Minyak Zaitun (Extra Virgin Olive Oil)
Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.
Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.
Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.
KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN
- Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
- Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
- Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
- Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
- Antioksidan dan antikanser
- Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
- Membekal vitamin E
- Kecantikan (kulit dan rambut)
- Kestabilan asid lemak
- Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
- Kegunaan masajterapi
Penggunaan:
- Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
- Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.
Isipadu: 700ml
Harga:
Semenanjung RM 40
Sabah & Sarawak RM 45
Artikel Berkaitan Minyak Zaitun
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun HPA kedalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan.
MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?
Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.
HADITH:
1.”MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.
2.”ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR”, diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.
Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan dizaman Nabi Noh A.S melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi.
Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, “Kalamata olive” berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½” ke 1″. Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.
Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran.
Minyak zaitun HPA adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai agen serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.
Minyak zaitun HPA boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat.
Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit.
Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari.
Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.
Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.
Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat.
Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu.
Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.
Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.
Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.
Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.
Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China.
Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.
CARA PENGAMBILAN:
1.Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
2.Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3.Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).
Satu lagi minyak zaitun sangat baik juga untuk program detox (pembuangan racun dihati). InsyaAllah.
Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.
Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.
Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.
Related posts:
Tags: extra virgin olive oil, minyak zaitun







Yth.
Kepada : Bapak/Ibu
Mohon penjelasannya gambar kemasan minyak extra virgin olive oil ino untuk apa?, apakah untuk masak ( menggoreng ikan atau yang lain ) , atau untuk di oleskan ke kulit atau yang lain.
mohon penjelasannya
Demikian terima kasih.
Hormat saya,
Puji Wijayadi
Encik Pudji, cara menggunakan Minyak Zaitun:
-boleh diminum 1 sudu pagi/malam utk tujuan penjagaan kesihatan dan merawat masalah kencing manis,darah tinggi yg tidak kronik.
-sebagai minyak rambut, boleh disapu.
-sebagai minyak masak, takat didih minyak ini tinggi (400 C),boleh guna beberapa kali.
-jika demam, lumur bahagian badan.
salam.
nak tanya sikit, minyak zaitun ni diimport ke dari ladang sendiri?
wassalam.
Salam Pn Ranafizah, Minyak Zaitun yg HPA keluarkan ini diimport dari negara Syria. Harap maklum.
Salam,
saya nak tanya, boleh kah minyak zaitun ini menghilangkan parut lama di badan dan selulit di perut akibat lemak pecah dari gemuk manjadi kurus.
Terima ksaih
wasalam
saya menghadapi masalah penyakit gastrik . Adakah minyak zaiton boleh dijadikan ubatnya?
Salam en Aman. Minyak zaitun dapat membantu meredakan masalah gastrik dalam kadar yang cepat. Setelah diminum ia akan menolak gas/angin yang memenuhi lambung samaada dengan cara sendawa atau selainnya. Ia juga membantu penghadaman, INSYAALLAH.
salam,
saya cadang minyak zaitun buat dalam bentuk kapsul.mudah di telan dan mudah dibawa kemana-mana dengan mudah.atau dibuat seperti bentuk gel .
Salam Abd Halim, HPA telah keluarkan produk ini dlm bentuk softgel. Sila semak di ruangan produk HPA.
Assalamualaikum saya nak tanya ? mak saya mengalami tekanan darah tinggi boleh ke dengan menggunakan produk ini … adakah ianya dapat membantu mengurangkan risiko darah tinggi.???
Salam tsubasadude, pesakit boleh mengamalkan produk ini dan ditmbh dgn produk spt vitex dan omega 3 softgel. InsyaAllah berkesan dgn izin Allah.
Nak tanya ni, untuk melebatkan misai cam sarjan misai dan janggut lebat cam osama laden boleh pakai tak produk ni. Adakah sudah terbukti jika ada tunjukkan testimoninya. Sekian
Saya mahu beli minyak zaaiton extra virgin organic
minyak zaiton ini anti kanserkan, saya nak tau jika ada ketulan pada payudara, selapas itu baru di makan minyak ini, adakah ia akan membunuh ketulan pada payudara tersebut
Setiap manusia ada sel kanser
terpulang pada kita untuk mengurangkan kanser
mencegah lebih baik daripada merawat
olive oil – mengurangkn sel kanser.. sbb fungsinya antiradang dan antioksida.
salam.. sy dah beli minyak zaiton ni..boleh ke minyak ni kempiskan perut? sbb usus sy mengembang n banyak sangat angin dlm bdn..
salam…nak tanya minyak zaiton nie sudah berapa kali melalui proses penyulingan atau ianya betul2 ekstrak yg asli (perahan minyak zaiton kali pertama)?
assalamualaikum…ingin tahu jika pengambilan minyak zaitun ini sesuai untuk wanita mengandung @ baru bersalin..
minyak zaiton penuh dgn khasiat.semua perlukanya tetapi nak beli sebotol tak mampu sekaligus.saya cadang buat botol 200 ml atau 300ml.mampulah sikit bagi yg nak beli.danlah nak beli produk lain yang lebih perlu bukan tak perlu.
saya berminat nak jadi ahli HPA .macam mana?
banyak produk HPA yang amat berkualiti.
Assalamualaikum…minyak zaitun dah ada, saya cadangkan pihak hpa keluarkan pulak sabun buah zaitun, kerana khasiatnya begitu banyak (untuk kecantikan dan merawat kulit yang bermasalah)
ada yang bermasalah sembelit (sembelitnya terkeluar sedikit) ketika mengandung, saya syorkan disapu minyak zaiton pada tempat itu. adakah betul cadangan saya itu?
salam..
nak tanya boleh ke minyak zaitun hilangkan parut jerawat?
bagaimana caranya?
mcm mana bagi ibu yang lepas bersalin.. bolehkah diambil semasa di dalam pantang?
amalkan guna minyak zaitun.Datang dalam mimpi ia juga untuk perut buncit
assalamualaikum…
nak tanya..wanita mengandung boleh ambil ke produk extra virgin olive oil ni??
Boleh tak seiap produk HPA turunkan cara2 menggunakan setiap produk, mcm minyak but2, cream but2 atau ape saja produk hpa, sebab tak ada masa nak p kursus. Kekadang jumpa kawan sempat gak nanya kegunaannya. Please email kepada address di atas.
mo tanya, berapa harga minyak zaitun hpa ini, dan dimana belinya
Salam,
Kawan saya mengidap penyakit kanser payudara & sekarang pada tahap kumannya telah merebak ke paru-paru,kata doktor dia hanya menunggu masa..
Bolehkah dia menggunakan minyak zaiton sebagai makanan tambahan & sapuan pd kulit untuk meredakan rasa sakit,penat & sebagainya.T ksh.
Salam Hamidah, anda boleh tanya dengan stokis atau staf cwgn HPA tentang cara penggunaan produk HPA. Mereka juga arif ttg perkara ini.
Hai Ice, utk dptkan produk HPA, klik disini: http://duniaherbahpa.com/usahawan-hpa/
Salam roselinda, ada baiknya anda hubungi herbalis HPA berdekatan anda utk pertanyaan lanjut. Anda boleh tanya dengan staf cwgn HPA di tmpt anda ttg maklumat herbalis.
terima kasih jawaban mak cik, tapi saya ingin tahu alamat yang ada di Indonesia terutama sekitar daerah Jagodetabek. salam
minyak zaiton boleh diambil bersama ubat tak?
Salam,
Saya nak tahu sedikit maklumat dari Tuan,
1.Adakah pihak tuan ada menjual buah zaiton segar yang divacun pack? atau yang di tinkan bersama garam/cuka ?
2.Menurut maklumat yang saya baca dari website,resources product tuan adalah dari syria,adakah ianya yang terbaik dari kalangan producer?
3.Harga yang pihak tuan pasarkan agak mahal, berbanding dengan harga yang bolih kita dapati di negeri pengeluar ( Ex; Italy)
regards
salam
saya menghadapi masalah keguguran rambut yg agak kronik. Adakah penggunaan minyak zaitun sesuai utk mengatasi masalah keguguran rambut?
Tanya…
Minyak Zaitun extra olive oil bisa di jadikan masker untuk muka???