Air Mineral HPA

air-hpa.JPG

Air Mineral HPA merupakan air yang terpancar dari mata air di Kampung Sungai Gau, Pahang. Ia dikatakan mempunyai kandungan mineral yang tinggi mengikut Analisa Kandungan Mineral yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia. Air penawar semulajadi ini dapat membantu:

  1. Meningkatkan penyerapan nutrien dan mineral oleh tubuh
  2. Meningkatkan stamina tubuh
  3. Meningkatkan kecekapan tubuh mengangkut oksigen
  4. Membina dan menguatkan tulang dan gigi
  5. Meningkatkan hemoglobin dalam sel darah merah
  6. Membersih serta melancarkan sistem penghadaman
  7. Membersihkan kandungan darah di dalam tubuh
  8. Mempunyai kadar garam galian yang tinggi (TDS:294ml/l) dan pH 7.9

Antara mineral penting yang terdapat di dalam Air Mineral HPA ini ialah:

Kalsium

Kalsium (Ca) digunakan dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia sangat penting dalam pengecutan otot. Ca turut meningkatkan pH di dalam tubuh menjadikan tubuh lebih beralkali yang seterusnya menggalakkan sistem imuniti tubuh bertindak terhadap virus dan bacteria. Medium alkali tidak sesuai untuk pertumbuhan virus dan bacteria.

Magnesium

Tugas memerlukan Magnesium (Mg) larut air bersama dengan kehadiran Ca. Ca tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa kehadiran Mg. Pengambilan Ca bersama dengan jumlah Mg yang sesuai membantu menurunkan berat badan serta menjadikan anda kelihatan muda dan bertenaga.

“Kandungan mineralnya antara yang terbaik selepas air zam-zam”

1. Isipadu : 600ml

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 1.30
Sabah & Sarawak: –

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 1
Sabah & Sarawak: –

Nilai Mata (NM): 0.25

2. Isipadu: 1500ml

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 2.50
Sabah & Sarawak: –

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.00
Sabah & Sarawak: –

Nilai Mata (NM): 0.5

22 thoughts on “Air Mineral HPA”

  1. Waalaikumussalam cik Nurull, ini penerangan ttg khasiat Air Mineral HPA.

    Tahap dan kualiti kandungan mineral air ini diukur dalam skala miligram per liter (mg/l) bagi Jumlah Pepejal Terlarut atau lebih dikenali sebagai TDS (Total Dissolved Solid). Tahap piawaian antarabangsa TDS yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO) ialah 250mg/l. Namun, bacaan TDS untuk air mineral ini ialah 294mg/l, yang mana secara jelasnya ia telah melepasi tahap piawaian tersebut.Sehingga kini di Malaysia, tiada lagi air berbungkus (dibotolkan untuk pasaran) yang mempunyai tahap TDS tersebut melainkan air yang diperolehi dari telaga di Sungai Gau ini.

  2. Assalamualaikum, saya seorang ahli dan sudah membuat agak banyak pembelian. Saya sudah mengumpul mata yang sudah mencukupi lebih 50 mata untuk melayakkan memerima bonus. Itu yang dikatakan oleh kawan saya (pencadang saya). Soalnya saya tidak mempunyai akaun bank islam. Soalannya adakah saya tidak akan menerima bonus atau apa2 ke? Saya sudah menyertai HPA sejak bulan Februari 2007 tapi belum menerima apa2 intensif, ini melemahkan semangat niaga saya. harap dapat penjelasan

  3. Waalaikumussalam Cik Husna, bonus bulanan HPA diberi melalui 2 cara samada melalui Bank Islam atau cek dalaman/cek Bank Islam. Utk kes anda, bonus HPA akan dipos kepada anda dalam bentuk cek dalaman. Cek ini anda boleh tukarkannya utk membeli produk yg seterusnya (seperti voucher).

    Utk bonus kurang dari RM 50, bonus diberi dalam bentuk cek dalaman. Bonus melebihi RM 50, Cek Bank Islam akan diberi. Bonus yang akan di bank in terus ke akaun Bank Islam adalah utk bonus melebihi RM 50 atau RM 100. Anda boleh pilih samada ingin terima Cek Bank Islam atau HPA terus bank in ke akaun Bank Islam anda. Harap jelas dengan penerangan ini. Atau anda sendiri boleh rujuk kepada staf cawangan HPA jika mempunyai masalah berkenaan bonus ini. Wassalam.

  4. Assalamualaikum,
    Saya Zuraini Ibrahim, no. ahli 242344. Saya telah menjadi ahli lebih kurang 3 tahun, masaalah sekarang saya tidak mendapat sabarang katalog cuma mendapat nombor ahli sahaja. Bagaimana saya boleh mendapatkan katalog produk HPA? Bolehkah saya semak NM melalui laman web HPA?

  5. Waalaikumussalam Pn Zuraini, sepatutnya apabila anda mendaftar sebagai ahli HPA dengan bayaran RM 20, anda akan mendapat Kit Niaga HPA yang mana di dalamnya terkandung semua katalog produk HPA. Untuk mendapatkan katalog ini, anda harus membeli semula kit niaga HPA di cawangan HPA atau stokis yang berhampiran. Mengenai semakan NM melalui laman web, buat masa ini HPA belum menyediakan perkhidmatan sedemikian. Nasihat kami, jadikan invois pembelian anda sebagai rujukan untuk menyemak NM semasa anda. Wassalam.

  6. husna mohamad : untuk mendapat bonus kita perlu membeli 50nm sekurang2nya dalam masa sebulan. jadi jika belian saudara 50nm itu dalam masa 3 bulan ia tidak layak mendapat bonus. untuk mendapat bonus saudari perlu buat belian 50nm dalam masa sebulan iaitu misalnya MEI: 1 mei 2007 hingga 31 mei sahaja perlu 50nm. Cuma NM itu terkumpul utk kenaikan pangkat PLX 20%

    drp mahadi: hpa rusila group. http://rusilagroup.com.

    nota: mohon maaf webmaster duniaherbahpa. saya banyak mengunakan link saudara dalam website saya. saya terlalu sibuk utk buat website sedetail saudara

  7. Salam, ingin penjelasan dari pihak admin.

    Adakah kita ditetapkan setiap bulan mesti mencapai 50NM untuk mendapat bonus. Atau untuk bulan pertama sahaja sudah mencukupi untuk mendapat bonus. Cth bln 1 point saya 50nm, ini sudah melayakkan saya mendapat bonus. bln 2 point saya katakan hanya 40nm jadi bln 2 tiada la bonus yer…adakah begitu?

  8. Salam En Wan Ridzuan, anda perlu membuat belian minima sebyk 50 NM SETIAP BULAN utk melayakkan anda mendpt bonus bulanan dari HPA. Jika kurang dari 50 NM, anda tidak layak mendapat bonus tetapi NM tidak akan hilang dan ia akan terkumpul secara timbunan. Penaja akan diberi NM daripada downline yg tidak layak (jika downline buat belian krg dari 50 NM). Wassalam.

  9. salam…cuma nak tahu. bagaimana pengiraan bonus dibuat.
    cthnya bulan SEPt NM saya 67.

    boleh tunjukkan cara mengiraan tak?

  10. Saya dah jadi ahli, tapi nak buat laman web sendiri tak tahu. Boleh beri tunjuk ajar. Saya tertarik sungguh dgan laman web saudara ini. Senang untuk rujukan waris akan datang.

  11. assalamualaikum kepeda semua ahli ahli berdaftar hpa ,saya sungguh kagum dengan semangat dan juga komen komen dari saudara semua menngenai produk air mineral hpa kerana zaman sekarang ini terlalu banyak syarikat yang mengeluarkan air mineral dimana kita semua tidak tahu bagaimanakah proses pembuatan mereka oleh itu marilah kita sama sama mencari produk yang halal dari semua segi dan juga inilah tempatnya yang kita tidak lagi meragui hasil pembuatannya ,supaya diri dan anak anak kita membeli dan memperolehi barang yang betul betul halal walaupun dengan sebotol air mineral sekian wassallam.

  12. assalamualaikum w.b.t….

    saya nak tnye…mcm mne air mineral HPA ini di proses..?
    dan lagi satu, boleh tak kalo saya nak tau jumlah pengeluaran air mineral HPA ini dalam sehari atau sebulan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge