Kordial Kurma Madu

kordialkurma.jpg

Kandungan Utama:
Kurma
Madu Lebah

Kepentingan Jus Kurma:

  1. Kurma memudahkan proses kelahiran.
  2. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, kalium, vitamin A, C, niasin.
  3. Kajian saintifik menunjukkan kurma berkesan mengubati gangguan usus yang kronik.
  4. Mengandungi protein dan garam galian yang membantu menghalang penghasilan sel darah putih berlebihan di usus kecil.
  5. Mengatasi sembelit, namun tidak sesuai untuk penghidap diabetes.
  6. Penawar untuk masalah insomnia.
  7. Gula dalam kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong justeru melegakan batuk.
  8. Unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita mengandung (baik untuk perkembangan fetus) dan selepas bersalin. Ia membantu proses kelahiran, memperkukuhkan urat-urat rahim, mengurangkan tumpahan darah.
  9. Menguatkan ingatan, bantu tumbesaran dan menambahkan tenaga.
  10. Melicinkan perjalanan darah.
  11. Fiber semulajadi yang mengelak masalah usus kronik.
  12. Memelihara kesihatan, mengelak rabun malam. Pejuang Islam di zaman Rasulullah mengamalkan kurma untuk merangsang otot dan mata.
  13. Kalsium berguna dalam pembentukan tulang dan mengelakkan tulang menjadi rapuh.
  14. Disyorkan untuk kanak-kanak hiperaktif.

Penggunaan:
Boleh diminum pada bila-bila masa dan sesuai untuk seisi keluarga.

“Menguatkan ingatan, bantu tumbesaran dan menambahkan tenaga”

Kuantiti : 1 Liter

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 12
Sabah & Sarawak: RM 15

Nilai Mata (NM): 4

13 thoughts on “Kordial Kurma Madu”

  1. Saya nak tahu apa kesannya terhadap kanak2 hiperaktif sekiranya mereka diberi minum jus kurma nih….sbb penerangan ttg jus kurma ni ada menyatakan ianya disyorkan utk kanak2 hiperaktif? adakah tingkah laku mereka akan dapat dikawal? apa pula kesan jangka panjangnya? Terima kasih

  2. Salam Pn Siti, pengamalan kordial ini sangat baik utk mengawal tingkahlaku anak-anak yg hiperaktif. Selain itu, bantuan ibu bapa dan orang sekeliling juga penting dlm kes anak-anak hiperaktif. Gabungan perubatan dan terapi adalah cara terbaik bagi masalah ini. Produk ini tidak meninggalkan kesan buruk utk jangkamasa panjang atau pendek.

    Sedikit info ttg hiperaktif:

    Simptom hiperaktif dapat diperhatikan sejak kanak-kanak itu berada pada usia 3 hingga 4 tahun dan jelas dapat dilihat sebelum usia 6 tahun…

    Antara simptom yang dipamerkan termasuklah tidak dapat duduk diam, sentiasa berada dalam keadaan bergerak (sama ada berjalan ataupun berlari). Tidak dapat bermain dengan senyap, banyak bercakap, tidak sabar menunggu giliran untuk berbuat sesuatu, mengganggu perbualan dan permainan orang lain. Melakukan sesuatu mengikut desakan dalam atau gerak hati. Kanak-kanak ini akan mengamuk apabila kehendaknya tidak dituruti. Kesukaran melakukan tugas yang berulang-ulang (kecuali jika aktivitinya menarik).

    Sebenarnya, banyak daripada simptom yang disenaraikan di atas itu dipamerkan oleh kanak-kanak normal. Namun bagi kanak-kanak ADHD, ia terlalu kerap berlaku. Simptom itu dipamerkan dalam pelbagai keadaan sama ada di rumah di sekolah ataupun di rumah orang lain yang dilawati. Simptom-simptom itu mengganggu fungsi kanak-kanak itu menyebabkan pencapaian di sekolah tidak cemerlang, bermasalah menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan sebaya, malah dilihat sebagai pengacau. Antara kesan jangka panjang ADHD adalah gangguan kecemerlangan pencapaian akademik, kejayaan dalam pekerjaan dan perkembangan sosial serta emosi.

    Info ini dipetik dari web ini >> http://akudandia.com/modules/smartsection/item.php?itemid=43 . Selamat mencuba!

  3. Soalan:

    http://duniaherbahpa.wordpress.com/2006/10/20/kordial-kurma/#comment-930

    Saya ingin mengetahui ape khasiat dan kesannya pada kanak-kanak yang menghidap penyakit kulit (ekzema). anak saya mengalami gatal-gatal, bernanah dan merah pada kulitnya.

    Jawapan:

    Utk masalah ekzema, saranan produk HPA yg sesuai ialah Sabun Cassia utk mandian dan Spirumadu utk amalan harian. Amalkan spirumadu dgn air (dicampur). Spirumadu tidak sesuai utk kanak-kanak berusia bawah setahun. Selamat mencuba.

  4. akhirnya telah ku jumpa minuman khasiat buat diriku dan isteriku yg sedang mengandung….tetapi belum beli lagi,hehehe

  5. SAYA INGIN BERTANYA PRODUK YANG MANAKAH LEBIH SESUAI DIMINUM UNTUK IBU YANG MENGANDUNG DI PERINGKAT AWAL, MALAH PERNAH MENGALAMI KEGUGURAN..SPIRUMADU ATAU KORDIAL KURMA…

  6. salam…saya nak bagi testimoni kordial kurma madu n….semasa hamil anak sulung saya minum kordial kurma madu ni…alhamdulilah semasa bersalin mudah…walaupun selepas 3jam bersalin badan saya masih cergas & sihat..sampaikan nurse ckp baru je bersalin tapi mpak sihat..cergas je..

  7. Saya sudah 3 tahun berumahtangga tetapi belum dikurniakan cahaya mata. bolehkan jus kurma membantu saya dalam merancang untuk hamil?

  8. assalamualaikum..
    saya ada masalah mulut berbau walaupun sudah berkali2 pergi jumpa doktor gigi utk pemeriksaan. kata doktor gigi sy tak ader masalah. sy yakin bau mulut tu mungkin dtg dr perut. adakah kordial kurma madu sesuai untuk sy amalkan bg selesaikan masalah sy atau ada product hpa yg lain untuk sy amalkan. sekian terima kasih

  9. salam..saya mencari produk jus kurma ini dimerata2 cawangan disekitar perak tapi xda stok..bolehkah saya membeli secara online dan bagaimana cas penghantarannya? sila emailkan sebarang jawapan kepada saya..

  10. salam, sy nk beli kordial kurma dlm kuantiti bnyk.. klu bleh nk dptkn pure pati kurma.. hope dpt contct.. )0122555143

  11. salam, saya baru seminggu lepas keguguran nak tahu adakah produk ini sesuai? atau adakah puan boleh cadangkan produk lain yang lbh sesuai…terima kasih

  12. adakah jus ini sesuai diminum ketika senggugut?saya ada terbaca info kurma merah sesuai dimakan untuk mengurangkan sakit senggugut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge