DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Claypot (Periuk Tanah)

Written by duniaherbahpa on Feb 26th, 2008 | Filed under: Produk Lain

periuk-tanah-liat

Claypot atau periuk tanah liat sangat bagus untuk menyimpan makanan, khususnya untuk sayur-sayuran dan buah-buahan. Kesegaran makanan juga terjaga beberapa hari lebih lama. Makanan yang disimpan di dalam periuk ini perlu ditutup dengan kain lembap. Pastikan kain tetap dalam keadaan lembap dan jauhkan periuk dari sinar matahari.

Kebaikan periuk tanah liat:

  • parasit tidak dapat membiak di dalam periuk dengan adanya unsur tanah liat
  • tempat percampuran makanan yg selamat
  • senang digunakan
  • air yang disimpan di dalamnya akan menyejuk secara semulajadi dan enak untuk diminum
  • kandungan mineral yang unik di dalam tanah liat menyebabkan air yang disimpan di dalamnya dapat melegakan kepanasan badan, melegakan batuk dan demam

Cadangan penggunaan:

Sebelum menggunakan claypot, masukkan air ke dalamnya, biarkan semalaman dan buang air tersebut pada hari berikutnya. Ini diulang sebanyak 3 atau 4 kali. Elakkan dari membasuh claypot menggunakan sabun, kerana sabun akan meresap ke dalamnya. Ini akan memberi kesan kepada rasa makanan yang disimpan di dalam claypot.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 38
Sabah & Sarawak: RM 42

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 38

Nilai Mata (NM): 4

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Serbuk Tanah Liat Putih





3 Responses to “Claypot (Periuk Tanah)”

  1. Mana gambarnya, klu nak bli kat mana2 ada ker? nnt jd cam kurma mariami tu, puas kami cari dealer@stokis yg jual…
    asyik tak der stok jer

  2. Salam Haris, harap bersabar. Gambar produk ini akan diupload pada masa akan datang. Anda boleh dapatkan produk ini di semua cawangan HPA. Terdpt beberapa produk HPA yg kekurangan stok pada masa2 tertentu. Diharap anda dapat memahami keadaan yg pihak HPA hadapi. Wassalam.

  3. boelh tak periuk ni digunakan utk merebus ubat periuk.

Leave a Reply