Keunggulan HPA

1. PENGASAS YANG BERWIBAWA

•Diasaskan oleh Tn Haji Ismail bin Ahmad pada tahun 1987, pada ketika itu, dikenali sebagai Perubatan Tradisional Al-Wahida (PTA).
•Latar belakang Tn Haji Ismail Ahmad:
•Lulusan Sarjana Muda Sains (Botani) Universiti Pertanian Malaysia
•Pernah berkhidmat sebagai pegawai di Lembaga Pertubuhan Peladang
•Mewarisi kepakaran ilmu herba daripada keluarga
•Datuk beliau adalah salah seorang pakar herba terkenal di Perlis

2. MENDOKONG EKONOMI UMAT ISLAM

15 Julai 1995 (1 Ramadhan) – HPA Industries Sdn Bhd ditubuhkan. Dimiliki oleh 100% bumiputera Muslim.
•1997 – Al-Wahida Marketing Sdn Bhd ditubuhkan – anak syarikat yang mengendalikan pemasaran produk HPA secara MLM.
•Dianggotai oleh beberapa graduan Muslim daripada pelbagai bidang kelulusan seperti lulusan ekonomi, perakaunan, sains komputer, pertanian, pengurusan dan lain-lain.
•Hampir 200 pekerja yang kesemuanya beragama Islam – HPA memberi nafkah kepada hampir 200 keluarga orang Islam.
•Satu-satunya syarikat MLM milik umat Islam yang telah bertahan melebihi 10 tahun.
•HPA memiliki kilangnya sendiri di Perlis dan Kedah.

3. MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA KEMENTERIAN KESIHATAN

•Semua produk HPA mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia
•Lulus 4 jenis ujian yang diwajibkan sebagai syarat untuk mendapat sijil kelulusan iaitu:

  1. Ujian Mikrob
  2. Ujian Steroid
  3. Ujian Logam Berat
  4. Ujian Kelarutan

4. AMALAN PENGILANGAN TERBAIK

•Kilang HPA mendapat taraf GMP (Good Manufacturing Practice) atau Amalan Pengilangan Baik yang dikeluarkan oleh Biro Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
•Kawalan mutu dan kebersihan yang ketat serta kualiti dan kebersihan produk dijamin

5. PRODUK DAN PERNIAGAAN BERLANDASKAN SYARIAT

•Produk suci, bersih dan berkesan, dibuat oleh tangan orang Islam – 200 pekerja muslimin dan muslimat.
•Produk herba HPA tidak meninggalkan kesan sampingan malah boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur setahun ke atas.
•Semua pekerja diwajibkan berwuduk sebelum memasuki kilang untuk memulakan kerja.
•Setiap pagi (pukul 10.00 pagi), pekerja menunaikan solat dhuha secara berjemaah dan diikuti tazkirah ringkas.
•Pelan pemasaran yang tidak bertentangan dengan syarak (telah disemak oleh panel ulama’) – adil, tiada keraguan dan tiada perangkap. Mendapat pengikitirafan sebagai MLM Syariah daripada Biro Konsultasi Muslim Indonesia.
•Tidak terlibat dengan riba’ – HPA tidak meminjam wang daripada institusi kewangan.
•Bahan, kapsul dan gel yang digunakan dijamin halal 100%-dikeluarkan oleh Halal Gel Sdn Bhd
•Semua produk HPA mempunyai SIJIL HALAL daripada JAKIM.
•Setiap bulan, HPA menginfakkan sebahagian daripada keuntungan syarikat kepada sekolah agama, sekolah tahfiz dan rumah anak yatim.

tazkirah-hpa.JPG

solat-dhuha.JPG

6. MEMPERKENALKAN KONSEP PERUBATAN JAWI

•Pendekatan yang digunakan bersumberkan sumber Ilahiyah dan Alamiah (herba).
•HPA memiliki sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan yang dikenali sebagai ‘Pusat Penyelidikan Perubatan JAWI’ dalam mengeluarkan perawat terlatih.
•HPA bukan sahaja hanya mengeluarkan produk herba, tetapi turut menyediakan kursus-kursus perawatan seperti bekam al-hijamah, akupunktur, urut reflekslogi, kiropraktik dan urutan limfatik.

41 thoughts on “Keunggulan HPA”

  1. Waalaikumussalam encik aminudin,terima kasih sbb bertanya. utk masalah rambut gugur,produk herba terbaik ialah syampu betik dan tonik minyak pandan.ni utk kegunaan luaran.utk pemakanan kesihatan, saya syorkan encik amalkan produk SPIRUMADU.sila check emel utk keterangan lebih lanjut.

  2. Assalamualaikum, saya sudah berkahwin hampir 3 tahun dan masih lagi tidak dikurniakan zuriat. apakah herba yang disyorkan untuk meningkatkan kesuburan?
    Untuk pengetahuan saudara, sekarang ini saya amalkan kopi radix, herga tuju angin, radix, omega-3 kapsul, roselle kapsul dan coscinium plus untuk resdung.

  3. Waalaikumussalam, utk kesuburan, produk herba yg en azeezoo ambil tu dah ok dah,cuma boleh tambah 1 lagi iaitu Evergreen Centella. Penerangan tentang produk ni akan saya maklumkan melalui emel.

  4. Salam,

    Anak saya mengalami migrain dan keadaannya akan menjadi teruk terutamanya apabila waktu peperiksaan (belajar di IPT)atau dalam cuaca yang agak panas. Apakah produk yang sesuai untuk dia mengatasi masalah ini

    Terima kasih.

  5. Salam,
    Pn Noraini, cadangan produk HPA untuk migrain:
    1. Evergreen Centella (EC): 2 sudu EC dicampur dengan air kosong setengah gelas, kacau dan minum. Atau anda disyorkan goncang dalam botol air sebanyak 300 kali untuk memecahkan molekul menjadi lebih kecil dan lebih mudah diserap oleh badan.
    2. Herba Tuju Angin: makan 2 biji pagi 2 biji malam.
    3. Teh Herba: minum 2 kali sehari

  6. Cik Ilisyafiah, sila ceritakan dengan lebih detail tentang masalah penyakit yang di hidapi seperti simptom-simptom penyakit, sejarah penyakit, rawatan yang pernah dilalui dan lain-lain lagi. Harap beri kerjasama.

  7. Cik Ayu, adalah lebih baik sebenarnya anda bertemu sendiri dengan Herbalis HPA utk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sakit anda. Mereka akan periksa dan berikan rawatan dan saranan produk yang sesuai untuk masalah cik. Sila nyatakan tempat tinggal anda dan kami akan cuba syorkan Herbalis HPA berdekatan yang sedia membantu anda. Harap beri kerjsama.

  8. askum..

    sy ingin tahu sejauh mana kejayaan pihak HPA dlm kes-kes penyembuhan penghidap asma

    sy punya teman (wanita) – sekitar awal 30an yang menderita penyakit lelah/asma yang kerap bergantung kepada ubatan hospital. asmanya bermula bukan sejak lahir dan beliau kini memiliki seorang anak perempuan (2 tahun) yang juga mewarisi penyakit penat ini

    apakah nasihat dan panduan yang pihak tuan boleh berikan berdasarkan kejayaan SEBENAR yang pernah pihak tuan lalui..

    terima kasih

    ariff, s. jaya, PP

  9. En Ariff, HPA mempunyai ribuan testimoni pengguna yang mempunyai masalah asma atau lelah. Saya pernah mendengar sendiri pengakuan seorang usahawan HPA yang bertahun menghidap asma kini sembuh sepenuhnya dengan mengamalkan herba HPA. Beliau sering mengamalkan minyak herba untuk masalah tersebut. Cadangan produk herba HPA terbaik untuk masalah asma ialah:

    1. Morin-A: makan 2 biji pagi dan 2 biji malam
    2. Madu Asli: minum campur air setiap pagi
    3. Teh Herba: minum setiap malam campur dengan madu asli
    4. Kopi Radix: minum 2 kali sehari
    5. Minyak Herba: masukkan sedikit dalam air suam dan diminum setiap malam

    Makan herba secara istiqamah (konsisten) dan banyakkan minum air kosong setiap hari. Jangan lupa solat hajat dan berdoa kepada Allah. Dia lah yang menurunkan penyakit dan Dia lah yang Maha Berkuasa menyembuhkannya. Jarakkan masa selama 3 jam antara pengambilan herba dan ubat hospital. Untuk anak kecil, amalkan madu campur air dan sapu minyak herba di dadanya. Harap berpuas hati dengan penjelasan ini. Terima kasih.

  10. Assalamulaikum,

    Masalah saya tentang keputihan sudah berlarutan lebih kurang 5 tahun walaupun saya sudah ada anak 3 orang , saya sudah pergi jumpa doktor pakar tentang masalah ini tapi masih seperti itu juga …saya harap pihak tuan
    dapat menberi pertua tentang perubatan hpa ini.macamana nak mengubati penyakit keputihan ini.

    sekian..
    saadiah.

  11. Waalaikumussalam Pn Saadiah,
    Cadangan produk herba HPA untuk masalah keputihan puan adalah seperti berikut:

    1. Herba Keputihan: makan 2 biji pagi 2 biji malam
    2. Paramaria Plus: makan 2 biji pagi 2 biji malam (tambah dos jika tiada perubahan)
    3. Lady Cheer: utk disapu
    4. Teh Herba: minum 2 kali sehari

    Makan 30 minit sebelum makan kecuali gastrik,makan selepas makan. Banyakkan minum air kosong, lebih 2.5 liter sehari (8 gelas). Amalkan secara berterusan dengan penuh keyakinan. Mungkin mengambil sedikit masa untuk baik. Harap banyak bersabar. Kami mendoakan agar anda cepat sembuh. Amin!

  12. salam…
    utk cik ayu, mengikut apa yg saya tahu, sakit di bahagian tumit kaki sebelah kiri bermakna anda kemungkinan mempunyai masalah di bahagian rahim kiri. sekiranya anda mempunyai masalah spt senggugut/ rahim jatuh/ atau apa2 saja masalah di bahagian berkenaan, saya cadangkan anda membuat rawatan lanjutan serta mengamalkan paramaria, omega gel, shark cartilage, dan herba senggugut. selain itu selalu amalkan refleksologi kecuali ketika hamil.

    1. saya mengalami masalah yang same sakit tumit kaki kiri, apekah punca pada masalh ini, sudah hari ketiga saya sakit pada tumit kaki kiri. saya masih bujang apakah saya ada masalah rahim juga?

  13. Salam Aizamsiza, terima kasih atas cadangan dan saranan produk tersebut. Kami amat menghargai sumbangan anda dalam ruangan komen ini. Wassalam.

  14. salam..

    bagaimana syarikat ini menjalankan social responsibility?adakah syarikat anda melakukan social responsibility?

  15. Assalamualaikum,
    jiran saya mengalami batuk yang berterusan, hampir 3 bulan. Batuknya tidak berkahak, kerongkong pedih dan gatal. Saya ada mencadangkan dia untuk menggunakan produk herba. dia menolak kerana katanya herba itu panas. Apakah produk herba HPA yang sesuai untuk dia, dan bagaimana saya boleh meyakinkan dia yang herba HPA ini tidak memudaratkan dia seperti yang disangkanya panas itu. Dia juga ada resdung.

  16. Salam Syafa, HPA tidak ketinggalan melakukan khidmat masyarakat. Contohnya seperti bencana alam iaitu banjir di Johor. HPA ada membekalkan beberapa produk makanan seperti biskut dan minuman kepada mangsa banjir di Johor. Selain itu, HPA juga menyumbangkan sumbangan berbentuk wang kepada mangsa gempa bumi di Indonesia tidak berapa lama dulu. Dan setiap bulan HPA menginfakkan sebahagian daripada keuntungan syarikat kepada sekolah agama, sekolah tahfiz dan rumah anak yatim.

    Waalaikumussalam Ummi, secara umumnya utk batuk, minum Teh Herba dan Kordial Pegaga. Utk kes-kes tertentu seperti:-jika batuk selalu berlaku pada waktu malam, kemungkinan paru-paru sejuk, kena amalkan madu asli,perah limau nipis dan campur dlm air. Jika batuk selalu berlaku pada waktu siang, kemungkinan paru-paru panas, kena amalkan teh herba dan roselle, kurangkan Kopi Radix dan makanan berserbuk.

    Tidak semua herba bersifat panas. Ada yg bersifat pahit, sejuk dan kelat. Ummi perlu terangkan dengan jelas konsep herba yg sebenar-benarnya. Utk masalah resdung, amalkan Coscinium Plus, Pelawas, Roselle dan Teh Herba.

  17. salam,apakah product yg sesuai utk saya gunakan utk menghilangkan keletihan apabila penat bekerja selama lebih 12 jam setiap hari,saya hanya minum kopi radix setiap pagi alhamdulillah agak bertenaga,tetapi apakah yg perlu ditambah,juga berat badan saya bertambah disebabkan suka makan malam.terima kasih

  18. Salam En Izan, anda digalakkan utk mengamalkan set lelaki iaitu:

    1. Radix: 2×2 (2 biji pagi 2 biji mlm)
    2. Malac: 2×2
    3. Herba Tuju Angin: 2×2
    4. Mega 3 Kapsul: 2×2
    5. Madu Asli: dicampur dgn air dan minum setiap pagi sebelum sarapan

    Kopi Radix teruskan minum macam biasa, cuma boleh lebihkan pengambilan dlm sehari. Misalnya 1 kali pagi, 1 kali petang, 1 kali malam. Minum air kosong 8-10 gelas sehari. Selamat mencuba!

  19. soalan:
    1. saya menghadapi masalah kelemumur yang berkeping-keping yg menyebabkan kepala saya gatal.

    2. anak perempuan saya berusia 9 tahun mempunyai kulit yg kering.

    produk apa yg boleh saya ambil. terimakasih.

  20. Pn Shara, jawapan:

    1. Saranan produk:Tea Tree Oil Cream (guna semasa rambut sedang basah) dan Syampu Betik (guna 3, 4 kali seminggu).

    2. Saranan produk: Mega 3 Kapsul (2×2), Roselle Kapsul (2×2) dan Evergreen Centella (1 sudu EC campur dgn air).

    Selamat mencuba!

  21. saya pengidap sakit buasir sejak tahun 2002.setiap kali selepas membuang air besar saya akan berasa sakit di bahagian dubur dan kadang-kadang sampai berdarah kerana ia terkeluar sedikit.apakah produk HPA yang sesuai untuk saya amalan bagi mengatasi masalah ini.

  22. saya mengalaim penyakit resdong yang mungkin pada peringkat permulaan kerana setiap pagi saya akan bersin berkali-kali dan hidung selalu rasa tersumbat, tidak selesa,berair dan kadang-kaddang gatal-gatal.saya juga alah dengan bau masakan yang sedang dimasak di dapur. apakah produk hpa yang sesuai untuk saya.

  23. Saya baru 6 bulan berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.Saya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak tentu sejak zaman dara lagi.Kini saya sedang usaha untuk mencari produk HPA yang bersesuaian dengan masalah saya.Saya juga ada mengalami sengugut tetapi tidaklah teruk.Bolehkah pihak HPA sarankan produk apa yang sesuai?Apakah ada perkhidmatan berurut bagi wanita seperti saya ni?sebab saya juga ingin berurut sebagai salah satu usaha mendapatkan zuriat.

    Terima kasih..

  24. Cik Syamira, kurangnya pengambilan makanan berserat mungkin menyebabkan buasir. Cadangan produk HPA utk masalah buasir ialah:

    1. Ficus: makan 2 biji pagi 2 biji malam
    2. Coscinium Plus: makan 1 biji pagi 2 biji malam
    3. Teh Asiatica Plus: minum 1 uncang, 2kali sehari
    4. Minyak but-but: sapu di tempat sakit (dubur)

    Makan 30 minit sebelum makan kecuali gastrik,makan selepas makan. Banyakkan minum air kosong, lebih 2.5 liter sehari (8 -10 gelas). Amalkan secara berterusan dengan penuh keyakinan. Mungkin mengambil sedikit masa untuk baik. Harap banyak bersabar. Kami mendoakan agar anda cepat sembuh. Amin!

  25. En Yusman, cadangan produk HPA untuk resdung:

    1. Coscinium Plus: makan 2 biji pagi 2 biji malam
    2. Pelawas: makan 2 biji pagi 2 biji malam
    3. Roselle (kapsul): makan 2 biji pagi 2 biji malam
    4. Teh Herba: minum 1 uncang, 2 kali sehari
    Tambahan: utk alahan kronik, amalkan bersama Madu Asli HPA.

    Kemungkinan akan berlaku sedikit tanda-tanda yakni pengguna akan menjadi lebih serius pada peringkat awal pengunaannya. Namun teruskan penggunaannya kerana ia bersifat sementara sahaja. Ini yang dikatakan sebagai ‘Direction Of Cure’ (DOC). Pengidap alahan adalah dinasihatkan supaya menghindari kawasan debu, makanan seperti udang, sotong, ketam, ayam, belacan, budu dan cencalok.

    Makan herba 30 minit sebelum makan kecuali gastrik,makan selepas makan. Banyakkan minum air kosong, lebih 2.5 liter sehari (8 -10 gelas). Amalkan secara berterusan dengan penuh keyakinan. Mungkin mengambil sedikit masa untuk baik. Harap banyak bersabar. Kami mendoakan agar anda cepat sembuh. Amin!

  26. Pn Shafiza, anda digalakkan utk mengamalkan produk HPA berikut:

    1. Paramaria Plus: makan 2 biji pagi 2 biji malam
    2. Herba Senggugut: makan 2 biji pagi 2 biji malam
    3. Mega 3 kapsul: makan 2 biji pagi 2 biji malam
    4. Kopi Radix: minum 2, 3 kali sehari

    Makan herba 30 minit sebelum makan kecuali gastrik,makan selepas makan. Banyakkan minum air kosong, lebih 2.5 liter sehari (8 -10 gelas). Amalkan selama 2, 3 bulan secara berterusan dengan penuh keyakinan. Hubungi kami semula jika tiada perubahan. Harap banyak bersabar. Jika ingin berurut, sila nyatakan tempat tinggal anda, kami akan cuba mencari perkhidmatan mengurut di sekitar kawasan tersebut. Selamat mengamalkan produk herba HPA.

  27. Soalan dari En Ramzi:
    http://duniaherbahpa.wordpress.com/2006/10/03/kekuatan-syarikat/#comment-1044

    saya ingin menjalankan urus niaga dengan HPA terutama dalam memasarkan tumbuhan herba yang di dikehendaki oleh HPA mengikut syarat oleh HPA.
    saya harap pihak HPA dapat memberi sebarang ulasan.

    Jwpn: Salam En Ramzi, sila hubungi pihak HQ HPA, 04-9776805 atau emel wahida@hpa.com.my utk urusan pemasaran tumbuhan herba yg HPA jalankan. Sila berurusan dgn bahagian pemasaran. Wassalam.

  28. Soalan dari Pn Hafisa:
    http://duniaherbahpa.wordpress.com/2006/10/03/kekuatan-syarikat/#comment-1045

    Assalamu’alaikum.wr.wb

    saya mau tanya , hampir sama dengan shafiza keluhannya, sdh menikah 6 bulan belum dikurniai cahaya hati, sejak dara haid juga tak teratur( terakhir hanya flek2 kurang lebih 1 bulan), sdh coba ke terapi HPA, diberi paramaria plus dan health B, saya juga mengalami sakit dibagian kaki kiri, pernah di bekam dan urut alhamdulillah sdh berkurang sakitnya, yang paling sakit dibelakang tumit tapi menjalar sampai ke paha atas, apakah ada hubungannya dengan masalah rahim seperti cik ayu keluhkan.
    Mohon infonya untuk terapi HPA yang tepat. terimakasih jawabannya

    wassalam

    Jwpn: Waalaikumussalam Pn Hafisa, anda disarankan utk mengambil set kesuburan wanita iaitu Paramaria Plus @ Herba Penggalak Kesuburan (herba rebusan), Mega 3 kapsul, Kopi Radix, dan Evergreen Centella. Suami anda juga disarankan agar mengambil set kesuburan lelaki iaitu Radix kapsul, Mega 3 kapsul, Kopi Radix, Evergreen Centella, madu Asli. Utk mendptkan kepastian mengenai masalah sakit di bhgn kaki kiri anda, adalah dinasihatkan agar anda berjumpa doktor terlebih dahulu utk mengetahui punca penyakit dan masalah anda. Selain itu, anda juga boleh berjumpa dgn mana2 Herbalis HPA utk membolehkan mereka mendiagnos penyakit anda (melalui tapak tgn dan anak mata) dan memberikan khidmat nasihat serta cdgan produk yg sesuai. Wassalam.

  29. Soalan dari En Zulkifli Ismail:
    http://duniaherbahpa.wordpress.com/2006/10/03/kekuatan-syarikat/#comment-1050

    asalamualakum,

    saya ingin brtanya,apakah ubat penyakit gout yang terdapat di HPA.dah bermacam2 produk yang saya cuba tapi masih tidak berkesan.kadang2 bila saya makan apa yang disarankan itu membuat sakit saya bertambah2.kadang2 kata mereka bahawa itu hanya mengeluarkan penyakit dulu baru tempoh penyembuhan.penyakit yang saya alami lebih dari 10 tahun sudah.minta pendapat dan penerangan dari pihak tuan agar saya dapat manapaat yang berguna.buat masa ini saya amalkan makan pelawas dan tuju angin seperti yang di sarankan ahli di kawasan ranau.

    Jwpn:Waalaikumussalam En Zulkifli, set lengkap utk masalah ghout ialah Ardisia, Teh Asiatica Plus, Kopi Radix dan Malac. Sila amalkan secara berterusan dan disertai dgn minum air kosong 8-10 gelas sehari. Jika masih tiada perubahan selepas beberapa bulan mengamalkannya, anda boleh hubungi kami semula. Cadangan lain bagi masalah ghout ialah anda juga boleh mengambil set lengkap 3 D (d’karm, d’deu, d’det), omega 3 softgel, Kopi Radix dan Teh Asiatica Plus. Wassalam.

  30. Saya menghadapi masalah ghout dan didiagnos oleh doktor yg saya menglami taraf acid dlm badan 463umol/l , dan dalam badan saya kadar kolestrol yg tiggi 6.4mmol/l dan satu lagi kadar gula dlm darah dah paras hidung iaitu 6.0mmol/l.(badan saya boleh dimasukakn dalam golongan org yang comel dan tinggi saya 178mm) dan untuk makluman saya baru saja menjadi ahli hpa dan saya harap pihak tuan dapat memberi saranan dan nasihat jenis-jenis ubatan yg saya patut amalkan. Dan doktor menasihat jgn memakan sebarang jenis benda yg bernama daging (merah). Harap pihak tuan dapat serba sedikit nasihat dan cadangan. rgds,

  31. Salam Mohd Zabri, anda disarankan agar mengamalkan set lengkap HPA iaitu 3 D (d’karm, d’deu, d’det), omega 3 softgel, Kopi Radix dan Teh Asiatica Plus. Mulakan dgn dos yg rendah terlebih dahulu diikuti dgn pengambilan air kosong yg banyak (>2.5liter sehari). Amalkan secara berterusan. Teruskan berpantang dari memakan makanan spt daging merah dan lain2 makanan yg boleh mengundang semula penyakit tersebut. Wassalam.

  32. Salam,

    Boleh saya mengetahui apakah perbezaan antara mega 3 kapsul dan omega 3 softgel. Dalam brochure yg saya fahami benda ini adalah barang yang sama dan cara pemprosessannya berlainan sahaja. Adakah boleh saya beri kepada anak saya mega 3 softgel untuk mengantikan mega kapsul, dimana harga omega 3 softgel lebih murah drpd. mega 3 kapsul.(set minda kanak-kanak). Harap dapat penjelasan.Dan satu soalan lagi berita yang kurang menyenangkan dan menjadi heboh di kawasan utara pada satu ketika… Apakah benar Mega 3 Kapsul tercemar dan boleh menyebabkan kanser…… seperti yang di war -warkan pada sesetengah kelompak atau adakah ini satu tomahan….. dan adakah pihak ada melaku satu tindakan agresif dengan melaku pemeriksaan (lab test) untuk pengesahan.

    Harap penjelasan yang telus dan iklas.

  33. saya sekarang sedang megandung anak ke 3. ada apa makanan tambahan yg boleh saya ambil semasa hamil. saya berminat untuk megambil makan tambahan yg boleh melibatkan perkembangan otak bayi yang sedang membesar. tolong saya..

  34. Jwpn:Waalaikumussalam En Zulkifli, set lengkap utk masalah ghout ialah Ardisia, Teh Asiatica Plus, Kopi Radix dan Malac. Sila amalkan secara berterusan dan disertai dgn minum air kosong 8-10 gelas sehari. Jika masih tiada perubahan selepas beberapa bulan mengamalkannya, anda boleh hubungi kami semula. Cadangan lain bagi masalah ghout ialah anda juga boleh mengambil set lengkap 3 D (d’karm, d’deu, d’det), omega 3 softgel, Kopi Radix dan Teh Asiatica Plus. Wassalam.

    SOALAN: Assalammu’alaikum saudara..Saya ada sedikit kemusykilan di sini..Saya juga menghidap penyakit gout.. Dan dalam set lengkap 3D itu, ada juga dimasukkan Omega 3 Plus.. Setahu saya, Omega 3 itu merupakan salah satu penyebab naiknya tahap uric asid dalam tubuh seseorang kerana Omega 3 didapati drpd makanan laut.. Jadi, bagaimanakah Omega 3 dpt membantu dlm masalah gout ini..? Soalan saya ini bknlah bertujuan utk membidas jawapan saudara tetapi cuma utk mendapatkan jawapan yang lebih jelas.. Sekian, terima kasih.. Semoga Allah terus membantu usaha HPA untuk memajukan ekonomi umat Islam.. Wassalam..

  35. salam. 1) saya sering mengalami sakit tumit dikiri dan kanan kaki terutama bangun pagi dan ketika berdiri terlalu lama.
    2.saya pernah menggunakan produk set bersalin hpa . Didalam set bersalin itu ada disertakan satu paket tea herba. masalahnya setiap kali saya menggunakan produk yg mengandungi herba kulit saya akan terasa gatal-gatal.(saya mempunyai alergik).
    Produk hpa apakah yang sesuai untuk saya menghilangkan alergik tersebut. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge