Shark Cartilage Plus

shark2.jpgProduk yang menggunakan rawan dari ikan yu ini telah terbukti untuk mengubati pelbagai jenis kronik.

Pengamal Shark Cartilage Plus ini akan mendapati berlaku keadaan dimana tubuh badan mereka menjadi lemah dan cirit-birit setelah mengamalkannya beberapa hari. Ini merupakan satu keadaan biasa dan menunjukkan berlakunya DOC (Direction of Cure) dan teruskan penggunaannya tanpa keraguan.

Keterangan lanjut produk ini tidak dapat dipaparkan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dinyatakan. Sila lawati laman web rasmi HPA untuk maklumat lain.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Rawan Ikan Jerung 2. Herba terpilih.

Dos :
Bergantung kepada kadar berat badan.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 70
Sabah & Sarawak: RM 78

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 56
Sabah & Sarawak: RM 64

Nilai Mata (NM): 10

Artikel Berkaitan Shark Cartilage Tulisan Tn Haji Ismail,  Pengarah Urusan HPA

Shark cartilage sebagai penawar keracunan

Ada satu lagi kegunaan shark cartilage dalam perubatan Jawi ialah sebagai penawar keracunan terutamanya bila berlaku keracunan sesuatu makanan. Keracunan makanan akan menyebabkan cirit birit dan muntah yang kadangkala mengeluarkan darah yang banyak.

Kaedah rawatanya ialah dengan membuka 2 kapsul shark dan dibancuhkan kedalam air suam dan kemudian meminumnya. Kaedah ini sering digunakan oleh masyarakat dahulu apabila berlaku keracunan makanan seperti tembikai dengan coca cola,mabuk tapai,kopi dengan durian dan lain lain lagi. Ambil 3 kali sehari hingga sembuh. InsyaAllah.

Sakit Sendi

Shark cartilage plus adalah herba ubatan yang sangat baik untuk sakit-sakit sendi atau sakit seluruh badan. Jika terasa bisa-bisa badan ,makan 3 kapsul sebelum tidur dan pada waktu pagi pula ambil grapeseed (3 kapsul) dan minyak zaitun softgel (3 kapsul).

Kaedah pengubatan ini digunakan apabila pengambilan ardisia atau perubatan lain tidak berkesan. Badan akan terasa ringan dan sakit sakit seluruh badan akan hilang. InsyaAllah.

62 thoughts on “Shark Cartilage Plus”

  1. assalammualaikum kepada yang berkenaan, saya dayang dan berasal dari w.p labuan.. ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan herba shark cartilage plus,kalau boleh tolong email kepada saya risalah berkenaan ubat ini dan adakah ianya dapat di makan bersama ubat-ubat lain seperti gamat helin dan produk elken??

  2. Waalaikumussalam Pn Dayang, insyaAllah akan saya sertakan nanti risalah dan katalognya. Jika produk yg dinyatakan kandungannya herba, tidak menjadi masalah untuk diamalkan bersama. Cuma untuk ubat klinik (bersifat kimia) perlu dijarakkan selama 3 jam antara kedua-duanya (herba dan ubat klinik). Harap maklum.

  3. assalamualaikum…adakah produk shark cartilage plus ini dapat membantu pesakit yg menghidapi sakit kulit seperti kayap air, kayap api atau kayap ular…?

  4. Waalaikumussalam, En Al, cadangan produk HPA untuk masalah kayap:

    1. Omega 3 Softgel: makan 2 biji pagi 2 biji malam
    2. Teh Herba: minum 2, 3 kali sehari
    3. Tea Tree Oil Cream: utk disapu
    4. D’Det: makan 2 biji pagi 2 biji malam

    Makan 30 minit sebelum makan kecuali gastrik, makan lepas makan. Makanlah secara berterusan (konsisten) dan minum air perlu banyak, iaitu lebih 2.5 liter sehari (8-10 gelas).

  5. Assalamualiakum..Saya ingin mengetahui adakah herba shark cartilage plus mampu mengubati penyakit pembengkakan kelenjar batholin / (Cyst) tanpa perlu pesakit menjalani pembedahan kecil untuk membuang cyst berkenaan.

  6. assalamualaikum..
    saya menhidap penyakit eksema sebagaimana yang di beritahu oleh doktor di klinik berhampiran. Setelah mengunakan ubat-ubat yang di berikan namun penyakit ini tidak pulih sepenuhnya. Saya mohon puan dapat memberi sedikit keterangan tentang SHARK CARTILAGE PLUS. Terima kasih.

  7. Waalaikumussalam Mida, anda diminta menghubungi Herbalis HPA, Pn Habshah utk mendptkan maklumat lanjut berkenaan produk HPA yg sesuai utk masalah tersebut. No tel: 03-55105477.

    Waalaikumussalam Fairuz, cadangan kami utk masalah ekzema ialah produk Spirumadu dan Shark Cartilage Plus. Jarakkan masa selama 3 jam antara ubat klinik (jika ada mengambilnya) dan herba. Mulakan dgn dos yg rendah spt 1 sudu Spirumadu (digalakkan campur dgn air kosong) dan 2 biji Shark Cartilage. Banyakkan minum air kosong 8-10 gelas sehari. Selamat mengamalkannya. Wassalam.

  8. Salam Abdul Rani, anda boleh mengamalkan produk Shark Cartilage ini utk mengubati kanser hidung tersebut. Amalkan bersama Roselle dan Teh Herba utk mempercepatkan kesembuhan. Wassalam.

  9. A’kum, suami saya baru menjalani pembedahan mengeluarkan tumor di otak. Doktor mengesahkan suami saya menghidapi kanser otak. Bolehkah produk Shark Cartilage ini mengubati kanser otak? dan bolehkan ia digunakan bersama produk herba yang lain?

  10. Salam Eila, Shark Cartilage memang penawar utk masalah kanser. Ia bagus utk di amalkan bersama beberapa herba yg lain bg mempercepatkan kesembuhan. bagi kes suami puan, kami cadangkan agar puan rujuk terlebih dahulu kepada pihak HPA sebelum mengambil produk herba. No tel utk dihubungi: 04-9776805. Wassalam.

  11. Kakak saya ,mendapati ada tumor di otak dan sekarang mnjadi teruk dengan keluaran nana di telinga .Dapatkah ubat ini sembuh tumor ini?

  12. Salam Shamini, yg menyembuhkan penyakit adalah Allah Taala. Ubat hanyalah asbab shja. Tapi jika dilihat berdasarkan khasiat herba2 ini, mmg ia mampu mengubati penyakit yg berkaitan. Semuanya dgn izin Allah. Cdgn kami ialah agar mengambil Shark Cartilage, Kopi Radix, Herba Rebusan Fisalin B dan Omega 3 softgel.

    Salam Aisyahsofia, byk produk HPA bersifat mencegah kanser antaranya ialah Roselle, Omega 3, Spirulina, Shark Cartilage, Kopi radix. Anda boleh mengamalkan mana2 produk bergtg kpd masalah kesihaatan tubuh bdn anda.

  13. Assalamualaikum,
    Betulkah ikan yu/ jerung/shark haram dimakan? Cikgu saya yg ajar dulu. Kalau ikut logik pun ya juga sebab ikan jerung adalah scavenger yg makan bangkai ataupun ikan yg lemah/ sakit. Sebab itulah ikan jerung attack manusia secara tak sengaja kerana manusia dalam air jika berenang nampak macam ikan yg ‘lemas’.

    Walaupun kajian barat mendapati shark cartilage mempunyai banyak khasiat, adakah kita tahu semua keburukannya. Macam benda lain yg haram juga, tak bermakna buruk semuanya semata2, walaupun ada kebaikan tetapi lebih banyak keburukan.
    Sekadar bertanya dan ingin berkongsi ilmu.
    Allahu A’lam

  14. salam,saya nk bertanya untuk pesakit kanser payudara,,sesuai tak,,kalo produk ni maka bersama dengan ubat homeopati,,madu khaula,,dan jus intra..untuk pesakit yang berumur 70 an…apa kesan sampingan apabila makan bersama-sama..sekian..thx!

  15. Salam Asrol, saya berikan petua Tn Hj Ismail berkaitan masalah hati:

    Jika anda merasakan perubahan pada rambut,mual,pening dan keletihan yang sangat,besar kemungkinan anda menghadapi masalah pada hati.Satu lagi petunjuk ialah keinginan untuk makan sesuatu yang manis.
    Keadaan ini perlu diperbaiki supaya hati jangan terus menjadi rosak dengan beberapa kaedah pemakanan herba yang berkesan iaitu:-

    1. Minyak zaitun (cairan/soft gel) – 3 x 3 ( gunakan 3 sudu besar setiap kali pengambilanya)
    2. Spirulina – 3 x 3
    3. Omega 3 – 3 x 3
    4. Habatul saudak – 1 x 3 (mengandungi omega 6)
    5. Teh herba / kunyit + temu lawak – 1 paket pagi/1 peket malam.

    Kurangi lemak haiwan,nasi lemak dan minyak termasuk mentega.

    InsyaAllah hati akan boleh dipulihkan segera.Amin.

    http://jawimedherb.blogspot.com/2008/06/masalah-pada-hati.html

  16. Salam Ina, utk fibroid, anda boleh amalkan:

    1. roselle kapsul atau d’deu
    2. herba rebusan fisalin atau mikrolenin
    3. omega 3 softgel
    4. spirulina

    ini pula petikan artikel Tn Hj Ismail ttg fiborid:

    Ubat fibroid
    Perubatan jawi mempunyai pengalaman yang sangat berharga untuk perawatan fibroid.Daripada beberapa sampel yang dijadikan “kajian kes”menunjukan fibroid dapat diubati dengan bagitu cepat.Herba yang digunakan ialah terdiri daripada:-

    1. Pokok Bonghai -Thai (sejenis ubi kayu yang tumbuh di bukit) (100 gm)
    2. Pokok Tong Plin -Thai (halban akar) ……(100 gm)
    3. Pokok larak pisang …….(50 gm)

    Dijadikan ubat periuk rebusan(mendidih-45 minit) diambil 5 kali sehari(secawan lompang).Ramuan ini telah berjaya mengelakan pesakit dari di bedah/operasi -ind.InsyaAllah.

    * nama dalam bahasa Thailand .

    http://jawimedherb.blogspot.com/2008/06/ubat-fibroid.html

  17. Assalamualaikum…

    saya nak tanya mengenai penyakit cover noma. pesakit mengalami masalah tak boleh berdiri kerana tak ada balancing, kalau berdiri perlu berpaut. tetapi pergerakan kaki tangan normal..dan puncanya dari urn tumor. saya harap tuan dapat memberi sedikit maklumat mengenai herba yang sesuai di makan oleh pesakit ini dan adakah ianya boleh sembuh.

    sekian, terima kasih.

    wassalam.

  18. Salam Ida, kami kurang pasti apa bentuk rawatan yg sesuai utk masalah yg anda utarakan kerana kami tidak ada pengalaman utk masalah sebegini. namun begitu, kami cadangkan agar anda berjumpa dengan herbalis HPA utk rawatan lanjut. Anda boleh rujuk di web ini http://hpa.com.my/jhs/ atau menghubungi mana2 cwgn HPA berdekatan dgn tmpt anda dan tanyakan herbalis HPA yg ada menyediakan khidmat perawatan.

  19. apakah produk HPA yg berkesan bagi merawat penyakit kulit spt. soraisis. mengikut perubatan moden penyakit ini terjadi disebabkan penggantian sel sel kulit terlalu cepat mengakibatkan berlaku ketidak-seimbangan sedangkan bagi org normal mengambil masa agak lama utk penggantian sel sel kulit. harap dpt membantu. terima kasih

  20. Salam Husri, kami kurang pasti apa bentuk rawatan yg sesuai utk masalah yg anda utarakan kerana kami tidak ada pengalaman utk masalah sebegini. namun begitu, kami cadangkan agar anda berjumpa dengan herbalis HPA utk rawatan lanjut. Anda boleh rujuk di web ini http://hpa.com.my/jhs/ atau menghubungi mana2 cwgn HPA berdekatan dgn tmpt anda dan tanyakan herbalis HPA yg ada menyediakan khidmat perawatan.

  21. salam…
    sy menghidapai psoriasis sejak di bangku sekolah..
    lebih kurang 20 thn lamanye…
    bermacam2 produk telah sy cuba untuk menghilangkan gejala psoriasis namun ia tetap berulang. adakal ia berulang lebih teruk dr sebelumnya…
    adakah ape2 produk yg berkesan yang boleh sy gunakan utk menghilangkanya dan adakah terdapat stokis di melaka??

  22. Salam… just nak tanya, sekiranya saya menghidapi barah otak yang sudah agak lama… lebih dari 10 tahun sejak di kesan… adakah jika diamalkan memakan Shark Cartilage dapat menyembuhkan nya..(insyaAllah)….
    pls advise……

  23. saya telah mengamalkan shark cartilage kerana mengalami ketumbuhan bukan kanser pada bahagian mata…selama 2 minggu mengamalkan nya, saya telah disahkan hamil, jadi saya pun berhenti dari mengambilnya, adakah ia memberi kesan negatif pada bayi dalam kandungan saya?

  24. ANAK SAYA MENGALAMI MASALAH JANTUNG BERLUBANG, ADAKAH MASALAH INI DAPAT DI ATASI DENGAN PENGGUNAAN HERBA2 DARI HPA INI, ADALAH DPAT SEMBUH SEMULA DENGAN CARA PEMAKANAN DARI PRODUK HPA, TOLONGLAH SAYA..

  25. Salam,

    Saya mengalami masalah bengkak di bawah ketiak…saya telah menjalani uijian darah bagi Cancer Marker Test tetapi resultnya negatif kanser tetapiade masa-masa tertentu ianya panad dan berdenyut dan membawa ke payu dara…saya sedang menggunakan herba dari doktor pakar herba cina…tetapi bengkak tersebut masih belum berkurangan…bolehkah saya mencuba Shark Cartlage Plus?

  26. saya telah mengamalkan shark cartilage kerana mengalami ketumbuhan bukan kanser pada bahagian mata…selama 2 minggu mengamalkan nya, saya telah disahkan hamil, jadi saya pun berhenti dari mengambilnya, adakah ia memberi kesan negatif pada bayi dalam kandungan saya?

  27. Salam,
    Saya disahkan menghidap “hiperprolactinaemia”. Ianya disebabkan oleh masalah pada kelenjar pituitari dan berkemungkinan terdapatnya tumor pituitari. Apakah herba yang dicadangkan untuk saya berikhtiar untuk mengubati masalah ini.

  28. Salam..
    Saya dengar makan ikan yu boleh membanyakkan susu badan Adakah pil shark cartilage ini boleh juga dimakan untuk menambahkan susu badan?

  29. Salam.. Ibu sya berusia 59 thn & telah menjalani pembedahan membuang ketulan keci di payu daranya pd 28/1/09 yg lalu & check up setiap bulan di hospital. Mengikut kata doc tiada apa2 masalah pd tempat pembedahan itu, tetapi ibu sya merasakan tidak selesa dan kini berasa gatal2 di situ.. Adakah gatal2 itu berlaku kerana tidak berpantang makan? Ibu sya juga kurang membuang air besar. Sya telah memberikan ibu sya pelawas, tuju angin, kopi radix & teh herba. Adakah produk yg sya berikan ini sesuai utk masalah ibu sya atau ada apa2 lg herba yg perlu seperti shark cartillage? terima kasih..

  30. saya menghadapi masalah rambut putih pra-matang. harap boleh nasihat herba apa yg sesuai untuk masalah rambut saya. saya jenis yang cepat berpeluh. adakah ini ada kena mengena dengan masalah rambut saya??

  31. salam..saya disahkan mempunyai tumor pituitari dan telah menjalani pembedahan pada 1999..sejak kebelakangan ini,tanda-tanda penyakit itu kembali seperti sakit kepala yang amat sangat,kekejangan otot, mata menjadi kabur, ketidakseimbangan badan, period yang tidak teratur dan banyak lagi..adakah mempunyai ubat herba yang boleh dicadangkan kepada saya untuk menangani penyakit saya ini?saya sudah banyak mengambil ubat-ubat hospital..saya takut dengan pengambilan ubat-ubat itu,ia akan memberi kesan kepada buah pinggang saya..saya amat mengharapkan nasihat daripada pihak dunia herb..

  32. salamun alaik.. sy ade terbaca di sebuah web mengatakan shark cartilage berupaya membantu bagi pesakit yg mengambil pil penenang…atau dengan kata lain iaitu pesakit jiwa..adakah ini benar?..dan bagaimana cara pengambilannya?

  33. Saya ada PCOS apa yang saya perlu makan,saya sekarang sedang makan shark cartilage, herba angin, paramaria, madu dan radix.. tapi haid saya masih belum datang

  34. saya menghadapi ketumbuhan dalam usus, tp stakat ini masih belum disahkn kanser. juga mempunyai sejarah kanser yg besar dlm keluarga (atuk, makcik2, mak abg – semuanya telah arwah). bagaimana cara perawatan yg dicadangkn? sbb doktor hendak operate bg elakkan kanser tsebut.

  35. sesiapa yang berjaya mengubati ekzema menggunakan produk ini sila beritahu saya
    kerana telah banyak produk yang saya gunakan
    kebanyakannya hampa…

  36. Salam,

    Nak tanya herba shark cartilage plus nie boleh untuk rawatan kaki patah ke? sebab tunang saya ada pergi tempat berubat nie dia yang suggest cari herba nie. Tulang kaki tunang saya nie sudah 1 thn tak baik-baik. Adakah herba ini dapat merawatnya?

  37. Herba bagi patah tulang. Radix kapsul 6 biji sehari, minyak but2 gosok sambil urut2 tulang yang patah , teh herba, minum airnya dan hampasnya tampal pada tulang yang patah, mega 3 kapsul atau shark, kalsiumnya tinggi, baik untuk kekuatan tulang.

  38. herba yang sesuai bagi mendapatkan zuriat adalah paramaria, kopi radix, omega 3 soft gel dan kalau ad enggugut tambah herba senggugut ini set untuk wanita. set untuk lelaki, radix kapsul, kopi radix dan omega 3 soft gel. Suami isteri mesti mengamalnya andai kata belum di ketahuai siapa di antara anda yang tidak subur,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge