Set Bersalin HPA

setbersalin.jpg

SET BERSALIN – 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.

2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.

3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.

5. Menghilangkan sakit batu meriyan.

6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).

Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.

Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
– Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
– 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
– Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
– Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
– Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
– Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Harga :

Semenanjung : RM 95

Sabah/Sarawak : RM 105

80 thoughts on “Set Bersalin HPA”

  1. salam,

    – Set bersalin HPA tidak dibekalkan bersama bengkung (Barut)

    – Set bersalin tidak mendatangkan kesan sampingan kepada baby yang sedang menyusu bah kan menjadikan baby bertambah sihat.

    – Harga set bersalin HPA ialah: RM70.00(harga ahli) RM85.00(bukan ahli) bagi Barut Herba pula RM24.00(harga ahli), RM30.00(bukan ahli)

    -Tempoh penggunaan set bersalin adalah sepertimana yang disarangkan pada pek(kotak) set bersalin.

    http://www.duniaherba.net/nagasuci79

    1. Salam..

      Saya mengandung anak pertama, dan kini usia kandungan saya dah masuk 8 bulan.. Saya belum lagi membeli set bersalin dan bengkung… Ibu saya mengesyorkan untuk menggunakan produk ini… Setelah saya tengok di laman web saya berminat…

      Terdapat 3 jenis iaitu :-

      1) Set bersalin 8 produk dalam 1 pek (RM 85 SM / RM 95 SS)
      2) Bengkung (RM 50 SM / RM 55 SS)
      3) Barut Herba (RM 30 SM / RM 35 SS)

      Untuk set bersalin saya faham tentang penggunaannya akan tetapi untuk bengkung dan barut, saya kurang pasti. Bila perlu bengkung dipakai dan bila pula barut herba perlu dipakai. Adakah saya perlu memilih salah 1 atau saya perlu beli kedua-duanya? Kalau saya perlu beli kedua-duanya, boleh terangkan bila dan cara penggunaannya?

      Lagi satu, saya baru berpindah ke Sabah dan sekarang saya di Teluk Sepangar, Kota Kinabalu. Di sini, di mana saya boleh mendapatkan produk ini?

      Saya berharap Che Sham dapat reply secepat mungkin. Kerjasama dari Che Sham amat dihargai..

      Terima Kasih

  2. assalamualaikum..nak tanya pasal kuantiti kapsul A & B yg perlu diambil utk sehari. Terkeliru sebab arahan kat kotak set bersalin dan website ni erlainan. tq.

  3. Dalam set bersalin ada tak termasuk bengkung? Melalui rakan-rakan mengatakan gamat dan pati haruan adalah elok untuk menyembuhkan luka dalam. Adakah set hpa ini sudah lengkap atau ada produk tambahan dlm bentuk gamat dan pati haruan ini?

  4. salam…sy tgk set bersalin nih x sampai 60 harikn? jd kalu nk gna dlm 60 ari…sy kena beli satu set lagi ke atau beli satu2 yg perlu sj…

  5. owh ye…satu lg sy nk tanyer…kalu ubat periuk tuh skang hanya ada 2 dn bkn 4…jd nyer bleh guna dlm masa x sampai 12 hari la kan…mcm tu ke?

  6. 1 set bersalin hpa ini sememangnya dikhaskan penggunaan untuk tempoh berpantang (cukup 40 hari) @ perlu 2 set persediaan

  7. akum tuan,
    saya ingin bertanya adakah set bersalin hpa ini akan menambahkan air susu ibu kerana saya bercadang ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun.

  8. Salam..

    Saya just nak inform je..mengikut katalog produk HPA, Set Bersalin ini mengandungi Minyak Barut 4 unit dan Minyak Bayi 2 unit manakala di website ini pula tertera Minyak Bayi 2 unit..di sini mungkin terdapat sedikit kesilapan memandangkan Set Bersalin HPA ini hanya mengandungi 2 unit Minyak Barut dan 1 unit Minyak Bayi 1..harap pihak tuan sedia maklum dan mengambil tindakan bagi menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna produk ini. Sekian, terima kasih.

  9. salam… pertama sy ingin tahu ttg barut herba HPA dengan lebih jelas dr segi saiz, potongan dan cara penggunaannya. kedua mengikut keterangan diatas, set bersalin HPA ini mengandungi minyak bayi ada 2 unit tetapi apa yg sy dah beli minyak Bayi hanya 1 unit sahaja. mungkin terdapat sedikit kesilapan harap pihak tuan dapat mengambil tindakan supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembeli dan pengguna produk ini. Sekian, terima kasih.

  10. as salam…
    saya ibu yg baru bersalin…
    adakah selamat untuk saya amalkan produk ini sedang bayi saya mempunyai masalah G6PD…

    tq,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge