DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Archive for March, 2007

Tujuh Herba Bijirin Radix

Written by duniaherbahpa on Mar 23rd, 2007 | Filed under: HPA Dalam Media

  cereal-hmetro.jpg gmbr-tn-hj-ismail-dan-cereal2.jpg

Tujuh herba Bijirin Radix

Oleh ZAINUDDIN ZAIN
zainuddin@hmetro.com.my

23 Mac 2007

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melancarkan produk keempat jenama Radix, Bijiran Radix, yang dijangka menjana pendapatan tambahan sebanyak RM1 juta sebulan kepada syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera itu.

Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad, berkata `fenomena’ yang dicetuskan Kopi Radix berjaya melonjakkan jualan syarikat kepada RM4 juta sebulan sejak awal tahun ini dan pelancaran Bijiran Radix pula dijangka meningkatkan jualan menjadi RM5 juta.Menurutnya, sasaran syarikat untuk mencatatkan jualan sebanyak RM6 juta sebulan pada tahun ini dijangka dapat dijana melalui pelancaran dua lagi produk di bawah jenama Radix iaitu Teh Radix dan Kopi O Radix bulan depan.Pada masa ini, katanya, selain Kopi Radix dan Bijiran Radix, produk jenama Radix sedia ada di pasaran ialah Kapsul Radix dan Cookies Radix.“Berdasarkan kempen pengiklanan agresif di Harian Metro dan dua rangkaian televisyen Media Prima (TV3 dan TV9) bermula Disember lalu, Kopi Radix mencatatkan jualan luar biasa sekali gus menaikkan keseluruhan pendapatan syarikat hampir dua kali ganda daripada purata RM2 juta sebulan sepanjang 2006 kepada RM4 juta bermula Disember lalu.

“Namun, kita akur dengan cita rasa pengguna yang mana ada yang tidak minum kopi, tidak suka minuman bersusu dan sebagainya, maka kita akan mempelbagaikan kepada produk bijirin dan tidak lama lagi teh dan kopi o tetapi dengan tujuan yang sama iaitu kesihatan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran Bijirin Radix di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan 2 HPA, Norhayati Ahmad dan Pengurus Besar Al-Wahida Marketing yang juga anak syarikat HPA, Mohd Faisol Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Ismail memberi penerangan hampir tiga jam kepada lebih 1,000 orang yang hadir mengenai kelebihan produk Radix yang juga disenergikan daripada tujuh herba berdasarkan teori Bapa Perubatan Islam, Ibnu Sina.

Mengenai produk Bijirin Radix, beliau berkata, walaupun terdapat beberapa jenama bijiran dan oat yang popular di negara ini, kelebihan produk keluaran HPA ialah ia disenergikan dengan tujuh herba.

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.

Az-Zahraa Corset (Bengkung Tujuh Meter)

Written by duniaherbahpa on Mar 23rd, 2007 | Filed under: Produk Untuk Wanita

corset.jpg

bengkung-azzahraa-3.PNG bengkung-azzahraa-2.PNG

Produk terbaru keluaran HPA yang menjadi alternatif kepada barut berherba. Merupakan Bengkung Tradisional Jawa dengan saiz ukuran pinggang sehingga 40 inci. Ianya mempunyai dua tali di kedua belah kiri dan kanan bagi memudahkan pemakaian oleh kaum wanita amnya dan ibu bersalin khususnya.

Keistimewaan Corset:

  • Diperbuat daripada kain belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa dipakai.
  • Pemakaian bengkung membantu menjaga kedudukan organ dalaman wanita semasa melakukan pergerakan dan aktiviti berat
  • Menjaga postur tubuh, membetulkan tulang belakang, memulihkan pembentukkan pinggul dan tulang pelvik
  • Sesuai dipakai bila-bila masa
  • Ukur lilit bengkung telah direka untukukuran pinggang sehingga 40 inci
  • Menegangkan kembali otot-otot perut
  • Membantu mengawal selera makan

Kaedah penggunaan:

  • Sapukan minyak barut ke bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan
  • Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut dan diikat dengan kejap bermula dari bahagian bawah ke atas
  • Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari
  • Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan
  • Cuci bengkung sebelum digunakan
  • Cara pemakaian bengkung ada disertakan pada produk

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 50
Sabah & Sarawak: RM 55

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50

Nilai Mata (NM): 10

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.

HPA di MIHAS 2007

Written by duniaherbahpa on Mar 23rd, 2007 | Filed under: Galeri HPA

hpa-mihas-1.jpg hpa-mihas-2.jpg hpa-mihas-3.jpg

hpa-mihas-4.jpg hpa-mihas-5.jpg

hpa-mihas-6.jpg

Gambar-gambar sekitar Pameran MIHAS 2007 di KL Convention Center yang disertai HPA baru-baru ini.

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.

Gambar Aktiviti Awal 2007

Written by duniaherbahpa on Mar 22nd, 2007 | Filed under: Galeri HPA

anugerah-sirim-hpa-news.jpg anugerah-sirim-hpa-news-2.jpg

Majlis Penganugerahan Kualiti oleh SIRIM Berhad

lwtn-kilang-hpa.jpg

ADUN Sg Tiang, Kedah turut mengadakan lawatan ke Kilang HPA

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.

Sabun Kacip Fatimah

Written by duniaherbahpa on Mar 22nd, 2007 | Filed under: Produk Kegunaan Harian

Produk ini masih belum ada stok.

  • Rumusan khas dari sumber alam semulajadi, kacip fatimah, manjakani, pueraria, kunyit, sireh serta gliserin daripada minyak kelapa sawit.
  • Sinergi herba yang digunakan yang dikenali sejak turun-temurun dimanfaatkan dalam penghasilan sabun ini sebagain pembersih wanita.
  • Menjaga bahagian keintiman wanita di samping memelihara keremajaan kulit.
  • Berkhasiat secara tradisional sebagai serapat dan berkesan untuk kesembuhan selepas bersalin.
  • Mencegah kanser serviks dan bersifat antibakteria, antiviral serta antiseptik.
  • Sabun kacip fatimah membantu menghilangkan bau yang tidak enak, antifunggal, menguatkan otot dan merawat jangkitan yis.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 12
Sabah & Sarawak: RM 15

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak: RM 12

Nilai Mata (NM):4

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.