>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk HARGA TERKINI Disini (klik) <<

HPA buka hotel

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

hpa-buka-hotel.PNG

Sila klik gambar untuk besarkan

Hotel As-Salam, Restoran Radix Fried Chicken dibuka Jun depan

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung milik Bumiputera kini melebarkan sayap perniagaan dengan membuka hotel dan restoran makanan segera dalam usaha menawarkan lebih banyak produk berkualiti dan dijamin halal.

Syarikat yang terkenal dengan pengeluaran produk Kopi Radix itu akan membuka Hotel As-Salam dan restoran Radix Fried Chicken (RFC) yang bakal beroperasi sepenuhnya pada Jun depan di Sungai Petani, Kedah.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA yang ditubuhkan 10 tahun lalu dengan visi untuk menyediakan produk berkualiti yang suci dan halal kepada seluruh masyarakat.

“Selama ini kami menyediakan produk herba sebagai makanan tambahan sebelum mengembangkan perniagaan dalam bentuk minuman, kordial kosmetik dan pencuci.

“Ahli kami kini sudah melebihi 500,000 orang dan cawangan pula 60 di seluruh negara dengan jualan tertinggi syarikat RM8.1 juta pada Januari lalu.

“Justeru, tahun ini kami mensasarkan pendapatan RM20 juta dan dengan penubuhan hotel dan restoran makanan segera yang akan beroperasi Jun ini, jumlah itu bukannya mustahil,” katanya ketika ditemui di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ismail berkata, Hotel As-Salam menggunakan konsep seni bina Islam dan menyediakan bilik cukup selesa dan mempunyai semua kemudahan setanding hotel bertaraf bintang yang lain.

“Lebih penting hotel ini dijamin halal sepenuhnya,” katanya.

Mengenai restoran pula, beliau berkata, ia akan menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA di Perlis dan herba terpilih sebagai ramuannya.

“Kami sering dihantui kebimbangan makanan segera akan menyebabkan obesiti dan mengandungi bahan yang boleh menimbulkan masalah kesihatan seperti kanser.

“RFC akan menggunakan semua bahan terpilih dan herba untuk kebaikan kesihatan pelanggan,” katanya.

Di RFC nanti, katanya, semua produk HPA seperti Kopi Radix, Radix O, Radix Cola, Radix Sarsi, Ceral Radix, Biskut Radix selain minuman kordial seperti Roselle, Pegaga dan lain-lain boleh diperoleh.

Mengenai Kopi Radix, Ismail berkata, jualannya cukup menggalakkan sehingga kilangnya di Kuala Perlis tidak dapat menampung keperluan menyebabkan HPA membuka satu lagi kilang di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.


klik-beli

Senarai Produk HPA | Cara Sertai Ahli HPA | Senarai Cawangan HPA

>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk Disini (klik) <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...