
Produk ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba yang mempunyai ciri pahit ini mengandungi antioksidan (sejenis ester gluko peiranosil) yang amat baik untuk merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak). Teh Herba juga mujarab untuk batuk, radang usus serta mengandungi anti oksidan yang tinggi.
Kelebihan Teh Herba:-
1. Mengurangi kadar lemak setelah mengambil secara berterusan selama 2 minggu. Badan akan terasa ringan dan segar.
3. Mengatasi masalah sembelit dan angin.
4. Melancarkan pembuangan air besar dan membantu mengeluarkan toksid akibat sembelit.
5. Menurunkan kadar asid urik yang berlebihan akibat penyakit kulit.
6. Menghilangkan sakit kepala akibat migrain.
7. Menghaluskan kulit dan mengatasi masalah penyakit kulit
8. Menguatkan imunisasi bagi mencegah penyakit.
9. Menguatkan sel otak dan baik untuk minda.
10. Sangat baik untuk wanita yang mengandung dan setelah melahirkan anak.
11. Menurunkan kadar glukosa dan menyembuhkan gengren.
12. Mencegah masalah kardiovaskular.
13. Baik untuk wanita yang menopouse dan osteoporosis.
Komposisi (35 uncang per kotak) :
Hydrocotyle Asiatica
Dos :
Minum sekurang-kurang 1 uncang setiap hari dan masukkan ke dalam air panas (60 darjah celcius). 1 uncang boleh menghasilkan 3 gelas. Jangan gunakan air mendidih kerana ini akan memusnahkan klorofil. Amat berkhasiat jika dicampur dengan Madu Asli.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 20
Nilai Mata (NM): 7

Senarai Produk HPA | Cara Sertai Ahli HPA | Senarai Cawangan HPA










![Validate my RSS feed [Valid RSS]](http://feedvalidator.org/images/valid-rss-rogers.png)


apakah yg dimaksudkan dgn kardiovaskular.
adakah teh herba sangat baik untuk wanita yang mengandung?
kardiovaskular tu berkaitan dengan jantung and saluran darah ke jantung.kalau saluran darah ke jantung tu lancar, oksigen yg cukup dapat dibekalkan ke jantung, so, ini boleh mencegah berlakunye sakit jantung n serangan jantung
Pn Aida, sistem kardiovaskular adalah nama umum yang merujuk kepada beberapa keadaan membabitkan jantung dan saluran darah. Sebarang penyakit yang menyebabkan jantung atau saluran darah gagal berfungsi dengan baik dipanggil penyakit kardivaskular.
Teh Herba memang baik utk wanita hamil kerana mengandungi pegaga yang berkhasiat untuk meningkatkan kecerdasan otak bayi yang dikandung.
bolehkah teh herba digunakan untuk kurus
Piko, Teh Herba mempunyai khasiat yg baik utk mengurangi kadar lemak dlm badan justeru membantu mengurangkan berat badan. Tetapi, dicadangkan agar anda mengamalkan Teh Asiatica Plus dan Stoma K utk memperoleh kesan yg lebih baik bagi tujuan melangsingkan badan.
adakah teh ni baik untuk pesakit gout?
Hasmazana, Teh Herba memang baik utk pesakit ghout. Tetapi dicadangkan agar anda mengamalkan Teh Asiatica Plus, Malac, Ardisia dan Kopi Radix utk kesan yg lebih baik. Anda juga digalakkan utk berbekam bagi mengatasi masalah ghout tersebut.
askum…saya nk bertanya bolehkah teh herba diminum pada waktu pg dan teh asiatica plus diminum pada waktu malam…sebab sebelum nie ada pertanyaan dr ahli..dia kata sblm nie dia amalkan teh herba utk menguruskan badan tp pada masa yg sama dia selalu mengalami mslh seperti kerap batuk2…jd apbl dia amalkn teh herba mslh batuk2 hilang…dan skrg dia amalkn meminum teh asiatica plus shj utk menguruskn bdn…mslsh batuk2 kembali..disini persoalanya adkah blh dia minum seperti dinyatakan diatas??sekian trima ksih…
maksud sy yg dinyatakan diatas itu adalah:bolehkah teh herba diminum pada waktu pg dan teh asiatica plus diminum pada waktu malam
Wslm En Janq, utk kes saudara, adalah dicadangkan agar minum salah satu produk sahaja dalam 1 hari.
Secara umumnya utk batuk, minum Teh Herba dan Kordial Pegaga. Utk kes-kes tertentu seperti:-jika batuk selalu berlaku pada waktu malam, kemungkinan paru-paru sejuk, kena amalkan madu asli,perah limau nipis dan campur dlm air. Jika batuk selalu berlaku pada waktu siang, kemungkinan paru-paru panas, kena amalkan teh herba dan roselle, kurangkan Kopi Radix dan makanan berserbuk.
a’kum. saya nak tahu,adakah teh herba dapat merawat penyakit kuning bayi?..
Salam Vira, Teh Herba ini memang boleh diberi minum kepada bayi yg menghidap penyakit kuning. Selain itu, gunakan sabun susu kambing HPA semasa memandikan bayi. terima kasih.
Suami saya mempunyai kaki yg menggelupas, gatal2 dicelah2 jari serta tapak kaki yg kemerah-merahan.. bagaimanakah caranya untuk saya menggunakan hampas teh bg merawat kaki suami saya?
Selain daripada itu apakah kegunaan hampas teh tersebut?
Salam Pn Mastura, hampas teh herba hendaklah disapu secara berulangkali pada bahagian berkenaan. Dalam masa yg sekejap sahaja, rasa gatal akan hilang. InsyaAllah. Selain itu, disarankan agar menyapu dgn Tea Tree Oil Cream setiap hari sehingga masalah kulit tersebut beransur baik. Hampas Teh Herba juga boleh digunakan oleh pesakit buasir utk disapu pada anus yg terkeluar utk hilangkan kegatalan. Wassalam.
A’kum, teh herba ini adakah yang sama terdapat dalam set bersalin HPA?
Salam Awin, teh herba juga ada terdpt di dalam set bersalin HPA (btk uncang).
salam..
adakah teh ini sesuai diminum untuk mengurangkan kolestrol dalam darah? selepas berapa lama ianya menampakkan kesan?
Salam Anom, saya mecadangkan anda agar mengambil Teh Asiatica Plus dan Omega 3 Softgel utk mengurangkan kadar kolestrol. Kesannya bergtg kepada cara pengamalan dan tahap masalah yg dihadapi. Amalkan secara berterusan. InsyaAllah berkesan.
slm…kalau untuk kencing manis n darah tgi kena minum teh tu dua jenis sekali ke?
Salam Natalia, minum salah satu atau kedua-duanya pun tak apa. Tiada masalah. Lagi baik amik bersama vco softgel, malac, plantisol.
KENCING MANIS : ubat doktor macam mana ,boleh diamalkan serentak ke?
Salam Shafawi, saya cdgkan anda mengamalkan Plantisol (2×2), Teh Herba dan VCO softgel (2×2). Anda perlu jarakkan masa selama 3 jam antara pengambilan herba HPA dan ubat klinik (kimia). Wassalam.
salam
saya cari jus pegaga tapi xjumpa…
cuma jumpa teh herba pegaga ni…
tujuan saya adalah untuk membanyakkan susu badan
adakah teh herba pegaga ini boleh banyakkan susu badan?
atau boleh cadangkan jus pegaga kalau ada atau produk lain?
terima kasih
Salam lia, lihat produk kordial pegaga (asiatica). utk bykkan susu ibu, amalkan spirumadu, kopi radix dan kordial pegaga.
Salam…
boleh ke teh herba ni dimakan bersama coscinium plus? camne tu?
setiap pagi saya akan mengeluarkan kahak & higus yang banyak.boleh recommend product HPA yg sesuai dengan saye.buat masa ini saya mengamalkan minum kopi pracampuaran radix setiap pagi, teh asiatica diwaktu lunch & tea time.disamping mengambil stoma-k & pelawas untuk mengempiskan perut & mengambil kapsul roselle sebelum tido
salam..sy ingin bertanya dan harap ada yg sudi membantu..
1)Ayah saya mengalami masalah gout dan berlebihan berat badan (perut boroi)..mcm mana nk mengubatinya?
2)Mak pula ada penyakit darah tinggi dan selalu lenguh2 badan..
3)Product ape yg sesuai utk situasi mak dan ayah saya serta bagaimana nk dapatkan product ni sekitar keramat,KL ataupun Nilai, N.9.
Terima kasih.
sy nk tnye adakah teh yg boleh kuruskan badan????????? bgtau sy…..
salam..saya ada order teh herba pegaga..nak tanya perbezaan teh herba pegaga dan teh herba centella asiatica segera coz bila lihat dlm laman web duniaherbahpa nama, packaging dan jumlah paket pun lain, mnta penjelasan.
Salam.
sy ade mmbeli teh herba n kordial pegaga untuk mnghilangkan batuk. sy nk tahu lebih lanjut cara2 nk mnegamalkan 2 produk tersebut untuk hasil yang lebih berkesan.mohon penerangan hpa.t.kasih.
salam,
boleh tak upload HD pic.
tq Mie
saya dah guna produk ni…mmg bagus….masalah kaum wanita pon ilang
Salam,
Dari pengalaman saya, saya telah mencuba memandikan bayi saya yg baru lahir dengan teh herba HPA selama 7 hari untuk mengelakkan daripada demam kuning. Alhamdulillah….ia berkesan
Saya mengalami masalah berlebihan berat badan (perut boroi)..mcm mana nk mengubatinya?
boleh tam minum teh herba sewaktu period
Salam Salina, boleh sahaja amalkan Teh Herba ketika period kerana pegaga juga amat bagus untuk wanita.
Salam Rumaizi,
“Saya mengalami masalah berlebihan berat badan (perut boroi)..mcm mana nk mengubatinya?”
Bolehlah mengamalkan sinergi di bawah jika mampu:
Stoma-k – 2×2
Pelawas – 2×2
Omega-3 – 2×2
Minyak But-but – sapu di mana yang buncit :).. tak kira lawan jam atau ikut arah jam.. terpulang
Sebagai tambahan amalkan sekali madu asli HPA di waktu sebelum sarapan apa2. Jaga makan anda terutama gula dan berlemak seperti nasi lemak tiap2 pagi.
SLM.. SY PERNAH AMBIL TEH HERBA NI MELALUI SET BERSALIN HPA. amat baik sekali. peluh keluar dgn byk. walhal kalo diikutkan sy seorg yg sgt sukar utk berpeluh. alhmdulillah, berat bdn sy dgn mudah turun, malah lebih langsing dr sebelum bersalin. susu bdn juga byk dan lancar. sy difahamkan, teh herba ini digalakkan di ambil sblm mengambil produk2 herba lain supaya toksin dlm bdn dibuang, maka herba lain yg di ambil kemudiannya akan berkesan.
salam..abah sy mengalami kencing manis level 12..
jd ubat yg mana satu sesuai coz sy lihat teh herba nie khasiatnyer tuk kencing manis..
tolong bg pendapat..tq..
salam,
Saya ibu yang menyusukan anak. Doktor menasihati saya supaya menjauhi kopi dan teh kerana ianya mengandungi kafein dimana akan menyebabkan anak menjadi hiperaktif. Saya inginkan kepastian, adakah teh herba ini selamat diminum oleh saya dan tidak mendatangkan apa2 kesan negatif pada bayi?
salam,
adakah teh herba sesuai untuk mengatasi jangkitan fungus dan gatal-gatal kulit?
salam….saya berumur 43thn baru dapat tahu ada tanda2 darah tinggi 90/130 serta tahap kolestrol yang tinggi(lupa dah brapa bacaannya),apakah saranan bagi masaalah yang saya hadapi ini iaitu cara2 utk mangatasinya?
salam…boleh ke teh ni tambah susu ibu?