DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Bagaimana Caranya Untuk Menjadi Ahli Koperasi HPA

Written by duniaherbahpa on Oct 16th, 2007 | Filed under: Info Terkini HPA, Koperasi HPA
  • Begitu mudah menyertainya. Walau di mana anda berada, anda tetap berpeluang untuk menjadi ahli koperasi. Keahlian koperasi ini terbuka kepada ahli HPA sahaja. Jadi, anda perlu menjadi ahli HPA terlebih dahulu sebelum menjadi ahli dan pelabur dalam koperasi HPA.
  • Borang keahlian koperasi boleh diperolehi di Kompleks HPA, cawangan dan pusat agensi HPA di seluruh negara.
  • Borang keahlian juga boleh dimuat turun menerusi laman web koperasi >> http://www.hpa.com.my/kohpa/index.php?page=borang
  • Borang yang lengkap diisi dikembalikan ke mana-mana cawangan/pusat agensi berdekatan bersama-sama yuran RM 10 dan saham minima sebanyak RM 200 untuk diproses.
  • Resit bayaran akan dikeluarkan sebagai bukti pembayaran.
  • Permohonan yang lengkap akan diproses oleh HQ dalam masa 2 hari sahaja.

*Ramai orang bertanyakan tentang koperasi HPA ini, jadi kami war-warkan semula cara dan kaedah menyertainya. Info terbaru ialah koperasi HPA telah bersetuju menggabungkan saham Kopi Radix, Radix Cola dan Kopi O Radix sebagai SATU SAHAM sahaja dan saham ini berjumlah RM 50 juta. Rebutlah peluang pelaburan ini segera agar tiada antara kita yang ketinggalan.

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Koperasi HPA Agih Dividen 10% Kepada Ahli
  2. Pelaburan Untuk Koperasi HPA Dibuka Semula
  3. Diskaun Untuk Ahli HPA Di Hotel De Palma
  4. Koperasi HPA: Koperasi Terbaik Negeri Perlis 2009
  5. Bagaimana Sistem Autodownline Ini Berfungsi?





17 Responses to “Bagaimana Caranya Untuk Menjadi Ahli Koperasi HPA”

  1. cuma ingin bertanya, saham ini satu unit RM200 ke? perkiraan keuntungannya berapa % dan diberi adakah di beri pada setiap hujung tahun?

  2. Salam Cik Liza, saham minima ialah RM 200. Anggaran pulangan setahun ialah 10-20% dan dijamin paling minima ialah 10%, InsyaAllah. Ia bergantung kepada jualan produk Kopi Radix, Radix Cola dan Kopi O Radix. Wassalam.

  3. selain ahli bagaimana nak jadi stokis. saya mempunyai sebuah kedai di taman koperasi cuepacs bt 12 jalan cheras, kajang selangor

  4. Salam En Ibrahim, utk menjadi stokis, anda perlu sertai program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) terlebih dahulu. Selepas itu, anda perlu memohon dengan pihak HQ HPA utk menjadi stokis. Sila dapatkan borang permohonan agen stok di cawangan HPA.

    Syarat lain utk menjadi stokis HPA:

    1. Modal permulaan RM 5 ribu
    2. Mempunyai downline sekurang-kurangya 15 org

    Wassalam.

  5. Salam…disini saya ingin bertanya,mengenai bagaimana dividen akan diagihkan kepada ahli dan bagaimana jika ingin menambah modal atau mengeluarkannya, serta dimana saya boleh dapatkan cawangan HPA di melaka.

  6. Salam,
    Setahu saya HPA menjual berbagai jenis produk. Adakah dividen bagi anggota Koperasi HDA berdasarkan produk kopi sahaja?

    Terima kasih.

  7. Salam,..
    jika saya telah menyertai saham minima RM200, adakah perlu saya membeli saham tambahan atau terpulang kepada saya?
    sudah berapa lamakah saham koperasi ini dilancarkan, dan berapa kalikah telah diagihkan dividen setakat ini?

  8. Salam,

    Ada limit maksimum utk pelaburan?

  9. Salam, bagaimana syarat untuk membuka franchise…apa kriteria..harap terangkan lebih lanjut mengenainya..

  10. salam,
    saya salah seorg penternak Lintah.. adakah pihakHPA berminat utk menjual produk kesihatan dgn mengunakan Lintah

  11. Apakah syarat2 yang dikenakan untuk membuka RFC. Mohon penjelasan lanjut pihak tuan.
    T.kasih

  12. salam..saya nak tanya kelebihan koperasini…

  13. saya berminat untuk menyertai skim koperasi nie. masih terbuka ker untuk sy menyertainya?
    sy tinggal di ipoh. di mana perlu sy submit
    borang yg telah di isi.

  14. Salam..Saya telah lama mnjadi ahli HPA,tetapi hanya utk kegunaan sekeluarga shj.Kini,Saya dan suami berminat utk menjadi stokis.Dimana boleh saya rujuk perkara ini?

  15. saya ingin butiran lanjut mengenai pelaburan ini…..berminat nk bt….tp nk pham bg jelas….dulu…

  16. kt mane nk dptkn link utk download online borang…utk jd ahli koperasi…

  17. Salam HPA, saya dah lama dulu jadi ahli jadi boleh ke saya dapat laman web replika percuma sebagaimana ahli baru dapat ? terima kasih.

Leave a Reply