DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Syampu Pandan Kasturi

Written by duniaherbahpa on Dec 21st, 2006 | Filed under: Produk Kegunaan Harian

syampu-pandan-2.jpgPandan Wangi atau nama saintifiknya Pandanus odurus merupakan pokok renek daripada famili Pandanacea. Ia tumbuh dalam rumpun dengan ketinggian di antara 0.6 cm hingga 1.5 m. Daunnya panjang dengan urat daunnya selari dan berbau wangi. Tumbuhan ini merupaka herba warisan turun temurun yang digunakan dalam penjagaan dan kesihatan rambut.

Syampu Pandan Kasturi ini dirumus khas untuk menghilangkan masalah rambut kusut, rambut gugur, kelemumur dan untuk menghitamkan rambut. Aroma semulajadi yang terdapat di dalam daun Pandan Wangi dan Limau Kasturi ini bertindak mewangikan rambut di samping dapat menghilangkan tekanan kerja seharian serta mengembalikan kesegaran tubuh badan.

Khasiat Limau Kasturi pula bertindak sebagai penyejuk kulit kepala. Kajian saintifik menunjukkan pandanin sejenis protein yang terdapat dalam ekstrak Daun Pandan mempunyai aktiviti anti-viral dan seterusnya dapat merawat jangkitan mikro-organisma di kulit kepala. Syampu daripada sumber semulajadi ini sesuai untuk kegunaan harian seisi keluarga serta mampu mengembalikan kesegaran rambut dan menjadikan rambut lebih bermaya, sihat dan bersinar.

Gunakan Tonik Rambut Pandan selepas menggunakan Syampu Pandan Kasturi untuk tujuan perapian dan memelihara kesihatan rambut.

Produk ini dihentikan sementara pengeluarannya.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 12
Sabah & Sarawak: RM 16

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 9
Sabah & Sarawak: RM 12

Nilai Mata (NM): 2

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Berus Gigi Kasturi
  2. Tonik Pandan (Minyak Rambut)
  3. Syampu Betik
  4. Syampu Pegaga
  5. Syampu Aromaterapi





5 Responses to “Syampu Pandan Kasturi”

  1. Nak tanya syampoo nie ada juallagi ke kat pasaran. saya dah berapa kali tanya pengedar mengatakan syampoo nie tak de lagi di pasaran hanya ada syampoo pegaga dan aloe vera.

  2. Di mana saya boleh dapatkan produk ini? Saya tinggal di putrajaya.

  3. Salam Zalia, produk ini dihentikan utk sementara waktu atas sebab2 tertentu. Kami akan maklumkan jika ianya dikeluarkan semula.

  4. salam, saya ingin tahu, adakah produk ini masih diberhentikan sementara, dan sampai bila? ingin mencuba produk tersebut.

  5. Salam… saya nk bertanya
    Syampu apa yg sesuai untuk rambut yg berkutu
    Untuk pengetahuan…. di rambut anak saya banyak telur kutu

Leave a Reply