DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Kopi Radix Mega Jumbo

Written by duniaherbahpa on Jul 26th, 2007 | Filed under: Produk Minuman

jumbomega.jpg

Packaging Kopi Radix Mega Jumbo (96 sachet) ini dihentikan pengeluarannya untuk sementara waktu. Packaging lain masih dijual seperti biasa-DuniaHerbaHPA.com

Kopi Pra-Campuran Radix (Tongkat Ali) yang dirumus khas bagi penggemar aroma kopi tulen. Mengembalikan kecergasan.

1. Sebagai afrodisiak menambah fertiliti (kesuburan)
2. Melawas dan melancarkan kencing.
3. Mengatasi masalah frigid bagi wanita (memberi ceria pasangan suami isteri).
4. Tongkat Ali sebagai herba utama.
5. Menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot.
6. Mengaktifkan biosentesis ke atas hormon endrogen.
7. Mengandungi flavanoid sebagai anti oksidan, antivirus dan anti peradangan.

Kelebihan Kopi Radix adalah pada campuran 7 jenis herba seperti:

1. Tongkat Ali

Akar Tongkat ali dapat menurunkan demam panas, demam kuning atau keracunan di hati, melegakan sakit-sakit tulang dan sendi, gatal-gatal badan, batuk kering (TB), kencing manis dan juga meningkatkan tenaga batin.

2. Mata Pelanduk

Akar Mata pelanduk dapat merawat otot atau ligament yang terseliuh, sakit dada, cirit-birit, sakit tekak, keracunan, pembengkakan testis, demam dan juga batuk-batuk.

3. Teja Lawang

Akar Teja Lewang digunakan juga untuk menurunkan demam, melegakan asma, batuk, lumbago, menambah tenaga, dan juga baik untuk ibu selepas bersalin.

4. Tebu Gajah

Akarnya bersifat antidote yang dapat mengebahkan demam, mengubati sakit telinga, membuang angin dalam badan dan juga sebagai ubat tenaga batin.

5. Mengkudu hutan

Akar Mengkudu hutan dapat merawat sakit kepala, buasir, sakit jantung, darah tinggi, sebagai Pelawas, memberikan tidur yang berkualiti dan juga dapat menghaluskan kulit.

6. Larak hutan

Akarnya dapat dijadikan ubat selepas bersalin, mengelakkan meroyan, dapat membuangkan angin dan juga sebagai tonik.

7. Halban

Akar Halban pula dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan dan dapat melegakan batuk.

Kandungan:

  • Eurycoma longifolia
  • Cinnamomum inners
  • Ardisia crispa
  • Albizzia Myriophylla
  • Morinda Eliptica
  • Polyalthia Hypoleuca
  • Vitex Pubescen
  • Kopi
  • Jumlah kandungan: 96 paket

    Harga Pengguna
    Semenanjung Malaysia: RM 90
    Sabah & Sarawak: RM 108

    Harga Pengedar HPA
    Semenanjung Malaysia: RM 72
    Sabah & Sarawak: RM 90

    Nilai Mata (NM): 30

    • Share/Save/Bookmark

    Related posts:

    1. Kopi Radix
    2. Kopi O Radix
    3. Kopi Radix Diet
    4. Awas Kopi Radix Palsu!
    5. Kesan Kopi Radix Palsu

    No tags for this post.

    63 Responses to “Kopi Radix Mega Jumbo”

    1. assalamualaikum…
      Ianya di simpan/paket dalam bekas plastik ke ?

    2. berapakah NM produk ini?

    3. Komen dari Pn Juliana:
      http://duniaherbahpa.wordpress.com/2007/07/26/kopi-radix-mega-jumbo/#comment-949

      Assalamualaikum.
      Sekadar berkongsi pandangan. Bagi sesiapa yang ingin mencuba produk HPA, amatlah dialu-alukan..insyallah anda pasti akan berpuashati dan rasa berbaloi dgn apa yang anda laburkan (harga produk). Selama hampir 10 tahun dan pernah berkhidmat dengan HPA, saya tidak ragu-ragu mencuba produk2nya. Syabas kepada HPA dan Alwahida Marketing kerana banyak kemajuan yang memberangsangkan.

    4. Soalan dari En Masri:
      http://duniaherbahpa.wordpress.com/2007/07/26/kopi-radix-mega-jumbo/#comment-957

      assalamualaikum………….
      saya ingin bertanya…apakah beza tongkat ali extract dgn tongkat ali serbuk yg pggil ( super fine ). Diantara kedua2nya, yg manakah benar2 larut di dlm air, serta apakah kesan sampingan yg tidak larut ?

    5. cara beli bagaimana?

    6. Salam Kio, sila rujuk cara membuat pesanan dan belian di link ini>> http://duniaherbahpa.com/pesanan-pembelian/ . Harap ianya akan dpt membantu anda. Wassalam.

    7. Salam,

      Mohon pendapat bagi mengatasi masalah uban yg tumbuh pada peringkat usia muda?

    8. Salam Azlina, anda boleh cuba menggunakan Tonik Pandan atau Minyak Zaitun sebagai minyak rambut. Wassalam.

    9. salam..nk tnya skit… cm ne nk mudah hamil?produk pe yang patut saya & suami amalkan/makan?.tq

    10. Salam Afieja, set kesuburan wanita HPA:

      1. Paramaria Plus
      2. Herba Penggalak kesuburan (rebusan)
      3. Evergreen Centella
      4. Kopi Radix
      5. Mega 3 kapsul

      set lelaki:

      1. Radix kapsul
      2. Mega 3 kapsul
      3. Kopi Radix
      4. Evergreen centella
      5. Madu Asli

    11. adakah kopi radix sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah tiroid?

    12. produk mana yg patut saya amalkan sbb saya menyusukan anak secara exclusive untuk membanyakkan susu ibu

    13. Salam Liza, kopi radix sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah tiroid. Selain tu, sila ambil herba senggugut dan herba2 lain ..sila rujuk set sinergi HPA utk masalah tiroid. Lihat link bhgn Produk HPA (Senarai Lengkap) -bhgn bawah skali. Wassalam.

    14. Salam Kuza, Kopi Radix boleh memperbykkan susu ibu. Disamping itu, amalkan kordial pegaga atau lain2 produk yg mempunyai herba pegaga. Wassalam.

    15. Assalamualaikum,
      Adakah kopi radix sesuai untuk wanita hamil?

    16. Salam Sutera, kopi radix sesuai utk wanita hamil. Minum sekurang2nya 1x sehari.

    17. Assalamu’alaikum wrwb,
      Saya penggemar kopi radik,sampai2 saya hafal kemasan luarnya,hari ini saya beli kopi radik,karena persediaan di rumah menipis,tapi alangkah terkejutnya saya,ada perubahan di kemasan yang baru saya beli,a.l tuangkan 1/2 sachet dalam satu cangkir ( yang lama 1 sachet),tidak ada tulisan “tongkat ali plus sinergi 7 herba”,dan herba pilihan,dan di kemasan yang baru tertulis kopi(coffee Arabica) 80mg.Mohon penjelasannya…saya jadi kawatir…kalo kopi ini mengandung kafein berlebih seperti kopi umumnya.Terimakasih Wassalam

    18. Salam Asih, kemungkinan kopi tersebut bukan Kopi Radix kerana kopi radix bukan coffee arabica. Seeloknya kamu selidiki terlebih dahulu produk kopi tersebut. Jika ia benar2 bukan kopi radix yg kamu pernah minum, sila pulangkan semula kepada stokis dan minta digantikan dengan yg baru. Wassalam.

    19. suami saya addicted minum kopi radik, pada masa yg sama dia perokok tegal, sudah 2 x dia deman angkara hisap rokok dan minum kopi radik. setiap kali deman dia berhenti merokok, kali ini dia baru sembuh demam dan baru je berhenti merokok, insyaalah dia akan berhenti merokok buat selama2 nya, dan itu juga janjinya pada saya dan anak2. amin

    20. Salam Niza, terima kasih atas perkongsian pengalaman suami anda dalam web ini. Kopi Radix memang mampu memberi manfaat utk menghilangkan ketagihan merokok. HPA juga mempunyai testimoni mengenai produk ini. Wassalam.

    21. salam…saya suda kawen 2thn. brape suma kos utk produk2 yang saya dan suami perlau ambil tu

    22. Salam Imah, set kesuburan wanita HPA:

      1. Paramaria Plus=RM20
      2. Herba Penggalak kesuburan (rebusan)=RM18
      3. Evergreen Centella=RM55
      4. Kopi Radix=RM30
      5. Mega 3 kapsul=RM30

      set lelaki:

      1. Radix kapsul=RM20
      2. Mega 3 kapsul=RM30
      3. Kopi Radix=RM30
      4. Evergreen centella=RM55
      5. Madu Asli=RM23

    23. Kopi Radix Ini boleh diminum oleh wanita yang baru lepas bersalin ke?maksud saya sebagai minuman panas waktu pagi atau petang?Tolong jawab ye

    24. Assalamalaikum wbt, nombor ahli 143145.MY01, boleh dapat web ke, nak tengok downline atau pembelian online bagaimana, tk

    25. Salam Mahadi, HPA belum menyediakan perkhidmatan sedemikian buat masa ini tetapi kami di DuniaHerbaHPA.com akan melancarkan sistem ini dalam jangka masa terdekat. Ia hanya dibuka utk yg belum menjadi ahli HPA sahaja. Wassalam.

