Madu Bersarang (Honey comb)

honey-comb.jpg

Madu lebah merupakan saripati tumbuhan (nectar) yang disimpan oleh lebah sebagai sumber makanan. Apabila cuaca sejuk atau kekeringan makanan, lebah akan mengambil madu simpanan sebagai sumber tenaga.

Kitab suci Al-Quran menyebut mengenai madu dan lebah dalam surah An-Nahli iaitu madu merupakan penyembuh penyakit. Lebah akan membebaskan hormon ‘Nasonov Pheromones’ ketika ekspedisi mencari sumber nectar, bunga-bungaan serta ketika pulang ke sarang sebagai alat pandu arah (positioning system). Lebah akan mengumpul (ingest) dan menghadamkan nectar dengan perutnya beberapa kali dan menyimpannya dalam honey comb (petak simpan berbentuk heksagon). Nectar mempunyai kandungan gula dan air yang tinggi.

Antara komponen dan khasiatnya ialah Propolis, Royal Jelly, honey Comb, Bee Venom.

Kepentingan:

  1. Madu telah digunakan sejak turun-temurun kerana khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya.
  2. Sarangnya terbentuk daripada himpunan sel-sel lekitan lebah yang menempatkan larva, madu dan debunga.
  3. Kandungan mineralnya berbeza mengikut tempat asal madu. Amnya, ia mengandungi kuprum, zat besi, vitamin B, mangan, kalium, kalsium, fosforus, aluminium dan magnesium.
  4. Madu sarang sangat mujarab untuk alahan, dikunyah ketika alahan menjelma.
  5. Sesuai untuk mengelak asid refluk.
  6. Antioksidan yang tinggi, dapat mengelakkan proses penuaan.
  7. Digunakan secara meluas dalam masakan – sapuan roti, snek, salad.

Perhatian:

  • Madu sarang akan menjadi kristal pada suhu sejuk, dibiar pada suhu bilik.
  • Elakkan pemberian madu kepada bayi di bawah umur 12 bulan.

Penggunaan:
Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari.

“Khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya”

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 35
Sabah & Sarawak: RM40

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Nilai Mata (NM): 10

Berat: 450 gram

13 thoughts on “Madu Bersarang (Honey comb)”

  1. assalammualaikum….

    saya telah mengidap gout lebih 2tahun. kandungan asid urik dalam badan saya mencecah bacaan 514.
    bolehkan produk HPA ini membantu saya dan adakah ianya terbukti berkesan ?
    dimanakah stokis terdekat yang ada di daerah Bera Pahang.
    terima kasih

  2. saya di fahamkan yang terdapat propolis di dalam honey comb ini. dan saya juga di fahamkan yang propolis adalah sangat sensitif terhadap logam di mana khasiat propolis akan hilang sekiranya kita menggunakan sudu logam untuk mengacau. adakah ini benar?

  3. En Azeezoo, gunakan sudu plastik atau kayu semasa mengamalkan madu. Jangan guna sudu besi (logam) atau tembaga kerana madu bersifat mudah menyerap.

  4. Saya ada madu cair seperti berikut.
    23 tong (50 liter) madu hitam
    17 tong (50 liter) madu royal jelly.

    Mahu jual dengan harga yang murah.
    Boleh buat perjanjian dengan reply mail ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge