D’DET, D’KARM & D’DEU

kd01.gif

D’DET

D’Det (dulu dikenali sebagai D’Tork) membawa konsep pembersih atau ‘cleansing’ melalui penghilangan toksid khususnya yang terdapat dalam hati dan memberi kesan tidak langsung terhadap nodus, limpa, usus, paru-paru dan darah. Kami tidak menyatakan bahawa semua penyakit boleh diubati dengan D’Det, tetapi ramai orang yang tampil dengan testimoni (kesaksian) kesembuhan dari penyakit yang mereka deritai setelah mengamalkan D’Det.

D’Det bukan ubat dan bukan makanan kesihatan sembarangan, ia berpotensi menjadi puluhan kali ubat. Ianya adalah puluhan potensi herba gabungan sinergi pilihan disediakan oleh orang-orang yang benar-benar mengerti ilmu perubatan alamiah.

Setelah 7 hari mengkonsumi D’Det tenaga akan bertambah, ini menandakan sistem imuniti anda semakin aktif berfungsi mempertahankan tubuh badan anda. Inilah keadaan terbaik dalam membangkitkan daya tahan tubuh. Oleh sebab itu, D’Det juga dikenal sebagai pembangkit (empowering) daya tahan tubuh yang ampuh.

Komposisi (60 kapsul per botol) :

1. Spirulina
2. Vitex Eliptica
3. Morinda Eliptica
4. Andro graphis Paniculata
5. Tinospora Paniculata
6. Hidrocotyle Asiatica

Dos :

Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti sakit gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 75
Sabah & Sarawak: RM 67

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 57

Nilai Mata (NM): 25

Artikel Berkaitan D’Det Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

D det

Produk ini mengandungi 28 jenis herba yang memberikan perawatan menyeluruh khususnya kepada penyakit 4 serangkai. Namun begitu bagi mendapatkan keberkesanan kepada d det ia perlu diambil dengan d deu kerana kandungan vitamin c atau roselle menyebabkan d det bertindak 13 kali ganda kekuatanya.

Dos yang biasa ialah 1 x 3 namun bagitu bagi penyakit yang sudah bertahun boleh menambah dosnya kepada 2x 3 . Jika terdapat keluarnya cairan seperti hingus hendaklah mengurangi pengambilan herba ini.

dkarm.gif

D’KARM

Ketidakseimbangan angin dan suhu di dalam badan adalah faktor kedua punca utama penyebab penyakit. Keadaan ini khusus disebabkan oleh sistem pencernaan yang mengalami gangguan dan kerosakan. Pembedahan di bahagian perut dan masalah enzim serta kondisi yang tersumbat adalah penyumbang kepada mengapa berlakunya keadaan sedemikian. Cinamomum Iners atau Teja Lawang yang mengandungi minyak meruap adalah herba yang amat mujarab untuk terapi ini.

D’Karm juga diperkuatkan dengan Psyllium, sejenis herba yang mengembang seperti jeli dapat membantu dalam proses pencernaan dalam usus bertindak sebagai ‘colon cleansing’ atau mengatasi masalah kolon yang tersumbat. Hal yang sedemikian sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan gangguan kepada sistem pembuangan air besar. Satu kefahaman tertua mengatakan bahawa hampir 90% daripada penyakit bermula di usus. Ini bermaksud kita harus memastikan kondisi kolon kita dalam keadaan bersih dan tidak wujud najis-najis yang terlalu lama dan tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan normal.

D’Karm akan mengembang dan bertindak untuk menarik sisa bahan buangan yang masih terlekat pada dinding usus. Pengguna akan merasa lancar dan lawas sekiranya D’Karm dijadikan amalan. Pengguna juga akan mendapati kadar kolesterol akan menurun kepada paras yang normal sekiranya mengamalkannya secara berterusan selama 6 bulan. Ini secara langsung akan menurunkan tekanan darah ke paras yang normal.

Kesan bintik-bintik putih pada tapak tangan serta tangan yang dingin adalah tanda-tanda seseorang itu menghadapi masalah pencernaan dan sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan suhu dan angin dalam tubuh badan mereka yang mendorong kepada lemahnya imunisasi seseorang. Pengguna D’Karm disarankan minum air sebanyak 2.5 liter (10 gelas) air setiap hari bagi memastikan kesan dapat dilihat dalam masa 7 hari.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

1. Vitex Pebuscens
2. Morinda Eliptica
3. Eurycoma Longifolia
4. Cinanomum Iners
5. Coscinumm Blemeanum
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa

Dos :

Bergantung kepada berat badan. 40 kg (1-2 kapsul) 40 kg ke atas (2 – 4 kapsul) Pengambilan sebelum makan kecuali mereka yang menghadapi ulser dan gastrik, perlu ambil sesudah makan.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 75
Sabah & Sarawak: RM 67

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 57

Nilai Mata (NM): 25

ddue.gif

D’DEU

D’Deu (dulu dikenali sebagai D’Heat). Tubuh mempunyai kemampuan tersendiri dalam mengawal suhu badan. Namun apabila mekanisma tubuh rosak, maka tubuh akan mengalami suhu di paras yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan kepada sistem saraf dan hormon yang tidak stabil. Tanda-tandanya ialah muka dan lidah seseorang itu menjadi pucat akibat meningkatnya suhu. Ini akan berlaku gangguan emosi seseorang.

Roselle Hibiscus Sabdariffa mempunyai lebih 20 kali ganda Vitamin C yang terdapat dalam limau. Ia disinergikan dengan herba pilihan yang mempunyai kesan diuretik (memperbanyakkan pengeluaran air kencing) dan antipiretik (membuang kepanasan). Apabila mengamalkan D’Deu dalam tempoh waktu 10 minit, akan berlaku dimana seseorang itu akan terasa hendak membuang air kecil. Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang larut dalam air. Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui urin.

Kekurangan Vitamin C seseorang adalah disebabkan oleh apa yang dikatakan ‘mal absorbtion’ di mana proses serapan tidak dapat dilakukan . Ini adalah disebabkan Vitamin C tidak boleh diserap tanpa adanya mineral. D’Deu diperkuatkan dengan mineral organik yang telah dicernakan dalam sistem pencerrnaan tumbuhan. Ini bererti Vitamin C akan diserap keseluruhannya apabila mengamalkan D’Deu akan dapat dirasakan dalam tempoh waktu 7 hari. Pengguna akan merasakan tubuhnya kembali bertenaga.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

1. Tetra Indica
2. Bamboo
3. Imperata Cylindrica
4. Ficus Callircarpa
5. Ipomea Reptans
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa

Dos :
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 75
Sabah & Sarawak: RM 67

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 57

Nilai Mata (NM): 25

44 thoughts on “D’DET, D’KARM & D’DEU”

  1. Mengapa Di Indonesia kami tak bisa mendapatkan produk D’Det, D’Karm dan D’deu? Padahal itu bisa menjadi alternatif pengembangan potensi pasar kami selain menggunakan Kopi Pra-Campuran Radix.

  2. En Yuli, produk 3 D (D’Det, D’Karm dan D’deu) memang masih belum dipasarkan di Indonesia. Mungkin pada masa akan datang pihak HPA akan memasarkannya. Harap bersabar.

  3. saya mempunyai berat atas 60kg dan saya ingin menghilang kebuncitan perut selepas bersalin anak no.3,apakah herba yg patut saya ambil?

  4. Pn Salinah, anda boleh gunakan barut berherba. Sapu dgn minyak but-but di bahagian perut dahulu sebelum guna barut tersebut. Untuk amalan seharian, minum Teh Asiatica Plus 2 kali sehari. Boleh juga amalkan Stoma K. Ambil dos 2 biji pagi, 2 biji malam. Sebaik-baiknya kawal pemakanan harian. Elakkan makan berat selepas pukul 8 malam. Digalakkan makan malam antara jam 6-7 petang. Diharap ia akan dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

  5. Wslm, pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

  6. Saya mengalami masalah ruam kulit yang serius. Ia kemerah2an dan timbul sprti kena gigit semut d seluruh badan terutama peha dan bhg blakang badan & sgt gatal. Jika d klinik doktor hanya akn memberi ubat & anti biotik, mmg hilang tapi akn timbul balik jika berhnti ambil ubat jd smpi bila sy nak ambil ubat saja?? Tolong syorkan saya herba apa yg perlu dan berkesan sy ambil, krn dah bnyk ubat yg saya cuba tp tak brp brkesan. Mgkinkah ini juga d pggil resdung?

  7. Cik Watie, utk masalah kulit, anda boleh cuba gunakan Tea Tree Oil Cream. Sapu pada kulit yg bermasalah. Utk amalan herba, anda dicadangkan mengamalkan Teh Herba (2x sehari), Mega 3 Kapsul (2×2) dan Evergreen Centella (2x sehari). Boleh juga gunakan Sabun Asiatica untuk mandian. Antara gejala resdung ialah:

    * HIDUNG sering tersumbat, berkahak, gatal, berhingus, berair, sakit dan merah di pangkal hidung, kurang deria bau, kerap bersin terutama waktu pagi dan selsema berpanjangan.
    * MUKA gatal, sakit & merah di pipi, kelihatan bengkak, sakit bahagian kening, sakit kepala dan jerawat terutama jerawat batu.
    * MATA gatal, bengkak, merah dan berair.
    * BADAN sering keletihan, lelah, rasa kurang sihat, batuk kronik, banyak kahak, ruam di belakang badan dan kuku hitam.
    * KEPALA sakit, rambut gugur, kebotakan dan berkelemumur.
    * MULUT nafas berbau, sakit gigi.

    Jika gejala resdung di atas berlaku pada anda, mungkin anda mempunyai masalah resdung. Cuba amalkan produk utk masalah kulit yg dicadangkan terlebih dahulu. Semoga Allah menyembuhkan penyakit anda. Amin!

  8. Salam En Masiri, set terbaik adalah set lengkap iaitu 3 D (D’DEU, D’KARM, D’DET), Omega 3 softgel, Teh Asiatica Plus dan Kopi Radix. Alternatif lain ialah anda juga boleh mengambil produk berikut:

    1. Omega 3 Softgel
    2. Teh Asiatica
    3. Spirulina
    4. D’Karm

    Selamat mengamalkannya. Wassalam.

  9. Soalan dari Fariza:

    saya menghadapi masalah berat badan berlebihan krn sebelum bsalin berat saya cuma 46-48kg tp selepas bsalin berat badan meningkat hingga 60^, ia menyebabkan saya cepat penat, sakit kaki, & tak selesa..disamping tu perut pun membuncit..badan saya menjadi lebar..ada tak penyelesaian yg baik utk saya menurunkan berat saya..tq

  10. Salam Pn Fariza, utk masalah anda, ada beberapa cdgn produk HPA yg sesuai. Set produk terbaik ialah set lengkap iaitu 3 D (d’deu, d’det, d’karm), Mega 3 Kapsul, Teh Asiatica Plus dan Kopi Radix. Digalakkan juga agar anda menggunakan barut berherba setiap malam bagi mengempiskan bhgn perut. Walaubagaimanapun anda sebenarnya boleh juga mengamalkan produk HPA (set sederhana) spt Pelawas, Stoma K, Teh Asiatica, Kopi Radix dan D’Deu. Selamat mencuba.

  11. Soalan dari Siti:
    http://duniaherbahpa.wordpress.com/2006/10/16/19/#comment-943

    pada bahiagian mata saya…sekitar kelopak mata..terdapat bintil bintil kecil yg bykk..sesetengah orang mengatakan akibat kndungan kolestroll yang tinggiii..betulkah?adakah 3d ini amat sesuai bg masalah ini?

    Jawapan kami:
    Setahu saya, tanda kolestrol tinggi di anak mata ialah apabila terdptnya lingkaran putih di zon paling luar anak mata. 3 D dan Omega 3 softgel sangat baik diamalkan utk menyelesaikan pelbagai masalah kerana 3 D menggunakan ilmu sumber kitab perubatan Ibnu Sina yg menyatakan bahawa penyakit wujud disebabkan oleh adanya toksid, ketidakseimbangan angin dan suhu dalam badan. 3 D diramukan dgn menggunakan konsep ilmu ini. Omega 3 perlu diambil kerana ia berasaskan ikan dan apabila disinergikan dgn herba, kesan ubat akan menjadi 13 kali ganda dan potensi kesembuhan sesuatu penyakit adalah tinggi. Selamat mencuba.

  12. saya adamasalah lingkaran putih di dalam anak mata hitam. Apakah produk yg benar2 berkesan untuk mrnghilangkannya. apakah ini tanda2 kolestrol saya tinggi.

  13. Salam Anom, mengikut ilmu iridologi, lingkaran putih di zon plg luar anak mata hitam menandakan kadar kolestrol yg tinggi dlm badan. Anda boleh mengambil set lengkap HPA iaitu 3 D (dkarm, ddet, ddeu), omega 3 softgel dan teh asiatica plus utk mengatasi masalah ini. bykkan minum air kosong (>2.5 liter sehari) dan amalkan secara istiqamah. Wassalam.

  14. ibu saya mempunyai penyakit kencing manis,darah tinggi,sakit jantung,ada sedikit gangguan buah pinggang,batuk2(terutama selepas makan)keletihan & kurang semangat.dia pernah dimasukkan wad icu kerana serangan jantung.sekarang terpaksa makan ubat2an hospital utk jantung,darah tinggi,kencing manis dan kolestrol. untuk menyembuhkan penyakit ibu say itu apakah set herba yg perlu ambil. terangkan juga DOC yang bakal dialami serta bagaimana hendak menghadapinya jika tanda2 DOC datang

  15. Assalamualaikum,

    Ada orang kata kalau makan D Karm ada kemungkinan jadi demam teruk sebab proses nak buang toksik. Betul ke? Kalau demam disebabkan makan D Karm, apa agaknya herba lain yang boleh dimakan bersekali dengan D Karm ni (utk melegakan demam)…terima kasih

  16. Saya ingin bertanya tentang permasalahan yang saya hadapi kini. Saya mempunyai asma yang tidak begitu teruk(mengalami asma bila batuk). . Saya juga disahkan mennghidapi hepatitis B. Bagaimana dan ubatan apa yang sesuai untuk saya makan bagi mengatasi masalah ini. Terima kasih

  17. Salam…sy berminat mencuba produk D’DET sahaja .Adakah akan timbul kesan yang kurang baik seperti keletihan dll kerana saya x makan 2 set lagi iaitu d’karm dan d’ deu???

  18. Assalamualaikum,

    Sudah 1 tahun saya menggunakan produk herba tuju angin, paramaria plus. Selepas melahirkan anak ketiga saya sering masuk angin dan sakit pinggang. Sampai satu tahap saya kena sakit kepala yang amat sangat dan menyebabkan saya cuti sakit selama 1 minggu dan tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja. Apabila saya mengadu tentang kesakitan ini pada mak cik saya yang memang dealer HPA, dia mengesyorkan saya makan tuju angin dan paramaria. Selepas 1 hari, saya rasa lebih lega dan selesa. Sejak dari itu, saya menjadi dealer dan pelanggan setia produk ini. Kini saya juga mengamalkan produk DDet. Walaupun baru satu botol tapi kesannya sungguh ketara kerana saya rasa badan lebih cergas dan ringan. Saya juga telah menurunkan berat badan sebanyak 3kg…Terima kasih HPA!!!

  19. Salam,

    Saya nak tanya, produk apa yang elok untuk buat detox? Kerana setahu saya kalau nak start mana-mana program diet, seeloknya buat detox dahulu supaya lebih berkesan. Takut kalau tak buat detox,buang duit je tak nampak kesan penurunan berat badan.

    Terima kasih

  20. Lagi satu, terlupa, rasanya 3D ni sesuai sebagai program Detox. Tapi adakah 3D ni boleh dimakan/diamalkan oleh ibu yang menyusukan anak / ibu yang mengandung?

    Terima kasih.

    (P/S: Admin, kalau boleh merge kan dengan komen saya kat atas.)

  21. saya mempunyai masalah fibroid, darah tinggi, kurap di kaki, ekzema dan sering merasa letih. badan juga cepat penat dan cepat hilang fokus dalam menjalankan tugas. setakat ini saya telah mengambil vitec dan vco namun kesannya belum mennampakkan tanda-tanda yang positif. apakah herba yang sepatutnya saya ambil untuk mengubati masalah kesihatan saya ini?

  22. saya tidak mempunyai sebarang penyakit.bolehkah saya mengamalkan produk d’det kerana saya rasa cepat letih dan mengantuk pada waktu pagi(semasa bekerja)….

  23. Salam.
    Saya seorng ibu kpd 2 org anak (bongsu 1th 2bln). Selepas melahirkan yg ke 2, sy alami pertambahan bertat badan (pre obesiti). Boleh tak pihak tuan syorkan produk2 yg patut sy ambil untuk kurangkan berat badan sy dan mengembalikan kesegaran sbb skrg ni mudah sgt rasa letih.

  24. Saya menghadapi masalah sebu perut dan pening berpanjangan apakah produk hpa yg sesuai saya makn?untuk pengtahuan sekarang saya sedang mengambil pelawas,tuju angin,mega3

  25. Saya menghadapi kesukaran membuang air besar..Seminggu pun susah sangat..ataupun kadang-kadang lansung tak membuang. Perut jadi keras dan tidak selesa. Ada cadangan untuk mengurangkan masalahnya saya?

  26. saya ada masalah kolestrol dalam darah yang agak tinggi dan tekanan darah saya juga rendah. Apakah produk yang sesuai saya amalkan?

    Saya juga sudah berkahwin lebih setahun tapi masih tak dapat zuriat lagi. Haid saya teratur cuma kadang2 sesunggut juga.Adakah masalah kolestrol mengahalang saya daripada mengandung?

    Sekian

  27. salam
    saya mengalami pertambahan berat badan yang sangat ketara selepas melahirkan anak ke 2..berat saya sekarang 75 kg dengan ketinggian 152cm…apakah herba ini sesuai bagi saya untuk menurunkan berat badan disamping meneruskan penyusuan anak tanpa gangguan?

  28. salam, saya ada masalah sakit lutut yang amat sangat, kadang-kadanq tak boleh jalan betul, selalu kebas kaki kanan tak boleh berdiri lama, ada gout jugak, saya amalkan d det, pelawas, imt, apa yang boleh ditambah lagi

  29. salam, umur sy 29thn sy mengalami masalah kulit kepala sy byk sgt kelemumur,kulit muka sy gatal-gatal. kekadang tu sy rasa mcm ada benda berjalan kat kulit muka sy. rambut sy byk gugur. muka sy tidak berjerawat tetapi dahi sy penuh dgn ruam. sy kerap sakit kepala. kulit muka sy terdapat liang2 roma terbuka terutama di hidung dan di pipi. berat badan sy bertambah melebihi 60kg. utk pengetahuan tuan, sy sudah kahwin hampir 3 tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat. belakang badan sy kerap sakit. setiap kali sy nak pergi kerja atau melakukan aktiviti lain sy kerap rasa penat, malas dan bosan. sy rasa berat sgt badan sy utk melakukan apa-apa aktiviti. apakah produk yg sesuai dengan sy. sy harap pihak hpa dapat membantu sy. wasalam…

  30. salam..saya sudsh 15 thn menghidap penyakit thyroid & sntsa memakan ubat2an dari klinik krajaaan.jika saya bhnti mkn ubat,didapati thyroid saya naik.ini mennjukkan sy trpaksa bergntung dgn ubt2 trsebut spanjang hdup.untk pngtahuan,thyroid saya tdak mmbengkak slama ini. jadi, saya terfikir untuk mncuba produk drpad HPA. apakah produk yang ssuai untuk saya mkkn.. sekian,dharap pihak HPA dapat mmahaminya.

  31. Salam. Saya masih agak keliru dengan cara untuk memakan produk 3D ni. Adakah ketiga2 produk boleh dimakan sekaligus atau diselangselikan di antara satu sama lain? Harap dapat penjelasan. Wassalam.

  32. assallamualaikum, saya ingin bertanya ttg ketumbuhan keloid(seperti jerawat yg keras tetapi bersifat kekal tiada nanah) yang semakin byk tumbuh didada dan belakang bahu saya, apakah penyebab dan rawatan/herba yg sesuai,sekian

  33. assalamualaikum
    saya mempunyai masaalah dibahagian pangkal kelopak mata sebelah kiri saya mulanya bintil kecil berwarna cerah tumbuh lama kelamaan bintil tersebut semakin membesar dan menjadi lebar dan kelopak sebelah kanan pula satu bintil kecil telah keluar dan mula membesar, adakah ubat HPA yang mampu merawat penyakit yang saya alami ini.

  34. salam…saya mempunyai seorang bapa yang berumur 56 tahun dan merupakan seorang perokok. Beliau cepat merasa letih apabila melakukan sesuatu aktiviti. kadangkala mengadu sakit pinggang, lenguh2 badan dan sebak didada (maybe disebabkan oleh angin kot)…apakah produk yang sesuai utk diambil oleh beliau?wassalam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge