Koperasi Wahida (koHPA)

Koperasi Wahida (koHPA) telah dilancarkan dengan sempurna oleh Pengarah Urusan, Tn. Hj. Ismail di Hotel Seaview, Kuala Perlis, Perlis. Tujuan Penubuhan koHPA ini adalah untuk memberi peluang kepada semua pelabur koperasi untuk sama-sama mendapat manfaat bersama HPA. Ianya terbuka kepada semua ahli HPA di seluruh Malaysia.
Antara manfaat lain dalam koperasi adalah:
* Memberi pulangan semula kepada ahli koHPA; dari 10% hingga 25%
* Mendapat elaun menghadiri mesyuarat agung
* Memberi kemudahan pinjaman kepada para pelabur
Sila muat turun borang pendaftaran ahli Koperasi Wahida melalui laman web ini: http://www.hpa.com.my/kohpa/img/BORANG%20KOOP%20ONLINE.pdf
Sila layari laman web rasmi Koperasi Wahida (koHPA) untuk mengetahui tentang perkembangan terkini koperasi ini. Sila klik http://www.hpa.com.my/kohpa/index.php
OLEH ITU, SEGERALAH MELABUR AGAR TIADA DI KALANGAN KITA YANG KETINGGALAN
UNTUK BUKA AKAUN: RM 10.00 SAHAJA
PELABURAN MINIMA: RM 200.00
ANDA BOLEH MENAMBAH PELABURAN ANDA DARI MASA KE SEMASA
SILA DAFTAR DI CAWANGAN HPA YANG BERDEKATAN
Related posts:
- Berita Semasa Koperasi Wahida HPA
- Mesyuarat Agung Koperasi Wahida HPA Berhad Kali Ke-3
- Koperasi HPA: Koperasi Terbaik Negeri Perlis 2009
- Berita Koperasi HPA
- Koperasi HPA Umum Dividen 14%






Soalan dari Aswir:
Assalamualaikum,
Berapakah had maximum pelaburan dan bolehkah pengeluaran dibuat serta merta sekiranya diperlukan.
Terima kasih
aswir
Waalaikumussalam Aswir, setakat ini tiada had maksima yg ditetapkan utk melabur. Pengeluaran tidak boleh dikeluarkan serta-merta. Utk maklumat lanjut, anda boleh hubungi individu dlm web ini >> http://www.kowahida2u.com/kowahida2u/ atau Pn. Rohaida binti Jamaludin (staf HPA), emel kowahida@hpa.com.my . Sekian terima kasih.
Alhamdulilah saya adalah ahli hpa dari Kuching Sarawak.Setakat ini sejak saya mengmbil produk keluaran hpa semua berjalan dengan lancar.Jadi saya mewakili adik saya Pn Sara”iah Binti Ayup telah mengefax satu penyata PENGESAHAN PENERIMAAN kOPERASI pada 13.Mei 2008.Jadi saya nak pastikan samaada sudah diterima ataupun belum.Pegawai yang tertera dalam borang tersebut ialah Puan Kalsom Binti Rusli dan En Mohamad Faizal Bin Mohd Radzi (Fax No. 049773812
Sekian.Terima Kasih
Salam Siti Jauyah, sila terus hubungi staf yg berkenaan.
asssalamualaikum …
sekadar satu pertanyaan buat pihak dunia herba. Apakah perkembangan koperasi wahida buat masa kini. Nak tinjau kat laman web rasmi pun dok asyik dlm proses pembinaan aje dari tahun 2006 hingga ke 2008.
Waalaikumussalam Tepungtalam, perkembangan koperasi HPA boleh diperolehi dari staf HPA yg berkenaan. Kami juga tidak dapat mengetahui perkembangan koperasi oleh kerana web yang tidak diselenggara dgn baik. Hanya yg terkini ialah Koperasi akan mula mengagihkan dividen utk pelabur yg melabur pada tahun 2006
assalamuaikum
saya muhamad tarmizi bin jelani telah melabur dalam saham koperasi wahida sebanyak rm 200.00 di hpa cawangan bentong pada 07.04.2009 dan mendapat resit rm 10 saya nak tahu status saya dalam koperasi wahida tolong berikan penjelasan
wassalam