Perkongsian Bijak Cemerlang

“JALAN PINTAS MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN, 5 ANGKA DALAM MASA 5 BULAN MELALUI PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC) HPA”

1. Apakah Program Perkongsian Bijak Cemerlang?

Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) merupakan plan pemasaran yang diperkenalkan oleh HPA Industries Sdn. Bhd. melalui cetusan idea/kajian daripada pengedar-pengedar yang telah berjaya memperolehi pendapatan lumayan melalui syarikat HPA.

Plan pemasaran ini diperkenalkan bertujuan supaya pengedar-pengedar HPA memperoleh pendapatan lumayan dalam masa yang singkat; 5 angka dalam masa 5 bulan!

pbc1-v2.png

Program PBC berlangsung selama 2 hari 1 malam di semua lokasi terpilih (kebanyakannya di hotel) di seluruh Malaysia. Jadual program PBC secara bulanan boleh dilihat di laman web rasmi HPA iaitu www.hpa.com.my . Yuran PBC amnya ialah RM 180 sahaja namun ianya tertakluk kepada perubahan bergantung kepada penganjur program dan faktor lokasi.

2. Siapa Yang Perlu Hadir Ke PBC?

1) Ahli baru HPA.
2) Ahli HPA yang telah lama sertai HPA tapi tidak aktif dan tidak berpangkat.
3) Ahli HPA yang berminat untuk menjadi stokis.

3. Modul-Modul PBC

Antara modul yang akan diberikan adalah :

1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya – Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan Al Maathurat.
14. Motivasi Niaga.

Kini program PBC telah diswastakan kepada Pengarah Jati Setia (PJS) HPA. Dalam erti kata lain, PJS sendiri yang menganjur dan menguruskan perjalanan PBC di lokasi pilihan mereka. Modul-modul PBC menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan.

pbc-2-v2.png

Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul.

Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat.

4. Ganjaran Dari PBC

ganjaran1.jpg

Selain ilmu, kemahiran dan motivasi yang diperolehi dari program ini, ada ganjaran istimewa yang HPA tawarkan kepada peserta PBC iaitu kenaikan pangkat secara automatik. Kenaikan pangkat akan menyumbang kepada peningkatan bonus. 2 syarat utama yang membolehkan kenaikan pangkat ini ialah:

1) Peserta hadir ke PBC dan
2) Melakukan belian bersyarat 300 NM pada bulan yang peserta itu hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300 NM sebelum ke program PBC melalui mana-mana agen stok.

Belian 300 NM hanya dilakukan sekali saja untuk PBC. Pada bulan-bulan berikutnya, anda hanya perlu maintain 100 NM untuk mendapatkan bonus bulanan.

Anda sebenarnya boleh mencapai apa jua kenaikan pangkat mengikut banyak mana jaringan yang anda hadirkan ke PBC. Jika anda hadir seorang sahaja, anda akan naik pangkat pertama, PLX. Dan misalnya anda membawa pula 6 orang ahli rangkaian anda ke PBC dalam satu-satu bulan, maka anda terus akan mencapai pangkat PJX dalam bulan tersebut. Rujuk senarai pangkat dan gambarajah di sini. Dengan syarat masing-masing juga membuat belian bersyarat 300 NM.

5. Plan Pemasaran 5 Angka Dalam Masa 5 Bulan Melalui PBC

Ingin pendapatan 5 angka melalui perniagaan HPA? Sudah semestinya bukan. Kini tiba masanya untuk kami dedahkan plan pemasaran terhebat HPA kepada anda. Sila rujuk gambarajah di bawah.

5-angka-5-bln-1-v2.PNG

5-angka-5-bln-2-v2.PNG

5-angka-5-bln-3-v2.PNG

5-angka-5-bln-4-v2.PNG

5-angka-5-bln-5-v2.PNG

5-angka-5-bln-6-v2.PNG

Tugas anda:

1) Anda hadir ke program PBC + buat belian bersyarat 300 NM
2) Anda dapatkan 6 orang ahli baru pada bulan ke 2 dan membawa mereka ke PBC. Pada bulan ke 3 pula, 6 orang dibawah anda turut mengikut cara anda dengan membawa 6 orang ahli baru di bawah mereka ke PBC. Hanya lakukan proses duplikasi ini sehingga bulan ke 5, bonus anda akan mencapai RM 26, 729. Dengan syarat, setiap ahli juga melakukan belian 300 NM dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Belian 300 NM hanya dilakukan sekali saja untuk PBC. Pada bulan-bulan berikutnya, anda hanya perlu maintain 100 NM untuk mendapatkan bonus bulanan.

* Setiap peserta yang hadir ke PBC mestilah membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC melalui mana-mana agen stok.

6. Plan Pemasaran 5 Angka Dalam Masa 12 Bulan Melalui Program PBC

Selain dari Plan 5 Angka Dalam Masa 5 Bulan, ada juga disediakan plan menjana pendapatan 5 Angka Dalam Masa 12 Bulan. Ringkasnya tugas anda ialah:

1) Anda perlu hadir ke program PBC pada bulan pertama dan buat belian 300 NM.

2) Menaja seorang setiap bulan secara berterusan hingga 12 bulan dan hadirkan setiap dari mereka ke PBC. Setiap downline anda juga harus melakukan perkara yang sama seperti yang anda lakukan.

* Setiap peserta yang hadir ke PBC mestilah membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC melalui mana-mana agen stok.

Berikut ialah kiraan kasar bonus bagi Plan Pemasaran 5 Angka Dalam Masa 12 Bulan yang kami gelarkan juga sebagai Pembinaan Rangkaian Berterusan (PRB):

prb-1-v2.PNG

prb-2-v2.PNG

prb-3-v2.PNG

7. Fakta Menarik Mengenai Program PBC

1) Sekitar 2002, jualan bulanan HPA hanya sekitar RM200 ribu sahaja sebulan tapi kini, Alhamdulillah jualan bulanan telah menjangkau berbelas-belas juta RM sebulan. Cawangan Sungai Petani sahaja mampu mencatat jualan melebihi setengah juta sebulan. Faktor utama lonjakan jualan bulanan ini ialah kerana keberkesanan program PBC yang dimulakan sejak Disember 2005.

leadership-button.jpg

2) PBC adalah medan baru bagi pemimpin-pemimpin HPA. Ia mampu menggerakkan pengedar untuk mengubah cara bekerja dan bertindak lalu lahir sebagai usahawan HPA. Sebelum ini ramai juga usahawan yang lahir, tetapi tidak sehebat usahawan selepas adanya PBC. Ia adalah momentum baru yang menjulang kejayaan syarikat dan juga kecemerlangan pemimpin dan pengedar.

3) Menjadi ahli HPA dengan membayar yuran penyertaan RM30 seumur hidup belum tentu memberi jaminan untuk kita berjaya sebagai usahawan HPA. Ramai yang menjadi pengguna dan pengamal produk sahaja. Mereka mungkin terlupa bahawa Pelan Pemasaran yang dikemukakan oleh HPA mampu membina diri kita sebagai jutawan HPA jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

business-meeting1.jpg

4) Menjadi usahawan memerlukan ilmu perniagaan. Setakat tahu sahaja belum cukup sekiranya tidak disertakan dengan skill untuk berdagang, terutama dalam syarikat yang berniaga secara Multi Level Marketing (MLM). Selama 2 hari satu malam dengan bayaran RM180 sahaja, pengedar akan didedahkan dengan ilmu dan skil perniagaan yang mampu menjadikannya usahawan yang cukup
berjaya jika dipraktikkan dengan betul.

5) Oleh yang demikian, pemimpin dan pengedar HPA yang bercita-cita mahu menjadi Usahawan MLM (S) HPA yang berjaya dengan pendapatan bulanan 5 angka, hendaklah menggerakkan jaringan mereka untuk hadir ke PBC.

8. Bagaimana Untuk Menyertai PBC?

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1) Menjadi ahli HPA terlebih dahulu dengan mendaftar di web DuniaHerba.net. Sila klik DAFTAR untuk tujuan pendaftaran, kemudian lakukan pembayaran RM 30 sahaja (yuran ahli HPA) dan anda akan mendapat Kit Niaga HPA.

2) Daftar ke program PBC melalui Admin DuniaHerba.net. Sila daftar selewat-lewatnya 5 hari sebelum program PBC dijalankan. Sila berikan maklumat seperti berikut kepada Admin sama ada melalui emel, muhamadredza@gmail.com atau SMS ke 019-3093956.

Sila rujuk jadual program PBC melalui web rasmi HPA, www.hpa.com.my .

Tarikh PBC:
Lokasi PBC:
Nama Pemohon:
No Ahli:
No IC:

Kemudian, sila lakukan pembayaran *RM 180 sahaja ke mana-mana akaun Admin seperti berikut:

a) CIMB Bank: 09020091289529 atau
b) Maybank Berhad : 164052344820 atau
c) Bank Islam Malaysia Berhad: 12092020100363
d) Cek Bank Tempatan atau Wang Pos

Atas nama Muhamad Redza bin Ahmad Rodzi

* Yuran PBC adalah berbeza bagi sesetengah lokasi. Sila maklumkan lokasi PBC yang anda ingin sertai supaya kami dapat maklumkan pada anda yuran PBC di lokasi berkenaan.

6 thoughts on “Perkongsian Bijak Cemerlang”

  1. Askum…
    Disini saya nak tahu mengenai tempoh untuk pungutipan mata sebanyak 300 NM tu perlu dilakukan pada bila had masa(sebln dr sertai prog. atau ??)..

  2. Encik Jan, pembelian 300 NM hendaklah dibuat dalam masa 2 bulan iaitu dalam bulan yang anda hadiri program PBC dan bulan berikutnya dan ianya boleh dibeli secara berperingkat-peringkat. Tak kisah sama ada beli 300 NM sebelum atau selepas PBC asalkan dalam bulan yang anda hadiri PBC itu dan bulan selepasnya.

    Contoh: Anda sertai program PBC pada bulan Mei 2007, maka pembelian 300 NM perlu dilakukan pada bulan Mei dan Jun. 300 NM akan dipecahkan kepada bulan Mei (100 NM), Jun (100 NM) dan Julai (100 NM). Ini bererti anda tidak perlu lagi membuat pembelian pada bulan Julai kerana anda sudah membeli pada bulan Mei dan Jun sebanyak 300 NM (tetapi tidak salah jika anda ingin membeli lagi).

  3. As Salam….
    Saya berminat untuk membuka HPA Halal Mart dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut syarat2 nya.
    Adakah perlu saya menjadi ahli HPA terlebih dahulu dan apakan syarat2 sebelum saya layak untuk membuka HPA Halal Mart.
    Sekiranya saya layak, bagaimana terma dan syarat yang perlu saya patuhi apabila membuka HPA Halal Mart ini.
    Semoga saya mendapat jawapan dari pihak tuan dengan kadar segera memandangkan kawasan saya ini belum ada stokis HPA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge