Kordial Asiatica (Pegaga)

pegagak.jpg Kordial Asiatica diperbuat daripada Pegaga segar terpilih yang bermutu tinggi. Amat baik sebagai minuman kesihatan seharian dalam bentuk sejuk dan panas. Jadikan ia sebagai minuman alternatif penghilang dahaga kepada lain-lain minuman seharian. Ia juga bertindak sebagai penawar kepada masalah berikut:-

1. Batuk

2. Buasir

3. Demam

4. Kelesuan

5. Batu Karang

Komposisi (1 Liter per botol) :
Jus Centella Asiatica, Dextrox, Sukros, Penstabil, Pewarna dan pengawet yang dibenarkan.

Dos :
Goncang sebelum digunakan. Campurkan satu bahagian pati dengan 3 bahagian air mengikut rasa.

Batuk – 1 sudu besar tanpa air
Buasir – 2 sudu besar tanpa air
Demam – Minum suam untuk kestabilan suhu badan dan pengeluaran peluh
Batu Karang – Sinergikan dengan Madu Asli sebagai pelancar air kencing.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 12
Sabah & Sarawak: RM 15

Nilai Mata (NM): 4

20 thoughts on “Kordial Asiatica (Pegaga)”

  1. Cik Siti, saya belum mendpt sebarang maklumat tentang penggunaan herba pegaga dlm syampu. Cuma buat masa ni, HPA akan keluarkan produk KOSMETIK berasaskan pegaga pada tahun ini. InsyaAllah, nantikan keluarannya. Produk HPA lain yg berasaskan pegaga ialah seperti Teh Herba, Kordial Pegaga, H.B, Sabun Asiatica, Evergreen Centella dan Teh Asiatica Plus.

  2. askum….ada seorang kwn saya menyatakan pegaga ni x boleh diminum selalu…kerana dia menyatakan ada artikel menyatakan pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan pendarahan otak…minta penjelasan

  3. Wslm Janq, saya tidak pernah mendengar mengenai artikel tersebut cuma ingin dinyatakan disini bahawa pegaga sebenarnya mempunyai banyak khasiat utk meningkatkan kecerdasan otak. Jika anda ada menyimpan artikel tersebut, sila kongsi bersama.

  4. oo….kerana kwn sy yg bgtau mcm tu…jd disini tiada langsung permasalahan jika ia diambil(kordial pegaga)…adakah ia blh diminum setiap hari…tiada kesan sampingan kah…..

  5. En Janq, produk herba HPA tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan. Ianya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Utk produk Kordial Pegaga, ia memang boleh diminum setiap hari. Jadikan ia sebagai minuman harian anda. Tiada kesangsian lagi. Wassalam.

  6. Ada rakan telah mencuba jus pegaga ini..untuk membanyakkan susu ibu. Alhamdulilah berhasil dalam masa 48 jam. Saya teringin nak mencuba tapi buleh ke kalau saya ambil Evergreen Centella ? spirulina n madu? lagi bagus ke? Or should i just try jus ini sahaja?

  7. Salam Squareclip, satu testimoni yg baik. Terima kasih kerana sudi berkongsi dgn kami di laman web ini. Sebenarnya tidak ada sebarang masalah jika anda hendak mengamalkan kordial pegaga beserta Evergreen Centella dan madu asli. Ia mmg sgt baik utk kesihatan. Spirulina kapsul tak perlu ambil kerana di dalam Evergreen sudah terdapat spirulina. Selamat mengamalkannya.

  8. Soalan En Ahmad Rahimi:
    http://duniaherbahpa.wordpress.com/2006/12/05/kordial-pegaga-2/#comment-1036

    assalamualaikum..sy ingin memberi komen kepada cara pembotolan kordial pegaga ini..penutup botolnya boleh dimasuki semut-semut halus walaupun ianya belum dibuka berikutan sy telah membelinya pada minggu lps.harap pihak HPA dapat mengambil tindakan sewajarnya.wassalam

    Jwpn:Waalaikumussalam En Rahimi, terima kasih atas komen anda mengenai masalah penutup botol kordial. Memang diakui kadangkala botol kordial ini mudah dimasuki semut-semut halus. Ini disebabkan oleh cara pembotolan tersebut yg kurang memuaskan. Marilah kita sama-sama mencadangkan sesuatu tindakan yg boleh dilakukan bagi menghadapi masalah ini. Sebarang komen dan cadangan boleh dilakukan kepada pihak HQ HPA melalui emel: wahida@hpa.com.my atau talian telefon: 049776805. Harap maklum. Wassalam.

  9. saya ingin tahu, minuman pegaga boleh ke diminum oleh ibu-ibu mengandung, kerana saya ingin minum untuk mengubati batuk yg saya alami

  10. Salam…
    Pengalaman ibu saya yang mengalami demam panas n kepanasan di kepala disebabkan penyakit darah tingginya.
    Saya membancuh segelas kordial pegaga suam pagi, tengahari, petang dan malam. Juga pengambilan omega3 softgel bersama.
    Alahmdulillah keesokan harinya seperti tak percaya ibu saya sudah boleh bangun dan membuat kerja2 dapur seperti memasak.Wajahnya juga ceria..tanda demamnya sudah sembuh.

  11. Salam.
    Saya ada 1.5 ekar tanah dah bajak dan buat batas. Kalau boleh saya nak tanam pegaga kontrak farming dengan HPA.Bersebelahan tanah tu dah tanam serai peha ayam 1.5 ekar.Bulan Feb 09 dah nak tuai kalau boleh saya nak tanam pegaga semua. Mohon maklumat lanjut. 04 5086616 / 0124609701

  12. saya sebenarnya punyai masalah buasir dan sudah banyak kali saya temui doktor. saya nak tahu sama ada produk keluaran puan mempunyai produk yamg boleh membantu dalam mengatasi masalah saya ni. terima kasih..

  13. PEGAGA http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/juliana.html

    Keseluruhan bahagian pegaga (daun, batang, bunga, buah dan akar) banyak kegunaannya dan mengandungi khasiat yang tinggi. Jika terlalu banyak dimakan pegaga boleh menyebabkan penyakit neurotisme. Pada zaman dahulu pegaga digunakan sebagai racun sumpitan untuk memburu binatang. Masyarakat Melayu khususnya amat yakin pegaga berkhasiat untuk memanjangkan umur dan awet muda. Berdasarkan kajian untuk mendapatkan kesan yang positif pagaga boleh dimakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Jika pengambilan berlebihan, pegaga akan menyebabkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangka masa yang panjang. Pagaga mengandungi sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi antibakteria, antispasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, pegaga digunakan sebagai agen analergi, antikanser, antidiarea, anti disenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, membuang batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea, luka, kudis dan sakit kerongkong.

  14. salam,saya baru melahirkan anak sulung secara normal.masih ada keputihan yang menyebabkan rasa kesakitan di bahagian jahitan.saya terbaca dalam petua yang menyatakan jus pegaga mampu mengurangkan keputihan.untuk mencari pegaga di tempat saya agak sukar.di samping itu,masalah buasir saya semakin melarat..(semakin byk darah darah semasa membuang air besar).adakah pengambilan kordial ini juga mampu menyelesaikan masalah saya itu?selamatkah saya meminum kordial pegaga ini memandangkan saya menyusukan anak sepenuhnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge