HPA Dalam Akhbar 5

Kualiti HPA diiktiraf

Oleh Zainuddin Zain

Jumaat, 15 Disember 2006 

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), pengeluar Kopi Radix yang terkenal dengan slogan ‘Mai Secawan’ mencatat sejarah tersendiri dalam bidang kualiti negara apabila menerima dua anugerah di Majlis Sirim Industri 2006 baru-baru ini.

Anugerah pertama yang diterima syarikat berpangkalan di Jejawi, Perlis ialah Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2000) dan kedua Sijil Penghargaan Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Sirim Bhd. Bagi MS ISO 9001:2001, HPA adalah antara 213 penerima manakala bagi Program R&D Sirim pula, ia adalah antara sembilan penerima termasuk Perniagaan Orang Kampung Sdn Bhd, I Medikel Pharmaceutical Sdn Bhd, Syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd, Norz Beauty House Sdn Bhd dan Granulab (M) Sdn Bhd.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata kejayaan itu sangat membanggakan dan pada masa sama menyuntik semangat lebih tinggi kepada warga kerja syarikat menghasilkan lebih banyak produk halal dan bermutu.

“Anugerah ini membuktikan HPA tidak bertoleransi dengan mutu. Kami percaya untuk maju dan menguasai pasaran luar negara, syarikat perlu menghasilkan produk berkualiti dan menepati piawaian antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, HPA akan melangkah setapak lagi dengan mengeluarkan produk kecantikan sendiri, tidak lama lagi dan meletakkan sasaran mengukuhkan rangkaian dan pasaran di Indonesia yang kini ahlinya sudah melebihi 100,000 orang,” katanya.

Ismail menerima anugerah MS ISO 9001:2000 daripada Pengarah Eksekutif Sirim QAS International Sdn Bhd, Abdul Razak Salim. Pengurus Besar Al-Wahida Marketing Sdn Bhd yang juga anak syarikat HPA, Mohd Faisol Abdul Rahman pula menerima Sijil Penghargaan Program R&D Sirim daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis.

Sumber: Harian Metro

Popularity: 13% [?]

HPA Dalam Akhbar 4

HPA keluar biskut herba

hpa-keluar-biskut-herba.jpg

Klik gambar di atas untuk besarkan

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), pengeluar kopi jenama Radix akan mengeluarkan antara dua hingga tiga biskut berasaskan herba tahun depan, sebagai tambahan kepada kira-kira 100 produk makanan kesihatan dan kegunaan harian yang dikeluarkan ketika ini.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata dengan mempelbagaikan keluaran, pihaknya yakin dapat mengukuhkan jenama syarikat dalam industri produk makanan kesihatan.

Katanya, ia dimulai dengan pengenalan biskut yang diadun bersama tujuh jenis herba iaitu Cookies Radix awal bulan ini yang menjadi pelopor kepada beberapa lagi produk biskut yang bakal diperkenalkan syarikat, tidak lama lagi.

“Seperti kopi Radix yang mendapat sambutan, HPA percaya Cookies Radix akan mendapat tempat di pasaran kerana khasiatnya yang diadun dengan herba tongkat ali, teja lawang, tebu gajah, mata pelanduk, mengkudu hutan, larak hutan dan halban.

“Ia menjadikan Cookies Radix bukan sekadar biskut biasa untuk mengalas perut, tetapi turut menjaga kesihatan,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat HPA di Jejawi, Perlis baru-baru ini.

Ismail berkata, dalam usaha mengukuhkan jenama HPA di pasaran, iklan bergerak syarikat itu akan mula ditayangkan di Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) bermula Oktober ini berbanding dengan iklan slaid sekarang.

“Kita masih memberi penekanan kepada promosi kopi Radix yang juga produk terlaris HPA,” katanya.

Selain promosi pengiklanan agresif, katanya, HPA juga akan memperkemaskan sistem e-Dagang syarikat bagi memudahkan ahli berurusan dengan syarikat dan pada masa sama sebagai usaha menembusi pasaran dunia menjelang tahun depan.

Pengenalan e-Dagang membolehkan HPA menjalankan proses pertukaran maklumat perniagaan serta jual beli dengan menggunakan sistem pertukaran data secara elektronik tanpa kertas menerusi e-mel, transmisi faksimili dan pemindahan dana secara elektronik.

“Kita mensasarkan semua ini mula dilaksanakan bermula 2007 selepas HPA menggunakan teknologi e-Dagang ini pada tahap maksimum.

“Sistem e-Dagang penting kerana ia menjimatkan banyak masa dan dilakukan secara mudah terutama di Indonesia kerana HPA sudah lama bertapak di negara itu dan kini akan melangkah lebih jauh selepas menerima maklum balas positif ketika menyertai pameran Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) di Dubai baru-baru,” katanya.

Beliau berkata, kopi Radix dan Minyak But-But yang dibawa untuk pameran itu menarik perhatian pengunjung dan pihaknya secara dasarnya sudah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan ahli perniagaan di Asia Barat dan India.

“Berikutan sambutan positif itu, kita merancang untuk membuka pejabat dan kilang di Pakistan,” katanya.

Bagaimanapun, Ismail berkata, dalam usaha mengembangkan HPA ke peringkat global, pengurusan syarikat tidak melupakan perkhidmatan kepada ahli dengan menubuhkan Koperasi Wahida atau turut dikenali ‘koHPA’.

*Sumber: Ruangan Bisnes, Harian Metro, 28 September 2006


Popularity: 13% [?]

HPA Dalam Akhbar 3

UNJUR JUALAN BULANAN RM 6 JUTA

Sabtu, 24 Jun 2006 

HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA), syarikat jualan langsung berasaskan produk makanan kesihatan milik penuh Bumiputera mensasarkan jualan produk untuk pasaran tempatan dan Indonesia mencecah RM6 juta sebulan, menjelang Disember 2006.

Keyakinan itu berikutan sambutan hebat terhadap produk Kopi Radix keluaran syarikat berkenaan yang beribu pejabat di Jejawi, Perlis.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata sebanyak RM4 juta daripada RM6 juta yang diunjurkan itu dijangka diperoleh daripada penjualan Kopi Radix.

“Ini menunjukkan keyakinan terhadap Kopi Radix keluaran syarikat dan dalam usaha memperluaskan lagi pasarannya, HPA akan memperkenalkan dua lagi kopi berperisa iaitu Mocha Radix dan Cookies Radix di pasaran Ogos ini.

“Nama Radix iaitu saintifik bagi Tongkat Ali akan dikekalkan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, HPA yang diasaskan pada 1997 akan bergerak lebih cergas dalam melaksanakan misi syarikat untuk mencapai 500,000 keahlian tahun ini.

“Kami akan mempekenalkan beberapa strategi dalam merealisasikan sasaran syarikat tahun ini.

“Kami akan memperkenalkan beberapa strategi dalam merealisasikan sasaran syarikat tahun ini. Antaranya dengan mewujudkan imej korporat yang tersendiri bermula dengan peribadi pekerja yang menampilkan akhlak Islamiah, pejabat, cawangan, papan tanda dan pakaian rasmi.

“HPA juga akan memastikan pengurusan diuruskan secara profesional seperti stok mencukupi, pembayaran bonus, laman web yang sentiasa dikemaskini dan kemudahan sokongan bagi membantu meningkatkan penjualan produk dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurutnya, HPA akan menambah produk berpotensi dan pada masa sama memberi perhatian kepada peningkatan kualiti.

Popularity: 12% [?]

HPA Dalam Akhbar 2

Setiap pekerja kilang mesti berwudhuk

Ahad, 30 April 2006

“PERUT awak banyak angin yang akan menghimpit dada awak, tetapi bukan sakit jantung. Ia akan menghadirkan ketidakselesaan, sekali gus menyebabkan awak banyak berfikir. Pada masa sama, tengkuk awak juga mempunyai masalah, menyebabkan awak kurang selesa dan sering sakit kepala.”

Ini adalah kata-kata Ismail apabila meminta untuk melihat tapak tangan penulis. Yang menarik, apa yang diperkatakan beliau tepat sekali.

Menurut Ismail, mengesan penyakit adalah prinsip asas dalam rawatan tradisional yang dipraktikkan sejak zaman berzaman.

“Orang dulu pun sakit juga, tetapi mereka tidak mempunyai peralatan canggih seperti hari ini. Teknik mengesan penyakit mereka cukup mudah, tetapi terbukti berkesan dan usaha memulihkan hanya dengan menggunakan herba tertentu,” katanya.

Sehubungan itu, Ismail berkata, apa dilakukan HPA bukan baru, tetapi mengembalikan perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif selain rawatan moden yang ada sekarang.

“Kadangkala kita pergi ke hospital tetapi tidak sembuh. Apa salahnya mencuna rawatan alternatif. Kadangkala kita mencuba rawatan alternatif dulu dan jika tidak sembuh baru ke hospital,” katanya.

Sementara itu, konsep digunakan HPA ketika menghasilkan produknya mungkin yang pertama digunakan di Malaysia, iaitu setiap pekerja di kilangnya di Kawasan Perindustrian Kuala Perlis harus dalam keadaan berwudhuk ketika bekerja.

“Hanya wanita dalam keadaan haid diberi kelonggaran. Tujuan kita bagi memastikan produk dikeluarkan mendapat keberkatan Allah SWT apabila pekerja dalam keadaan bersih,” katanya.

Malah, pengurusan HPA mengambil berat setiap aspek dalam mengeluarkan sesuatu produk bagi memastikan status halal, termasuk membangunkan perniagaan berdasarkan konsep bebas riba.

“Syukur kepada Tuhan, walaupun menggunakan pendekatan Islam 100%, produk kita bukan saja diterima orang Islam tetapi juga bukan Islam, sekali gus membuktikan keberkesanan sesuatu produk menjadi penentu sesuatu produk diterima di pasaran atau tidak.

“Bagaimanapun, sebagai syarikat milik orang Islam dan Bumiputera, menjadi tanggungjawab kita untuk membekalkan kepada mereka yang seagama produk halal dan penerimaan masyarakat bukan Islam adalah satu bonus,” katanya.

Ismail berkata, produk Kopi Radix adalah keluaran HPA yang terlaris membabitkan 50% daripada keseluruhan jualan daripada 85 produk yang dihasilkan syarikat itu sekarang.

“Bagi memastikan umat Islam di negara ini menggunakan produk halal dalam kehidupan seharian mereka, kita akan mengeluarkan 15 lagi produk kosmetik dan kegunaan seharian berasaskan pegaga dan roselle selain herba lain,” katanya.

Pada masa sama, HPA berasa terpanggil untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan sihat, sekali gus bukan hanya menawarkan produk kesihatan, tetapi juga rawatan tradisional dan Islam.

“Antaranya kita berbekam dan akupuntur. Kita juga membuka Kolej Pengubatan Jawi di Sungai Petani bagi membolehkan mereka yang berminat mendalami ilmu pengubatan alternatif,” katanya.

Popularity: 13% [?]

HPA Dalam Akhbar 1

“ISMAIL PAKAR AKAR KAYU, HERBA”

Orangnya cukup sederhana sekalipun memiliki rangkaian perniagaan bernilai jutaan ringgit…

30 April 2006

ORANGNYA cukup sederhana sekalipun memiliki rangkaian perniagaan bernilai jutaan ringgit. Ketika ahli perniagaan setarafnya bergaya dengan banglo, beliau lebih selesa menetap di rumah pusaka keluarganya yang beratapkan rumbia dan berdindingkan buluh.

Ia cukup berbeza dengan bangunan HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA), syarikat yang diasaskannya pada 1997 yang tersergam indah di Jalan Jejawi, Perlis.

Ini tidak termasuk dua kilang miliknya di Kawasan Perindustrian Kuala Perlis bernilai RM10 juta.

Mungkin mereka yang pertama kali berjumpa Pengarah Urusan HPA itu akan mengaitkan kesedarhanaan hidup beliau dengan imej waraknya.

Namun bagi Ismail Ahmad, 43, kehidupan peribadi dan perniagaan mempunyai sempadannya yang tersendiri.

“Saya lebih selesa jika orang mengenali produk dan syarikat ini daripada diri saya,” kata ‘tauke HPA’ itu sebaik wartawan Metro Ahad melangkah masuk ke pejabatnya di Perlis, baru-baru ini.

Kenyataan itu melahirkan rasa bimbang jika gagal mendapatkan maklumat dikehendaki untuk menulis di ruangan ini. Namun dalam tempoh singkat, sesi temu bual yang bermula dengan formal berubah kepada suasana penuh mesra dan ceria.

Keadaan menjadi bertambah rancak apabila graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menceritakan mengenai hobinya sejak zaman kanak-kanak untuk memasuki hutan bagi mencari pokok herba dan akar kayu.

“Hobi ini bermula sejak saya berusia 12 tahun dan kini dipindahkan menjadi kerjaya dan perniagaan teras saya hari ini sebagai pengeluar produk kesihatan berasaskan herba,” katanya.

Ismail yang juga anak jati Jejawi berkata, walaupun kini memiliki perniagaan yang mempunyai rangkaian di seluruh Asia Tenggara, beliau masih memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 2 atau 3 hari dalam sebulan untuk memasuki hutan.

“Bukan bersikap takabbur, tetapi hampir seluruh hutan dan bukit di sekitar Perlis dan Kedah ini sudah saya jelajahi.

“Bermula daripada kanak-kanak dengan mengekori orang yang lebih dewasa untuk belajar pengalaman mereka, kini jika saya mahu mencari sesuatu akar kayu atau herba, Insyaallah saya boleh ingat di hutan dan bukit mana.

“Malah, jika sesuatu herba atau akar kayu itu dibalut dengan kain, hanya daripada bau dan memegang bentuknya saya boleh tahu jenisnya,” katanya.

Mengenai pengalaman pelik atau mencemaskan sepanjang 21 tahun meredah hutan dan bukit, Ismail berkata, beliau bersyukur kepada Tuhan kerana setakat ini hanya menemui tapak peninggalan binatang buas seperti gajah dan harimau.

“Yang pasti pengalaman memasuki hutan sungguh istimewa. Ini kerana apabila kita semakin mendekatkan diri kepada alam ciptaan Allah SWT, kita akan semakin merasai kebesaran-Nya.

“Sebagai contoh ada sejenis garam di puncak Gunung Jerai yang cukup berkesan untuk penyakit kencing manis, dan masa mengambil garam ini yang paling baik ialah selepas kambing gurun menjilatnya dan kambing itu hanya hadir pada waktu tertentu,” katanya.

Antara pengalaman luar biasa yang lain ialah beliau pernah menemui ‘batu leleh’ sebesar pemeluk orang dewasa yang mempunyai banyak keistimewaan, terutama berfungsi sebagai penyerap racun dan bernilai ratusan ribu ringgit.

Apabila ditanya bagaimana daripada hanya pencari akar kayu dan herba di hutan, beliau muncul sebagai peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera antara yang terbesar di negara ini, Ismail berkata:

“Semuanya bermula ketika saya bekerja di LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) Kampung Kok Keliang dekat Padang Sidin di Perlis. Kami memenangi anugerah Hari Q (Qualiti) JPM (Jabatan Perdana Menteri) dan dihantar ke Indonesia sebagai hadiah.

“Di sana, kami berpeluang melawat beberapa kilang ubat tradisional seperti Mustika Ratu dan Nyonya Menere. Daripada situ saya terfikir mengapa orang Malaysia tidak mencontohi mereka kerana kita ada permintaan tinggi untuk produk ini.

“Lagipun ketika itu saya memang berniaga ubat secara kecil-kecilan. Malah, ketika di UPM pun, saya berniaga ubat di pasar malam. Ramai penuntut UPM sama ada ‘batch’ (tahun) saya atau senior mahupun junior mengenali saya sebagai penjual ubat pasar malam.

“Selepas tamat pengajian dan bekerja di LPP, saya masih meneruskan perniagaan ini dan apabila mendapat suntikan semangat daripada pengalaman di Indonesia, saya berhenti kerja di LPP pada 1995,” katanya.

Mengimbas semula peringkat awal penubuhan HPA atau singkatan Herba Penawar Al-Wahida sempena nama anak sulungnya, Wahida yang kini berusia 18 tahun, Ismail berkata, kejayaan tidak datang bergolek dalam hidup seseorang.

“Malah, saya dan isteri (Norhayati Ahmad) menjual di pasar malam dan dari rumah ke rumah untuk mengumpulkan modal sehingga HPA menjadi syarikat MLM pada 1999.

“Sejak itu kami tidak lagi menoleh ke belakang dan hari ini, HPA mempunyai 350,000 ahli di seluruh Malaysia. Cawangan kami di luar negara ialah Indonesia yang dibuka pada 2001 dan kini kita (HPA) mempunyai kilang di negara itu dengan 50 pekerja.

“Kita juga mempunyai pejabat di Pattani (Thailand) selain Brunei dan Singapura dengan setakat ini 85 produk ditawarkan kepada ahli kami,” katanya.

Bagaimanapun, HPA bukan sekadar sebuah syarikat MLM kerana ia turut menjual produk secara konvensional, selain membekalkan produk kesihatan kepada organisasi tertentu tetapi kemudian dipasarkan dengan menggunakan label organisasi berkenaan.

Ismail berkata beberapa organisasi gergasi di negara ini menjalinkan kerjasama sedemikian dengan HPA.

“Ini satu pengiktirafan, terutama HPA adalah syarikat MLM Bumiputera kedua di negara ini menerima pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) pada 1997 dan tahun ini Insyaallah menerima MS ISO-9001,” katanya.

Namun kata Ismail, yang lebih penting ialah orang ramai tidak perlu berasa was-was menggunakan produk HPA kerana mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KK) selain disahkan halal.

“Berikutan mempunyai keyakinan tinggi terhadap kualiti produk kami, HPA merancang tahun ini untuk mengorak langkah ke Timur Tengah dan Eropah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau membuka HPA bukan hanya berasaskan keuntungan, tetapi juga kerana yakin hanya dengan perniagaan akan memberi peluang kepadanya memajukan diri dan keluarga, masyarakat setempat dan ummah secara keseluruhannya.

“Di HPA, kita sentiasa percaya kepada konsep perkongsian pintar. Sebagai contoh, kita menjalin kerjasama dengan beberapa pemilik tanah dan petani di sekitar Perlis dan Kedah untuk menanam herba, di mana kita akan membeli semula tanaman mereka.

“Pada masa sama, ahli menjalin perkongsian pintar dengan HPA. Ini kerana hanya dengan yuran keahlian serendah RM20 seumur hidup, mereka bukan sahaja berpeluang menggunakan produk bermutu untuk diri dan keluarga, tetapi juga mampu menambah pendapatan dengan menjadi wakil penjual bagi HPA,” katanya.

Selaras dengan hasrat menjadi syarikat bertaraf global, Ismail berkata, pemikiran dan imej HPA juga akan mengikut peredaran zaman dan kehendak pasaran.

“Antara langkah yang diambil ialah memindahkan operasi Ibu Pejabat HPA di Jejawi ke Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur, Jun ini. Ini adalah perubahan yang kita lakukan untuk terus maju ke depan,” katanya.

Popularity: 15% [?]

Artikel-Najis Campur Darah Petanda Awal

Najis campur darah petanda awal

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

RAMAI antara kita pernah mengalami masalah pendarahan apabila buang air besar. Gejala najis bercampur berdarah ini sebenarnya petanda penting yang menunjukkan badan kita ada masalah kesihatan yang perlu mendapat rawatan segera.

Pendarahan ketika buang air besar dikategorikan sebagai masalah biasa yang berlaku dalam masyarakat kita terutama di kalangan golongan muda pada peringkat umur produktif iaitu antara 20 hingga 30 tahun.Masalah ini lebih kerap berlaku pada individu yang terlalu banyak mengambil karbohidrat yang diproses, daging dan kurang makan sayur-sayuran serta buah-buahan. Karbohidrat yang diproses bermakna sumber karbohidrat dibersihkan daripada kekasaran luaran melalui kaedah penulenan.

Dalam proses ini, hampir semua vitamin, galian serta serat turut terbuang dan yang tinggal hanya kalori. Untuk menjadikan ia berkhasiat, sesetengah produk diperkayakan dengan memasukkan semula zat yang terbuang tadi. Antara contoh karbohidrat proses ialah roti putih, gula atau bahanyang dibuat daripada tepung.

Inilah sebabnya bagi individu yang mengamalkan pemakanan kaya karbohidrat proses lebih kerap mengalami masalah sistem perkumuhan terutama jika mereka juga kurang mendapat bekalan serat, air dan jarang bersenam.

Ada banyak punca yang boleh menyebabkan pendarahan ketika buang air besar. Punca yang paling lazim ialah buasir dan kanser usus selain rekahan pada kulit saluran dubur (masalah biasa dan menyakitkan, disebabkan sembelit atau mengeluarkan najis secara paksa), polip pada rektum dan usus besar serta ulser.

Masalah ini juga dipanggil pendarahan rektum (bahagian akhir usus besar) kerana rektum terletak betul-betul di atas lubang dubur. Kebanyakan pendarahan rektum pada usus besar, hujung usus besar atau dubur. Usus besar ialah sebahagian daripada saluran gastrointestin; iaitu laluan makanan selepas ia dicerna dalam usus kecil.

Usus besar bertanggungjawab menyingkirkan air daripada makanan yang tidak tercerna dan menyimpannya sehinggalah ia dibuang sebagai najis. Rektum pula adalah bahagian terakhir usus besar (15 sentimeter dari dubur). Manakala esofagus, perut, duodenum dan usus kecil dipanggil saluran gastrointestin atas.

Menurut Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abdul Hamid Mat Sain, walaupun ramai yang menganggap ia agak memalukan tetapi gejala berbahaya tidak boleh dipandang ringan dan perlu diberikan perhatian segera bagi mengesan punca sebenar menyebabkan pendarahan.

Sikap tunggu dan lihat sebenarnya boleh menyebabkan masalah ini bertambah berat kerana ramai yang menganggap ia bukanlah perkara membimbangkan apabila pendarahan berhenti selepas beberapa ketika tanpa mendapatkan sebarang rawatan.

“Warna darah juga sebenarnya berbeza dan secara umum warna ia boleh memberikan gambaran kasar kepada punca, penyakit dan lokasi pendarahan. Jika warna darah yang keluar bersama najis itu merah cerah bermakna penyakit berada dekat dengan kawasan dubur (di bahagian usus yang hampir dengan kulit). Ia mungkin disebabkan masalah pada saluran menyebabkan salur darah bengkak dan pecah seperti yang berlaku pada pesakit buasir.

“Jika warna darah merah gelap bermakna pendarahan berlaku pada bahagian usus yang lebih dalam. Penyakit pada umumnya lebih berbahaya seperti kanser usus. Ini adalah punca pendarahan rektum yang paling lazim,” katanya.

Warna najis yang hitam dan melekit seperti tar (dipanggil melena) pula menandakan ada pendarahan pada bahagian lebih atas (pangkal) usus, esofagus, perut atau duodenum (usus kecil). Melena atau najis tar ini terhasil apabila pendarahan berlaku terlalu lama dalam usus besar yang memberikan peluang bakteria bertindak dan menghuraikannya kepada bahan dipanggil hematin yang berwarna hitam dan berbau sangat busuk. Inilah sebabnya apabila berlaku pendarahan rektum kali pertama, pesakit perlu menjalani pemeriksaan segera.

Selain warna, kuantiti darah juga boleh menjadi petanda tahap penyakit atau masalah yang dialami seseorang. Biasanya pendarahan rektum sederhana dikategorikan apabila banyak darah keluar setiap kali buang air besar. Jika kuantiti ini lebih banyak, bermakna pendarahan sudah mencapai tahap serius.

Pendarahan rektum juga boleh menyebabkan pesakit berasa lesu, pening atau pitam khususnya bagi mereka yang mengalami pendarahan serius. Kadang kala pesakit juga boleh mengalami simptom tekanan darah rendah terutama apabila berdiri selepas lama duduk di tandas.

Masalahnya ramai antara kita tidak mendapat pemeriksaan awal secukupnya. Bahkan pesakit juga enggan diperiksa kerana malu sebaliknya hanya meminta ubat daripada doktor. Tindakan ini sebenarnya perlu diubah kerana tanpa pemeriksaan, masalah sebenar yang dihadapi tidak dapat diketahui.

Dr Abdul Hamid berkata, pemeriksaan saringan pertama paling minimum ialah ujian rektum digitar yang memerlukan doktor melihat dan memasukkan jari ke dalam dubur pesakit. Ujian ini tidak sakit dan hanya mengambil masa satu atau dua minit saja. Biasanya melalui pemeriksaan ini, doktor boleh memeriksa keadaan dinding usus, bengkak, buasir, kanser atau ketumbuhan yang tumbuh di hujung usus besar.

Jika pendarahan bukan disebabkan buasir, ini bermakna pendarahan berlaku di bahagian usus yang lebih dalam dan diagnosis seterusnya perlu dijalankan kerana 50 peratus kanser usus lazimnya berlaku pada 15 sentimeter ke dalam usus (dari dubur).

Pada peringkat awal, pesakit umumnya tidak dapat membezakan sama ada pendarahan itu disebabkan buasir atau kanser usus kerana ramai yang mengalami kedua-dua masalah serentak. Jika didapati ada ketumbuhan dalam rektum, doktor akan menjalankan biopsi dengan mengambil secebis tisu daripada ketumbuhan berkenaan untuk diperiksa.

“Pesakit perlu membuang rasa malu kerana ia menghalang proses rawatan. Paling penting, jika pendarahan itu disebabkan kanser, ia boleh dirawat awal. Jika tiada buasir atau kanser, ini bermakna pendarahan berlaku pada bahagian atas gastrointestin. Ia boleh dipastikan melalui ujian kolonoskopi untuk mengesahkannya.

“Gejala najis berdarah juga berlaku pada kanak-kanak tetapi ia biasanya disebabkan masalah sembelit dan bukannya kanser. Bagaimanapun bagi orang dewasa, jangan buat tidak endah pada gejala ini kerana ia petanda penting wujudnya masalah kesihatan,” katanya.

Ulasan: Produk herba HPA yang baik untuk diamalkan ialah Herba Tuju Angin (3×2), Pelawas (3×2) dan Mengkudu (2×2). Ketiga-tiga herba ini bertujuan untuk membersihkan semua sistem pencernaan, termasuk usus yang bermasalah atau sembelit. Makan 30 minit sebelum makan atau 2 jam selepas makan.

Setelah proses colon cleansing selesai, kemudian amalkan Spirulina (3×2)dan Teh Herba (2 uncang untuk diminum pagi dan petang). Kedua-dua herba ini bermanfaat untuk meningkatkan aktiviti antivirus, kuman dan bakteria yang berada di dalam tubuh, sekaligus mempercepat penyembuhan luka yang mungkin terjadi di usus. Serta meningkatkan daya tahan tubuh.

Popularity: 23% [?]

Syampu Pandan Kasturi

syampu-pandan-2.jpgPandan Wangi atau nama saintifiknya Pandanus odurus merupakan pokok renek daripada famili Pandanacea. Ia tumbuh dalam rumpun dengan ketinggian di antara 0.6 cm hingga 1.5 m. Daunnya panjang dengan urat daunnya selari dan berbau wangi. Tumbuhan ini merupaka herba warisan turun temurun yang digunakan dalam penjagaan dan kesihatan rambut.

Syampu Pandan Kasturi ini dirumus khas untuk menghilangkan masalah rambut kusut, rambut gugur, kelemumur dan untuk menghitamkan rambut. Aroma semulajadi yang terdapat di dalam daun Pandan Wangi dan Limau Kasturi ini bertindak mewangikan rambut di samping dapat menghilangkan tekanan kerja seharian serta mengembalikan kesegaran tubuh badan.

Khasiat Limau Kasturi pula bertindak sebagai penyejuk kulit kepala. Kajian saintifik menunjukkan pandanin sejenis protein yang terdapat dalam ekstrak Daun Pandan mempunyai aktiviti anti-viral dan seterusnya dapat merawat jangkitan mikro-organisma di kulit kepala. Syampu daripada sumber semulajadi ini sesuai untuk kegunaan harian seisi keluarga serta mampu mengembalikan kesegaran rambut dan menjadikan rambut lebih bermaya, sihat dan bersinar.

Gunakan Tonik Rambut Pandan selepas menggunakan Syampu Pandan Kasturi untuk tujuan perapian dan memelihara kesihatan rambut.

Produk ini dihentikan sementara pengeluarannya.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 5

Popularity: 20% [?]

Tonik Pandan (Minyak Rambut)

tonikrambut.jpgSatu kajian menunjukkan bahawa dalam masa 100 tahun lagi semua lelaki dan perempuan akan menghadapi masalah keguguran rambut yang kritikal. Menurut seorang pakar rambut Professor Lubowe mengatakan bahawa punca kebotakan adalah seperti berikut:-

1. Air dan makanan yang semakin kotor dan mengandungi bahan kimia berbahaya.

2. Pencemaran udara yang semakin kritikal.

3. Tabiat suka menggunakan pewarna rambut, kerinting, meluruskan, penggunaan gel dan bahan kimia yang lain.

Kulit kepala di bahagian kulit kepala terdapat banyak pembuluh darah. Aliran darah yang terdapat pada lapisan kulit kepala berfungsi untuk membekalkan nutrien kepada akar rambut supaya menjadi lebih subur bagi pertumbuhan rambut. Tonik Pandan Rambut mengandungi pelbagai bahan yang diperlukan oleh akar rambut, kulit kepala dan rambut. Produk ini juga dapat mencegah berlakunya lkelemumur, rambut bercabang dan pertumbuhan mikroflora.

Komposisi (75 ml per botol) :
Minyak Zaitun dan Herba Pilihan

Dos :
Gunakan setiap hari. Waktu yang paling sesuai ialah pada waktu sebelum tidur dan waktu pagi. Urut dan picit pada kepala supaya menyerap ke akar rambut.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak: RM 13

Nilai Mata (NM): 4

Popularity: 35% [?]

Spirumadu

spirumadu.jpgSPIRUMADU adalah kombinasi Spirulina (Arthrospira platensis) dan Madu Lebah. Produk ini mengandungi Vitamin Semulajadi, Mineral dan Asi Amino yang tinggi.Berdasarkan satu kajian, Anti-oksidan dari beta karoten yang terdapat didalamnya bertindak menghalang atau mencegah tumor dan kanser. Ketinggian kadar klorofil serta khasiat Madu Lebah membuatkan produk ini amat berpotensi membina, membantu dan meningkatkan tahap kesihatan tubuh manusia.

Antara khasiat SPIRULINA

• Mengandungi mucopolisakarida yang membantu sistem penghadaman.
• Protein yang tinggi (60%-70% / 44-74 gms)
• Anti-oksidan dari beta karoten yang bertindak menghalang dan mencegah tumor dan kanser.
• Vitamin B-12, C, D, E dan Zat Besi yang amat diperlukan untuk menguatkan sistem imuniti.
• Membantu mengaktifkan hematopoesis bagi membina hormon erythropoetin – EPO dalam sel darah.
• Menurunkan kadar kolestrol, tryglyceride dan LDL bagi menghalang hipertensi.
• Klorofil yang kaya didalamnya, dapat menyingkirkan logam berat dalam buah pinggang, kesan dari pengambilan ubatan moden (Pharmaceutical Drugs).
• Fikosianin iaitu pigmen biru (hanya pada Spirulina) berfungsi membina imuniti tubuh.

Antara Khasiat MADU LEBAH

Vitamin A
• Berasal dari Karoten, berkhasiat untuk mata, sel-sel tubuh, selaput lendir, pertumbuhan kanak-kanak, tenaga fizikal, imuniti tubuh, kesihatan gigi dan lain-lain.
Vitamin B
• Berperanan mengatur metabolisme (metbo) badan yang sangat diperlukan bagi kehidupan dan kesihatan manusia. B5-untuk kesihatan otak (mental-ingatan).
Vitamin C
• Madu kaya dengan vitamin ini, ia melebihi daripada makanan-makanan lain. Ia berfungsi sebagai agen daya tahan tubuh, sistem saraf, epilepsy, penggerak metabolisme badan dan lain-lain.
Vitamin D
• Membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus dan memabfaatkan keduanya untuk tulang dan gigi. Kanak-kanak amat memerlukannya.
Vitamin E
• Ia mengaktifkan fungsi vitamin A, menguatkan struktur jantung, tumbesaran kanak-kanak, menyuburkan peranakan wanita, mengaktifkan daya seks lelaki dan wanita, menyihatkan kulit dan rambut dan awet muda.
Vitamin K
• Berfungsi melancarkan perjalanan darah (elakkan pembekuan), penyakit darah tinggi, migrain, kanser darah, mencegah batuk, bengkak-bengkak sendi dan aktif bergabung dengan enzim-enzim bagi menghasilkan tindakbalas (sistem pencernaan).

Nilai Perawatannya

• Ulser perut
• Gastrik
• Masalah hati
• Ekzema
• Buasir
• Athma
• Hipertensi
• Anemia (kurang darah)
• Sembelit
• Nafas dan badan berbau
• Gusi berdarah
• Jangkitan kuman
• Anti tumor dan kanser
• Penjana tenaga segera

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 60

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 55

Nilai Mata (NM): 15

Popularity: 40% [?]

Sabun Susu Kambing

sabun-susu-kambing-2.jpgPelembap dan pemutih serta melindungi kulit anda.
Sabun susu kambing asli yang mengandungi bahan pemutih dan pencerah semulajadi. Sangat sesuai untuk kulit yang sensitif pada bahang matahari dan perubahan cuaca. Ia mengandungi pelembap, mencegah kulit menjadi kering dan kasar. Sesuai digunakan untuk seisi keluarga.

Komposisi (50 gram per buku x 2):
Susu kambing

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 6
Sabah & Sarawak: RM 7

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 5
Sabah & Sarawak: RM 6

Nilai Mata (NM): 2

Popularity: 24% [?]

Teh Tropika (Herba Misai Kucing)

teh-tropika2.jpg

Kandungan Utama:
Herba Misai Kucing

Kepentingan:

  1. Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
  2. Digunakan untuk merawat arteriosclerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan rheumatisme.
  3. Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
  4. Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
  5. Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kecing).

Penggunaan:
Diambil sebelum makan, 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 20

Nilai Mata (NM): 7

Popularity: 29% [?]

Konsep 5+1 M

MLM adalah suatu kerjaya professional. Oleh itu, ia seharusnya dikerjakan secara profesional agar dapat memperolehi hasil yang maksimum. MLM merujuk kepada – M (MANAGEMENT), L (LEADERSHIP), M (MULTIPLY). MLM bukan sekadar masuk menjadi ahli kemudian mengajak orang lain seramai mungkin dan beranggapan akan mendapat bonus yang besar. MLM adalah proses menggerakkan produk secara bersama daripada syarikat kepada pengguna melalui pembelian dan penjualan produk.

KONSEP 5+1 M

1. MENGAMALKAN PRODUK HPA

Kenapa perlu mengamalkan produk? Kerana kita harus berpegang pada prinsip herbalisme iaitu “Biarlah makanan menjadi ubatmu (herba) dan biarlah ubatmu (herba) menjadi makananmu”. Seterusnya adalah kerana untuk mendapatkan keyakinan terhadap produk tersebut. Amalkan mengikut set terbaik – 3 D (D’DET, DEU, D’KARM) + OMEGA 3 (KAPSUL/SOFTGEL)+ KOPI RADIX atau TEH HERBA + MADU ASLI

Atau amalkan RADIX + PELAWAS + HERBA TUJU ANGIN + SPIRULINA + MALAC + PARAMARIA PLUS (wanita)

Tukar semua produk kegunaan harian di rumah kepada barangan HPA seperti syampu, sabun pencuci, sabun mandi, ubat gigi dan lain-lain. Dengan tujuan untuk kumpulkan sebanyak mungkin Nilai Mata (NM) dan khususnya untuk membawa barangan SUCI dan HALAL ke rumah.

2. MENGHADIRKAN DIRI DALAM KELAS MINGGUAN DAN PROGRAM-PROGRAM HPA

Ini adalah asas dalam kerjaya MLM dan ia memberi tanda komitmen dan kebersamaan anda bersama syarikat HPA. Selain itu, ia adalah untuk ‘cas’ semula semangat dan kukuhkan tahap keyakinan. Jadikanlah kelas dan program-program ini sebagai tempat untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada mereka yang berjaya. Dan disini jugalah tapak untuk kita membina dan melatih jaringan baru.

3. MENJUAL PRODUCT KNOWLEDGE

Dah nama bisnes, seharusnya perlu ada urusan jual dan beli. Menjual bermakna menggerakkan produk dari pengeluar kepada pengguna. Faedah penjualan adalah untung segera/runcit. Anda juga sepatutnya tidak hanya menjual produk sahaja tetapi turut menjual product knowledge tersebut. Disinilah kekuatan dalam HPA sebenarnya. Perkara yang anda perlu kuasai dan fahami tentang penjualan produk ialah:

-Perlu ada sasaran jualan

-Perlu belajar teknik penjualan berkesan

-Penjualan berterusan akan menjamin kesinambungan perniagaan

-Kunci utama penjualan adalah pengetahuan produk

4. MEMBINA RANGKAIAN

Penajaan adalah proses mendapatkan rakan kongsi. Penajaan juga bermakna pembinaan jaringan perniagaan dan ia adalah titik tolak kepada kejayaan dalam keusahawanan MLM. Penajaan bermaksud menawarkan peluang perniagaan kepada orang lain untuk sama-sama berkongsi manfaatnya. Oleh itu penajaan adalah satu kerja yang murni. Penajaan tidak memerlukan pemaksaan sebaliknya harus disertai dengan niat yang baik. Yang penting harus belajar teknik penajaan yang berkesan. Senjata utama penajaan adalah KEIKHLASAN.

5. MEMBIMBING RANGKAIAN

Kesinambungan perniagaan bergantung kepada servis yang baik. Pelanggan anda sentiasa memerlukan khidmat anda. Anda haruslah bersedia untuk memberi khidmat kepada mereka. Ini menandakan sikap dan tanggungjawab anda sebagai usahawan dan pemimpin dalam HPA. Untuk mendapat seorang pelanggan atau rakan kongsi, anda mungkin memerlukan masa berjam-jam tetapi untuk kehilangan seorang pelanggan dan rakan kongsi mungkin hanya akan mengambil masa seminit!!!

6. MENDIAGNOS DAN MERAWAT PENYAKIT

HPA menawarkan peluang seluas-luasnya kepada semua ahli HPA untuk mempelajari ilmu tentang diagnos penyakit dan perawatan yang terdapat dalam Perubatan JAWI. Rebutlah peluang ini segera.

Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI

1. Bekam (Al-Hijamah)

2. Akupunktur

3. Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)

4. Urut Refleksologi

5. Urutan Limfatik

Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI

1. Diagnos Saraf Tapak Tangan

2. Diagnos Anak Mata (Iridology)

3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi

Dengan diagnosis awal terhadap diri anda, ini mungkin akan dapat menyelamatkan anda daripada bahaya penyakit yang makin pelik saban hari. Anda juga dapat menyelamatkan insan yang anda sayangi atau masyarakat setempat di tempat anda.

Popularity: 18% [?]

Panduan Untuk Pengedar HPA 1

Apakah Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang HPA?

1. Latarbelakang Syarikat HPA
Pengasas, HQ, Al-Wahida Marketing, Kilang, Ladang

2. Produk HPA
Set Lelaki & Wanita, Set Keluarga, Penyakit dan Herba yang sesuai, Sinergi Produk

3. Perubatan JAWI
Perawatan Berasaskan Herba, ilmu perawatan dan diagnos penyakit

4. Plan Pemasaran
Sila download file di bahagian plan pemasaran

5. Perkongsian Bijak
Fahami konsep perkongsian bijak

6. Konsep 5 + 1 M
Prinsip utama untuk menjadi Usahawan HPA yang berjaya

7. Berita-berita Terkini HPA
Produk terbaru dan program terkini HPA

Popularity: 13% [?]

Panduan Untuk Pengedar HPA 2

Apakah Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Setelah Menjadi Ahli HPA?

1. Dapatkan fail untuk letak semua katalog produk HPA.

2. Fahami plan pemasaran HPA dan program PB. Ingat, untuk melayakkan anda menikmati BONUS yang disediakan oleh syarikat, anda hendaklah membuat belian peribadi minima setiap bulan 50 Nilai Mata (NM) disamping itu mengamalkan KONSEP [5 + 1] M. Jika tidak, penaja akan diberi NM daripada pengedar kumpulan yang tidak berkelayakan (kurang 50NM).

3. Dapatkan bahan bacaan tambahan seperti Buku Panduan Intibah, Buku Halal Haram, CD, Perubatan Nabi dan sebagainya.

4. Tukar barangan keperluan harian anda kepada produk HPA. Antaranya ubat gigi, sabun mandi, syampu, minyak rambut, sabun basuh, kordial minuman, biskut, teh, kopi dan lain-lain.

5. Dapatkan alamat dan no telefon stokis atau cawangan HPA yang berhampiran untuk memudahkan pembelian.

6. Simpan setiap invois pembelian anda untuk rujukan.

7. Hadiri kelas mingguan untuk menambah pengetahuan anda tentang produk HPA, strategi perniagaan, plan pemasaran, motivasi, diskusi dan berita terkini tentang HPA. Berikut ialah jadual kelas di kawasan Lembah Klang.

* Hari: Isnin setiap minggu
* Masa: 9.30-11 malam
* Lokasi: HPA Cawangan Kajang

* Hari: Selasa setiap minggu
* Masa: 9.30-11 malam
* Lokasi:Pusat Agensi HPA Serdang

* Hari: Rabu setiap minggu
* Masa: 9.30-11 malam
* Lokasi: HPA Cawangan Gombak

8. Senaraikan semua prospek anda (yang berpotensi sahaja) seperti jiran, adik beradik, rakan pejabat, rakan surau, rakan-rakan sekolah/IPT/. Buat temujanji untuk memperkenalkan  perniagaan HPA kepada mereka.

Popularity: 14% [?]

Rukun Penyembuhan

RUKUN PENYEMBUHAN

Konsep Perubatan Jawi mempunyai beberapa rukun penyembuhan. Seorang pesakit perlu dibimbing untuk memenuhi semua rukun-rukun penyembuhan tersebut supaya mendapat hasil optimal dan khasiat herba yang diambil. Rukun Penyembuhan tersebut adalah:-

  1. Keyakinan
  2. Amalan yang berterusan
  3. Munculnya krisis penyembuhan (Healing Crisis)
  4. Dosis yang mencukupi.

1. KEYAKINAN (CONFIDENCE / BELIEVE)

Pertama kali, harus ditanamkan kepada pesakit mahupun perawat bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya dan ubatan herba yang diberikan kepadanya merupakan ubatan yang berkualiti. Keyakinan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan pintu penyembuhan yang perlu dibuka terlebih dahulu. Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalaman yang amat penting untuk membantu mengembalikan sistem imuniti. Pengambilan herba dalam keadaan yang tidak yakin akan membuahkan usaha yang sia-sia.

2. AMALAN BERTERUSAN (CONTINIOUS PRACTICE / CONSUMPTION)

Ertinya kita harus istiqomah dan sabar menantikan tubuh yang sedang menjalani proses penyembuhan melakukan pembaikan ke seluruh tubuh secara menyeluruh (total healing). Apabila kita menyedari bahawa sumber penyakit datang dari makanan harian yang mengandungi toksid (zat beracun), maka sudah semestinya pengambilan herba menjadi perkara rutin dalam kehidupan seharian. Penyakit timbul setelah sekian lama gangguan organ terjadi. Begitu juga ubat memerlukan tempoh atau waktu untuk menjalani proses pemulihan sel-sel yang telah rosak.

3. KRISIS PENYEMBUHAN

Krisis penyembuhan (healing crisis) adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja yang dikenali sebagai Direction of Cure (DOC). Beberapa DOC yang muncul akibat penggunaan herba antara lain:-

a)Bertambah keluar penyakit.
Seringkali kita menjumpai seseorang yang menggunakan herba mengalami healing crisis, dimana nampak semakin bertambah penyakit yang keluar, seperti perempuan yang mengalami keputihan, jerawat dan lain-lain.

b)Berpindah penyakit dari bahagian tertentu kepada bahagian yang lain.
Kita juga sering lihat perubahan beberapa penyakit seperti orang yang menderita asma setelah mengkonsumi herba mengalami gatal-gatal di kulit.

c)Terasa sakit di bahagian pinggang dan telapak kaki.
Sistem saraf yang mempengaruhi keadaan ini dimana rasa sakit akan terasa seolah-olah berpindah turun ke bawah terutama di sekitar pinggang dan langsung ke telapak kaki. Telapak kaki dihubungkan ke wilayah refleksi bagi perawatan seluruh tubuh.

d)Mengulangi sejarah kesakitan. Pengulangan simptom yang tidak disedari telah keluar di suatu masa dahulu.

4. DOSIS YANG MENCUKUPI

Penggunaan herba yang tepat haruslah disesuaikan dengan berat badan pesakit. Dalam hal ini perbandingannya adalah 10kg : 1 gm, ertinya setiap berat badan 10kg memerlukan 1 gram herba ubatan yang harus dikonsumi.

Ulasan: Oleh itu, ketahuilah bahawa sekiranya anda mengamalkan herba tetapi tidak berkesan, maka ia berpunca daripada anda sendiri yang tidak mematuhi peraturan-peraturan di atas. Kesemua rukun ini sangat penting untuk anda fahami sama ada anda seorang perawat atau pesakit.

Tambahan: Air kosong juga hendaklah diminum dengan banyak semasa mengambil herba iaitu sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari (>8 gelas). Sampaikanlah ilmu ini kepada mereka yang mengamalkan produk herba HPA khususnya.

Popularity: 14% [?]