DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Archive for May, 2008

Program PBC Bulan Jun 2008

Written by duniaherbahpa on May 26th, 2008 | Filed under: Info Terkini HPA

PELUANG HEBAT!

JALAN PINTAS MEMPEROLEHI PENDAPATAN BULANAN YANG LUMAYAN MELALUI PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG HPA
Bersama Perniagaan Ini, InsyaAllah…Impian Bukanlah Hanya Satu Mimpi!

Marilah Bersama Perniagaan Umat Islam Terulung Di Era Ini.

ANDA BERMINAT!!! TAPI BERMASALAH?

*TAK PANDAI BERNIAGA?
Akan kami tunjukkan anda jalannya.

*TAK BERMINAT BERNIAGA?
Pastinya anda akan berminat dengan pendapatan lumayan dengan produk-produk suci bersih dan halal yang menjadi tanggungjawab umat Islam
memasarkannya.

*INGIN BELAJAR BERNIAGA?
kami menyediakan siri latihan khusus secara berterusan kepada mereka yang berminat.

*KECEWA DENGAN MULTI LEVEL MARKETING (MLM) YANG LAIN?
Usahawan Islam tidak akan kenal erti kecewa. Bersama kami menjadi usahawan dunia dan akhirat.

JALAN PINTAS MEMPEROLEHI PENDAPATAN BULANAN YANG LUMAYAN MELALUI PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG HPA
Pastinya Inilah Pilihan Anda!!!

*Terbuka kepada sesiapa yang berminat

Program 2 hari 1 malam-Pembentukan jati diri usahawan dan bina insan. Para peserta akan ditunjukkan langkah untuk mendapatkan
pendapatan bulanan 4-5 angka dalam jangka masa yang singkat.

==============================================================

Program Perkongsian Bijak Cemerlang terkini (Bulan Jun 2008)

Lokasi: Residence Hotel, Uniten, Bangi

Tarikh: 14-15 Jun 2008 (Sabtu & Ahad)

Yuran hanya RM 180 sahaja
termasuk penginapan hotel, makan dan bahan kursus.

Modul Kursus: 

Motivasi/Cara kerja 4-5 angka/Latihan dalam kumpulan/Pembentangan/Memahami produk HPA/mengenali penyakit dengan melihat tapak
tangan/Qiamullail, kuliah Subuh dan lain-lain lagi.

Sila daftar dengan saya, Redza (019-3093956) selewat-lewatnya 5 HARI SEBELUM PROGRAM BERMULA. SMS kepada saya Nama, No IC, No Ahli dan bank in kan yuran kursus ke akaun saya. 

==============================================================

Jadual Program PBC di tempat lain boleh dirujuk di web HPA: http://www.hpa.com.my/mal.php?page=program 

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.

Hukum MLM Haram?

Written by duniaherbahpa on May 26th, 2008 | Filed under: Himpunan Artikel

Hukum MLM haram?

Terima kasih pada ahli HPA yang bertanyakan soalan tentang MLM HPA dari kacamata Islam.

Terdahulu saya dengan rendah hati menyatakan isu ini merupakan isu yang perlu diperbincangkan diperingkat para ulamak yang mempunyai autoriti dalam bidang muamalah Islam.Ini mengelakan dari belakunya kesalahan-kesalahan dalam mengeluarkan fatwa.(mengharamkan yang halal)

Disudut pengurusan HPA ,kita amat berhati hati dengan hukum halal dan haram dalam peniagaan kerana itulah matlamat penubuhan HPA iaitu untuk mendapat keuntungan dunia akhirat.Diperingkat Awal keujudan mlm HPA pada tahun 1997 lagi ,kaedah pembahagian bonus dalam HPA telah diperbincangkan oleh jawatankuasa syariah yang telah dibentuk .Mereka terdiri daripada ulamak haraki yang mempunyai keluasan ilmu berhubung dengan sistem ekonomi Islam.Disini saya tulis dengan perkataan ulamak haraki kerana bagi saya ulamak-ulamak haraki memutuskan hukum bukan atas dasar kepentingan atau kedudukan jawatan mereka.Kedua,mereka mendapat pendedahan yang luas dengan perkembangan dunia hari ini kerana kesempitan ilmu menyebabkan fatwa menjadi sempit dan jumud.

Apabila HPA ke Indonesia sekali lagi mlm HPA dibawa ke majlis ulamak dibawah PKS(jamaah islam) dibawah pengendalian DR Salim yang kini menjadi duta Indonesia di Saudi Arabia.MlM HPA diberi status MLMS(Multi lavel marketing syariah)dan kami berpegang dengan pandangan ulamak-ulamak haraki ini sampai hari ini

Adapun kenyataan ust Zaharudin merupakan kenyataan umum bagi MLM yang sedia ada dinegara kita dan lebih cenderong memperkatakan tentang skim piramad.Namun bagitu teguranya yang ikhlas sepatutnya diambil secara positif bagi membersihkan peniagaan MLM yang dipandang negatif oleh sebahagian masyarakat kita.

Petikan kata-kata jawatankuasa syariah pada tahun 1997
“Kita tidak boleh mengharamkan sesuatu yang tidak jelas selagi peniagaan itu tidak memberikan kemudaratan pada orang lain”

Salah satu hujah yang dibangkitkan ialah keuntungan pada generasi kedua,ketiga dan seterusnya ,dikatakan mengambil untung atas angin.Ini keyataan yang berbentuk pengiraan metamatik dan tidak berdasarkan realiti peniagaan sebenarnya kerana jika anda menjadi pemimpin kepada generasi anda,anda perlu memperuntukan keewangan yang cukup bagi menjadikan downline anda aktif.Ini menolak pandangan sebahagian orang yang menyatakan bahawa wang bonus itu hasil kerja orang lain dan itu sama sekali tidak benar’

Jelaslah muamalah dalam HPA walaupun anda berada sbg upline sekiranya anda tidak berkerja pasti anda tidak akan dapat bonusnya dan ini diperluaskan dengan satu peraturan baru bagi ahli-ahli yang tidak aktif selama 6 bulan boleh memohon untuk mendaftar semula dibawah jaringan yang lain.

Berbeza dengan sistem piramid yang mengaut keuntungan daripada generasi dibawah dan orang diatas akan sentiasa diatas (bonusnya)kerana Dalam HPA down line boleh mendapat bonus melebihi dari up line mengikut usaha yang di lakukan dalam bisnis ini.

Inilah yang kita sebutkan konsep KEADILAN dalam plan pemasaran HPA dan inilah yang membezakan MLMS dan MLM biasa.

Teruskan perjuangan bersama HPA untuk merealisasikan impian kita menjadi pengeluar produk halal untuk ummah yang semakin terhimpit.Jangan sampai terjadi situasi ulamak sibuk memperkatakan persoalan halal dan haram daging katak sedangkan gejala murtad menjadi-jadi.Kini kita memiliki 180 produk halal dipasaran dan kita akan pastikan setiap makanan yang masuk kemulut ummah dari sumber yang halal dan bukan yang dihasilkan dari bikinin yahudi terlaknat.

DuniaHerbaHPA.com: Diharap artikel ini akan menjawab segala pertanyaan dan merungkai segala kemusykilan anda tentang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) ini. Yang pastinya perniagaan MLM Syariah yang HPA jalankan ternyata menepati perundangan Syariah muamalat Islam. Tiada kesangsian lagi… Bantulah HPA walaupun hanya dengan secawan kopi :D . Artikel ini dipetik dari blog http://jawiherbshop.blogspot.com/ .

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani, Kedah

Written by duniaherbahpa on May 21st, 2008 | Filed under: Galeri HPA, Info Terkini HPA, Radix Fried Chicken

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Sg Petani:
Waktu Perniagaan RFC: 24 jam sehari. Dibuka setiap hari.

Alamat: Lot 95-97, Jalan Lagenda 1, Legenda Height, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. No. Tel: 04-4254717. Emel: syedrfc@yahoo.com.my

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Alor Setar:
No. 20, Jalan Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah. No tel: 04-7334717 / 047336717
Waktu Perniagaan RFC: 10 pagi – 11 malam.

rfc-as

rfc-as3

rfc-as4

Berminat dengan perniagaan franchise RFC? Sila rujuk artikel di bawah.

RFC satu altenatif.

Selain daripada KFC kini muncul pula RFC yang memberikan pilihan yang sangat menarik pada massa. Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya. Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran.

Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Chili sos, tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.

Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA. Manakala restoran RFC pula akan di “franchise” kepada ahli-ahli HPA yang berminat menerusi 1 pakej iaitu pakej RM 1.5 juta.

Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia. InsyaAllah.

Mereka yang berminat boleh hubungi 013-5309717 (Hj Fisal) untuk pertanyaan lanjut.

Terima Kasih kepada semua ahli HPA.

Sumber: http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/05/rfc-satu-altenatif.html

=================================

Perkongsian Bijak RFC (PBR)

Sudah sampai masanya kami mempelawa mereka yang mempunyai modal dan berminat untuk membuka RFC dalam peluang PBR di empat lokasi iaitu :-
1. Perlis
2. Alor Setar
2. Pulau Pinang
3. kelantan
4. Terengganu.

Syarat awal yang diperlukan ialah:
1. Modal RM1.5 juta (minimum) bergantung pada keluasan tempat.
2. Mempunyai tempat yang stategik
3. Menjadi ahli HPA lebih dari 3 bulan dll.

Tempat-tempat yang lain masih belum dibuka lagi.

==================================

Sistem Mudharabah dalam peniagaan RFC

Kepada semua mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dalam RFC, disini diberikan syarat awal pelaksanaan Mudharabah RFC.

1. Ahli HPA dan mengikuti PBC
2. Pelaburan bernilai RM 1.5 juta ringgit
3. Keuntungan 50/50
4. Tempoh perjanjian 5 tahun dan modal dikembalikan selepas 5 tahun.
5. Pelaburan semula bergantung kepada penilaian baru.
6. Lokasi mestilah dengan kelulusan RFC
7. Keuntungan dibayar pada setiap bulan
8. Pelabur tidak mempunyai hak dalam pentadbiran
9. Pelabur tidak mempunyai hak menghalang pembinaan cawangan-cawangan baru
10. Untung dan rugi ditanggung bersama
11. Anggaran keuntungan antara 18% – 25% setahun
12. Pemberian keuntungan bermula pada bulan operasi
13. RFC mengambil tempoh 3 hingga 5 bulan bagi menyiapkan sesuatu cawangan.
14. Jika keuntungan 18 % (pelabur akan mendapat RM900,000.00 / 5 tahun- anggaran )

Pihak yang berminat boleh menguhubungi 04-4483716 (En Suhairi atau Ust Samad) atau 013-5309717 (Hj Fisal)

  • Share/Save/Bookmark
Tags: ,

Habbatussauda’ Softgel

Written by duniaherbahpa on May 8th, 2008 | Filed under: Produk Kapsul & Gel, Produk Penawar Penyakit

habatussauda.jpg

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino. Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati rheumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
  • Mempertingkatkan sistem immuniti
  • Meningkatkan tenaga seksual

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 48
Sabah & Sarawak: RM 58

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 38
Sabah & Sarawak: RM 48

Nilai Mata (NM): 12

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.

Susu Kambing Segar Asli

Written by duniaherbahpa on May 5th, 2008 | Filed under: Produk Minuman

susu-kmbg-hpa-v2.PNG

[ Pengeluaran produk ini dihentikan untuk sementara waktu. ]

Susu kambing organik HPA adalah susu kambing yang diperoleh dari kambing organik yang diternak bagi mendapatkan susu yang segar lagi asli serta berkualiti tinggi dan berkhasiat. Susu kambing asli ini diperolehi dari kambing jenis sanen, janampari dan jawa. Susu kambing diperah tanpa menggunakan mesin. Ini bagi menjamin kualiti susu yang sebenar dan berkhasiat. kambing-kambing tersebut dijaga rapi dan diberi makananan yang mempunyai nutrisi yang tinggi bagi mendapatkan susu yang berkualiti.

Keistimewaan Susu Kambing:

  • Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A
  • Mudah dihadam (zarah lemak lebih kecil)
  • Membantu memperbaiki sistem penghadaman, melancarkan peredaran darah, mencantikkan kulit, mengurangkan sakit kepala dan meningkatkan stamina dan kecergasan
  • Dipercayai mampu membantu merawat demam kuning, lelah, asma, gastrik, ulser, sakit sendi, sakit pinggang, lemah jantung, barah, osteoporosis dan hepatitis.

Cara Penggunaan:

Jika beku, rendamkan dalam air pada suhu bilik sehingga cair dan kemudian tuangkan ke dalam gelas minuman. Simpan beku selepas dibuka.

Kuantiti: 250 ml

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 8.50
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 7
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 2

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.