DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Az-Zahraa Corset (Bengkung Tujuh Meter)

Written by duniaherbahpa on Mar 23rd, 2007 | Filed under: Produk Untuk Wanita

corset.jpg

bengkung-azzahraa-3.PNG bengkung-azzahraa-2.PNG

Produk terbaru keluaran HPA yang menjadi alternatif kepada barut berherba. Merupakan Bengkung Tradisional Jawa dengan saiz ukuran pinggang sehingga 40 inci. Ianya mempunyai dua tali di kedua belah kiri dan kanan bagi memudahkan pemakaian oleh kaum wanita amnya dan ibu bersalin khususnya.

Keistimewaan Corset:

  • Diperbuat daripada kain belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa dipakai.
  • Pemakaian bengkung membantu menjaga kedudukan organ dalaman wanita semasa melakukan pergerakan dan aktiviti berat
  • Menjaga postur tubuh, membetulkan tulang belakang, memulihkan pembentukkan pinggul dan tulang pelvik
  • Sesuai dipakai bila-bila masa
  • Ukur lilit bengkung telah direka untukukuran pinggang sehingga 40 inci
  • Menegangkan kembali otot-otot perut
  • Membantu mengawal selera makan

Kaedah penggunaan:

  • Sapukan minyak barut ke bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan
  • Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut dan diikat dengan kejap bermula dari bahagian bawah ke atas
  • Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari
  • Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan
  • Cuci bengkung sebelum digunakan
  • Cara pemakaian bengkung ada disertakan pada produk

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 50
Sabah & Sarawak: RM 55

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50

Nilai Mata (NM): 10

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Tujuh Herba Bijirin Radix
  2. Hotel El-Zahraa Inn Telah Dibuka

No tags for this post.



17 Responses to “Az-Zahraa Corset (Bengkung Tujuh Meter)”

  1. Yth Bapak / Ibu.

    Saya lihat ini produk baru .. tapi tidak ada gambarnya .. bisa saya dapat dan kegunaannya untuk apa saja ???

    terima kasih

    lenny

  2. Cik Lenny, gambar dan maklumat tentang produk baru ini akan di update sedikit masa lagi. Harap bersabar. Produk az-Zahraa buat masa ini hanya untuk pasaran di Malaysia sahaja. Saya tidak pasti sama ada ianya juga telah dipasarkan di Indonesia. Sila hubungi pihak HPA Indonesia untuk kepastian. Sila hubungi 021-75914023 untuk memesan produk HPA di sana atau layari web http://www.hpa-indonesia.net/

  3. Bengkung 7 meter ni untuk di buat lilitan macam org lepas pantang tu ke

  4. Cik Azliana, memang benar bengkung ini baik digunakan khasnya oleh ibu selepas bersalin. Cuma bezanya dengan barut berherba ialah bengkung ini tidak mengandungi herba.

  5. tuk orang lepas bersalin…utk anak dara tak da kaa….hehhe

  6. Cik Ain, bengkung ini boleh dipakai oleh wanita lepas bersalin dan juga wanita yg belum berkahwin.

  7. Saya memang cari bengkung panjang ni. Tapi bengkung jawa tak ada tali kiri dan kanan. Hanya panjang dan akhirnya selepas lilitan terakhir pada badan, pangkal kain yang dilebihkan semasa mula melilit diikat pada hujung kain. Saya pun nak tengok sangat produk ini.

  8. Salam hamiju, selamat mencuba. Diharap anda dapat kongsikan pengalaman anda setelah menggunakan bengkung ini di laman web ini.

  9. bengkung kain ni sama macam bengkung zig zag ker, cuma bezanya bengkung ni ada 2 tali? ada tak bengkung yg ada tali utk setiap lubang ikatan? macam maner saya nak dapatkan corset az-zahra ni?

  10. Salam Zarina, HPA mempunyai 2 jenis produk spt ini iaitu Barut Berherba dan Azzahraa Corset sahaja. Dapatkan produk HPA melalui pengedar kami atau melalui cawangan HPA atau melalui stokis HPA seluruh Malaysia.

    - http://duniaherbahpa.com/usahawan-hpa/
    - http://duniaherbahpa.com/2008/senarai-penuh-cawangan-hpa-seluruh-malaysia/
    - http://hpa.com.my/senaraistokis.htm

  11. saya ingin membeli bengkung ini, bagaimana caranya?

  12. salam…
    setahu saya bengkung dan barut adalah dua produk yg berbeza. bengkung adalah kain lilitan panjng spt yg di nyatakan oleh hamiju tu.. tp barut adalah kain dgn lilitan tali yang bersilang-silang. akan ttpi,mgkin Az-Zahraa Corset ni,akan mudah digunakan krn mempunyai tali spt barut.

  13. salam…………….nape barut berherba x ade dlm senarai produk hpa……….sy nak info pasal barut 2

  14. kenapa cawangan johor tiada stok?

  15. Sy berminat nk bli az-zahra corset ni. Boleh ke order thru online & brapa lama x masa yg diambil utk penghantaran?

  16. saya rasa ada kesilapan sikit di sini.. ukuran sehingga 48cm, coz sy dah beli n dikotak tulis hingga 48cm

  17. upssss 48 inci sbenarnya..

Leave a Reply