Spirumadu

spirumadu.jpgSPIRUMADU adalah kombinasi Spirulina (Arthrospira platensis) dan Madu Lebah. Produk ini mengandungi Vitamin Semulajadi, Mineral dan Asi Amino yang tinggi. Berdasarkan satu kajian, Anti-oksidan dari beta karoten yang terdapat didalamnya bertindak menghalang atau mencegah penyakit kronik masakini.

Ketinggian kadar klorofil serta khasiat Madu Lebah membuatkan produk ini amat berpotensi membina, membantu dan meningkatkan tahap kesihatan tubuh manusia.

Antara khasiat SPIRULINA

• Mengandungi mucopolisakarida yang membantu sistem penghadaman.
• Protein yang tinggi (60%-70% / 44-74 gms)
• Anti-oksidan dari beta karoten yang bertindak menghalang dan mencegah tumor dan kanser.
• Vitamin B-12, C, D, E dan Zat Besi yang amat diperlukan untuk menguatkan sistem imuniti.
• Membantu mengaktifkan hematopoesis bagi membina hormon erythropoetin – EPO dalam sel darah.
• Menurunkan kadar kolestrol, tryglyceride dan LDL bagi menghalang hipertensi.
• Klorofil yang kaya didalamnya, dapat menyingkirkan logam berat dalam buah pinggang, kesan dari pengambilan ubatan moden (Pharmaceutical Drugs).
• Fikosianin iaitu pigmen biru (hanya pada Spirulina) berfungsi membina imuniti tubuh.

Antara Khasiat MADU LEBAH

Vitamin A
• Berasal dari Karoten, berkhasiat untuk mata, sel-sel tubuh, selaput lendir, pertumbuhan kanak-kanak, tenaga fizikal, imuniti tubuh, kesihatan gigi dan lain-lain.
Vitamin B
• Berperanan mengatur metabolisme (metbo) badan yang sangat diperlukan bagi kehidupan dan kesihatan manusia. B5-untuk kesihatan otak (mental-ingatan).
Vitamin C
• Madu kaya dengan vitamin ini, ia melebihi daripada makanan-makanan lain. Ia berfungsi sebagai agen daya tahan tubuh, penggerak metabolisme badan dan lain-lain.
Vitamin D
• Membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus dan memanfaatkan keduanya untuk tulang dan gigi. Kanak-kanak amat memerlukannya.
Vitamin E
• Ia mengaktifkan fungsi vitamin A, tumbesaran kanak-kanak, menyuburkan peranakan wanita, mengaktifkan daya ____ lelaki dan wanita, menyihatkan kulit dan rambut dan awet muda.
Vitamin K
• Berfungsi melancarkan perjalanan darah (elakkan pembekuan), penyakit darah ___, migrain, mencegah batuk, bengkak-bengkak sendi dan aktif bergabung dengan enzim-enzim bagi menghasilkan tindakbalas (sistem pencernaan).

Nilai Perawatannya

• Ulser perut
• Gastrik
• Masalah hati
• Ekzema
• Buasir
• Anemia (kurang darah)
• Sembelit
• Nafas dan badan berbau
• Gusi berdarah
• Jangkitan kuman
• Penjana tenaga segera

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 60

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 55

Nilai Mata (NM): 15

22 thoughts on “Spirumadu”

  1. Saya berminat untuk membeli barangan dari hpa melalui online. Boleh tuan/puan memberi sedikit ulasan.
    Pandangan saya kenapa HPA tidak menjalankn perniagaan melalui online seperti keahlian, jualbeli dsbnya.
    sekian dari saya

  2. En Zawawi, anda boleh memesan melalui kami. Sila hubungi En Mirzan (012-2780799) atau E-mail : mirzand@streamyx.com atau mrg0_getter@yahoo.com dan seterusnya nyatakan butiran maklumat seperti berikut:

    1. Nama Anda:
    2. Produk & Kuantiti:
    3. Alamat Penghantaran:
    4. Tarikh, masa bayaran & jumlah bayaran:
    5. Akaun dimasukkan i.e. Maybank atau BIMB atau CIMB

    HPA sememangnya mempunyai perancangan untuk menjalankan perniagaan secara online. Mungkin semuanya mengambil sedikit masa untuk menuju ke arah itu. Harap bersabar dan mencuba dengan sistem yang sedia ada setakat ini.

  3. Waalaikumussalam Pn Norhana, cara pengambilan spirumadu:

    1. Minum terus 1 @ 2 sudu spirumadu
    2. Campurkan 1 @ 2 sudu spirumadu dgn 1 gelas air kosong. Kacau arah lwn jam, minum. Jgn lupa baca bismillah, doa dan selawat 3x.
    3. Campurkan 1 @ 2 sudu spirumadu dgn 1 gelas air kosong. Masukkan dlm botol air, tutup penutup botol dan goncang arah lwn jam 300x sambil berzikir. ini adalah cara terbaik.

    Amalkan pada waktu pagi dan mlm. Selamat mengamalkannya.

  4. assalamu’alaikum,

    Saya sering juga mengamalkan herba HPA tp tak istiqomah. Kali ini saya ingin mulakan semula. Ada mengidap sakit sendi arthritis dan alahan kulit jika makan makanan tertentu spt seafood, mkn berperam, makanan masam dan bergas. Saya pernah ambil spirulina ttp sendi semakin sakit . Saya belum cuba spirumadu lagi apa pendapat pihak tuan?

  5. Salam Pn Latifah, cdgn kami utk masalah anda:

    1. Kopi Radix
    2. Cosicinum Plus (jika betul anda ada resdung)
    3. Omega 3 softgel
    4. Paramaria Plus
    5. Madu Asli

    Selamat mencuba. Wassalam.

  6. akum
    adakah produk spirumadu ini sesuai untuk bayi berusia 4 bulan dan bagaimana cara untuk menggunakannya?sebelum ni saya ada memberikan madu asli HPA kepada anak saya ketika berusia 2 bulan.memandangkan madu asli cepat habis saya ingin tukarkan kepada spirumadu.

  7. saya selalu menghadapi masalah asthma dan gastric. setelah minum spirumadu , badan saya menjadi lebih sihat dan bebas daripada penyakit.
    Malah, metabolism badan saya meningkat.

  8. spirumadu amat mujarab……Masalah pencernaan saya telah berkurang setelah saya mengamalkan spirumadu……saya juga menghadapi masalah sakit perut yang kerap…….namun berjaya mengatasinya dengan spirumadu

  9. Salam,
    Arahan di botol Spirumadu menyarankan ia disimpan didalam peti sejuk selepas dibuka. Masalah yang saya hadapi ialah selepas disimpan didalam peti sejuk, spirumadu itu menjadi terlalu pekat dan sukar untuk dikeluarkan dari botolnya. Saya cadangkan ia dibekalkan dalam bekas yang lebih sesuai.

  10. A’kum, anak sy berumur 1 tahun 5 bulan kerap mengalami masalah paru-paru(asma). Adakah produk sprumadu ini sesuai dan berapa kadar pengambilannya yg sesuai.Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge