DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Syampu Betik

Written by duniaherbahpa on Nov 20th, 2006 | Filed under: Produk Kegunaan Harian

HPA_Syampo_Betik

Kandungan Utama:
Protein Soya
Ekstrak Betik

Syampu penjagaan kulit kepala dengan pH seimbang yang diperkayakan dengan ekstrak betik dan protein soya menjadikan rambut anda lembut dan licin. Protein soya membekalkan nutrien yang diperlukan oleh rambut untuk menguatkan akar rambut dan sekaligus mengurangkan rambut gugur. Ekstrak betik pula mengandungi enzim yang dapat merawat tekstur kulit kelapa dan mengurangkan kelumumur. Dengan pelindung UV untuk melindungi kulit kepala dan rambut anda dari kerosakan akibat pancaran matahari. Sesuai untuk semua jenis rambut.

Penggunaan syampu secara berterusan menjadikan rambut anda:

  • Lembut dan bermaya
  • Lebih hitam dan bersinar
  • Lebih mudah diurus

Penggunaan:
Tekan sedikit pada tapak tangan dan oleskan pada rambut, biarkan sehingga 5 minit dan kemudian dibilas.

“Menjadikan rambut anda lebih hitam, sihat dan bermaya”

Kandungan: 210 ml

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 20

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sarawak: RM 16

Nilai Mata (NM): 5

  • Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Syampu Pegaga
  2. Syampu Aromaterapi
  3. Syampu Sintok
  4. Syampu Pandan Kasturi



9 Responses to “Syampu Betik”

  1. Ok..Rambut terurus n tak keras…lambat rasa gatal kepala.
    selamat mencuba

  2. Cik Sha, terima kasih atas perkongsian pengalaman anda menggunakan produk ini. Harap dapat disebar-sebarkan tentang kebaikan produk ini kepada semua.

  3. produk ni ade SLS gak kan..

  4. Salam Shahx, lama dah tak bertegur sapa. Produk ini tidak mengandungi SLS iaitu bahan kimia yang merangsang pembentukan buih.Wassalam.

  5. tp sy tgk kandungan di label nye mempunyai SLS..

  6. so, actually ada SLS tak ni?

  7. slm…
    syampu ni sesuai utk rambut gugur n kelemumur ke? ape beza ketiga2 syampu tu?

  8. saya pun tengok kat label botol dia ada mengandungi SLS

  9. SLS tu perlu untuk pembentukan buih. Kalau takde buih, maka kotoran dan habuk di rambut susah untuk ditanggalkan. Akan tetapi, kebanyakan produk rambut sekarang mengandungi SLS berlebihan dengan tujuan melicinkan rambut dengan cepat walaupun penggunaannya secara berlebihan amat berbahaya dan boleh menyebabkan penyakit. Produk rambut HPA hanya mengandungi kandungan SLS yang amat terhad dan kadar kandungannya dijamin selamat.

Leave a Reply