Komen & Pertanyaan

Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada anda sama ada mengenai web ini atau tentang produk HPA, perniagaan HPA, Perkongsian Bijak dan sebagainya. Anda juga boleh berkongsi pengalaman anda menggunakan produk HPA diruangan ini. Jika ada sebarang pertanyaan, sila emel muhamadredza@yahoo.com . Komen anda amat-amatlah saya hargai. Terima kasih.

Nota: Klik perkataan ‘Comments’ di bawah jika ruangan komen tidak muncul. Sila beri alamat emel anda yang sebenar untuk memudahkan urusan selanjutnya. Komen anda akan ditapis terlebih dahulu sebelum dipaparkan dalam web ini.

315 thoughts on “Komen & Pertanyaan”

  1. saya ahli hpa,bagaimana atau ada cara membolehkan saya menyertai rangkaian duniaheba.net dan mendapatkan downline secara online

  2. assalamualaikum,

    Saya ada beberapa masalah, dan mohon jawapan dan cadangan dari pihak tuan,

    1. Boleh tak saya saja2 nak ambil herba shark cartilage untuk mencegah cancer, saya dah beli tak pi tak berani nak makan lagi.

    2. Kulit dibahagian betis saya kering dan bersisik, mungkin juga kekurangan vitamin kot.

    3. Bila bangun dari tidur bahagian bawah tapak kaki saya sakit, bila berjalan saja sakit tu hilang.

    4. Haid saya dah tak datang lebih 3 bulan, ada tak herba hpa yang boleh aktif balik haid saya tu.

    5. Dibahagian belakang saya ada ketulan kecil sebesar ibu jari – semacam lendir dah hampir 10 tahun ketulan tu mungkin berpunca dari angin kot bila ditekan atau picit tak sakit (boleh ditolak2) tapi sejak akhir2 ni bila angkat berat atau buat kerja lebih sikit macam terasa lenguh dibhg ketulan tu.

    Yang ini masalah saudara saya.

    Umur saudara saya ni 62 tahun, dia mengalami gatal2 seluruh badan, selalu batuk. Dibahagian atas pehanya kena penyakit kayap, tapi kayap tu sudah agak baik, tapi kesan parut masih ada dibahagian peha (warna hitam) kakinya pula sakit daripada bahagian peha ke bawah, lututnya pulak bengkak dan tidak boleh nak lipat kaki, (adakah ini kesan dari penyakit kayap). Beliau juga ada mengidap gastrik, saudara saya ni sudah pergi buat pemeriksaan doktor selepas diberi injection adalah kurang sikit. Tapi sejak akhir-akhir ini dia selalu terasa mengah dan cepat semput.

    Saya cadangkan pada beliau untuk mencuba herba2 HPA, tapi tak tahu herba2 yang mana patut dia ambil. sbb saya kesian sangat tengok dia.

    masalah saya ni tak siar pun tak apa, tapi saya perlukan jawapan dan cadangan apa-apa herba HPA yang patut saya dan saudara saya tu ambil.

    saya berharap mendapat jawapan segera dari piahk tuan, sekian terima kasih.

  3. Assalamu`alaikum, saya ingin bertanya.

    Apakah produk hpa yang sesuai digunakan sama ada produk mlm atau slm, untuk rawatan mata katarak.

    Dan bagaimana cara menggunakannya dengan cara yang lebih efisyen?

    Anak saya berusia 6 tahun mempunyai katarak di mata sebelah kanannya dan akan menjalani pembedahan pada oktober nanti.

    Mohon nasihat tuan-tuan yg lebih arif.

  4. Salam Ani, sebarang cadangan utk produk HPA boleh dipanjangkan kepada HQ melalui emel ini: wahida@hpa.com.my atau cwahidagm@yahoo.com (GM Alwahida Marketing S/B).

    Salam Sal, anda boleh mencuba produk Sabun Susu kambing atau Sabun Whitening utk cucian muka. Boleh juga mencuba produk kosmetik HPA. Sila dptkan nasihat terlebih dahulu dari pihak cwgn HPA ttg produk kosmetik yg sesuai utk masalah berkenaan.

    Salam Hafidz, kepada yang sudah menjadi ahli HPA dengan rangkaian lain, keahlian anda dihadkan secara percuma sahaja. Anda tidak boleh menggunakan web DuniaHerba.net untuk melakukan penajaan secara online. Setiap tindak tanduk anda akan dipantau oleh ADMIN. Jika ianya berlaku, akaun anda akan digantung atau ditutup terus.

    Kelonggaran akan diberikan kepada mereka yang ingin mendaftar semula keahlian HPA di bawah penaja baru melalui mana-mana ahli HPA (akaun VIP) rangkaian DuniaHerba.net. Sila rujuk Syarat Penajaan Semula di link ini: http://hpa.com.my/penajaan%20semula.php

  5. Salam,

    Anak lelaki sy berumur 6 thn. Lahir pd tahun 22/12/2002. Semasa kecilnya penumpuannya agak bagus. Pernah la mendpt no. 2, 3, 4 & 6 (latest). Anak sy ni dikatakan kurang sikit tumpuan semasa pembelajarannya di sekolah Tadika. Itu adalah di antara komen yg sy terima dr cikgunya. Perkara ni dikhuatiri akan berlarutan sehingga dia meningkat dewasa. Hobi anak sy pula ialah bermain game (playstation). Sebelum ni pencapaiannya sangat memberangsangkan kami sekeluarga.

    Sedikit pertanyaan dr sy. apakah amalan pemakanan HPA yg patut diamalkan secara berterusan. Unt. pengetahuan tuan/puan anak sy x gemar memkn sayur2an. tp mkn tambahan spt Eq. minda, roselle dan spirulina ada diberikan.
    Sekian terima kasih.

  6. Salam buat semua:-

    Terkejut juga kejayaan besar hpa ni. Perubatan hpa yang kebanyakannya yang berasaskan herba ni, takda kesan sampingan ke seperti panas badan ke, atau apa-apalah yang menyebabkan boleh kerosakan saraf sekiranya mengambil berterusan.

    Ini kerana saya bercadang ingin mengambil pemakanan herba untuk masalah kesihatan wanita tapi saudara saya yang juga seorang bidan tidak menyarankan mengambil pemakanan herba ni sebab “panas” mungkin ada side effect pada peranakan wanita..Boleh beri komen sikit??

  7. Salam,

    Tuan/puan,

    Sy puan Norazilah dr. Pulau Pinang. Untuk makluman tuan/puan, anak lelaki sy berumur 6 thn. mungkin mengalami athma tp mungkin masih di peringkat permulaan. Sbb. dlm 4 bln. lps sy pernah membawa anak sy berjumpa doktor pakar kanak2. Di sana dia telah diberi gas oksigen dan bekalan ubat-ubatan spt. ubat kuat hidung, ubat kuat paru2 dan sejenis cecair yg perlu dimasukkan ke dlm. hidung (beberapa titis). Keadaan ini berlarutan sehingga dlm sebln lebih. Baru2 ini, Oleh krn. lama x memakan ais-cream, dia pun teringin nak memakan ais-cream tu pun sekadar merasa. Akibatnya batuk yg dialami berterusan terutamanya di waktu pagi dan di waktu malam. Dan batuk tu pula mungkin berpunca drp ketebalan kahak. Pertanyaan sy, berapa lamakah masa yg perlu diambil oleh anak sy untuk sembuh spt sediakala setelah meminum ubat batuk madulia?. Sbb dah 2 hari sy memberi anak sy minum ubat batuk madulia tp masih batuk lagi. Atau pun terdpt ubatan lain yg perlu disinergikan bersama ubat batuk. Sekian terima kasih.

  8. Badan berbau disebabkan byk toksid & kolon bermasalah sehingga ketiakpun berbau. Jadi, dari segi permakanan sudah ada produk HPA yg dpt menyelesaikannya dari bhg dalaman ttp bagaimana kalau dicadangkan pihak HPA mencipta Roll-on Deodorant dari bahan semulajadi yg mengurangkan bau peluh dan juga boleh membunuh bakteria serta kuman diketiak.

  9. assalamulaikum..

    isteri saya baru selamat melahirkan seorang bayi lelaki..alhamdulillah. Persoalannya, anak saya disahkan G6PD. Pertanyaan saya, adakah isteri saya boleh menggunakan set bersalin HPA dan “TIDAK” memberi kesan pada anak saya yang menyusu badan kerana pesakit G6PD dikatakan perlu menjauhi ubatan jenis herba dan bersifat tradisional.

  10. 1. saya mengidap penyakit bronkitis, thalasemia minor, sakit bahu, sakit belakang leher, kebas tangan, tulang belakang bengkok, lutut bengkak dan sakit kaki. apa produk HPA yg sesuai utk saya?

    2. kawan saya ada ketulan di bahagian leher yg semakin membesar. ketulan itu agak keras. tak tahu apa penyakitnya itu kerana dia terlalu takut utk berjumpa doktor. apa produk HPA yg sesuai utk nya?

  11. 1.Saya baru hamil 3 bulan dan pemeriksaan doktor mendapati saya menghidapi kencing manis.untuk pengetahuan sebelum ini saya pernah hamil dua kali tetapi keguguran.Apakah memakan ubat herba dapat membantu saya mengatasi masalah kencing manis ini?Sekiranya ada apakah jenis-jenis ubatan yang boleh diambil?

  12. assalamualaikum,

    kalau boleh saya nak list produk2 hpa bagi menggantikan produk yg dijual di luar sana. contohnya untuk calcium, pil hpa yg mana yg sesuai? evening primrose oil.. digantikan dgn pil apa? etc. thnks.

    tolong emailkan jawapan.. thnks.

  13. assalamualaikum….
    saya ada mengalami resdung dan senang mendapat selsema. baru-baru ini saya mula mencuba kapsul roselle..saya ingin bertanya, adakah kapsul tersebut tidak merbahayakan kesihatan dalam jangka masa panjang? adakah kapsul itu senang hadam dalam tubuh kita?

  14. salam

    pertama sekali…tahniah kepada HPA kerana dapat menyaingi produk luar negara.
    cuma di sini saya ingin memberi komen sedikit untuk kebaikan bersama,
    saya dapati ayam organik tidak dicuci sebersih yang saya beli sebelum ini.dan terdapat kudis pada bahagian ayam.tolong pantau.

  15. Salam, saya dah beberapa bulan merancang untuk mendapatkan cahaya mata ketiga,namun tidak berhasil. Apakah produk yang boleh saya amalkan?

    2. Untuk masalah resdung pula, apakah produk yang paling sesuai?

  16. Salam Lin, produk berasaskan herba yg dipasarkan HPA telah disemak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan lulus semua ujian yg ditetapkan. Ini bermakna produk HPA berkesan, mujarab dan selamat digunakan tanpa meninggalkan apa2 kesan sampingan. Herba tidak hanya mempunyai sifat panas malah mempunyai sifat sejuk, pahit dll. bagi produk HPA, anda boleh mencuba paramaria plus, mega 3 kapsul, spirulina, teh manjakani utk penjagaan kesihatan.

  17. Salam Kelana Akira, deodorant adalah satu cdgn produk yg amat baik utk dikeluarkan HPA. Mari kita sama2 sampaikan cdgn ini kpd pihak HPA.

    Salam wan fahmi, kad ahli HPA boleh digunakan bila2 masa semasa membeli produk HPA.

  18. Assalamualaikum .

    Saya baru joined HPA Dec-2008 . Pernah pergi kuliah JAWI sekali . Konsep HPA
    amat menarik . Saya cuma nak beri beberapa cadangan :
    1. Perbanyakkan produk2 keperluan harian seperti beras , susu , kicap dll
    2. Adakan bengkel2 utk lahirkan ramai usahawan masa depan sebagai pembekal kpd HPA .

    Soalan :
    1. Kalau owner syarikat ni meninggal , apa nasib ahli2 HPA nanti ?Maaf jika soalan ini agak keterlaluan …tapi ia penting utk kepastian .

  19. Ada dua soalan. 1. Saya pernah masuk HPA tapi dah lupa no keahlian pasal dah lama tak masuk. Bagaimana nak retrieve no dan activate keahlian?
    2. Saya rasa saya ada buwasir. Ada produk bersesuaian dan tabiat permakanan yg baik untuk diamalkan?

    terima kasih.