    26. askum…bertanya menganai produk hpa …untuk jarakkan kehamilan

    27. Salam Mas, utk menjarakkan kehamilan, sila amalkan Teh Herba secara megados iaitu 2uncang atau lebih utk pagi dan mlm.

    28. Assalamalaikum wbt, saya ingin mengetahui apakah produk HPA yang patut saya amalkan untuk penyakit psoriasis. diharap dapat maklum balas daripada pihak tuan, terima kasih.

    29. Assalamu’alaikum.saya mau tanya, saya punya masalah gastrik (maag lambung), pernah saya minum kopi radix tapi jantung menjadi berdebar-debar, bolehkah saya minum kopi radix dan bagaimana caranya yang aman ?? Jazakallah..

    30. Waalaikumussalam Marina, cdgn produk HPA utk psoriasis:

      1. ddeu
      2. ddet
      3. dkarm
      4. shark cartilage
      5. kopi radix
      6. tea tree oil cream

      Salam Imam, mulakan minum kopi radix dengan dos yg rendah dan minum di siang hari. banyakkan minum air kosong selepas minum radix ini. Lagi baik jika anda ambil bersama Herba Tuju Angin utk mengatasi masalah gastrik anda. Wassalam.

    31. Salam,

      Saya sedang mengandung dan kandungan saya sudah mencecah 6 bulan. Saya telah mencuba kopi radix sebanyak satu paket dan selepas lebih kurang 1/2 jam, kepala saya terasa sakit sangat seperti berdenyut. Mengapa keadaan ini berlaku. Adakah sebab kopi radix kerana sepanjang saya mengandung tidak pernah mengalami sakit kepala sedemikian.

      Terima kasih

    32. assalamualaikum,

      saya memghidap gastrix dan cyst, skrg amalkan k. radix dan tuju angin, mula pengambilan kopi saya mengalami sakit kepala sekarang tiidak lagi masalah sekarang perut saya terasa pedih dan sendawa keluar gas masam menyebabkan dada saya panas setiap kali bila lapar .. kurang kentut .. apa patut saya lakukan

    33. Salam,

      Saya mengidap gastrik / angin dalam perut menyebabkan ketidakseimbangan bila bergerak, pening, sakit kepala, sakit belikat, perut senak dan pelbagai. Doktor berikan ubat gastrik, ubat angin & ubat membantu penghadaman. Saya ingin mencuba produk HPA. Apakah produk2 yang sepatutnya saya ambil untuk mengubati gastrik / angin dalam perut.

    34. Salam Watie, ianya berlaku kerana badan anda kekurangan air. Banyakkan minum air kosong sebyk 8-10 gelas sehari.

      Salam Nida & Azlinda, sila cuba kaedah yg Tn Hj Ismail sarankan ini:

      Kaedah mudah untuk menghilangkan gastrik(maag-ind) ialah dengan membuka 1 kapsul shark cartilage kedalam segelas air suam ,kacau(aduk-ind)dan minum.InsyaAlah akan sembuh dalam masa yang singkat kerana shark merupakan herba yang bersifat antasid.

      Shark cartilage dibuat daripada 2 jenis herba iaitu :
      1, Shark cartilage (tulang ikan Yu/hiu – ind)
      2. Akar terung pipit

      Disamping itu shark sangat terkenal untuk perawatan kanser/kanker-ind.InsyaAllah.

    35. Kopi radix ni ada kafein ke?

    36. Salam fadhli, semua kopi mempunyai kafein termasuk kopi radix. tapi kopi radix ini mempunyai herba tebu gajah yg bersifat antidot dan mampu meneutralkan kafein dalam kopi.

    37. Syukran kerana menjawab soalan saya tersebut. Saya bertanya sebab sekarang jika boleh saya mahu elakkan atau kurangkan pengambilan kafein kerana saya sedang hidapi satu penyakit pening-pening (pusing) atau lebih dikenali sebagai vertigo. Untuk mengurangkan pening itu, saya perlu elakkan mengambil apa2 produk yg mengandungi kafein.

      Sakit saya ni tidak boleh berdiri lama dan persekitaran seperti berpusing dan akhirnya saya terpaksa duduk. Selain itu, telinga saya juga berdesing (tinnitus?), di samping mata saya tidak dapat fokus (sedikit rasa kabur).

      Saya ada membaca juga di internet yang mana kesemua simptom tersebut dipanggil sebagai penyakit meniere. Daripada yang saya tahu, ada beberapa teori yang menyebabkan perkara2 tersebut berlaku seperti ketidakseimbangan cecair di telinga dalam, tidak cukup oksigen di otak dan kemungkinan berlaku infeksi bakteria di telinga dalam.

      Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh baca artikel mengenai ’sense of balance’ di mana telinga dalam lah berperanan untuk menjaga keseimbangan badan.

      Kesemua yang saya alami sekarang ini sedikit sebanyak mengganggu kerja seharian saya dan membataskan pergerakan saya.

      Yang amat menggerunkan saya ialah ada yang mengatakan simptom-simptom yang saya alami itu adalah antara tanda akan kehilangan pendengaran (hearing loss).

      Diharapkan saudara atau pihak HPA boleh syorkan kepada saya apa-apa produk yang boleh saya ambil untuk kurangkan atau sembuhkan penyakit yang sedang saya alami ini.

      Nota: Saya telah mendapatkan khidmat Doktor (klinik) sebanyak 5 kali. Tapi biasalah, mereka bukan periksa sangat pun melainkan berjumpa dengan pakar. Sekadar mengambil ubat tahan sakit, ia tidak memadai bagi saya.

      Semoga saya bertemu penawar untuk penyakit ini yang mana buat masa sekarang pihak saintis sendiri pun belum menemui penawar yang terbukti sepenuhnya boleh menyembuhkan penyakit ini.

      InsyaAllah, kemungkinan besar saya akan mendapatkan kepastian daripada pakar yang berkaitan untuk mengesahkan apa yg saya alami sekarang agar lebih mudah untuk saya mencari penawarnya. Jika boleh, saya mahu mengelak daripada penggunaan dadah.

      Wassalam.

    38. Di dalam kopi radix terdapatnya bahan tongkat ali. Adakah kandungan tongkat Ali ini boleh diamalkan oleh orang yang menghidap sakit darah tinggi? Saya pernah mendengar pendapat orang, bahawa tongkat Ali tidak boleh diamalkan oleh orang yang mengidap penyakit darah tinggi.

    39. Adakah kopi radix HPA mengandungi ekstrak tongkat Ali atau serbuk tongkat Ali ? Berdasarkan info, kebanyakan serbuk herba tidak larut dalam air dan ini boleh menjejaskan fungsi buah pinggang.

    40. HPA produk sememang baik, tetapi saya ingin tahu status ahli seumur hidup saya adakah masih releven lagi?

    41. Satu hari berapa kali Kopi Radix nie boleh diminum, 1,2,3 kali atau lebih dari itu. Jika diminum berlebihan adakah boleh mendatangkan keburukan (mudarat) kepada diri kita.

    42. assalamualaikum.. saya telah mengidap penyakit jantung selama 2 tahun . buat masa skg ni saya makan ubat hospital. Baru-baru ini saya keguguran sebanyak 2 kali dan dr meminta saya mengambil sampel darah untuk membuat kajian kenapa saya keguguran. ( Kandungan tidak menjadi- masuk 3 bulan kandungan tidak membesar) Setelah medapat keputusan darah, saya diberitahu oleh doktor bahawa kepekatan darah saya tidak normal dan dr kata boleh menyebabkan strok. ini amat merisaukan saya. Sehubung dengan itu, dr nasihatkan saya tidak mengandung lagi. saya ingin bertanya kepada pihak hpa apakah ubat herba untuk ‘merancang keluarga’ dan apakah herba yang boleh saya amalkan untuk penyakit saya ini ?

    43. Salam Fadhli, anda disarankan agar berjumpa dgn herbalis HPA utk rawatan lanjut. pertemuan empat mata lebih baik supaya anda dpt menceritakan secara terperinci ttg masalah anda disamping herbalis juga akan dpt mendiiagnos penyakit anda. utk berubat dgn Tn Hj Ismail, sila lihat link ini: http://www.hpa.com.my/jhs .utk berjmp dgn herbalis lain, sila emel kpd saya: muhamadredza@gmail.com .

      Salam Hairie, kopi radix bukan shaja mengandungi tongkat ali bahkan ada 6 lagi herba lain yg disinergikan bersama. Tiap2 herba ini mempunyai khasiat tersendiri dan salah satunya ialah Akar Mengkudu hutan yg dapat merawat sakit kepala, buasir, sakit jantung, darah tinggi. Inilah kelebihan sinergi 7 herba dlm kopi radix ini. Pesakit darah tinggi perlu mulakan minum kopi ini dgn dos yg rendah dahulu diikuti dgn minum air kosong 8-10 gelas sehari. Ambil juga produk vitex, malac dan omega 3 softgel.

    44. Salam Safiah, utk makluman anda , yg dimaksudkan dgn menyebabkan kerosakan buah pinggang adalah disebabkan oleh pengambilan herba Tongkat Ali semata-mata tanpa menggabungkannya (istilah lainnya ialah sinergi) dengan herba yg lain. Bagi produk Kopi Radix, HPA mensinergikan 7 herba iaitu:

      1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN) untuk tenaga dan kesuburan
      2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK) untuk masalah persendian
      3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF) untuk pengimbangan angin
      4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT) untuk meneutralkan kafein dalam kopi
      5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF) untuk pelawasan
      6. Halban (IMUNITI) untuk menjaga stamina tubuh
      7. Larak Hutan (KARDIOTONIK) untuk memperbanyakkan susu ibu

      Antara tujuan sinergi ialah untuk:

      1. Menambah potensi herba
      2. Mempercepat kesembuhan
      3. Menghilangkan kesan sampingan
      4. Mengurangi kekerasan ubat

      Herba Tebu Gajah (bersifat ANTIDOT) misalnya disinergikan bertujuan untuk menghilangkan keracunan pada Tongkat Ali, mengurangkan rasa pahit Tongkat Ali dan lain-lain lagi. Jadi, di sini tidak timbul soal Kopi Radix boleh memberi kesan kepada kerosakan buah pinggang manusia kerana HPA menggunakan kaedah sinergi dalam penghasilan semua produk herbanya.

      Anda tidak perlu khuatir mengamalkannya apatah lagi semua produk HPA mendpt kelulusan KKM. Ini memberi makna bahwa produk HPA mujarab, berkualiti dan selamat diamalkan.

      Salam JR, spt yg saudara katakan , keahlian HPA seumur hidup. maknanya keahlian anda masih relevan.

      Salam Jebat, kopi radix boleh diminum maksimum 6 kali sehari. nasihat saya, mulakan dgn dos rendah dulu, ambil 1 paket. tambah kpd 1 paket lg dan seterusnya jika mendapati tiada tindakbalas herba yg kuat terhdp tubuh anda. Jika ini berlaku, anda boleh krgkan dos semula dan bykkan minum air ksg.

    45. assalamulaikum, saya ingin mengetahui apakah produk HPA yang boleh digunakan utk merawat pesakit yg buah pinggangnya sudah rosak dan kritikal – sbg rawatan alternatif..?
      terima kasih, wassalam

    46. Salam Noorish, HPA mempunyai produk utk rawatan buah pinggang tetapi hanya utk tahap peringkat yg tidak kritikal sahaja. Kami akan maklumkan kpd anda jika ada sebarang maklumat berkaitan herba lain yg sesuai bagi merawat masalah ginjal kritikal.

    47. Salam, sy mempunyai masalah kulit yg sangat berminyak. adakah sebarang produk yg boleh sy amalkan utk mengatasi masalah ini?

    48. akum.. pertanyaan saya ialah bolehkah saya minum kopi radix dan dalam masa yang sama saya ingin sangat hendak mengandung, jika sekiranya boleh, bolehkah sehingga 6 paket sehari, walaupun tidak setiap hari 6 paket? ini adalah bagi menggantikan tabiat saya yang setiap hari minum teh tarik/c sehingga 7-8 cawan sehari dan kadang-kadang lebih. usia perkahwinan saya satu tahun lebih dan sehingga sekarang masih belum mengandung. terima kasih.

    49. assalammualaikum…

      sy ingin btanya,sy telah 2 tahun berkahwin & inginkn anak.sy telah mendapat senarai produk hpa utk kesuburan.tapi sy bimbang utk minum kopi radix kerana sy alah dengan kopi kerana sy ada migran yg teruk.hampir 14 tahun sy mengidap migran.dengan bau kopi shj sy mesti diserang migran.bagaimana sy boleh pastikan kopi radix selamat utk sy minum & amalknnyer?terima kasih.

    50. Saya sekarang ini hamil 5 bulan, saya ingin bertanya bolehkah wanita hamil minum kopi radix kerana takut memberi kesan kepada baby saya.Sebelum hamil saya kerap minum kopi radix kerana ianya memberi saya tenaga dan tidak menyebabkan mengantuk.

    51. Selama ini saya hanya minum teh herba pagi dan mlm setiap hari utk menghilangkan kelesuan dan keletihan.alhamdulillah ..ternyata berhasil. bole tak saya minum kopi radix dan teh herba setiap hari?Adakah kedua2 minuman ini dapat menambah kesuburan saya untuk hamil?

    52. 1. Adakah kopi radix ni dapat menyembuhkan masalah gejala mat rempit di negara kita?
      2. Bolehkah kopi radix ni membantu rakyat palestin dalam perjuangan mereka menentang israel?

    53. Jawapan pada Zam Hensem

      Saya rasa pihak HPA tiada jawapan untuk soalan anda tapi saya sarankan pada anda supaya mengambil ubat sakit jiwa sahaja…Ini kerana anda mempunyai jiwa yang gelap penuh dengan hasad dengki…

    54. Assalamualaikum,
      saya nak tanya cara yg betul makan produk-produk HPA, saya telah beli beberapa produk di stokis HPA berdasarkan nasihat herbalis HPA, tapi saya nak cepat sempat nak tanya cara makan yang tepat, antara produknya adalah kopi radix,madu, Herba Tuju angin, Herba pelawas, Mega-3 dan Coscinium Plus. saya menghadapi masalah banyak lendiran rasa macam tersekat pada bahagian dada, masalah sembelit @ sukar buang air besar, yang terbaru saya rasa macam sakit pada bahagian buang air besar rasa macam luka,cepat berdebar, cepat penat bila buat sesuatu suka sakit kepala. bagaimana cara nak makan herba yg saya beli ni, apa lg produk yg sesuai, saya takut cara saya makan salah sebab herba ni kena makan dengan betul baru mujarab.

    55. salam,

      ape product yg sesuai utk lelaki yg mengalami masalah xlawas kencing. umur 65 thn

      t/kasih

    56. salam..
      apakah produk utk mengatasi kencing tak lawas/tos serta period yg selalu lambat datang.
      Pernah jugak kena ‘infection’(kencing kotor.)

    57. Saya telah jatuh cinta pada produk HPA. Kosmetik apa yg boleh mengurangkan masalah jeragat dan garis2 penuaan?

      TK HPA

    58. assalamualaikum…

      Saya telah mencuba kopi radix selama seminggu, alhamdulillah masalah angin di dalam badan semakin beransur sembuh. Selain angin, saya juga di diagnosis sebagai pesakit IBS(Irritable Bowel Syndrom), masalah usus besar. Tahap kolesterol juga tinggi, skrg saya ambil pil kolesterol jenis simvastatin drp klinik. Di samping itu juga saya selalu sakit kepala, migrain tahap sederhana. Setiap bulan sakit kepala.

      Soalan saya, apakah jenis produk yg perlu saya ambil selain drp kopi radix?

      Sekian, wasalam.

    59. Salam..

      Isteri saya juga mempunyai masalah migrain tahap kritikal. Sakit kepala sehingga tidak dapat melakukan kerja. Alahan kepada cuaca yg panas & suasana tegang.

      Apakah nasihat & cadangan produk yg sesuai untuk beliau?

      Sekian, wasalam.

    60. salam , saya mengidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan migrain. Bolehkah saya minum kopi radix ni? sebab dlm kopi radix ni mesti ada gula, jadi adakah memudaratkan utk kencing manis

    61. untuk saudara FAHLI saya terasa terpanggil untuk memaklumkan kepada saudara bahawa saya menghadapi penyakit seperti saudara…allhamdulillah sekarang saya telah sembuh 95%..matlamat sekarang untuk sembuh sepenuhnya…untuk makluman saudara,saya harap saudara dapat berjumpa doktor di hospital putrajaya bhg ENT clinic..saya menerima rawatan di sana…

    62. salam saya jd mber hpa dh setahun tp xdpt kad ahli camane ye?

    63. salam.. bila kopi radix mega jumbo ini akan mula dijual semula..?? -anipan_sakuragi@yahoo.com-

    Leave a Reply