Minyak Kelapa Dara (VCO) Softgel

vco-softgel.PNGMinyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) boleh diguna untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit menawan. Ini kerana kandungannya tinggi nurisi dan dihasilkan daripada pati kelapa dara organik yang bebas kolesterol. Penggunaan yang berterusan akan mengurangkan kadar kolesterol tidak baik, low-density lipoproteins (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik, high-density lipoproteins (HDL).

Antara khasiat lain Minyak Kelapa Dara (VCO) :

Kecantikan  Luaran:

  • Minyak Kelapa Dara membantu mengurangkan berat badan dan kegemukan berlebihan dengan meningkatkan angka metabolik
  • Minyak Kelapa Dara digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga dengan pilihan untuk disimpan sebagai  lemak-lemak dieter yang lain.
  • Minyak Kelapa Dara melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan  kulit anda.

Kesihatan Dalaman :

  • Minyak Kelapa Dara meningkatkan tenaga dan daya tahan dari segi fizikal dan mental (atlit sukan US & Eropah banyak menggunakannya).
  • Minyak Kelapa Dara memperbaiki dan mengurangkan masalah kesakitan pencernaan serta penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak.
  • Minyak Kelapa Dara melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.
  • Minyak Kelapa Dara mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid.
  • Minyak Kelapa Dara meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga, melindungi diri dari serangan osteoprosis.
  • Minyak Kelapa Dara memperbaiki kinerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tida mengandungi kolestrol yang tinggi pada darah.
  • Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Meningkatkan Daya Tahan Tubuh :

  • Minyak Kelapa Dara mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser, seperti kanser payudara dan kanser colon.
  • Minyak Kelapa Dara berfungsi sebagai antioksidan seta mengurangkan radang kronik.
  • Minyak Kelapa Dara membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Minyak Kelapa Dara meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan benign ”Prostatic Hyperplasia”  (pembesaran prostate).
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi kandung kemih.
  • Membantu mencegah sakit Lever dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.

Membunuh Virus, Bakteria dan Kulat :

  • Minyak Kelapa Dara membunuh virus yang menyebabkan Mononucleosis, Influenza, Hepatitis C, cacar air dan Herpes.
  • Minyak Kelapa Dara membunuh bacteria yang menyebabkan Pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, Meningitis dan Gonorrhea.
  • Minyak Kelapa Dara membunuh kulat yang menyebabkan Cabdida, Jock Itch, kadas dan infeksi yang lain.
  • Minyak Kelapa Dara melemahkan dan membunuh cacing pita, lice, giardia dan parasit.
  • Minyak Kelapa Dara membunuh kulat, bakteria dan virus.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 36

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 28
Sabah & Sarawak: RM 32

Nilai Mata (NM): 10

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan VCO Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

VCO untuk berat badan yang ideal

Memang benar VCO sangat baik untuk masalah pencernaan terutama kanak-kanak dan masalah tiroid yang biasa berlaku pada orang dewasa. Kedua masalah ini boleh menyebabkan berlakunya gejala kurus dan keadaan ini diatasi dengan VCO.

Bagi mereka yang sIhat tetapi mempunyai berat badan yang berlebihan vco bertindak mengurangi LDL dan lemak badan . Ini menjadikan berat badan seseorang itu ideal disamping membuang selulit pada tubuh. Jangan bimbang mengambil vco soft gel HPA kerana disamping itu ianya sangat baik untuk mengelak berlakunya penyakit 3 serangkai yang ditakuti ramai. InsyaAllah

64 thoughts on “Minyak Kelapa Dara (VCO) Softgel”

  1. salam..
    dah makan vco lebih kurang setengah botol.
    memula makan ..
    demam 2 hari.
    then kurangkan dos to 1 biji dan makan ddeu 2 kapsul.
    alhamdulillah dah ok..
    kelebihan vco?
    so far..
    kerap kencing..mudah sendawa..
    itu aje la nak kongsi buat masa ni..

  2. hari tu bagi mak makan vco..
    nampaknya rasi utk dia..
    dia kata mudah sendawa..
    sebb sebelum ni dia ada banyak angin dalam perut..

  3. sememangnya minyak kelapa terkenal berfungsi menghitamkan dan melebatkan rambut apabila kerap menyapunya di kepala. tetapi benarkah produk ini dapat menolong meningkatkan pertumbuhan rambut dgn mengambilnya secara makan seperti yang dinyatakan di atas?

  4. Akum, saya nk tnya disini…..Boleh ker VOC ni dimakan bersama2 ngn minyak zaitun softgel…bagaimana pula cara memakannya sekiranya ianya boleh dimakan bersama2.

  5. Salam,

    Saya di kesan kencing manis. Boleh ke saya amal VCO bersama ubat yang doktor beri untuk masalah kencing manis ini?

  6. Salam Shafawi, saya cdgkan anda mengamalkan Plantisol (2×2), Teh Herba dan VCO softgel (2×2). Anda perlu jarakkan masa selama 3 jam antara pengambilan herba HPA dan ubat klinik (kimia). Wassalam.

  7. Salam. Saya bermasalah rambut gugur yang agak teruk. Sudah banyak produk dan rawatan di salun yang saya cuba tp semuanye mengecewakan. Saya nak tanye sikit pasal produk kelapa dara ni. Saya perlu mencuci rambut setiap hari sbb rambut mudah berminyak. Penggunaan minyak di kepala bukankah akan menyebabkan kulit kepala semakin berminyak dan menyebabkan peningkatan rambut gugur? Blh terangkan sikit tak?

  8. Salam.. Saya disahkan mempunyai 3 biji batu seperti pasir didalam hempedu.. apakah produk HPA yang boleh menghilangkan terus batu itu?

  9. assalamu’alaikum…
    utk pengetahuan semua, sy penghidap penyakit psoriasis..sjenis penyakit kulit disebabkan keturunan(genetik)…
    dah 4 botol VCO HPA sy amik..ubat klinik sy dah berhenti makan…sbb sy rase tidak berkesan dalam jangka mase yg lame..
    alhamdulillah, vco agak membantu..sbelum ni kulit sy ade tompok2 sisik tebal dan kering..dan apabila sy kepanasan, tompok2 berkenaan akan jadi merah bernyala dan gatal…masalah ni sy amat rimas apabila tumbuh dikulit kepala..sy bertudung, jadi sangatlah tidak selesa…
    alhmdulillah skrg ni kulit dah tak gatal..sisik2 kering dah makin berkurangan dan ade yg dah hilang, alhmdulillah…dah jadi warna pink, dah tak merah menyala (inflammation) mcm dulu lg…
    skrg ni sy teruskan mengambil VCO, dan sy sgt berharap agar sy dapat pulih dr penyakit ini, insyaALLAH…

  10. Salam,

    Anak saya mengalami migrain yang teruk. Saya dah dapatkan maklumat mengenai herba yang sesuai dan salah satunya ialah vco. Tapi di dalam maklumat vco tidak ada menyatakan ia boleh mengurangkan migrain. Harap tolong jelaskan.

  11. Salam. Saya sedang mengandung 8 bln.Sblm ini kesemua anak yg saya lahirkan overdue date.Ada yg 10 bulan dlm kandungan. Adakah dengan memakan VCO blh membantu saya melahirkan dengan cepat?

  12. assalamualaikum..,
    saya orang batu pahat johor
    saya nak tanya di kawasan saya tinggal ad atau tidak stokis yang menjual produk HPA ini.
    time kasih
    wassalam..,
    (tlg email pada syer alamatnya )

  13. assalamualaikum,
    anak sy mengalami tonsil yang agak teruk dan sering menyebabkannya kurang makan dan minum susu. adakah produk vco hpa boleh dimakan oleh anak sy yg berusia 1 thn 9 bln dan adakah produk ini dpt membantu mengurangkan masalah tonsil yg dialaminya.
    terima kasih.

  14. assalammulaikum,
    Daripada maklumat yang saya baca, vco memudahkan kehamilan.
    Sekarang kandungan saya telah memasuki 8 bulan. Bolehkah saya amalkan sekarag dan apa kesannya pada bayi saya nanti?

  15. salam.sy mengalami masalah panas dlm badan dan bau mulut.adakah minyak kelapa dara ini dapat mengatasi masalah ay ini?thanks,

  16. Salam, saya mengalami penyakit darah tinggi & fibriod sekarang ini saya baru cuba makan teh asiatica plus,paramaria,herba tuju angin,herba keputihan,herba pelawas & coscinium plus boleh kah saya makan ubat doctor sekali?

  17. Salam, saya disarankan oleh pakar perubatan moden supaya mengambil insulin kerana mengidap kencing manis. Boleh HPA sarankan kepada saya herba yang boleh digantikan dengan insulin.
    Terima kasih.

  18. a’kum, saya mengandung 7 bulan dan menghidapi candidiasis (disebabkan kulat).. penyakit keputihan sehingga ada kutil… boleh dan baguskah jika saya makan vco ni?

  19. Ass. sy ingin bertanya adakah produk minyak kelapa dara vco boleh memecahkan kelenjar thyroid ? sy menharapkan jwpn dgn sgra kerana sy akan menjalani pembedahan pembuangan kelenjar thyroid…di hospital…

  20. Salam. Ade beberapa soalan :

    1. Apakah produk ini mudah didapati di pasaran
    2. Adakah produk VCO ini merangkumi utk semua kegunaan bagi semua pengguna
    3. Adakah VCO ini sesuai utk saya (47 thn ) tiada sebarang penyakit setakat ini Alhamdulillah… tp sering merasa panas dan berpeluh terutama dibhgn belakang dlm satu2 masa dan saya difahamkan kekurangan mineral dlm badan. Apakah ada lg produk lain utk kategori masalah spt saya alami.

    sila emailkan jwpn kepada saya. terima kasih.

  21. slm, sy berusia 26 thn dan telah berkahwin hmpr 2 thn. sy pernah menjalani pembedahan buang cys/fibroid sebanyk 2 kali. skrg dktr mengesahkan saya tidak dapat prgnant sb kedua-dua tiub sy tersumbat. produk puan ni ada tak yang blh merawat penyakit sy ni? sb dktr kate xde cr lain selain ivf

  22. salam,
    adik saya disahkan mengidap tiroid, adakan vco mampu membantu mengurangkan penyakit tersebut?adakah ia perlu dimakan bersama dengan ubat2 lain supaya lbh berkesan?diharap piak duniaherbahpa dapat membantu saya.

  23. Salam.
    saya berminat untuk mencuba minyak kelapa dara. Adakah sesuai bagi saya yang ada penyakit darah tinggi dan kencing manis. Setakat ini saya hanya jaga makanan dan tidak ambil sebarang ubat lagi. Adakah jika diamalkan minyak ini saya tidak perlu ubat hospital.

  24. salam, saya ada penyakit serborroic dermatatis.. sesuai ke guna VOC?lagi satu..saya pon mengalami obesiti..yg mana lebih baik untuk kurangkan berat badan..VOC ke stoma k plus teh asiatic?

  25. Anda boleh dapatkan juga minyak kelapa dara tulen asli insyaallah dengan melayari blog ini http://farithtelekung.blogspot.com/ . Insyaallah dihasilkan secara manual tanpa menggunakan peralatan besi dan dihasilkan oleh seorang professor dan diletakkan dalam botol kaca yang tebal. Insyaallah. Dengan izin Allah.

  26. Saya telah didiagnos HIV + baru2 ini.Kalau saya nak cuba makan Minyak Kelapa Dara (VCO) softgel,bolehkah saya makan satu hari lebih dari 2 kapsul.
    Adakah sebarang testimoni dari pesakit HIV?

  27. salam….nak tanya …

    1.start berapa bulan ibu mengandung blh ambil
    vco softgel?
    2.adakah ibu dlm PANTANG dan MENYUSUKAN ANAK
    blh ambil vco softgel?

  28. bolehkan plantisol dimakan oleh ibu yang mengandung? Adakah kesan tertentu kepada bayi? Kalau boleh saya taknak mengambil insulin..

Leave a Reply to farith Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge