DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Paramaria Plus

Written by duniaherbahpa on Oct 20th, 2006 | Filed under: Produk Kapsul & Gel, Produk Untuk Wanita

paramaria.jpgParamaria Plus merupakan ramuan terbaik untuk wanita kerana ia mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca, berfungsi untuk mengencangkan rahim khusus apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun. Produk ini amat sesuai untuk wanita yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.

Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Sinergi terbaik :
1. Keputihan: Paramaria Plus + Keputihan + H.B
2. Kanser Rahim : Paramaria Plus + Shark Cartilage Plus
3. Bersalin: Paramaria Plus + Herba Tuju Angin
4. Senggugut: Paramaria Plus + Senggugut

Khasiat Paramaria Plus :
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Paramaria Legivata
2. Ardisa Crispa
3. Morinda Eliptica
4. Labisia Pothonia
5. Cinnamomum Iners

Dos :

Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh. Wanita antara 15 – 20 tahun 3 kapsul sehari. Wanita sesudah kahwin 8 kapsul sehari. Wanita Menopouse (putus haid) juga digalakkan mengamalkannya.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 8

======================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Produk Paramaria Plus Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Senggugut

Sakit ketika kedatangan haid boleh disembuhkan dengan mengambil sinergi seperti dibawah:

1. Paramaria – 2 X 3
2. Tuju angin – 2X 3
3. Senggugut – 2 x 3

InsyaAllah senggugut tidak akan berulang dan banyak testimoni yang diberikan oleh pengguna sehinggakan kita boleh katogorikan sinergi ini sebagai sinergi yang mempunyai keberkesanan melebihi 90%. Disamping itu juga terdapat kes ketumbuhan seperti fibriod yang menjadi semakin kecil. Biiznillah.

  • Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Madu Paramaria

No tags for this post.

78 Responses to “Paramaria Plus”

  1. is paramaria plus, and HB and omega 3 safe to be taken by a pregnant women. i’m taking all three and am also three weeks pregnant

  2. Pn Fariza, you are not encouraged to take paramaria plus because now you are pregnant but the rest products can be taken as usual.

  3. Saya ada mengesyorkan produk ini kepada rakan dan dia ingin tahu, bolehkah paramaria diambil selepas makan? Baginya ubat yang diambil selepas makan akan memberi selera makan yang lebih. Betulkah begitu?

  4. Pn Ummi, cara mengamalkan herba sebaik-baiknya 30 minit sebelum makan kecuali jika ada gastrik, makan herba selepas makan. Paramaria tidak menambah selera makan.

  5. it has been 3 years but still i am not pregnant yet..is it enuf to take only paramaria, sengugut and Mega-3 if i plan to get pregnant? tq

  6. Salam Pn Mona, anda disarankan utk melakukan pemeriksaan dgn doktor terlebih dahulu utk mengetahui keadaan kesihatan anda. Dapatkan nasihat mereka. Bagi pengamalan herba pula, utk permulaan, anda dicadangkan utk mengamalkan produk HPA berikut:

    1. Paramaria Plus (2×2)
    2. Herba Senggugut (2×2)
    3. Mega 3 kapsul (2×2)
    4. Kopi Radix

    Jika masih belum ada apa-apa perubahan selepas 3, 4 bulan, dapatkan nasihat daripada Herbalis HPA utk cadangan produk yg sesuai.

  7. salam, boleh kah orang pregnant makan paramaria?sedang kan paramaria adalah untuk orang datang haid.jika makan paramaria tidak kah mengudaratkan bagi orang pregnant?
    sekian terima kasih.

  8. salam,paramaria plus,herba senggugut, mega 3 dan kopi radix adalah untuk proses kesuburan. Lama manakah tempoh memakannya,adakah sehingga disahkan pregnant.

  9. Salam NJ, seperti yg dijelaskan sebelum ini, Paramaria Plus tidak digalakkan utk wanita hamil mengamalkannya. Lebih-lebih lagi ketika waktu hendak bersalin.

  10. Saya dah gunakan paramaria ni..semenjak sy guna, period sy dah ok..
    xde panjang2 mcm dulu..nt nak order lg.

  11. saya ada masalah polycystic ovary syndrome. boleh tak paramaria & kombinasinya menyelesaikan masalah ni. ada yg mencadangkan memakan paramaria 4 biji malam, omega3 2×2 dan di campur ke dalam kopi radix. saya takut radix dalam kopi akan makin menambah masalah pcos ni

  12. Salam Ira, terima kasih atas perkongsian pengalaman anda menggunakan Paramaria Plus.

    Salam Pn Shin, anda boleh mencuba produk HPA seperti yg telah dicadangkan itu. Kopi Radix tidak akan memudaratkan kesihatan anda tetapi berupaya memperbaiki kesihatan tubuh dan merawat pelbagai penyakit. Selamat mencuba!

  13. ADAKAH IBU YANG MENYUSUKAN ANAK BOLEH MENGGUNAKAN PARAMARIA

  14. Soalan dari Pn Azlina:
    http://duniaherbahpa.wordpress.com/2006/10/18/lady-cheer/#comment-1063

    Assalammualaikum..

    Adakah paramaria berkesan utk menjarakkan kehamilan?

    Jwpn: Waalaikumussalam Pn Azlina, Paramaria baik utk meningkatkan kesuburan wanita tetapi tidak membantu utk menjarakkan kehamilan. Utk merancang kehamilan (family planning), anda disyorkan mengambil Teh Herba (secara megados) dan Roselle kapsul. Wassalam.

  15. Jwpn utk soalan Pn Siti:

    Ya, ibu yg menyusukan boleh mengamalkan Paramaria Plus. Digalakkan agar puan mengamalkan Kopi Radix utk memperbanyakkan susu ibu kerana terdptnya khasiat herba Larak Hutan dlm kopi ini. Wassalam.

  16. Wan Rodziah bt. Pakwan Teh said,
    16 November, 2007 at 4:45 pm

    Askm..
    Saya merupakan ahli baru hpa. Ada di antara pembeli yang bertanyakan masalah ini kepada saya. Ia lebih kpd masaalah wanita selepas melahirkan anak. Cthnya. selepas melahirkan anak kebyk dr. mereka mengalami masalah payudara menjadi kendur. Jika untuk masaalah rumahtangga lain kita digalakkan mengambil paramaria plus, herba tuju angin & spirulina, bagaimana pula untuk masalah seperti yang saya nyatakan di atas. Sekian Terima Kasih.

  17. Salam Wan Rodziah, utk menegangkan payudara, adalah digalakkan utk mengamalkan Radix kapsul (2×2). Selamat mencuba!

  18. Assalamualaikum,

    Saya ingin mengetahui cara pengambilan bagi Paramaria plus, Radix kapsul dan Herba Tuju Angin dalam sehari? adakah ketiga-tiga herba ini boleh diambil sekaligus atau perlu dijarakkan masa setiap satu herba.

  19. Salam Pn Fauziah, anda boleh mengambil ketiga2 produk tersebut secara serentak. Ambil 2 biji waktu pagi dan 2 biji mlm utk setiap produk. Wassalam.

  20. Assalamualaikum,

    How to use this product : Keputihan: Paramaria Plus + Keputihan + HealthB. Esp. about freq. and doses.
    What kind of “keputihan” that can be cure from this synergy? Should i go to doctor first to know about it? coz “keputihan” can happen form bacteria, virus or etc. Just use this product or together with medical treatment?
    thank you

  21. Waalaikumussalam Bunda Utha, doses and freq:

    1. paramaria plus: 2 biji pagi, 2 biji malam
    2. Herba keputihan: 2 biji pagi, 2 biji malam
    3. Health B @ H.B : 2 biji pagi, 2 biji malam

    Additional product: Kopi Radix- 2sachets everyday

    These products can be used for all ‘keputihan’ problem. Use herbs (HPA products) 3 hours before take medicine (clinic). Drink a lot of water, 2.5 litre everyday. Wassalam.

  22. assalamualaikum………..tanye sikit….boleh ke paramaria plus mkn sekali ngn herba tuju angin? berapa jarak jam kalau saya minum minuman kesihatan “intra”?…..

  23. Waalaikumussalam Ani, paramaria boleh dimakan dgn herba tuju angin. Jika Intra adalah produk berasaskan herba, anda boleh makan serentak bersama produk HPA.

  24. assalamualaikum………..nak tanye sikit….saya ada masalah period x tentu dan sekarang nie dah sebulan setengah x dtg period tapi diorang kata saya pregnant tapi saya dan check tapi disahkan x pregnant.

    so saya nak tahu produk apakah yg sesuai untuk saya guna untuk mengembalikan period yg tetap.

    dan untuk pengetahuan tuan/puan saya dah 7bulan berkahwin dan teringin sangat nak anak.

  25. Salam Aqhma, utk mengatasi masalah period yg tidak teratur, anda boleh mengamalkan Paramaria Plus (2×2), Lady Cheer, Kopi Radix.

    Anda boleh mengamalkan set kesuburan wanita HPA utk meningkatkan kesuburan:

    1. Paramaria Plus
    2. Herba Penggalak Kesuburan (herba rebusan)
    3. Mega 3 kapsul
    4. Evergreen Centella

    Utk suami pula amalkan:

    1. Radix kapsul
    2. Mega 3 kapsul
    3. Evegreen centella
    4. Madu Asli
    5. Kopi Radix

  26. salam, ada pelanggan saya bertanya, boleh tak kapsul paramaria plus diambil ketika datang haid atau sebaliknya.Disamping itu dia juga mengalami haid yang tidak tetap. Terima Kasih.

  27. Salam Qasdina, Paramaria boleh diamalkan ketika dtg haid. Amalkan bersama Kopi Radix. Jika ada senggugut, boleh ambil bersama Herba Senggugut. Boleh juga amalkan Herba Tuju Angin utk mengelakkan gejala2 masuk angin. Wassalam.

  28. product utk bau badan tdk ada ke? herba harum?

  29. Salam Nana, setakat ini tiada produk HPA yg dikeluarkan utk menghilangkan bau badan. Tapi kami ada testimoni pengguna HPA yg menggunakan Lady Cheer sebagai menghilangkan bau badan (di ketiak). Wassalam.

  30. salam. Saya baru lps keguguran dan melakukan D&C. boleh kah saya menggunakan produk paramaria plus? atau ada produk yang lebih sesuai?

    T.Q

  31. salam, sy ada ambil paramaria dan herba keputihan. tenyata ia sgt menabjubkan!! masalah keputihan yg lama sy alami hilang dalam waktu yg singkat. bolehkah sy ambil paramaria dan h.kpthan jika sy merancang mahu anak?( sdh 2 thn b’khwn). bolehah sy ambil stoma k dan teh herba sekali?(mahu tuunkan berat badan juga,skrg-65kg sepatutnya 55kg shj) .tq.

  32. Salam Hafiza, anda boleh mengamalkan Paramaria Plus tetapi pastikan badan anda benar2 sihat. Digalakkan utk mengambil bersama Mega 3 kapsul, kopi radix.

    Salam Lynda, Paramaria Plus dan Herba Keputihan boleh terus diamalkan utk tujuan mendptkan zuriat. Digalakkan agar mengambil bersama Mega 3 kapsul. Juga boleh ambil Stoma K dan Teh Herba utk turunkan berat badan. Wassalam.

  33. Salam…saya nak bertanya, kombinasi ubat apa yg sesuai untuk jadi pengganti kepada pil perancang. Ini adalah kerana saya mahu jarak kan kelahiran anak tetapi tidak mahu makan pil perancang sebaliknya mahu menggunakan produk HPA.

    Sekian, Terima kasih.

  34. Salam Juliana, amalkan teh herba secara megados iaitu dgn meletakkan 2 atau lebih uncang sekali minum. Amalkan 2x sehari. Wassalam.

  35. Salam,

    Emak saya berumur 45 tahun, ada mengambil paramaria plus. semasa dia mengambil 2pg, 2mlm, menunjukkan kesan positif. hari ini dia telah menukar dos dan mkn 4biji pg, pd malamnya dia berasa pening. dia melihat sesuatu objek sblh tinggi, sblh rendah, dan ari2 nya terasa sakit. jd, apakah penyebab masalah ini atau apakah tindakan selanjutnya? wassalam.

  36. salam,
    Mak mentua adik lelaki saya mengalami sakit lutut yg ‘critical’. Umurnya dlm. lengkungan 50 thn. Doktor juga telah mengesahkan tulang rawannya mengalami kehausan. Adakah terdapat product herba HPA yg sesuai untuk pertumbuhan semula tulang rawan pd lututnya. Harap pihak tuan/puan dpt menyelesaikan masalah ini dengan segera. Sekian terima kasih.

  37. salam,
    Baru2 ni sepupu saya telah mengalami keguguran dimana kandungannya berusia 2 bln setengah). Umur dia dlm. lengkungan 38 thn. Tetapi masih didatangi darah kotor sampai hari yang ke 15. Adakah terdapat product HPA yang sesuai bg seseorang yg keguguran dan apakah terdapat amalan pantang yg harus diamalkan bg seseorang yg keguguran. Sekian terima kasih.

  38. salam,
    Ramai di kalangan wanita yg berusia di dlm lengkungan 40 thn ke bawah dan ke atas mengalami sakit lutut seperti kejang urat, sakit tumit, kebas kaki & tangan, sakit dlm. tulang belulang terutama (di antara kawasan pangkal paha/betis) dan sakit tulang belakang (di antara kawasan pinggang dan punggung) kalau duduk terlalu lama. Ada di antara mereka terpaksa mengambil ubatan dr. doktor seperti ubat sakit urat dll. Adakah produk HPA yg sesuai bg. mereka. Sekian terima kasih.

  39. Salam Sal, mungkin dos yg tinggi itu tidak sesuai dgn keadaan kesihatan badan ibu anda. Kurangi dos kpd yg asal (2×2). Ambil juga beberapa produk lain yg baik utk wanita seperti Herba Tuju Angin, Spirulina dan Mega 3 kapsul.

  40. Salam Azilah, amalkan Radix, Kopi Radix. Selain itu, boleh amalkan Herba Tuju Angin, Paramaria Plus dan Omega 3 softgel.

    Utk kes: sakit lutut seperti kejang urat, sakit tumit, kebas kaki & tangan, sakit dlm. tulang belulang terutama (di antara kawasan pangkal paha/betis) dan sakit tulang belakang (di antara kawasan pinggang dan punggung) kalau duduk terlalu lama. Amalkan produk HPA spt Paramaria Plus, Herba Tuju angin, Malac dan Teh Herba. Sapu dengan minyak but2 di bhgn yg sakit.

  41. Salam,

    Saya telah mengambil pil paramaria plus selepas keguguran dan alhamdulillah badan berasa sihat walaupun hanya sebulan mengambil pil tersebut. Walau bagaimanapun, saya telah ‘berehat’ seketika daripada mengambil pil tersebut setelah mendapati ‘volume’ haid yang banyak semasa haid kedua selepas keguguran. Persoalannya ialah:

    1) Bolehkah saya terus mengambil pil tersebut semasa haid atau hanya ketika suci dari haid memandangkan saya difahamkan pil tersebut mendatangkan kesan ‘panas’ kepada rahim dan adakah ‘volume’ haid yang banyak merupakan kesan normal yang dialami sekiranya pil tersebut diambil semasa haid?

    2) Sekiranya saya disyaki hamil, bolehkah saya terus mengambil pil tersebut tanpa menjejaskan kandungan?

  42. assalamualaikum…tumpang tanya ye. adakah paramaria plus boleh diambil oleh wanita yang belum berkahwin andainya dia ada masalah haid tidak teratur.

    terima kasih.

  43. Salam

    Saya berusia 40 an dan telah berkahwin hampir 3 tahun. Saya telah menjalani pemeriksaan doktor dan didapati saya tidak mempunyai masalah kesihatan. Malangnya suami didapati mempunyai “low sperm count” dan telah mengambil kapsul yang disarankan oleh doktor pakar. Sehingga kini saya masih tidak mengandung dan ingin mencuba produk HPA. Boleh syor produk yang bersesuaian?

  44. aku..sy sdh berkahwin.mslh sy skrg period xteratur pd stp bln.sy jg pernah keguguran 2bln slps berkhwin.jd sy nak tahu produk ape yg sesuai utk sy mgtasi mslh sy ini sekaligus boleh hamil kembali.thanx

  45. Salam Dinah, Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh.

    Salam Talib, cdgn produk HPA utk kesuburan:

    Set lelaki:
    1. Radix kapsul
    2. Kopi Radix
    3. Evergreen Centella
    4. Madu Asli
    5. Mega 3 kapsul

    Set wanita
    1. Paramaria Plus
    2. Herba senggugut (jika ada senggugut)
    3. herba keputihan (jika ada keputihan)
    4. Kopi radix
    5. Mega 3 kapsul
    6. Madu asli

    Salam Lisa, amalkan set kesuburan dibwh:

    Set wanita
    1. Paramaria Plus
    2. Herba senggugut (jika ada senggugut)
    3. herba keputihan (jika ada keputihan)
    4. Kopi radix
    5. Mega 3 kapsul
    6. Madu asli

  46. Salam

    1. Saya berumur 43 tahun. Apakah saranan tuan mengenai set wanita yang perlu saya ambil
    2. Boleh kah kapsul hpa diambil pada waktu haid.
    3. Saya mencari penerangan mengenai radix kapsul didalam website anda tapi tidak berjumpa.

  47. salam…sy br mendirikan rumah tangga selama 3 bln dan telah mengalami keguguran setelah kandungan berusia 7 mgu.skrg sy mengambil herba paramaria plus untuk kesihatan.saya telah mengambilnyer semenjak 3 mgu yang lalu selepas mengalami keguguran.sy ingin bertanya bolehkan sy ambil sekali herba paramaria plus berserta herba sengugut?ini memandangkan sy br je lepas gugur.herba paramaria plus bolehkan diambil bersama multivitamin folic acid memandangkan sy merancang untuk hamil semula setelah 3 bulan berehat.ini adalah keguguran yang pertama (first pregnant).adakah paramaria plus dapat menguatkan rahim bg ibu2 yang mengalami keguguran?harap dpt membantu.

  48. salam..
    saya dh 3 thn kahwin n belum pregnant lg. saya dh buat rwtn dgn doktor dgn makan clomid 4 cycle. masalah saya adalah telur saya ada tp membesar dgn slow sangat.. and husband pula ‘low count’ walaupun dh dberi mkn clomid n injection.
    apakh produk hpa yg sesuai di ambil utk kami berdua…
    terima kasih

  49. sya sudah berkahwin 10 bulan..sya dlm plan inginkan bb..setakat ini sya penah cuba mcm2 ubat tapi tidak berkesan.sya penah memeriksa kesihatan dgn doktor n sya normal..apekah yg sesuai untuk sya..

  50. salam,

    4 bulan lepas melahirkan, dan amalkan paramria baru seminggu, alhamdulilah… saya dah dtg bulan… n semasa tempoh sebelum dtg bulan,… saya mengalami masalah keputihan… alhamdulilah herba keptihan membantu mengurangi masalah ini. sampai bila perlu saya ambil dos2 herba tersebut…?

  51. [...] DIkirim oleh go4halal di November 17, 2008 Paramaria Plus [...]

  52. Saya berumur 36thn dan sudah 10 tahun berkahwin, kini saya mengamalkan perancang keluarga cara berjarum. Sepanjang berjarum, tidak akan pernah datang haid. Adakah sesuai dan apakah kesan sampingan sekiranya saya mengamalkan Paramaria Plus ini?

  53. salam…
    saya ada mengalami masalah keputihan. saya telah mengamalkan HPA herba keputihan +paramaria+lady cheer+teh herba. tetapi keputihan saya keluar lagi banyak setelah mengamalkan HPA,adakah ini suatu perkara biasa atau sebaliknya?

  54. Salam…

    saya ada mengalami masalah keputihan ..saya telah Mengamalkan HPA herba Keputihan + Paramaria dan masalah keputihan saya dapat diatasi dengan masa yg singkat.oleh kerana saya tidak mengalami masalah keputihan lagi..perlukan saya meneruskan pengambilan herba keputihan…

  55. salam…saya dah berkahwin 3thn…’
    period saya memang tidak teratur…saya dah pun membuat pemeriksaan doktor..mengatakan telur saya xmau matang..doktor cadangkan saya buat ovarian drlling…saya takut..
    saya amik keputusan untuk cuba produk HPA..
    apakah produk yg perlu saya dan suami ambil

  56. Salam…

    Saya telah berkahwin dan mempunyai 2 org cahayamata. Saya ingin tahu lebih terperinci khasiat : kebahagian rumahtangga kerana saya mengalami masalah hubungan intim. Terima kasih.

  57. saya nak tau ada tak produk HPA yang boleh menjarakkan kelahiran @ family planning. sebab saya cadang untuk ambil suntikan fp. saya harap jika ada produk HPA yang boleh membantu maka tak perlulah saya ambil suntikan

  58. saya berumur 19 tahun.. saya mengalami senggugut yang teruk dan haid yang tidak teratur… saya pernah berubat dan dikatakan saya mengalami peranakan rendah… bolehkah saya meggunakan paramaria plus dan juga cadangan produk lain..tq

  59. salam…
    saya salah seorang ahli hpa.sy telah mengamal paramaria+herba keputihan+lady cheer+kopi radix sejak 2 bulan lebih, tetapi masalah saya ini masih berterusan, dan masih banyak keputihan? boleh bantu saya?

  60. Saya ingin hamil untuk kali kedua. Tapi, nampaknya sukar. Saya telah mengamalkan Paramaria plus, tuju angin and kopi radix selama 4 bulan..

    pada bulan Feb 09 yg lau, saya telah menjalani penbedahan apendiks ada saya juga ada polisistic ovari, juga telah dibuang.selain itu, hormon FHS dan LH saya tidak seimbang, period tak teratur,itu yg menyebabkan ovulasi tak berlaku…kata doktor..

    kalau boleh saya tak mahu mengamalkan unat sintetik untuk membolehkan saya hamil.
    apakah cadangan pemakanan yg disyorkan utk hamil semula? dan bolehkan meneruskan pengambilan paramaria plus semasa haid?

    harap dapat membantu kerana kami ingin menimbang anak lagi…

  61. salam…
    bulan lepas doktor mengesahkan saya ada Policystic ovary Sindrome (PCOS)tapi ukuran nya tidak besar atau kritikal.
    usia perkahwinan saya masuk tahun ke3, tapi belum berjaya hamil…pernah sekali hamil tapi keguguran (dnc).
    soalan saya, apa produk yang saya boleh ambil untuk mengatasi masalah saya ni?

  62. salam..

    Saya sudah berkahwin 2 thn dan tak pernah hamil. Saya juga mengalami masalah menses tak teratur, sekali dalam tempoh 2-3 bulan kadang-kadang 4 bulan. Apakah ubat yang patut saya ambil untuk betulkan menses dan juga untuk kesuburan. selain itu juga apakah produk yg patut digunakan untuk mengatasi masalah jerawat?
    and if there any side effects of taking too much herb?
    thanks!!

  63. Hi!Saya ada terbaca bahagian untuk mengantikan pil perancang dengan minum teh herba megados.Berkesan ke tu? Teh herba yang macam mana yang boleh digunakan? Saya baru berkahwin dan tidak ingin mengandung buat masa ini.

  64. Boleh reply pada email saya?Sebab saya jarang buka forum-forum begini.

  65. salam, bolehkah saya mengamalkan paramaria plus bersaman dengan pil perancang? sebab saya beberapa minggu lepas habis keguguran (9week pregnant). apakah ada kesan baik atau sebaLiknya?

  66. slam…nak tnye skit..adekah paramaria plus ni akan menyebabkn keguguran?isteri sy ade mengambilnye sblum prgnent tp kini kandungannya 1 bulan lebih..

  67. Salam, bole kah paramaria plus diambil sebelum, semasa dan selepas proses IUI (permanian hadas)? Adakah sebarang kesan sampingan ke atas prosedur ini nnti? Sy disyorkan utk mengambil paramaria bersama madu dan herba tuju angin.

  68. sardin hpa saya dapat beli 2tin je saya pegi 2hari kemudian orang hpa caw jaya gading kuantan pahang kata xde saya pelik xkan stok dah habis ooo baru saya ingat masa saya tanya sardin 2hari sebelum habis katanya xboleh display nanti orang datang beli n cepat habis, hpa ada sistem mencatu barang ke?

  69. muke saya berjerawat & berbintik2 seakan2 ruam. Berbintik2 halus juga & saya nak hilangkan parut jerawat. Muke berminyak. Kalau pergi ke tempat yang berhabuk, selalu bersin & hidung x selesa,selalu berair. jika terdedah kpd panas, cepat berminyak muka…. Bagaimana? Apakah saranan anda.

  70. sy br sj berkahwin tp mengalami masalah takut utk melakukan hubungan seks.sampai hr ini sy still lg ank dara. adakah produk paramaria plus ni sesuai utk sy?

  71. saya berusia 28 tahun. saya mengalami masalah period tidak teratur semenjak saya berusia 19 tahun. sehingga sekarang hampir 3 tahun saya langsung tidak period hingga menyebabkan berat badan saya bertambah. untuk makluman period saya bermasalah selepas itu barulah berat badan saya bertambah.sekarang masalah semakin bertambah di mana rambut mula gugur, ada misai halus, dan kaki saya tumbuh bulu.

  72. sy ingn mengambil paramaria plus ttp tdk pasti brp kapsul yg ptt di ambl dlm shri sy brumr 36 thn dn ingn mengndung

  73. salam…sy mengalami haid tidak teratur slps berkahwin..haid terakhir sy adalah pada awal bulan november 2009…sy telah berjumpe doktor utk check masalah sy tetapi doktor hanya memberi ubat hormon…sy ingin mencuba produk HPA bg mengatasi masalah ini..apa produk yg disyorkan oleh HPA untuk masalah sy ini?

  74. Salam qaseh, ya, paramaria plus ini sesuai untuk anda.

    Salam Nor, cdgn herba HPA: Madu paramaria, teh manjakani, mega 3 kapsul.

    Salam sabariah, memadai dengan 2 biji pagi, 2 biji malam.

    Salam ez, cuba amalkan madu paramaria, teh manjakani, mega 3 kapsul.

  75. salam..

    saya baru 11 bln kahwin.saya mengalami sengugut n keputihan samaada sebelum ataupun selepas haid.berat badan saya pun naik serta rajin gastrik.apakah produk cadangan herba hpa sesuai utk saya..macam ane aturan makan n berapa biji sehari.saya sudah amalkan kopi radix merah n diet.
    tq.

  76. salam..

    bulan 04 2010 genapla setahun kawin.lepas keguguran saya xpernah mengandungi lagi.berat makin naik,keputihan n sengugut yang terok..keputihan n sengugut 2 datang sebelum dan selepas haid.apakah produk hpa yang sesuai utk saya.tolongla sya……….
    tq

  77. Salam…saya mengalami haid yang melebihi 15 hari malahan berlanjutan hingga 2 bulan…apakah boleh saya ambil paramaria+ senggugut didalam tempoh haid tersebut

  78. ayah selalu mgadu kat sy badanny slalu sakit2..ayah kerja kuat…so,,sy nak tanye produk apakah y sesuai untuk ayah sy????n untuk mghilangkan keletihan pula produk ape?????

Leave a Reply