Bedak Herba Untuk Wajah

bedak1.jpg

BEDAK AWANA
Bedak awet wajah ini di dapati di dalam bentuk ‘powder’ dan ianya diadun bersama dengan bedak sejuk dan sejenis tumbuhan Kayu Sepang (Caesaipinia spp) yang dapat menanggalkan kulit-kulit yang mati pada muka.Sel-sel kulit muka akan mati dalam tempoh 1 minggu. Jika lapisan yang mati ini tidak ditanggalkan, kulit muka akan di dapati tidak berseri dan nampak tua. Proses membuang sel-sel mati inilah yang melambatkan ketuaan ini. Bedak ini perlu dicampurkan dengan air dan boleh digunakan seperti penggunaan ‘musk’ pada muka atau seperti bedak sejuk. Bedak Awana ini tidak boleh digunakan oleh mereka yang ada jerawat.

BEDAK DELIMA
Bedak ini merupakan persediaan herba untuk menghilangkan penyakit kulit seperti ruam, gatal-gatal badan, kudis, makan air dan lain-lain. Bedak ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica), Punica Granatum, Oryza Sativa dan Delima (Jasminum Sambac). Bedak Deliam ini perlu dicampurkan denagn air dan disapu pada tempat yang terkena jangkitan kulit. Jika tempat yang terkena jangkitan itu berair, maka penggunaan bedak ini tidak perlu dicampur air. Untuk mendapatkan kesan yang maksima sila ambil bersama Coscinium Plus, Herba Tuju Angin dan Teh Herba sebagai amalan pemakanan harian. Hampas Teh Herba boleh digunakan sebagai sampingan.

BEDAK JASMIN
Bedak ini telah diadunkan dengan tumbuhan ubatan Pokok Tengkuk Biawak (Ficus Calicarpa) dari famili Urticaceae. Bahan aktif dalam tumbuhan ini benar-benar dapat mengecutkan jerawat dan menghilangkannya. Bedak ini perlu dicampurkan bersama air dan digunakan sebagai ‘musk’ selama 1 jam. Selepas dibilas dengan air suam dan diwapkan, gunakan bedak ini seperti penggunaan bedak sejuk dan biarkan semalaman.Untuk mempercepatkan proses pemulihan amalkan bersama Coscinium Plus, Teh Herba dan Madu Asli.

BEDAK TOMPOK HITAM
Menghilangkan tompok hitam bukanlah satu perkara yang mudah. HPA yang membuat kajian terhadap penyakit ini telah menemukan sejenis tumbuhan yang mujarab iaitu Ubi Gadung. Bedak ini perlu dicampurkan dengan air dan boleh digunakan secara ‘musk’ atau seperti penggunaan bedak sejuk. Ia perlu diamalkan berterusan sehingga hilang tompok hitam tersebut. Untuk mempercepatkan kesembuhan, sila gunakan bersama Coscinium Plus, Teh Herba, Minyak Pati Sepang dan Bedak Awana.

Komposisi (50 gram per botol) :
Bedak Awana : Kayu Sepang (Caesaipinia spp)
Bedak Delima : Pegaga, Punica Granatum, Oryza Sativa, Delima
Bedak Jasmin : Pokok Tengkuk Biawak (Ficus Calicarpa)
Bedak Tompok Hitam : Ubi Gadung

Harga :
Semenanjung : RM10 per botol
Sabah/Sarawak : RM12.50 per botol

==========================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Bedak Tompok Hitam Tulisan Tn Haji Ismail,  Pengarah Urusan HPA

Menghilangkan tompok hitam.

Tompok hitam dimuka (freckles/jeragat) boleh dihilangkan menggunakan kombinasi bedak tompok hitam dan minyak sepang.Sapukan adunan itu 2 atau 3 kali sehari terutama waktu pagi atau malam.InsyaAllah dalam tempoh seminggu tompok hitam akan hilang.Disamping itu jangan lupa pengambilan omega 3 (kapsul/soft gel).

18 thoughts on “Bedak Herba Untuk Wajah”

  1. Salam Cik Gee, produk HPA boleh didapati di cawangan dan stokis HPA seluruh Malaysia termasuk di Kelantan. Anda boleh mendaftar sebagai ahli HPA melalui rangkaian kami (klik link ini >> http://duniaherbahpa.wordpress.com/pendaftaran-ahli/ ) dan kemudian membuat belian produk di mana-mana stokis HPA seluruh Malaysia dengan harga ahli. Sila lihat senarai stokis di Kelantan di link ini >> http://www.hpa.com.my/mal.php?page=dist atau yg ini >> http://www.hpa.com.my/find_agen.php . Diharap info ini dapat membantu anda. Terima kasih.

  2. Salam Siti Agian, keahlian HPA melalui grup ini hanya dibuka utk mereka yg belum pernah menjadi ahli HPA sahaja. Jika anda ingin sertai juga, anda perlu tamatkan keahlian HPA yg lama dan perbaharui dgn keahlian baru melalui kami. Sila emel maklumat anda ke muhamadredza@gmail.com utk urusan ini.

  3. Salam…
    Bedak Jasmin mmg sesuai utk kulit yg berjerawat? mmg cara pemakaian nya begitu ke? ade kesan x pd permulaan pemakaian bedak jasmin?

    ~ingin tahu~

  4. salam..sy nk tanya bedak tompok hitam ni boleh hilangkan parut jerawat tak? Atau ada bedak yg lebih baik utk parut jerawat ni.

  5. Boleh tak bedak delima ni digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti panau? Ada tak supplement HPA untuk merawat masalah panau?

  6. Saya baru mencuba kopi radix & ubat gigi. Saya ingin mencubanya kerana pada kulit saya terdapat benjolan sebesar kacang tanah dan berwarna hitam. Saya telah mencuba berbagai rawatan tetapi tidak berhasil. Cuma saya masih belum pergi ke hospital untuk membuangnya. Semasa menggosok gigi juga gusi saya selalu berdarah. Bolehkah kedua-dua produk ini membantu saya?

  7. assalamualaikum…
    kakak sy mengadu mengalami keletihan dan mudah mengantuk selepas dikenakan suntikan mencegah H1N1.Apakah produk terbaik untuk kaka sy guna?

  8. Salam noriz, gunakan bedak jasmin atau bedak sejuk jasmin utk rawat masalah jerawat.

    Salam Kat, gunakan sabun clay sbg mandian. Gunakan berterusan utk kesan terbaik.

    Salam lieza, anda boleh cuba mengikut saranan produk diatas. Gunakan juga sabun clay utk cucian muka. Ubat gigi HPA sgt baik utk rawat masalah gusi berdarah kerana adanya daun mambu dan bunga cengkih.

    Salam Sya, herba tak boleh di ambil serentak dengan ubat hospital (chemical).

  9. erm sy nak tny nie kalau sy pakai bedak tompok hitam tu satu muka de kesan sampingan x dgn jerawat yg de kat muka sy??sy masih was2 la bila sy tny stokis yg jual HPA diaorg bg info pun mcm was2..mcm ne nie..bantu sy..

  10. bedak jasmin nie leh pakai satu muka ke tuk dijadikan musk??ke cuma letak pada jerawat yg de je??sy dh beli tp x tau nak guna..bantu sy..

  11. Salam,kenapa kalau muka ada jerawat tak boleh pakai bedak awana?saya pakai bedak awana campur dengan bedak bayi untuk jadikan loose powder dan untuk kurangkan muka berminyak.muka ada gak jerawat,tp tak banyak,boleh ke?

  12. salam.muka saya dulu ad jerawat lepas tu dah kurang sebab pakai sabun basirah dan bedak jasmin.tapi ada bekas jerawat,boleh tak pakai bedak awana untuk hilangkan bekas jerawat tapi ada sesetengah bahagian muka ada sikit jerawat?terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge