Promosi Bulan Ini

.: Sila klik mana-mana gambar berikut untuk besarkan :.

hpa-news-mac-07.jpg muka-belakang-hpa-news-mac-07.jpg

  • Majalah HPA News Keluaran Bulan Mac 2007 kini sudah boleh didapati di Cawangan dan Pusat Agensi HPA Seluruh Malaysia. RM 3 sahaja.

intensif_konvek.jpg

  • Insentif untuk Konvek HPA 2007 yang dijangka berlangsung pada bulan November 2007 di PICC Putrajaya

bukuhalaldepn.jpg

  • Buku HALAL & HARAM -Sebuah buku terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) (226 mukasurat)- Harga RM 20

Syor daripada Mufti Negeri Perak

“Kehidupan umat islam masa kini semakin tercabar. Secara tidak sedar, perkara makanan untuk keperluan harian banyak mempengaruhi budaya hidup umat islam masa kini. Bagi orang islam, sebarang isu berkaitan dengan persoalan halal dan haram perlu diberi perhatian serius.

Saya menganjurkan supaya buku ini dibaca dan dikaji oleh setiap lapisan masyarakat. Buku ini akan menghilangkan sebarang keraguan yang timbul dalam minda masyarakat islam kerana ia dijelaskan secara saintifik.”

Dato Seri Dr Haji Harussani Haji Zakaria
Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Nota: Dapatkan segera melalui saya. Hubungi 019-3093956.

  • Buku Panduan Intibah Siri Ibuku-intibah-1.jpg

Dengan terbitnya buku ini, diharap dapat membantu para pengedar HPA khususnya, serta para herbalis umumnya, dalam usaha untuk mengenal dan memahami selok-belok Perubatan Jawi yang telah diasaskan oleh pengasas HPA iaitu Tn Haji Ismail Haji Ahmad.

Kandungan Buku Panduan Intibah Siri I:

  1. Kitab Perubatan Jawi
    Konsep Perubatan Jawi, herbalis dan penjelasan tentang penyakit dan penggunaan herba.
  2. Perawatan Sumber Ilahiah
    Prinsip-prinsip perubatan dalam Islam dan pendekatan Rasulullah SAW dalam perubatan.
  3. Semua Bermula di sini (Detoksifikasi)
    Penerangan tentang kekuatan fitrah dalam tubuh manusia, toksemia dan detoksifikasi serta organ-orang tubuh yang perlu mendapat detoksifikasi.
  4. Cleansing and Balancing
    Prinsip-prinsip perubatan alamiah dan cleansing and balancing.

stiker-kopi-radix.JPG

 

  • Sticker Pelekat Kereta Kopi Radix…Mai Secawan!!!……RM4

    stiker-hpa.JPG

     

    • Sticker Pelekat Kereta Logo HPA…….RM 1

    key-chain-hpa.JPG

    key-chain-radix.JPG

     

    • Key Chain HPA……RM 1

    hpa-news.JPG

    • Majalah HPA News Keluaran Bulan Disember 2006 boleh didapati di Cawangan dan Pusat Agensi HPA Seluruh Malaysia. RM 3 sahaja.

    kalendar-kopi-radix.JPG poster-kopi-radix.JPG

     

    • Kalendar dan poster Kopi Radix…Mai Secawan!

    Popularity: 17% [?]

    Artikel-Isu Semasa

    Perubatan herba-diintai dunia barat ketika kian dilupai di timur

    Oleh Rahayu Mohd Salleh
    ayu@hmetro.com.my

    APABILA dunia Barat mula beralih kepada penggunaan herba untuk melengkapi dunia perubatan moden, masyarakat rantau ini mungkin kurang menyedari keistimewaan herba berkenaan yang tumbuh melata di depan mata sendiri.

    Tidak hairan jika tulisan HM Burkill mengenai 1,000 spesies herba di Semenanjung Malaysia (ketika itu Malaya) pada awal abad ke-20, dijadikan rujukan pelbagai pihak dalam dan luar negara. Malah, tulisan awal mengenai herba itu dikatakan masih menjadi sebahagian rujukan penyelidik masa kini.
    Di sebalik dedaun comel menghijau di laman rumah, tumbuhan seperti pegaga mempunyai pelbagai keunikan untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk di kalangan kanak-kanak kurang upaya.

    Profesor di Fakulti Sains dan Teknologi Pemakanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed menyifatkan tumbuhan herba yang lazimnya dijadikan ulam-ulaman itu membantu meningkatkan keupayaan dari segi pengawalan saraf di kalangan kanak-kanak terbabit.

    “Ini kerana pegaga mempunyai kesan pelalian pada saraf. Bagi mereka yang mahu meningkatkan daya ingatan, pegaga antara pilihan herba yang baik berdasarkan hasil kajian dijalankan UPM kira-kira dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui di universiti berkenaan baru-baru ini.

    Kajian di kalangan lelaki dan wanita lingkungan usia 35 hingga 55 tahun itu mendapati pegaga bukan saja berupaya meningkatkan ingatan malah mengurangkan paras glukos dan kolesterol. Bagi lelaki pula, Prof Suhaila mengakui ia didapati dapat meningkatkan tenaga seksual.

    Di pelosok dunia lain, penggunaan pegaga atau secara saintifiknya dikenali sebagai centella asiatica turut tersenarai dalam dunia perubatan herba ayurveda dan tradisional Cina. Perubatan ayurveda menyifatkan tumbuhan herba ini sebagai tonik otak, antara lain bagi membantu meningkatkan daya ingatan, usia panjang dan mengekalkan keremajaan.

    Dalam perubatan berkenaan, seluruh bahagian pegaga dianggap sesuai untuk membantu meningkatkan daya ingatan. Di kalangan masyarakat India, tumbuhan berkenaan dipercayai membantu mengatasi pelbagai masalah lain seperti sakit kepala, sakit badan, asma, ulser serta menyembuhkan luka.

    Perubatan tradisional Cina pula memanfaatkan pegaga untuk membantu mengatasi masalah keletihan secara fizikal dan mental. Dalam pelbagai kajian lain, pegaga memiliki pelbagai kegunaan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk pembentukan kolagen, membolehkan seseorang tidur lebih lena, merangsang selera makan serta membantu dari segi rawatan pernafasan, reproduktif, saraf, antiradang dan meningkatkan pengaliran darah.

    “Dalam penyelidikan yang menggunakan tikus sebagai sampel, didapati tikus yang diberi makan pegaga lebih aktif dan tubuh haiwan itu kurang lemak manakala organ dalaman tikus itu juga lebih sihat berbanding tikus yang tak diberi makan pegaga,” katanya sambil menambah, jenis pegaga yang agak popular seperti pegaga gajah dan pegaga kampung dikategorikan di bawah spesies centella asiatica.

    Pegaga yang turut dikomersialkan masa kini antaranya dalam bentuk sabun namun menurut Prof Suhaila, ia boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk barangan lain termasuk barangan kosmetik memandangkan keupayaan pegaga serupa seperti vitamin C.

    “Lebih elok jika mengambil pegaga mentah atau segar tetapi lantaran kesuntukan waktu kini, tak salah jika ia dikomersialkan kerana penggunaannya mungkin lebih mudah. Tidak hanya pegaga, pelbagai tumbuhan tempatan memiliki banyak khasiat dari sudut kesihatan seperti kunyit, sirih dan mengkudu,” katanya yang bakal memperkatakan kelebihan rumpai laut dalam Persidangan Perubatan Tradisional Asia dan Kesihatan Wanita pada 28 hingga 30 Julai ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

    Ketua Pengarang Journal of Tropical Medicinal Plants, Prof A N Rao, mengakui perubatan tradisional berasaskan tumbuhan herba mampu melengkapi dunia perubatan moden kini.

    “Gabungan rawatan moden dan tradisional tentunya menghasilkan penemuan yang cukup baik dalam bidang kesihatan. Justeru, tidak hairan jika masyarakat di Barat kini lebih cenderung kepada perubatan tradisional malah mereka turut memanfaatkan penggunaan herba secara lebih baik dan meluas berbanding masyarakat Timur sendiri.

    “Sayang sekali masyarakat di negara membangun sering bergantung kepada sistem perubatan Barat termasuk penggunaan perubatan herba. Keadaan ini mesti diubah. Kita yang seharusnya berusaha membuktikan keupayaan perubatan tradisional ini dari pelbagai segi seperti mutu dan piawaiannya,” katanya.

    Menurutnya, dunia perubatan herba bermula sekitar 6,000 hingga 7,000 tahun lalu meliputi beberapa negara seperti China, India, Jepun dan Korea yang memiliki herba istimewa masing-masing. Perubatan Barat yang berasaskan sistem perubatan Yunani bermula sekitar 2,000 tahun lalu yang menumpukan kaedah merawat penyakit demi penyakit.

    “Ini berbeza dengan sistem perubatan tradisional Asia yang merawat seluruh tubuh dan bukannya rawatan berdasarkan sesuatu penyakit. Meskipun rawatan herba ini mengambil masa yang lebih lama, kesan sampingannya kurang malah tidak meninggalkan sebarang sisa berbanding ubat-ubatan moden,” katanya.

    Prof Rao yang bakal menyertai persidangan berkenaan turut memperakui khasiat pegaga di samping beberapa herba lain seperti kacip fatimah dan misai kucing yang popular di kalangan masyarakat kini.

    Sumber: Harian Metro

    Ulasan: HPA memperkenalkan konsep Perubatan JAWI bagi orang Melayu. Ramai orang menganggap bahawa orang Melayu hanya mempunyai dukun, bomoh dan pawang sahaja. HPA telah mengambil langkah mewujudkan perubatan ini untuk membuktikan bahawa anggapan mereka adalah salah. Pokok Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan lain-lain herba semuanya warisan peninggalan nenek moyang orang Melayu. HPA juga bukan hanya mengeluarkan produk-produk herba, malah turut memberi bimbingan untuk mendalami ilmu diagnosis penyakit dan perawatan seperti bekam, akupunktur dan lain-lain.

    Popularity: 24% [?]

    Biskut Radix

    biskut-radix-baru.jpg

    Diadun bersama tepung gandum, lelemak sayuran, gula, marjerin dan tepung jagung. Sesuai dibawa bersendirian atau bersama keluarga dimana dan pada bila-bila masa. Radix Cookies seberat 210 gram ini dibungkus dan terdapat di dalamnya dua keping dalam setiap balutan amat sesuai dibawa ke mana jua terutama bagi perjalanan jauh tanpa perlu risau ianya mudah rosak atau tercemar. Sangat sesuai bagi seisi keluarga dan boleh dimakan bersama Kopi Radix.

    Biskut Radix ini diadun bersama tujuh jenis herba seperti yang terdapat di dalam Kopi Radix iaitu Tongkat Ali, Teja Lawang, Tebu Gajah, Mata Pelanduk, Mengkudu Hutan, Larak Hutan dan Halban. Ia menjadikan Biskut Radix bukan sekadar biskut biasa untuk mengalas perut, tetapi turut menjaga kesihatan.

    Sinergikan Radix Cookies dengan Kopi Radix, ia akan memberikan kesan berikut:

    • Makanan terbaik bagi orang yang sihat
    • Makanan pilihan bagi orang yang sakit
    • Baik untuk pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan
    • Kecergasan untuk anak-anak dan menguatkan otot
    • Pemberi tenaga segera
    • Baik untuk ibu lepas bersalin

    Harga Pengguna
    Semenanjung Malaysia: RM 5.50
    Sabah & Sarawak: RM 6.50

    Harga Pengedar HPA
    Semenanjung Malaysia: RM 4.50
    Sabah & Sarawak: RM 5.50

    Nilai Mata (NM): 2

    Berat: 210 gram

    Popularity: 27% [?]

    Syampu Betik

    syampu-betik.jpg

    Kandungan Utama:
    Protein Soya
    Ekstrak Betik

    Syampu penjagaan kulit kepala dengan pH seimbang yang diperkayakan dengan ekstrak betik dan protein soya menjadikan rambut anda lembut dan licin. Protein soya membekalkan nutrien yang diperlukan oleh rambut untuk menguatkan akar rambut dan sekaligus mengurangkan rambut gugur. Ekstrak betik pula mengandungi enzim yang dapat merawat tekstur kulit kelapa dan mengurangkan kelumumur. Dengan pelindung UV untuk melindungi kulit kepala dan rambut anda dari kerosakan akibat pancaran matahari. Sesuai untuk semua jenis rambut.

    Penggunaan syampu secara berterusan menjadikan rambut anda:

    • Lembut dan bermaya
    • Lebih hitam dan bersinar
    • Lebih mudah diurus

    Penggunaan:
    Tekan sedikit pada tapak tangan dan oleskan pada rambut, biarkan sehingga 5 minit dan kemudian dibilas.

    “Menjadikan rambut anda lebih hitam, sihat dan bermaya”

    Kandungan: 210 ml

    Harga Pengguna
    Semenanjung Malaysia: RM 18
    Sabah & Sarawak: RM 22

    Harga Pengedar HPA
    Semenanjung Malaysia: RM 15
    Sabah & Sarawak: RM 18

    Nilai Mata (NM): 5

    Popularity: 19% [?]

    Tawaran Skim Pinjaman Prosper Siswazah

    1. Tawaran Skim Pinjaman Prosper Siswazah Sebanyak RM 10,000 Tanpa Faedah -Hasil Kerjasama HPA dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Dengan syarat, pinjaman itu digunakan untuk perniagaan yang relevan dengan HPA sahaja. Terbuka kepada semua ahli HPA, minimum kelayakan: sijil, berumur 35 tahun ke bawah dan perlu mengusahakan perniagaan ini secara sepenuh masa. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

    Popularity: 7% [?]

    Artikel Kesihatan: Fibroid, risiko tetap ada

    Fibroid, risiko tetap ada

    AINA membaca buku sambil meniarap, tetapi cepat-cepat bingkas bangun semula. Eisy… sakitnya perut, kenapa ya, bisik hatinya. Lantas dia melihat dirinya di cermin. Tiada banyak bezanya, cuma perutnya agak buncit sedikit.Malah, ramai kawannya menyangka dia mengandung. Tetapi dia tersenyum sendiri. Mana mungkin. Haidnya datang begitu banyak sekali sampai berbungkus-bungkus tuala digunakan. Pasti tidak hamil!

    Kawan-kawan mengesyorkannya berjumpa doktor, malu juga sebab sudah berusia, haid macam orang muda malah lebih daripada itu lagi. Bila berjumpa doktor, Aina disahkan mempunyai fibroid yang perlu dikeluarkan secepat mungkin.

    Fibroid bagaikan sudah menjadi lumrah bagi wanita, biarpun tidak berbahaya namun risikonya tetap ada. Bunyi lucu tetapi serius. Kata-kata yang dihamburkan doktor pakar membuat sesiapa sahaja yang mendengarnya tersenyum.

    Apa tidaknya, menurut beliau, andai bedah siasat dilakukan ke atas wanita-wanita yang sudah meninggal dunia, lebih 20 peratus daripada mayat-mayat itu didapati mempunyai ketumbuhan fibroid.

    Maknanya, fibroid adalah sesuatu yang biasa bagi wanita dan ia tidak berbahaya biarpun mendatangkan ketidakselesaan kepada wanita yang mengalaminya.

    Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Salleh Mohd. Yatim memberitahu, justeru wanita tidak perlu bimbang kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka.

    “Bagaimanapun apabila ia memberi masalah, mereka perlu berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya,” ujarnya.

    Menurutnya, ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid di dalam rahim atau ovari kerana tumor itu lazimnya tidak membesar sebaliknya mengecut apabila wanita itu mencapai usia menopaus.

    Beliau bagaimanapun mengingatkan, terdapat kes-kes ketumbuhan fibroid yang memudaratkan apabila tumbesarannya berlaku dengan begitu pantas. Dari sekelumit kutil ia boleh membesar sehingga 50 paun dan rekod fibroid terbesar dikeluarkan di dunia adalah 140 paun!

    Dr. Salleh berkata, ini menyebabkan ramai pesakit tidak menyedari mereka mempunyai ketumbuhan dalam rahim, kerana kebanyakan fibroid hampir sifar simptom.

    Tambahnya, jika fibroid begitu cepat membesar dan boleh menghinggap atau melekat pada organ-organ lain, ketika itulah ia mengundang kemudaratan. Ia turut membawa kesengsaraan lain bagi pesakit.

    * Apa itu fibroid?

    Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.

    Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.

    Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.

    Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.

    Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.

    Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.

    * Tidak pernah mengandung

    Dr. Salleh berkata, lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk, berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid.

    “Bagaimanapun tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat fibroid. Hanya sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami simptom-simptom.

    “Ini termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,” jelas beliau.

    Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin.

    Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.

    * Diagnosis

    Lazimnya, diagnosis dilakukan dengan mengambil kira sejarah simptom-simptom seperti yang dijelaskan di atas, atau secara kebetulan apabila pesakit menjalani pemeriksaan faraj yang berkala seperti ujian pap smear.

    “Bagi sesetengah wanita yang menjalani pemeriksaan kemandulan, fibroid boleh dilihat sewaktu menjalani imbasan ultrasound.

    “Imbasan ultrasound adalah sangat penting memandangkan ia juga boleh membezakan di antara sis dan lain-lain tumor pelvik,” kata Dr. Salleh.

    Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di mana magnet-magnet berkuasa tinggi digunakan untuk melihat struktur tisu-tisu juga berguna walaupun ia adalah mahal.

    Ia bermanfaat bagi membezakan di antara fibroid dengan adenomiosis iaitu satu keadaan yang berkaitan dengan endometriosis dan agak sukar untuk dirawat.

    Katanya: “Malah, ada yang datang berjumpa doktor setelah mendapati abdomen mereka semakin lama semakin membesar seperti mengandung. Selepas pemeriksaan dilakukan barulah diketahui wanita ini mengalami fibroid.”

    * Jenis-jenis fibroid

    Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.

    - Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.

    - Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.

    - Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.

    - Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

    - Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.

    - Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.

    - Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.

    * Waktu sesuai merawat fibroid

    “Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.

    “Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,” kata Dr. Salleh.

    Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.

    Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.

    Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.

    Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.

    Dr. Salleh menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.

    Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.

    “Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,” ujarnya lagi.

    * Rawatan fibroid

    Rawatan fibroid bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid itu.

    - Rawatan hormon; terapi hormon sangat berguna kepada wanita yang hampir menopaus dan bercadang untuk mengelak pembedahan. Bagaimanapun terapi ini tidak banyak memberi manfaat kepada wanita yang bercadang untuk hamil.

    - Reseksi histeroskopi; lazimnya dilakukan ke atas fibroid submukus asalkan fibroid itu berukuran kurang daripada l0 sentimeter garis pusat. Beberapa proses dilakukan sebelum pembedahan dapat dilakukan.

    Pembedahan membuang fibroid ini menggunakan sejenis alat berupa wayar khas bersama histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal rahim.

    - Pembedahan laparoskopi atau miomektomi laparoskopi pula adalah pembedahan bagi mengeluarkan fibroid.

    Intramural dan subserous boleh dikeluarkan melalui pembedahan ini melalui dua insisi/pemotongan 10 milimeter panjang, satu di bahagian pusat dan satu lagi di garisan abdomen.

    Hanya segelintir sahaja pakar yang mengambil pilihan ini kerana ia mengambil masa yang lama dan cukup mencabar.

    - Miomektomi terbuka, pembedahan konvensional yang dilakukan melalui insisi di bahagian bawah, memanjang atau menegak di bahagian garisan bikini (antara ari-ari dan abdomen). Otot-otot uterus dibedah dan fibroid dikeluarkan.

    Doktor biasanya akan mengesyorkan wanita yang hamil selepas pembedahan ini untuk menjalani pembedahan Caesarean apabila sampai masanya untuk bersalin.

    - Histerektomi bergantung kepada usia, bilangan anak, masalah kesihatan wanita serta lain-lain faktor.

    Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mempunyai haid lagi kerana rahimnya sudah dikeluarkan sekali bersama fibroid.

    * Nasihat pakar

    Dr. Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.

    Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.

    Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.

    Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya.

    Popularity: 22% [?]

    Komen & Pertanyaan

    Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada anda sama ada mengenai web ini atau tentang produk HPA, perniagaan HPA, Perkongsian Bijak dan sebagainya. Anda juga boleh berkongsi pengalaman anda menggunakan produk HPA diruangan ini. Jika ada sebarang pertanyaan, sila emel muhamadredza@yahoo.com . Komen anda amat-amatlah saya hargai. Terima kasih.

    Nota: Klik perkataan ‘Comments’ di bawah jika ruangan komen tidak muncul. Sila beri alamat emel anda yang sebenar untuk memudahkan urusan selanjutnya. Komen anda akan ditapis terlebih dahulu sebelum dipaparkan dalam web ini.

    Popularity: 58% [?]