Set Bersalin HPA

setbersalin.jpg

SET BERSALIN – 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.

2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.

3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.

5. Menghilangkan sakit batu meriyan.

6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).

Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.

Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
– Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
– 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
– Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
– Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
– Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
– Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Harga :

Semenanjung : RM 95

Sabah/Sarawak : RM 105

80 thoughts on “Set Bersalin HPA”

  1. Pn Maria, harganya seperti tertera di atas. Semenanjung RM85, Sabah/Sarawak RM95. Cara pesanannya, sila hubungi saya sama ada melalui emel muhamadredza@yahoo.com atau call/sms saya, Redza 0193093956. Harga produk yang tertera tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran ditambah berdasarkan berat produk. Penghantaran di dalam kawasan Lembah Klang akan dilakukan secara Cash On Delivery (COD) manakala penghantaran di luar Lembah Klang akan dibuat secara pos laju.

  2. Adakah set bersalin ini sesuai untuk wanita yang melahirkan anak secara pembedahan?
    Adakah ubat periuk, kapsul dan teh herba memberi kesan sampingan pada bayi (melalui susu ibu) seperti menghidapi penyakit kuning?

  3. Salam Pn Murni, set bersalin HPA ini sesuai utk semua wanita yg bersalin secara normal atau pun pembedahan. Produk2 yg terkandung didalam set ini tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada bayi tetapi sebaliknya memberi manfaat dan mampu membantu ibu utk kelihatan lebih sihat dan bertenaga serta mengelakkan si ibu daripada masalah seperti masuk angin atau sukar buang air besar. Wassalam.

  4. Saya ingin kepastian mengenai ubat basuh, di gunakan selepas hari ke-40 selepas bersalin atau digunakan selama 40 hari sejurus selepas bersalin. Terima kasih.

  5. Salam Arjuni, cara-cara menggunakan set bersalin HPA:

    1. Ubat Periuk (4 bunjut)
    -menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
    Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

    2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
    – Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

    3. Spirulina
    – 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

    4. Minyak Barut
    – Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin.sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

    5. Minyak Bayi
    – Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

    6. Teh Herba
    – Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

    7. Ubat Basuh
    – Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

    **Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

    Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

  6. Nak tahu tahun ni kopha bagi dividen berapa….kalu bagi >15% keatas setiap tahun…pasti ramai nak melabur ke KOPHa ni….boleh ke bagi dividen tinggi ni…ramai nak melabur ni…

  7. Salam Muhazam, pihak KOHPA belum memutuskan dividen utk thn lepas. Mesyuarat akan diadakan tak lama lagi. harap bersabar. Sertailah koHPA ini segera agar semua ahli dpt menikmati keuntungan bersama. Saham sebyk rm 50 juta telah dibuka utk anda semua melabur. Wassalam.

  8. assamualaikum :
    saya ingin bertanya teh herba dan ubat periuk di minum pada hari keberapa begitu juga dengan kapsul sprirulina diambil hari keberapa bersalin dan bolehkah kapsul A & B di ambil pada hari ke-4 bersalin sbb di daalm risalah kapsul A & B diambil pada hari ke- 16

  9. Kenapa arahan makan spirulina tu lain lain. ada yg kata makan 2 biji pagi dan 2 biji malam. kat maklumat tambahan pula, 1 biji pagi dan 1 biji malam. Mengelirukan. Yang mana satu betul.

  10. Salam Fiza, semuanya telah dimuatkan dlm info produk di atas. Saya copy semula:

    1. Masukkan satu uncang teh herba ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin.

    2. Ubat periuk: 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

    3. Spirulina: 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

    4. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B:
    – Ambil bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama. Diambil selepas meminum ubat periuk.

    Salam Haris, dos bergantung kepada anda. Jika merasakan 1 dos tidak memberi apa2 kesan yg positif, anda boleh tambah kpd 2 dos. Dinasihatkan agar mula makan dgn dos yg rendah.

    Wassalam.

  11. puan, sekiranya minyak bayi dah habis, adakah boleh minyak but-but digunakan sebagai ganti?keranan minyak bayi tidak dijual sebagai ‘loose product’. Ia datang ber set.

  12. assalamualaikum tuan,

    saya nak bertanya selain drpd penggunaan set bersalin semasa pantang,boleh tak tuan cadangkan produk2 tambahan lain yang boleh saya ambil semasa dalam pantang nanti.Kalau boleh produk yang boleh meningkatkan tahap kesihatan saya sebagai wanita dan yang boleh menurunkan berat badan saya dan yg pasti tidak memudaratkan bayi saya nanti?wassalam

  13. Salam Angah, ambil set bersalin HPA…semua produk kesihatan utk ibu telah dipakej kan dalam set ini.

    Salam Darin, semua produk herba HPA mempunyai sijil Halal dari Jakim.

  14. slm, sy ada 1 kemusykilan. sy sedang mencari set bersalin yg sesuai. di website hpa sy baca ada terkandung 4 unit minyak barut yg mana agak menarik minat saya.

    tetapi baru2 ini sy lihat di toko2 jamu yg menjual set hpa, di kotak set bersalin tersebut cuma ada 2 unit minyak barut (tulisannya ditampal dengan kertas). yg mana satu pakej yg betul? adakah website ini tidak diupdate?atau bil qty minyak itu memang dikurangkan?

    terima kasih.

  15. Salam Darin, saya dah bertanya kepada pihak syarikat, dan sekarang memang syarikat mengeluarkan set bersalin ini yg mengandungi 2 unit minyak barut, dan bukan 4 sepertimana dipasarkan sebelum ini. Ini adalah berdasarkan feedback pelanggan dan keperluan ketika tempoh berpantang yg sesuai iaitu sebanyak 2 unit sahaja. Harap maklum.

  16. salam, adakah perlu lagi bertungku semasa menggunakan produk bersalin HPA? atau ada produk tambahan untuk cepat pulih bersalin?

  17. as’kum!
    sy ingin brtanya,
    sy tlh bsalin awal pd tarikh jangkaan
    skrg sy dh 20hr brlalu
    masih blhkah sy mengamalkn set bsalin ini?

  18. Salam,
    Sy nor. Selain dr. set bersalin HPA, barut berherba, barut az-zahra & periuk tanah liat xda ka penambahan barangan lain. Cthnya. spt. batu/besi tungku perut.
    Sekian terima kasih…

  19. Salam Wan Norashikin, kapsul A dan B tidak boleh dibeli secara berasingan. Kalau tak salah saya, dua2 produk tu ialah Paramaria dan Herba Tuju Angin.

    Salam rynn dan shinju, amalkan mega 3 kapsul, spirulina, kopi radix, EQ minda semasa hamil.

    Salam Intan, anda boleh bertungku selepas bersalin walaupun telah menggunakan set bersalin HPA.

    Salam Sahalida, set bersalin HPA harus diambil mengikut waktu yang telah ditetapkan.

    Salam Laila, hubungi pengedar kami utk dptkan produk ini. Lihat menu pengedar HPA atau cawangan HPA atau stokis HPA.

    Salam Norazilah, HPA belum ada produk tmbhn lain utk selepas bersalin.

  20. saya nak tanya pada tuan/puan… ubat periuk tu sesuai ke untuk ibu yang myusukan anak? harap hpa betulkan pada kotak set bersalin minyak barut 2botol dan bukan 4botol… ubat peiuk tu kena guna periuk tanah je ke?periuk biasa boleh tak?

  21. kenapa ubat basuh digunakan selepas 40 hari?sy rasa dlm tempoh 2 minggu selepas bersalin amat -amat diperlukan penjagaan rapi bahagian tersebut.

  22. Salam, slps tempoh b’pntng, bdn sy rasa sakit2, n urat rasa tegang bla sy travelling jauh, produk pe yg bleh sy ambik utk kembalikn kesihtn sy ke keadaan yg baik.

  23. Salam,adakah set bersalin hpa boleh membantu melancarkan pengeluaran susu ibu..sebab ada sebahagian set bersalin bila di makan payu dara menjadi bengkak dan susu x lancar..ini menyeksakan ibu dan bayi..tolong jawab jika ada pengalaman

  24. salam. Ingin kepastian, saya ada penyakit darah tinggi. adakah penggunan set bersalin ni akan menyebabkan tekanan darah lebih tinggi seperti jamu2 biasa yg ada di pasaran??

  25. Salam,

    Saya ngin bertanya, adakah 1 set bersalin ni cukup untuk pengambilan tempoh berpantang selama 44 hari ataupun ianya hanya untuk 2 minggu dan memerlukan set tambahan

  26. Saya nak tanye adakah set bersalin ini merangkumi produk menambah susu ibu?
    Berapa lama tempoh set bersalin ini digunakan?.
    Sekian…

  27. salam,

    Selain Set bersalin HPA, produk tambahan yg perlu ditambah didalam set ini ialah tungku samada batu/besi.

  28. Saya keliru tentang pengambilan ubat periuk dan kapsul A & B. Adakah kapsul A & B diambil setelah ubat periuk habis diminum atau kapsul tersebut diambil setiap kali selepas minum ubat periuk.

  29. salam sy nak tahu adakah set tunku dan bengkung dijual berasingan daripada set bersalin HPA? kalau dah beli set bersalin HPA mesti kah sy membeli set tunku dan bengkung?

  30. salam…..saya nak bertanya….berapakah harga ahli, jika saya ingin membeli set bersalin HPA ini….harga yang diberikan adalah harga bukan ahli, jika ahli macam mana pulak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge