana dapat membuat pilihan untuk membeli makanan fast food islam seperti radix…di K.terengganu saya harap radix dapat membina cawangan di Center point di terengganu kerana dijangka jika radix membuat d cawangan di dalam cp terenggnu. permintaan untuk barangan radix pasti meningkat…saya hanyalah student yang pakar dalam perniagaan…kalau ler saya mempunyai duit…sudah tentu saya akan menjadi franchisee untuk RFC…untuk maklumat lanjut..sila hubungi saya di talian 0139403407—>khairul.
    salam

  33. Assalammualaikum…
    Tahniah kepada RFC dan HPA atas pemberiaan NYA
    Saya amat berminat menjadi rakan kongsi dan ini adalah salah satu impian saya menjadi usahawan tetapi apakan daya. Modal ??? .. Saya berada di Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Mencadangkan lihat-lihat peluang yang ada di Sabah ini.. Masih banyak peluang dan sumber alam yang belum diterokai..
    Kuatkan sinar Islam di sini..

  34. sy dapat tau yg rfc dah ader kat pengkalan chepa,kelantan..
    tahniah!!
    kpd rakyat kelate,pakat2 g kat rfc yer!!!
    boikot yahudi,amerika……..

  35. Tahniah buat radix dalam usaha untuk memperkenalkan produk halal di malaysia….Tingkatkan kualiti perkhidmatan dari masa ke semasa…Pekenalkan lebih banyak produk dengan harga yang lebih berpatutan….radix pasti menapak di hati rakyat malysia….Boikot barangan yang menyumbang kearah kekejaman israel di palestin….

  36. tahniah radix!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Saya sangat berbangga atas pencapaian syarikat islam yang mampu membuka franchais makanan segera!Saya mahukannya di serata Malaysia.Saya antara orang yang akan makan di sana untuk memperjuangkan makanan yang dihasilkan oleh orang islam.Dengan adanya syarikat seperti ini maka lebih mudahlah untuk peminat makanan segera mencari alternatif selain daripada syarikat yahudi laknatullah yang sedang merancang lebih banyak kerosakan di atas muka bumi ini.Hidup HPA!Tegakkan islam di muka bumi!Saya sentiasa menyokong dan berdoa agar ALLAH memberikan kekuatan dan idea2 bernas kepada syarikat HPA.Moga berjaya!

  37. TAHNIAH SEBAB DAPAT MENGHASILKAN PRODUK MUSLIM YG KAMI NANTI2KAN SELAMA INI. PERLU PEMANTAUAN YANG BERKALA BAGI MEMASTIKAN KUALITI PRODUK DAN SERVIS IMPROVE TERUTAMA KAT RFC SEBAB KADANG2 BILA CUSTOMER TAK RAMAI KAMI DAPAT AYAM YANG SEJUK DAN KERAS. BERI PENEKANAN DALAM HAL INI. SEMOGA TERUS BERKEMBANG MAJU. KAMI SENTIASA MENYOKONG PRODUK MUSLIM.

  38. Sallam.. Congratulation to HPA for making it possible for us to consume organic chicken, where theres millions of Malaysian waiting for the opportunity to eat without question. I got the chance to visit and ate as well at RFC in AlorStar. For once I felt so comfortable and be able ate with a peace of mind. Thanks and I was hopping for RFC to be able in every state so that everybody can taste how good RFC is,as good as the fried chicken that we ate for so long. May God bless and we pray for you to separate your RFC in whole Malaysia and go global in the future. As a Muslim we are totally behind you a hundred and one percent. Go go go HPA…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge