DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Teh Tropika (Herba Misai Kucing)

Written by duniaherbahpa on Dec 13th, 2006 | Filed under: Produk Minuman, Produk Penawar Penyakit

teh-tropika2.jpg

Kandungan Utama:
Herba Misai Kucing

Kepentingan:

  1. Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
  2. Digunakan untuk merawat arteriosclerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ubat gout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan rheumatisme.
  3. Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
  4. Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
  5. Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kecing).

Penggunaan:
Diambil sebelum makan, 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 20

Nilai Mata (NM): 7

  • Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Herba Jawi (Misai Kucing)
  2. Ardisia (Herba Ghout / Arthritis)



11 Responses to “Teh Tropika (Herba Misai Kucing)”

  1. saya akan membeli utk ibubapa saya, depa sedang mencari…teh utk orang kencing manis…tq, mudah urusan saya,,,

  2. Cik Ain, anda juga boleh cadangkan ibu bapa anda mencuba Teh Herba. Sinergi herba terbaik untuk masalah kencing manis ialah Plantisol, Teh Herba/Teh Tropika, Malac dan Spirulina.

  3. Saya baru disahkan menghidap batu karang, dan ia masih di peringkat awal. Sekarang saya hanya mengambil ubat yang diberikan oleh doktor. Untuk mengawal makanan dan minuman serta mencegah penyakit ini daripada terjadi semula, saya mula mengambil minuman mas cotek dan beberapa minuman dan makanan yang dikatakan boleh mencegah batu karang. Adakah produk Teh Tropika (Herba Misai Kucing) dapat membantu saya dalam masalah batu karang ini? Terima kasih.

  4. Salam Aizat, produk HPA utk masalah batu karang ialah Malac, Madu Asli dan Teh Tropika. Teh ini sgt baik utk diamalkan kerana ia mempunyai gandaan diuretik yg tinggi. begitu juga produk Malac. Ia akan memecahkan batu karang dan dikeluarkan melalui air kencing. Banyakkan minum air kosong semasa mengamalkan produk2 ini. Wassalam.

  5. saya baru dapat tahu terdapat batu karang didalam hempedu saya. saya mohon bantuan dari pihak tuan apakah ubatan yang harus saya ambil untuk membuang batu karang tersebut serta bagaimana proses ubatan itu merawat penyakit ini. Terima Kasih.

  6. salam sejahtera..
    saya tertarik dengan produk teh misai kucing ini.bagaimanakah proses pembuatannya?daripada yang saya tahu teh ini dicampurkan dengan herba misai kucing yang kering.bagaimanakan proses pencampuran itu? adakah produk ini selamat?

  7. salam,
    baru2 ni saya mengalami gastrik yang teruk selama seminggu. setelah diScan dr mengatakan saya mempunyai batu hempedu lebih kurang 2cm. sungguh menakutkan. saya ingin tahu adakah produk herba yang boleh menghilangkan batu ini. buat masa ini saya mengawal makanan dengan mengelakkan makanan yang berminyak dan lemak.

    harap dapat bantuan , terima kasih.

  8. Assalamualaikum…

    Saya ada kemusykilan, bolehkah teh herba misai kucing ini di ambil oleh orang yang mempunyai penyakit tekanan darah rendah?
    Dan apakah kesan2 yang akan dihadapi oleh pesakit tekanan darah rendah apabila mengamalkan teh herba misai kucing?

  9. Mak saya sudah lebih 5 tahun mengidap parkinson
    dan ingin tahu apa kah produk HPA yang sesuai untuk mak saya. Teh tropika(herba
    misai kuching) sesuai untuk mak saya? TQ

  10. Produk HPA untuk pesakit parkinson adakah makan buah zaiton lebih baik dari minyak zaiton atau sebalikny

  11. Salam roselinda, anda boleh cuba dapatkan cdgn produk HPA utk parkinson menggunakan kod SMS penyakit dan herba HPA. Kodnya ialah SH056 – PARKINSON. Utk cara SMS, klik dilink ini: http://duniaherbahpa.com/2009/02/ketahui-sinergi-herba-hpa-melalui-sms/

Leave a Reply