DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

H.B (Herba Tekanan Darah Rendah)

Written by duniaherbahpa on Oct 4th, 2006 | Filed under: Produk Kapsul & Gel

hb.jpgH.B (dulu dikenali sebagai Health B) menggunakan bahan utama Hydrocotyle Asiatica (pegaga) dan Amaranthus Spinosus (bayam duri) yang amat baik untuk meningkatkan daya imunisasi dan tenaga khususnya kepada mereka yang mengalami kekurangan kadar darah merah dan mengatasi kelesuan tubuh badan. Selain dari itu, H.B juga dapat mengubati permasalahan berikut:-

1. Menghancurkan batu karang.

2. Penyakit kencing manis.

3. Penyakit keputihan.

4. Penyakit saraf.

5. Penyakit kulit.

6. Penyakit asma.

7. Masalah sembelit, perut kembung dan peptic ulser.

8. Demam panas.

9. Penyakit kuning atau jaundis.

10. Sifilis.

11. Buasir.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Hydrocotyle Asiatica 2.Amaranthus Spinosus

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM 25

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 17
Sabah & Sarawak: RM 20

Nilai Mata (NM): 7

  • Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Vitex (Herba Darah Tinggi)
  2. Artikel-Najis Campur Darah Petanda Awal

No tags for this post.

23 Responses to “H.B (Herba Tekanan Darah Rendah)”

  1. assalamualaikum, student saya (form 2) ada masalah tekanan darah rendah. Dia kelihatan letih dan kerap pengsan. Saya mencadangkan produk HPA iaitu Health B dan spirulina kepadanya. Adakah betul pilihan saya?

  2. adakah ia sesuai untuk wanita mengandung
    bagaimanakah ianya digunakan untuk penyakit kuning atau jaundis.

  3. Waalaikumussalam Ummi, pegaga memang baik untuk merawat masalah tekanan darah rendah dan ianya terdapat dalam Health B. Spirulina juga sesuai sebagai sinergi tambahan. Saya ingin syorkan Mega 3 Kapsul dan Evergreen Centella sebagai tambahan.

    Pn Aida, utk wanita hamil, lebih baik amalkan set wanita hamil iaitu Mega 3 kapsul, Evergreen Centella dan EQ Minda. Tentang penyakit jaundis, memang benar HB boleh digunakan utk merawat penyakit tersebut. Sinergikan dengan Teh Herba, D’Det dan Evergreen Centella.

  4. assalamualaikum,saya seorang remaja lelaki berusia 25 tahun.baru-baru ini alat kelamin saya sesekali mengeluarkan cecair kuning seperti nanah.. mungkin sifilis..adakah H.B mampu menyelesaikan masalah saya?

  5. Waalaikumussalam Azza, saya nasihatkan agar anda berjumpa doktor terlebih dahulu utk mengesahkan penyakit anda. Jika benar, kami cadangkan produk HB, Teh Herba, D’Det dan Evergreen Centella. Wassalam.

  6. sy slalu pening apabila bangun dr duduk yg lame atau berbaring serta tidur.. kdg2 hmpir jatuh..blh sy th ape mslh sy ni? dan kdg2 sy tidak boleh m’gerakkan bdn sy (tgn/kaki/dll) apabila bgun dr tidur..kene tgu utk bbrapa saat…ape yg sedang sy alami ni? adkh ubat di atas blh membantu? tq

  7. assalamualaikum, saya kini mengandung 8 bulan, tekanan darah saya terlalu rendah, adakah herba tekanan darah rendah sesuai utk saya.

  8. saya pernah mengalami penyakit tekanan darah rendah. pernah suatu ketika saya pitam di tempat kerja. akhir2 ini saya terasa sakit di bahagian dada. terasa seperti berdebar-debar. apakah produk yang sesuai yang boleh disarankan untuk saya bagi mengatasi penyakit saya ini. dengan izin Allah, saya dapat sembuh dan kesihatan bertambah baik. harap pihak tuan dapat membantu.

  9. Assalamualaikum…///

    Baru-baru ni saya mengalami kesakitan pada rusuk dan paru-paru bahagian kanan. Kesakitan ini bermula apabila saya demam pada bulan lepas & kekerapan batuk yang kuat seperti batuk kering. Alhamdulilah batuk & demam sudah pulih tetapi kesakitan ini tetap terasa lebih-lebih lagi apabila saya dalam keadaan baring,penat,batuk & bersin. Apakah sebenarnya yang saya alami & herba serta pengamalan apa perlu saya lakukan…???

  10. Saya mengandung 3 bulan,masalah saya sekarang ialah tekanan darah rendah dan saya mengalami anemia..adakah terdapat produk HPA yg dapat membantu masalah sy ?

  11. Salam, HB memang produk yg sesuai untuk masalah tekanan darah rendah. Dicadangkan agar mengambil bersama Mega 3 kapsul.

  12. Puan,
    Saya baru bersalin, masalah saya, saya mengalami keputihan yang teruk dan berbau. Perjalanan darah saya juga tidak teratur. Sekiraya saya bersama suami, akan ada pendarahan dan diikuti dengan darah haid. Apakah product HPA yang boleh membantu saya?

  13. Saya didapati mengalami tekanan darh tinggi 140/100 semasa menjalani pemeriksaan “pep-smear” baru-baru ini. Berumur 47 tahun, berat badan 66 kg.Tlg berikan set herba utk masalah saya. Terima kasih

  14. Assalamualikum…

    Saya merupakan pengguna dan ahli hpa hampir 4 bulan. Saya menggunakan produk herba keputihan, coscinium, paramaria, herba resdung n kopi radix. Saya mengalami pening2 dimana baru2 ini baru ada tekanan darah rendah.
    1. Adakah saya masih boleh meneruskan ubat ni atau ada cadangan lain?
    2. Apakah akibat kepada hati n buah pinggang jika makan ubat terlalu byk?

    Semoga jwpan yg diberikan dpt membantu kebuntuan saya.
    Sekian, terima kasih

  15. Assalamualaikum..
    sepupu saya baru mengalami keguguran 2 bln kandungan. Produk apa yg perlu disyorkan?

  16. Salam,
    Seorg. wanita pregnant mengalami tekanan darah rendah (hemologbin). Saya ada menyarankan agar beliau mengunakan set wanita hamil. Tp. menurut beliau, doktor tidak membenarkan beliau mengambil spirulina atas sbb. masalah kesihatan.
    Pd. pdt puan/tuan, mengapakah dan apakah yg perlu dilakukan unt. menyelesaikan masalah di atas.
    Sekian t. kasih.

  17. assalamualaikum….
    sya nak minta pendapat sesiapa yang dapat membantu saya..ayah saya ada tekanan darah rendah so saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut ttg produk hpa yang boleh menyembuhkan ayah saya….sila syorkan jenis ubat yang perlukn untk penyakit ini…
    urgent….plzzzz

  18. tekanan darah saya 76/53 adakah saya mengalami tekanan darah rendah , tetapi saya tidak mengalami apa-apa simptom seperti pening atau pun pengsan. Mohon pandangan dan nasihat

  19. betul ke kalau tekanan darah rendah susah untuk mengandung?produk apa yang disyorkan?

  20. salam.
    Saya bermasalah kadar hemoglobin (hb) rendah atau selalu kita sebut anemia. Adakah saya sesuai untuk ambil herba HB? setahu saya anemia tidak sama dengan atau bukan bermakna tekanan darah rendah (low blood pressure). Harap mendapat respon segera, tq.

  21. anak saya mengandung 6 bulan dia mempunyai hemoglobin rendah apa ubat hpa yng patut dia mkn

  22. Salam
    saya bermasaalah selalu mengalami pening dan mempunyai tekanan darah rendah umur saya 38thun apa ubat HPA yg patut saya makan

  23. salam…apakah herba hp yang perlukan saya mkn untuk penyakit kelamin iaitu gonorrea..
    harap dapt membantu..
    tq

Leave a Reply