Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani, Kedah

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Sg Petani:
Waktu Perniagaan RFC: 24 jam sehari. Dibuka setiap hari.

Alamat: Lot 95-97, Jalan Lagenda 1, Legenda Height, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. No. Tel: 04-4254717. Emel: syedrfc@yahoo.com.my

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Alor Setar:
No. 20, Jalan Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah. No tel: 04-7334717 / 047336717
Waktu Perniagaan RFC: 10 pagi – 11 malam.

rfc-as

rfc-as3

rfc-as4

RFC satu altenatif.

Selain daripada KFC kini muncul pula RFC yang memberikan pilihan yang sangat menarik pada massa. Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya. Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran.

Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Chili sos, tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.

Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA. Manakala restoran RFC pula akan di beri peluang kepada ahli-ahli HPA yang berminat untuk melabur menerusi 1 pakej iaitu pakej RM 1.5 juta.

Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia. InsyaAllah.

Mereka yang berminat boleh hubungi 013-5309717 (Hj Fisal) untuk pertanyaan lanjut.

Terima Kasih kepada semua ahli HPA.

Sumber: http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/05/rfc-satu-altenatif.html

=================================

Perkongsian Bijak RFC (PBR)

Sudah sampai masanya kami mempelawa mereka yang mempunyai modal dan berminat untuk membuka RFC dalam peluang PBR di empat lokasi iaitu :-

1. Perlis
2. Alor Setar
2. Pulau Pinang
3. kelantan
4. Terengganu.

Syarat awal yang diperlukan ialah:

1. Modal RM1.5 juta (minimum) bergantung pada keluasan tempat.
2. Mempunyai tempat yang stategik
3. Menjadi ahli HPA lebih dari 3 bulan dll.

Tempat-tempat yang lain masih belum dibuka lagi.

==================================

Sistem Mudharabah dalam peniagaan RFC

Kepada semua mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dalam RFC, disini diberikan syarat awal pelaksanaan Mudharabah RFC.

1. Ahli HPA dan mengikuti PBC
2. Pelaburan bernilai RM 1.5 juta ringgit
3. Keuntungan 50/50
4. Tempoh perjanjian 5 tahun dan modal dikembalikan selepas 5 tahun.
5. Pelaburan semula bergantung kepada penilaian baru.
6. Lokasi mestilah dengan kelulusan RFC
7. Keuntungan dibayar pada setiap bulan
8. Pelabur tidak mempunyai hak dalam pentadbiran
9. Pelabur tidak mempunyai hak menghalang pembinaan cawangan-cawangan baru
10. Untung dan rugi ditanggung bersama
11. Anggaran keuntungan antara 18% – 25% setahun
12. Pemberian keuntungan bermula pada bulan operasi
13. RFC mengambil tempoh 3 hingga 5 bulan bagi menyiapkan sesuatu cawangan.
14. Jika keuntungan 18 % (pelabur akan mendapat RM900,000.00 / 5 tahun- anggaran )

Pihak yang berminat boleh menguhubungi 04-4483716 (En Suhairi atau Ust Samad) atau 013-5309717 (Hj Fisal)

129 thoughts on “Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani, Kedah”

  1. kami suami isteri berminat utk membuka cawangan di selangor dikawasan kota damansara. kami inginkan info utk membuka rangkaian rfc. tksh

  2. Salam pd semua…tahniah kepada org kita,sy dh try RFC,sanggup dgn kwn2 ke sg petani utk ke RFC,harap siapa yg modal byk tu blh la perluaskan lagi perniagaan ni…insyallah takkan rugi punya…

  3. Sejak pendedahan KFC support Yahudi… boikot la jugak tp tu pun beberapa bulan je… tapi klau dah ade Radix Fried Chicken sok kat KL @ Selangor (Bangi @ Kajang) mmg aku tak pi dh KFC.. pasai RFC mmg best coz penah makan sekali kat SP member belanja… Imagine kalau makan RFC pekena sekali kopi Radix… perrrrggghhh…. mai secawan… Astaga makruh lak kang cite-2 mkn bula posa ni….

  4. 1st time try haritu masa balik kedah.. rasanya mmg tak mengecewakan.. KFC pun boleh kalah.. memang sgt teruja masa p sana coz kt jb takde n kebetulan kna wat assgmnt pasal rfc..

  5. saya tak faham kenapa perlu modal yang begitu besar sehingga RM1.5 juta? tak de ke modal yang lebih rendah dari itu? macam mana melayu nak berniaga macam ni?

  6. SaLam..
    nk tanya ada krja ksOng x kt htEl El-zahraa?
    sy skrg semester akhir jurusan Hotel&katering dri politeknik perlis..
    skrg niE tgh cri krja ksOng sementara nak tggu smbung Diploma..(6 bulan)
    klau ada nnti tlg bgtau sy..
    thAnks..

  7. assalamualaikum,

    Tahniah buat HPA yg telah berjaya mewujudkan RFC setanding dengan restoran2 yg seangkatan denganya. Saya sememangnya amat menyokong penuh 100% perniagaan muslim demi ekonomi ummah.

    Saya juga ada membuat perancangan untuk mengusahakan RFC di Kajang. Namun masalah yang timbul dari aspek pembiayaan yg diperlukan masih belum memenuhi garis yg ditetapkan oleh pihak HPA…harap sangat2 pihak HPA membantu dalam memudahkan urusakn ini kerana ramai rakan2 termasuk yg berbangsa cina juga tak sabar2 untuk menikmati keunikan citarasa RFC tersebut.

  8. Salam,

    Tahniah buat HPA krna mewujudkan RFC. Apasal saya baru tahu. Itupun sbb singgah Sg. Petani lepas melancong ke Langkawi atas request anak nak makan ayam goreng tp bukan kat KFC>pasal kami sekeluarga dah bertahun lamanya tak makan KFC. Maka, terjumpa RFC.Perghhh!!KFC pun kalah camni. RFC bukan sahaja setanding KFC malah lebih dari itu. Nmpknya bertuah laa penduduk SP ya, boleh makan RFC tiap2 hari apa! Lepaih nie nak pi lg ajak member pulak. Bila bagitahu depa pun blurr jugak apa itu RFC, bila dah habaq teruja pulak depa nak pi try test tengok, camna rasanya.. saya rasa perlu lebih hebahan la sbb benda ni masih baru & masih ramai yg tak tau lg..amacam?

  9. SaLam..
    nk tanya ada krja ksOng x kt htEl El-zahraa?
    sy skrg semester akhir jurusan Hotel&katering dri politeknik perlis..
    skrg niE tgh cri krja ksOng sementara nak tggu smbung Diploma..(6 bulan)
    klau ada nnti tlg bgtau sy..
    thAnks…

  10. Assalamuailaikom & Tahniah pada HPA

    Bagaimana pandangan daripada HPA,kalau saya
    buka francies di kawasan Peranginan Pantai
    di Port Dickson Negeri Sembilan.

    Adakah tempat tersebut sesuai ? tunggu jawapan daripada HPA.
    Terima Kasih.

  11. Sebenarnya teringin sangat nk buka rfc tp hmm,tinginya modal.yelah,npkpun high class..memang x peluang ke untk buka kedai mcm ni?

  12. ASSALAMUALAIKUM Dan sekalung Tahniah diucapkan pada HPA

    Saya harap sangat cawangan RFC dapat di buka di kawasan penang ni terutama sekali di kawasan Seberang Perai.

  13. AsSalam…..

    Tahniah HPA atas kejayaan mengujudkan RFC.

    Alhamdulillah … Produk Islam kini boleh bersaing & setanding dgn produk2 yg seangkatan dgnnya.

    Berminat dengan FRANCHISE yg ditawarkan. Bila agaknya RFC akan datang ke PERAK?

  14. assalamualaikum….
    saya berminat utk mkn di RFC..any RFC in selangor??? kat shah alam de kan……puas sy search di internet alamat penuh RFC kat selangor nih…xjumpe2 pun???…maybe ramai juga kat luar sana yg nk tahu address RFC nih?…hope dpt bantu..syukran

  15. Alhamdulillah pd 19 Sept.2010 yg lalu saya ke RCH Alor Setar. Tahniah diucapkan kerana berjaya menandingi KFC baik dari segi presentation maupun layanan dan harga. Harap dapat segera buka cawangan di Terengganu. Ummat Islam tiada sebab nak makan di tempat lain.

  16. saya menanti2 pembukaan radix fc di sini, sebelum ini ada rakan2 kata akan dibuka di bandar baru bangi tapi tak tau betul ke tak dan bila akan dibuka. kalau dibuka pasti sambutan hangat punya. semua orang tertunggu2 ni. nak jadi francais takdak modal, banyak sangat tu, bukak restoran kecil2 dulu tak boleh ke? terus kena modal besar camtu, memang payah le.

  17. Salam…

    Saya berbangga dengan kewujudan Restoran RFC.Saya & family selalu ke RFC sungai petani. Tp yg x bestnya 21/9/2010 +- pukul 9.00 mlm saya ada p sana lagi..ada ler order herb burger & french fries..roti burger keras sgt & French Fries pun masin…(selalu ok jer…..so next time harap2 dpt improve..semoga restoran RFC lebih maju…

  18. saya dilla tinggal di kuantan,ingin bertanyakan tidak mahu membuka kedai di kuantan?saya amat tertarik dengan makanan yang dihidangkan dan tiada rasa was2..harap dipertimbangkan..

  19. I nak comment sikit, HPA mengalukan2 sesiapa yang ingin membuka RFC..tetapi kenapa setelah working paper yang diperlukan kita submit tapi no feed back. Bila tanya..dalam tindakan..lamanya dalam tindakan, ada problem management ke? Coz nearly…2 yrs. Nak kata, dah ada org lain apply..tapi takde jugak RFC kat Kuantan ni. Dengan siapa sepatutnya masalah ini diajukan????

  20. Salam……alhamdulillah semenjak RFC dibuka di Kuala Terengganu, saya dah tak ke kedai lain jika nak makan ayam goreng. Tapi saya nak memberi sedikit pandangan di sini,pastikan kualiti kesegaran daging ayam goreng dijaga, kebersihan tempat seperti sinki basuh tangan dan meja makan dipantau sentiasa………………….t.kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge