Herba Senggugut

Keadaan haid yang tidak menentu serta terasa sakit sering dihidapi oleh para wanita. Herba Senggugut amat sesuai untuk wanita yang menghadapi masalah ini dan juga bagi wanita yang gagal untuk mengandung. Herba Senggugut dapat bertindak menyuburkan hormon astrogen yang diperlukan oleh para wanita. Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Hibiscus Rosasinensis
2. Vitex Pubscens
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18
Nilai Mata (NM): 8
==========================================
Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Senggugut Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA
Senggugut
Sakit ketika kedatangan haid boleh disembuhkan dengan mengambil sinergi seperti dibawah:
1. Paramaria – 2 X 3
2. Tuju angin – 2X 3
3. Senggugut – 2 x 3
InsyaAllah senggugut tidak akan berulang dan banyak testimoni yang diberikan oleh pengguna sehinggakan kita boleh katogorikan sinergi ini sebagai sinergi yang mempunyai keberkesanan melebihi 90%. Disamping itu juga terdapat kes ketumbuhan seperti fibriod yang menjadi semakin kecil. Biiznillah.
Senggugut
Kesakitan apabila kedatangan darah haid (senggugut) merupakan satu keluhan yang sering ditanya dalam KPJ. Dalam pemerhatian saya ada pasangan yang tidak mendapat cahaya mata mungkin ada hubunganya secara langsung atau tidak dengan masalah senggugut.Ini dapat dilihat apabila senggugutnya hilang ,si isteri didapati mengandung.
Kalau hanya untuk menghilangkan kesakitan senggugut, anda boleh menggunakan sedikit(hujung jari) kapur makan yang dimasukan dalam air teh biasa dan minum,InsyaAllah akan beransur-ansur sembuh dengan izin Allah.Namun bagitu bagi pasangan yang tidak mendapat cahaya mata hendaklah mengambil ubat periuk senggugut dahulu dan kemudian mengambil set kesuburan lelaki dan set kesuburan perempuan.
Set kesuburan lelaki ialah Radix kapsul,Omega 3,EQ minda,roselle dan tuju angin dan set kesuburan wanita pula ialah Paramaria plus,omega 3,roselle dan spirulina . Jika “infertiliti” itu disebabkan oleh logam berat (rambut gugur,gatal-gatal kulit dan kuku rosak)sebaiknya menggunakan “deep cleansing” sebagai tambahan.
Related posts:
No tags for this post.





salam, nak tanya mana lagi elok yer bagi mengatasi masalah period tidak teratur?Herba segugut ke atau paramaria? dan sugesstion produk lain utk mengatasi masalah ni..Harap dpt membantu..TQ.
Salam Ida. Sebaiknya ambil kedua-duanya sekali. Amalkan paramaria dan herba senggugut bersama.
assalamualaikum,
saya nak tanya….terdapat sesetengah ubat tak boleh di ambil bila masa mengandung atau datang haid. Bagaimana pula dengan herba senggugut ni. Boleh tak diambil masa datang haid atau mengandung
Waalaikumussalam Elly, herba senggugut boleh diambil semasa haid. Amalkan bersama Paramaria Plus utk kesan yg lebih baik. Jika hamil, amalkan set wanita hamil HPA iaitu Mega 3 kapsul, spirulina, teh herba dan EQ minda. Wanita hamil di larang mengambil Pelawas dan Paramaria Plus. Wassalam.
Salam
Saya ingin mempunyai cahaya mata. Malangnya sehingga kini masih gagal. Apakah produk yang sesuai buat permulaan bagi mencapai hasrat saya
Salam Roslawati, set kesuburan wanita HPA:
1. Paramaria Plus
2. Herba Penggalak kesuburan (rebusan)
3. Evergreen Centella
4. Kopi Radix
5. Mega 3 kapsul
set lelaki:
1. Radix kapsul
2. Mega 3 kapsul
3. Kopi Radix
4. Evergreen centella
5. Madu Asli
Wassalam.
Salam
Terima kasih, di mana boleh saya dapat penerangan berkenaan setiap set kesuburan tersebut (wanita & lelaki) dan pembekal yang terdekat untuk saya rujuk. Saya tinggal Seksyen U5, Shah Alam
slm, sy nak tanya klu period ok cuma agk sedikit setiap bln, bleh ke mkn herba senggugut ni?
slm.. boleh tau ada dak produk yang sesuai untuk hilangkan fibroid dan masalah period lama dan tak berhenti..
Assalamualaikum..sy berumur 20 tahun dan belum berkahwin. Jadi,bolehkah sy mengamalkan herba senggugut ini?
Salam Roslawati, sila hubungi Pn Habshah, 03-55105477 utk dptkan produk ini.
Salam Maz, anda boleh amalkan herba senggugut ini jika ada mengalami masalah senggugut.
Salam Safiya, produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh.
“Jika “infertiliti” itu disebabkan oleh logam berat (rambut gugur,gatal-gatal kulit dan kuku rosak)sebaiknya menggunakan “deep cleansing” sebagai tambahan.”
Salam,
Saya kurang faham berkenaan penyataan di atas.Apakah dimaksudkan dengan deep cleansing? Apakah cara untuk deep cleansing?
deep cleansing kalau tak silap saya salah satu produk single level … isteri saya pernah guna atas nasihat pengurus cawangan….
Salam… saya berumur 24 tahun..dah hampir 10 bulan kawin, bulan 10 2008 keguguran. saya ingin mengandung lagi tapi rasenye macam susah… badan saya banyak angin, buang air besar pun tak tentu, tak lancar…
1. adakah banyak angin dalam badan jadi punca saya sukar hamil?
2. produk ape yang baik untuk masalah angin saya dan untuk hamil?
3. dimana stokis/pengedar terdekat yang boleh saya minta nasihat dan beli produk? saya tinggal di skudai,jb.
terima kasih
oh ya…saya ada masalah keputihan, bila tak period warnanya kuning dan berbau macam mani…ia berterusan sejak beberapa bulan lepas kawin sampai sekarang…
ada solution tak untuk masalah ni?
saya berumur 19 tahun.. saya mengalami senggugut yang teruk dan haid yang tidak teratur… saya pernah berubat dan dikatakan saya mengalami peranakan rendah… bolehkah saya meggunakan paramaria plus dan juga cadangan produk lain..tq
Assalamua’laikum,
Saya cadangkan sinergi herba spt berikut utk masalah yang dihadapi oleh cik airiesya:
1. Herba Senggugut – 1 pg 1tgh 1 mlm/ 2pg 2 mlm
2. Paramaria Plus – sama
3. Mega 3 Kapsul/ Omega 3 Softgel.
Sekian
Salam…sy sudah berkahwin selama 6 buln tp mnasih belum mengandung. Sy ada masalah ovarian cyst kira2 4.5 cm. Produk ape yang boleh sy ambil untuk mengandung? bantu saya
salam
1-sy nak tanya apakah produk yg paling sesuai untuk pengidap PCOS.
2-sy sudah mendirikan rumahtgga selama 3 tahun.tapi belum memiliki zuriat.berapa lamakah masa yg diambil sekiranya sy ingin mencuba herba rebusan senggugut?
assalammualaikum, saya dah hampir 3 thn kawin dan belum dikurniakan zuriat, doctor bagitau rahim semua ok cuma bersaiz kecil dan period saya tidak teratur sejak kawin. teringin juga hendak mencuba produk hpa ni, tapi tkut akan kesan sampingannya.
assalammualaikum,saya ada anak seorang berusia 6 tahun dan ingin menambah anak.saya mengidap endometrosis.telah mengambil pil kesuburan sebanyak 6 pusingan.suami tak mempunyai masalah kesuburan.apakah produk yang sesuai untuk saya ambil.
saya ada senggut yg teruk dan pernah pregnant luar rahim dan buat pembedahan buang salah satu tiub fallopio.sampai sekarang susah nak pregnant.adakah sy blh pregnant lg dan apakah produk yang sesuai untuk saya?
Saya berumur 28 tahun.Saya telah berkahwin hampir 2 tahun dan masih belum mempunyai zuriat.Saya mengalami senggugut yang agak teruk setiap kali datang haid.Suami juga mempunyai masalah cepat klimaks.Tolong cadangkan produk yang sesuai untuk kami.Adakah kesan sampingan daripada pengambilan produk tersebut?
salam..saya adalah pesakit kanser tiroid dan telah menjalani pembedahan membuang kedua2 tiroid saya.tolong cadangkan produk hpa untuk saya.