Ayam Organik HPA

ayam-organik-hpa-v2.PNG

Ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA ini dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 21
Sabah & Sarawak:

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 19
Sabah & Sarawak:

Nilai Mata (NM): 2

===========================================

Artikel Berkaitan Ayam Organik HPA 

DAUN MAMBU GANTI VAKSIN

Yang ditunggu sudah tiba!

Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana  HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.

“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.

Sumber: http://hpa.com.my/hpanews/index.php?option=com_content&task=view&id=44&Itemid=2 

Popularity: 44% [?]

Claypot (Periuk Tanah)

Claypot atau periuk tanah liat sangat bagus untuk menyimpan makanan, khususnya untuk sayur-sayuran dan buah-buahan. Kesegaran makanan juga terjaga beberapa hari lebih lama. Makanan yang disimpan di dalam periuk ini perlu ditutup dengan kain lembap. Pastikan kain tetap dalam keadaan lembap dan jauhkan periuk dari sinar matahari.

Kebaikan periuk tanah liat:

  • parasit tidak dapat membiak di dalam periuk dengan adanya unsur tanah liat
  • tempat percampuran makanan yg selamat
  • senang digunakan
  • air yang disimpan di dalamnya akan menyejuk secara semulajadi dan enak untuk diminum
  • kandungan mineral yang unik di dalam tanah liat menyebabkan air yang disimpan di dalamnya dapat melegakan kepanasan badan, melegakan batuk dan demam

Cadangan penggunaan:

Sebelum menggunakan claypot, masukkan air ke dalamnya, biarkan semalaman dan buang air tersebut pada hari berikutnya. Ini diulang sebanyak 3 atau 4 kali. Elakkan dari membasuh claypot menggunakan sabun, kerana sabun akan meresap ke dalamnya. Ini akan memberi kesan kepada rasa makanan yang disimpan di dalam claypot.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 38
Sabah & Sarawak: RM 42

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 38

Nilai Mata (NM): 4

Popularity: 34% [?]

Conditioner Aromaterapi HPA

Perapi Rambut Aromaterapi dengan Aloe Vera & Peppermint merupakan penjagaan intensif rambut yang merawat hingga ke akarnya untuk menguatkan dan memberi kelegaan pada kulit kepala. Rambut lebih lembut, sihat, bersianr, tidak kusut dan senang diurus.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 25

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 20

Nilai Mata (NM): 4

Popularity: 16% [?]

Syampu Aromaterapi

syampu-aromaterapi.PNG

Rangkaian Produk Centella Beauty Series

Syampu Aromaterapi

Kombinasi antara Aloe Vera dan Peppermint yang mengimbang kelembapan, menyegarkan dan menstimulasi kulit kepala membuat rambut  bersih, sihat dan bersinar. Gosokkan dengan lembut pada rambut. Untuk menyejukkan kepala, biarkan selama 2-3 minit. Bilas. Ikuti dengan Perapi Rambut Aromaterapi.

100% Halal & Muslim Product, Not tested on animals.

Kuantiti: 250 ml

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 4

Popularity: 20% [?]

Rangsangan ‘Kopi Maut’

Rangsangan ‘kopi maut’

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Penggemar minuman kopi segera dinasihat berwaspada berikutan kemunculan ‘kopi maut’ yang sengaja dicampurkan bahan kimia berbahaya, sintetik sildenafil nitrat, yang boleh menyebabkan mereka mati mengejut selepas meminumnya.

Kopi campuran berkenaan kononnya diadun dengan herba asli seperti gingko biloba, ginseng dan pelbagai herba lain, walhal ia sebenarnya hanya gimik untuk meyakinkan pengguna ia mampu merangsang nafsu seks.

Kewujudan kopi terbabit disedari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan selepas menerima aduan orang ramai berhubung kesan negatif mengambil minuman itu.

Susulan maklumat diterima, pegawai penguat kuasa farmasi menjalankan risikan bagi mengesan pengedar kopi dalam peket yang diedarkan melalui jualan langsung itu.

Penguat kuasa mengesan pejabat pengedar serbuk kopi terbabit di Metro Prima Puchong, dekat sini, sebelum berpura-pura ingin menjadi ejen syarikat itu.

Bagaimanapun, eksekutif syarikat jualan langsung itu menetapkan syarat supaya pegawai farmasi yang menyamar itu tidak menjualnya di restoran mamak berikutan hak penjualan kepada kedai makanan dimonopoli mereka.
Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi berkata, pegawai yang menyamar itu ditawarkan kopi berkenaan pada harga RM4 sepeket sebelum dijual di pasaran pada harga RM5 sepeket.

Menurutnya, pegawai itu membeli kopi terbabit sebelum menghantar sampel ke makmal dan disahkan mengandungi racun berjadual sindenafil nitrat yang turut digunakan untuk menghasilkan pil Viagra.

“Berdasarkan bukti diperoleh, sepasukan pegawai penguat kuasa farmasi menyerbu syarikat itu jam 11 pagi, semalam.

“Kehadiran pegawai farmasi memeranjatkan lima pekerja syarikat jualan langsung terbabit yang diserbu sebaik memulakan operasi awal pagi semalam,” katanya.

Hasil pemeriksaan, pegawai farmasi menemui 3,391 peket kopi berkenaan yang disimpan di stor syarikat terbabit.

“Siasatan mendapati pihak pengedar cuba memperdaya pengguna dengan meletakkan logo halal dan label Amalan Pengilangan Baik (GMP) pada peket kopi dijual.

“Selain itu, setiap peket kopi seberat 25 gram turut menggunakan motto ‘kuat, tahan dan sihat’ bagi menunjukkan seolah-olah ia produk makanan kesihatan,” katanya.

Sementara itu, seorang eksekutif syarikat jualan langsung terbabit berusia 20-an memberi alasan tidak mengetahui kopi terbabit berbahaya berikutan pembekalnya mendakwa ia dihasilkan daripada kopi terpilih dan herba tempatan.

Lelaki itu memberitahu, kopi terbabit yang dibekalkan sebuah syarikat di Cheras di sini, mendapat permintaan menggalakkan daripada pengusaha kedai mamak dan restoran sejak mula dipasarkan setahun lalu.

“Lelaki itu memberitahu baru sebulan menerima stok kopi terbabit daripada pengedar, namun kami percaya ia sudah lebih setahun diedarkan kepada orang ramai,” katanya.

Menurutnya, apa yang menakutkan pengguna yang mengambil kopi yang dicampur sebatian sildenafil menghadapi risiko maut.

“Ia amat berbahaya, terutama kepada mereka yang menghidapi darah tinggi, sakit jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan. Produk mengandungi kimia itu sangat berbahaya kerana tekanan darah boleh menjadi terlalu rendah.

“Selain itu, boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit kepala, gangguan perut dan penglihatan serta sakit otot. Malah, ia mampu merebak kepada penyakit hati dan buta,” katanya.

Menurutnya, penjual atau pengedar produk seperti itu boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah Pindaan 2000.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau dua tahun penjara mengikut Akta Racun 1957 dan denda antara RM25,000 hingga RM50,000 serta dua tahun penjara.

DuniaHerbaHPA: Berhati-hatilah memilih kopi herba di pasaran. 

Popularity: 17% [?]