  20. Assalamualaikum Wrh Wbt
    Saya sudah menjadi ahli hpa 390045my01. Alhamdullilah kejayaan orang Islam berjaya menjalan perniagaan sebagai sunat dan tanggung jawab sesama orang Islam TIDAK lagi bergantung sepenuhnya kepada orang kafir.
    Saya berdoa agar kejayaan ini akan meningkat keperingkat antarabangsa seluas-luasnya.

    Saya ingin mencadangkan supaya ada maklumbalas beberapa produk supaya peningkatan lebih baik mutunya.
    Contoh
    1.Warna Sabun mandi terlalu terang dan warna
    keluar semasa mandi -ia perlu mempunyai
    warna yang menarik dan lembut.
    2.Moisture dan alat solet perlu dikaji supaya
    ia bersesuaian dengan kulit wanita dan tidak
    ada ‘site effect’.
    3.Kopi radix untuk orang-orang yang mempunyai
    diabites termasuk minuman yang lain.
    4. Masaalah ahli bawahan yang ingin menceburi bidang perniagaan amat bagus, TETAPI terdapat beberapa cabaran daripada segelintir pihak atasan yang telah melalui kursus Bijak Cemerlang ingin mendapat keuntungan dengan mesebotaj dan tidak mengikut lunah-lunah keIslaman dengan membekal kopi Radix dengan kos dalam linkungan RM15.50, RM15.00 malah ada yang membekal RM14.00(Pembekal ahli hpa BUKAN kira pembekal orang cina sahaja). Jadi bagaimana kami hendak menggalakan kami orang yang baru hendak menjual tanpa keuntungan kos minima RM16.00 amat sukar sekali.
    Saya ingin mencadangakan agar pihak Pengarah Urusan mengelaurkan perkeliling syarat-syarat baru termasuk hukum yang berkaitan tentang penindasan perniagaan yang kurang sihat ini serta tetapkan harga minima dikotak/papan.
    Tanda amaran membeli bukan daripada bukan ahli
    Sekian terima kasih
    Wasalam

  21. Salam…

    saya mengalami resedong hingga tumbuh folib dlm hidung sering berair dan rasa tersumbat,sakit di sekitar tulang pipi dan mata n gatal merayab. Buasir mula terkeluar gatal sesekali sakit n sembelit. apa ubat hpa yg patut saya ambil utk kesan yg mujarab sbb sya sgt risau dgn masalah ini dah 5 thun lamanya. dgn jwpan pihak hpa sya dulukan jutaan terima kasih.

  22. sya mngalami gatal2 pd bhgian punggung mula2 sy ingatkn kurap tp bla cek kat doktor dia kata elergik malangnya ubat yang doktor bg tak mujarab pun dah berbulan-bulan tak sembuh2 produk hpa apa yang bleh sya pakai untuk ubati?.

  23. Salam,saya bercadang untuk mencuba set kesuburan wanita HPA melaui nasihat pengedar HPA memandangkan saya sedang berusaha untuk memperolehi zuriat..Ingin bertanya apabila datangnya waktu haid adakah diboleh saya makan Paramaria Plus atau set HPA kesuburan wanita.Adakah tidak mendatang kesan apa-apa sekiranya dibolehkan makan semasa waktu haid.

  24. Assalamualaikum.
    Saya sangat bangga dengan hpa dan menggunakan banyak produk hpa kerana lebih meyakinkan untuk membentuk jiwa dan peribadi anak-anak.
    Pada 21 mac yang lepas adik saya telah berpeluang menikmati kelazatan rfc di alor setar. Dengan bangga dia telah menelefon saya dengan cerita kehebatan rfc yang dapat menandingi kfc. Saya begitu teruja mendengar cerita tersebut. Dia minta saya meng’e-mel’kan sedikit komen tentang kebersihan restoran tersebut. Dia mencadangkan agar ada pekerja yang dilantik khas untuk sentiasa memantau dan memastikan lantai restoran dlm keadaan bersih sebagimana yg kita lihat di mana-mana restoran kfc.

  25. Saya adalah ahli hpa.macam mana saya nak dapat no ahli saya. kad saya tertinggal di kampung. di area putrajaya adakah stokis @ cawangan hpa?alamat?

  26. Salam

    Saya amat menghargai jika saya dapat jawapan yang direct..(ya atau tidak)..1. Adakah stoma-K sesuai untuk ibu menyusu? 2. Adakah teh asiatic selamat untuk ibu menyusu?

    Terima kasih.

  27. Pembetulan :

    Salam

    Saya amat menghargai jika saya dapat jawapan yang direct..(ya atau tidak)..1. Adakah stoma-K selamat untuk ibu menyusu? 2. Adakah teh asiatic selamat untuk ibu menyusu?

    Terima kasih.

  28. salam,semasa mengandung anak ketiga,saya mengalami masalah kebas tangan.Namun selepas 3 bulan bersalin,masalah yang sama masih ada.Malah saya rasakan makin teruk sehinggakan tidur malam asyik terganggu.Memandangkan saya masih menyusu,apakan ubat yang sesuai saya ambil.Penjelasan dari pihak HPA,didahului dengan ucapan terima kasih.

  29. Salam sejahtera, terlalu bangga melihat HPA berkembang dengan begitu pesat. Syarikat dan produk kepunyaan 100% muslim. Doa saya untuk anda dan doakan kami juga… Terus memecut…

  30. kenapa sekarang kuliah perubatan jawai (kpj) tak disiar secara langsung sepperti dulu.dan web tv hpa masih mengekalkan video lama.dah hampir 1 tahun.

  31. kicap hpa dah keluar.saya pun dah guna.sedap sungguh.betul.bukan melawak.memang sedap.tapi kalau dipekatkan sikit lagi tentu ianya lebih laris lagi sebab yg. syarikat lain didapati ia lebih pekat. haa ini cabaran.bagi ahli..no problem.cuma yg nak beli tu lah yg banyak cerewet.tk

  32. salam, masih banyak lagi saya tidak tahu tentang kebaikan produk hpa walaupun sudah beberapa bulan menjadi ahli, bolehkah saya saya mengambil sedikit artikel & gambar untuk saya menambah pengetahuan tentang produk hpa untuk menerangkan pada pengguna dan ahli keluarga itu diatas kebenaran daripada saudara/saudari….sekian….terima kasih.

  33. salam,minta maaf kerana tanya.Saya dah lama menjadi ahli, tapi hingga kini belum menerima kad lagi.Saya ada mendaftar semula di pusat jualan.Lepas tu menerima surat dari HQ menyatakan bahawa saya masih lagi menjadi ahli.Macam mana ni.harap balas melalui e-mail yang diberi.

  34. salam hpa

    Kenapa ada barang diberhentikan tetapi tidak di bagi tahu kepada egen pegedaran, contohnya seperti kambimg, perencah goring.

  35. nak tanye tau tak katne leh dapatkan produk bersalin mustika ratu di kota kinabalu?…minta bantuan sape2 yang tau alamat kedai yang menjual mustika ratu…tq…

  36. salam..saya merupakan ahli baru hpa…soalan sya bkenaan dgn lgo halal..kenapa terdpt brg hpa yg tdk menggunakn logo hlal jakim..boleh jelaskan..

  37. Saya sokong cadangan di atas supaya “botol-botol ubat herbal HPA yang kosong agar pihak HPA boleh mewujudkan pusat recycle seperti di cawangan agar botol-botol tadi boleh dikumpul untuk recycle. saya rasa ini akan banyak membantu pihak HPA untuk mengurangkan kos”
    Satu lg minta HPA kaji semula NIlai Mata(Contohnya Shark harganya agak mahal tp Nilai mata hanya 10pv….serta banyal lg barangan lain)supaya Nilai Mata bersesuaian dengan harga.Terima kasih…

  38. salam…sy ingin mengetahui senarai terbaru produk & nilai mata bg semua produk keluaran HPA.Ini pentimg bg sy untuk mengetahui secara jelas kerana sy terlibat dlm pengurusan stok bg sebuah pusat jualan di kelantan. Terima kasih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge