Herba Tuju Angin

Herba Tuju Angin dihasilkan oleh tumbuhan yang mujarab untuk masuk angin serta melancarkan pembuangan air besar, sehingga badan terasa ringan. Herba ini merupakan makanan kesihatan yang baik untuk tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan. Ia dapat mengatasi masalah angin seperti :
1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual
2. Angin Darah: emosi dan cepat marah
3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.
Herba Tuju Angin juga baik untuk mengubati migrain, gejalanya sakit kepala sebelah, tiba-tiba pusing. Selain itu, ia baik untuk mengatasi masalah gastrik seperti perut kembung, terasa kenyang sebelum makan.
Manfaat herba ini:
1. Mengatasi perut kembung
2. Menghilangkan rheumatik
3. Mengatasi migrain
4. Mengatasi maag/gastrik
5. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari
6. Meredakan sakit sendi
7. Hilang selera makan
8. Lemah tenaga batin
9. Rheumatik
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Cinnamomum Iners
2. Vitex Pubescens
3. Micromelium Pubescens
4. Morinda Eliptica
Dos :
Malam 2 kapsul dan 1 kapsul untuk pagi.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18
Nilai Mata (NM): 8
====================================
Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Herba Tuju Angin Tulisan Tuan Haji Ismail bin Ahmad, Pengarah Urusan HPA
Tablet kalsium
Pada pandangan saya pengambilan kalsium khususnya untuk masalah asteoporosis boleh menambah parah keaadaan itu. Ini kerana kalsium yang diambil sukar diserap tanpa bantuan beberapa vitamin dan mineral yang lain. Calsium mestilah diambil bersama magnesium dan vitamin D. Pengambilan kalsium yang tinggi juga menyekat penyerapan zink. Oleh sebab itu sumber kalsium yang terbaik adalah daripada tumbuh-tumbuhan terutama pada tumbuh-tumbuhan yang berakar tunjang.
Mari kita buat satu kajian siapakah yang lebih cepat terkesan antara pengguna calsium tablet dengan pengguna herba tuju angin HPA. Masalah kehausan tulang dan lendir tidak dapat diatasi dengan tablet kalsium tetapi boleh diatasi dengan Herba Tuju Angin(HTA). HTA mempunyai kalsium, magnesium dan zink dan pelbagai mineral lain yang wujud dalam bentuk mineral surih.
InsyaAllah kenapa kita tidak memberikan kepada ibu-ibu kita dengan HTA?.
No related posts.
No tags for this post.





Adakah dengan mengamalkan herba tuju angin, dapat mengatasi sepenuhnya masalah kesihatan tanpa perlu rawatan mengurut dan sebagainya?
Soalan anda akan saya jawab melalui emel kerana saya perlu merujuk kpd mereka yg lebih arif terlebih dahulu. Harap bersabar.
saya nak beli produk ini..
di mana saya boleh beli?
Cik Amina, anda tinggal di mana dan kerja dimana? Sila beri alamat rumah anda utk memudahkan saya mencari stokis yg berdekatan. Sila emel kpd saya –> muhamadredza@yahoo.com utk urusan selanjutnya bagi mendptkan produk Herba Tuju Angin ini.
saya bekerja di putrajaya, klu nak order blh hantar ke opis/rumah?
Cik Zura, memang pihak DuniaHerbaHPA menyediakan penghantaran ke destinasi sekitar Lembah Klang dan Putrajaya. Sile beri alamat dan no telefon anda kpd saya. Call/sms 0193093956 atau emel muhamadredza@yahoo.com
Saya hendak membeli produk ini dan saya tinggal di Kuala Lumpur.
Di manakah saya boleh mendapatnya?
Cik Athi, pihak kami menyediakan penghantaran ke destinasi sekitar Lembah Klang termasuk KL. Sila beri alamat dan no telefon anda kpd saya. Atau anda juga boleh terus hubungi saya (Redza) melalui handset 0193093956 atau melalui emel muhamadredza@yahoo.com .
Saya mendapati terdapat biji biji angin yang banyak di badan saya, terutamanya dikiri kanan rusuk. Saya mengesyaki terdapat banyak angin didalam saluran darah. Setelah mencuba produk (Herba Tuju Angin) saya dapati saya selalu sendawa tetapi biji biji angin tersebut masih saya rasa dibadan saya. Boleh ke tuan memberi penerangan?
En D’nans, saya kurang pasti dengan punca masalah saudara. Saya akan cuba rujuk kepada Herbalis HPA berkenaan hal ini. Untuk sementara waktu, gunakan minyak but-but dan sapu pada bahagian berkenaan. Harap bersabar.
En D’nans, saya cadangkan anda mendapatkan pemeriksaan daripada doktor terlebih dahulu. Adakah sakit jika disentuh biji tersebut? Adakah biji tersebut semakin membesar? Susah untuk saya ketahui tentang penyakit anda tanpa melihatnya sendiri. Sebab itu saya cadangkan anda bertemu doktor utk rawatan lebih lanjut. Wassalam.
salam..
saja berkongsi maklumat, utk en. D’nans, saya cadangkan anda melakukan rawatan bekam samada bekam angin/ bekam darah kerana kemungkinan benar terdapat banyak angin di dlm saluran darah anda. selain dpt mengurangkan angin, berbekam juga boleh melancarkan peredaran darah dan membuang toksik dlm darah.
Salam En Aizam, terima kasih atas nasihat dan pandangan anda berkenaan masalah En. D’nans. :) Kami mengalu-alukan sebarang bentuk nasihat daripada pengunjung web ini kepada mana-mana individu yang memberi komen atau pertanyaan. Mungkin ada yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Terima kasih sekali lagi.
kalu makan ubat ni berat badan boleh bertambah tak?
boleh tak makan produk HPA, 2 atau 3 jenis produk dalam masa yang sama
Eja, herba ini berfungsi merawat sistem penghadaman dan menghilangkan gejala angin berlebihan dalam badan. Ia tidak menyumbang kepada pertambahan berat badan. Herba HPA boleh diambil bersama tidak kira berapa jenis produk dan itulah konsep sinergi dalam perubatan herba. Sila dapatkan nasihat daripada HPA sebelum mengamalkan apa-apa herba untuk rawatan sesuatu penyakit.
Pelanggan saya bertanya apabila kita telah mula menggunakan produk HPA perlukah lagimenggunakan juga ubat hospital yang sebelum ini digunakan untuk merawat penyakit Darah Tinggi dan kecing manis ?
En Ismail, anda tidak perlu tinggalkan terus ubat hospital apabila mengamalkan herba, cuma apa yang anda perlu lakukan ialah menjarakkan masa selama 3 jam antara pengamalan herba dan ubat hospital. Makan herba dulu sebelum ubat hospital. Setelah lama kelamaan (beberapa bulan), anda boleh selang selikan makan ubat hospital tersebut. Maksudnya, hari ini makan, esok tak makan dan lusa makan semula.
Herba tuju angin ini dimakan selepas makan atau sebelum makan
Salam Cik Anum, makan apa-apa herba 30 minit sebelum makan kecuali jika gastrik, makan selepas makan.
assalamualaikum..
saya mengalami masalah sakit belakang yang amat teruk..setelah 7 bulan melahirkan anak dgn kaedah ceasarean..saya terpaksa berjalan membongkok keran tidak dapat berdiri tegak akibat sakit belakang. dan apabila berurut, makcik tukang urut tu kata, saya mempunyai masalah angin yang berat di bahagian belakang badan (pinggang terutamanya). Adakah Herba Tuju angin ini dapat mengurangkan angin2 di badan saya??
Waalaikumussalam Pn Amanina, setiap penyakit ada penawarnya. Penyakit akan sembuh dengan izin Allah. Anda boleh cuba amalkan Herba Tuju Angin (2×2) dan Teh Herba (1 uncang, minum 2x sehari). Makan herba 30 minit sebelum makan kecuali jika gastrik, makan selepas makan. Bykkanlah berdoa dan solat hajat. Kami juga turut mendoakan agar sakit anda akan berkurangan. Amin.
salam.semalam 20072007 saya diserang angin dalam badan..
hmm… matter went worst sebb tetiba rasa panik.. teringat HTA..
dan terus telan 2 bijik..
alhamdulillah selang 5 minit..
dah bule tidur dengan lena..
masya-Allah..
semoga lebih ramai orang percaya dengan kehadiran herba dari HPA ini.. yang penting istiqamah..
saya mengalami sakit di bahagian tengah tumit kaki di kedua-dua belah. Kesakitan amat aktif apabila bangun daripada tidur, atau bangun daripada duduk…
bolehkah herba tuju angin ini mengatasi kesakitan saya?
Salam Pn Siti, anda disarankan utk mengambil produk2 HPA seperti berikut iaitu:
1. Paramaria Plus: 2×2
2. Herba Tuju Angin: 2×2
3. Malac: 2×2
4. Teh Herba: minum 2 x sehari
Selamat mencuba!
saya selalu mengalami sakit belakang apa kah herba yang patut saya ambil n macik saya mengalami asma apa kah product yang perlu mak cik saya ambil
Salam Anol, anda disarankan mencuba produk Radix kapsul (2×2), minyak but-but (utk disapu dari bwh ke atas belakang badan) dan Kopi Radix utk permulaan. Selain herba, anda juga digalakkan membuat rawatan bekam atau urutan badan.
Utk masalah asma, cadangan produknya ialah Morin-A (2×2), Madu Asli, Kopi Radix dan minyak herba (disapu dan dibasahkan di dada tiap2 mlm). Selamat mengamalkan produk HPA!
Soalan:
http://duniaherbahpa.wordpress.com/2006/09/28/herba-tuju-angin/#comment-932
assalamualaikum,
emak saudara saya berumur 48 tahun, sejak 2/3 tahun ni haidnya tidak teratur, kekadang selang 2/3 bulan baru datang, adakah herba2 hpa yang boleh diambil untuk melambatkan monopos.
terima kasih..
satu lagi saya lupa nak tanya tadi, ada tak herba2 hpa yang sama fungsinya dengan viramin c dan kalsium yang boleh diambil oleh semua peringkat umur.
terima kasih..
Jawapan:
Sila amalkan set wanita HPA iaitu Paramaria Plus (melancarkan perjalanan haid), Herba Tuju Angin, Kopi Radix (sumber kalsium. melambatkan menopos), Omega 3 Sofgel, D’Deu (mengandungi Vitamin C megados). Selamat mencuba.
assalamualaikum, saya nak tanya apakah herba yang sesuai untuk saya kerana saya mengalami angin yang kuat dalam badan.saya dah makan ubat doktor tp kesannya kurang. saya dah buat endoskopi dia kata tiada apa cuma merah sikit.sya juga ada darah tinggi.
Salam En Wan Ahmad, utk masalah angin, amalkan Herba Tuju Angin (HTA) dan Teh Herba beserta Madu Asli. Anda boleh tambah dos utk HTA dari 2×2 kpd lebih jika kesannya kurang, cth: 3×3 atau 4×4 dos. Utk masalah darah tinggi pula, amalkan Vitex: 2×2, Malac: 2×2, Omega 3 Softgel: 2×2. Selamat mencuba! Wassalam.
Salam…cara makan untuk herba tuju angin sebelum atau selepas makan? sebab saya selepas makan saya terus makan ubat herba tuju angin, kwn saya cakap x berapa elok macam tu..so..saya harap pihak hpa boleh terangkan kepada saya…sekian, terima kasih.
Salam ASK, makan apa2 herba 30 minit sebelum makan kecuali jika ada gastrik, makan herba selepas makan. Wassalam.
sy skrg mengambil paramaria, tuju angin n stoma k. tp sy tak confident menelan herba ni beserta dgn kapsulnya sekali. (sbb guna kapsul plastik) so stp kali nk mkn, sy akan bukak kapsul n campur 3 produk ni n tambah dgn air then minum. nk tahu either cara ni akan menjejaskan keberkesanan product ini or sebaliknya n klu kita mkn produk ini beserta dgn kapsulnya skli, ada side effect tak?
Salam Shira, tidak ada masalah jika anda mengamalkan produk tersebut dgn membuka kapsulnya dan dicampur bersama air. Ia tidak menjejaskan keberkesanan produk ini. Kapsul utk semua produk HPA adalah diperbuat dari gelatin HALAL dgn kerjasama Halalgel Sdn Bhd. Tidak timbul isu side efek kerana semua produk herba HPA tidak mempunyai sebarang kesan sampingan. Wassalam.
Salam. Saya tinggal di Bandar Sunway. Macm mana kalau saya nak order barang.
Saya mempunyai masalah sakit belakang berpunca dari tulang belakang yang sedikit kebelakang. selain itu saya ada masalah angin dalam badan dimana sakit yang menyucuk dibahagian kaki setiap kali bangun tido. kadang kala urat akan menegang dan untuk mengurangkan rasa sakit saya akan berurut. produk apa yang sesuai saya ambil. terima kasih
Herba ni boleh di ambil wanita mengandung x?
Salam Nurisa, stokis HPA terdekat ada di puchong dan shah alam. Sila rujuk web ini: http://www.hpa.com.my dan lihat bhgn cwgn/agen HPA. Cdgn produk HPA utk masalah anda ialah Herba Tuju Angin (2×2), Radix kapsul (2×2), Teh Herba, Minyak But-but (disapu pada bhgn berkenaan).
Salam Ida, wanita hamil boleh mengamalkan Herba Tuju Angin.
assalamualaikum,
saya nak tanya herba yang mana patut saya ambil untuk hilangkan mengantuk, dan untuk cergas selalu, saya sering mengantuk walaupun tidur cukup.
terima kasih
assalamualaikum,
saya nak bg pendapat mengenai produk Herba Tuju Angin ni…
dulu sy mmg susah nak buang air besar…3,4 hari sekali baru sy ada rasa nak buang air besar,tp sejak saya amalkan makan herba HPA ni….alhamdulillah masalah buang air besar ni selesai..dan setiap pg sy pasti akan buang air besar dgn lawas sekali..saya dah menggunakan produk ni dah 5 bulan..
saya juga ada tanda2 gout..atas saranan herbalis HPA..sy skrg ambik 6 jenis herba HPA….
1-kopi radix-ni saya ambil 3 peket sehari-alhadulillah rasa ringan badan dan hilang rasa mengantuk di waktu pg
2-mega 3-
3-herba tuju angin
4-HB
5-paramria
6-spirulina
yg pasti sy menggunakan tanpa was2..
alhamdulillah kesihatan sy skrg bertambah baik
Salam Zaliha, cdgn kami utk masalah anda:
Kopi Radix, Madu Asli (dicampur dgn air dan minum setiap pagi), Paramaria Plus, Pelawas (jika sembelit) dan mega 3 kapsul. Tmbhn, boleh juga ambil spirulina.
Salam Qutreen, terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman anda menggunakan produk HPA. Ia akan menjadi satu bukti keberkesanan produk HPA utk diamalkan oleh semua masyarakat.
herba tuju angin boleh dimakan bersama tongkat ali?
Utk kanak – kanak 9 tahun ada ubat kurus badan?
assalamualaikum,
tuan, saya bertanya soalani bagi pihak dua orang saudara saya yg mempunyai masalah,
Saudara A (perempuan).
Berumur 62 tahun, dia mengalami gatal2 seluruh badan, selalu batuk. Dibahagian atas pehanya kena penyakit kayap, kakinya pula sakit daripada bahagian peha ke bawah, lututnya pulak bengkak dan tidak boleh nak lipat kaki, beliau sudah pergi buat pemeriksaan doktor selepas diberi injection adalah kurang sikit. Tapi sekarang selalu terasa mengah dan cepat semput.
adakah ini disebabkan kesan daripaya kayap atau pun sebaliknya.
Saudara B
Saya mengalami masaalah kedatangan haid sejak setahun yang lalu, sebelum itu kedatangan haid seperti biasa iaitu setiap bulan atau paling lewat 2 bulan lewat akan tetapi sejak Julai 2007 haid saya tidak datang hingga kini. Saya telah berjumpa doktor untuk membuat peperiksaan, tetapi tiada apa-apa dapat menolong cuma ini sebab simpton-simpton premenupos.
Data fizikal saya:
Umur: 45++
Kerja: Pejabat
Tinggi: 5′2″
Berat: 57kg
Status: Single
Saya, fizikalnya tiada mengalami tekanan, baik kerja atau kehidupan harian semua berjalan dengan lancar. Saya jugak cergas dalam membuat kerja harian. Jarang sekali saya keletihan. Selain dari itu badan saya tidak dapat menerima makan maajun, penah saya memakannya maajun, ni menyebabkan suhu badan saya naik dan demam seminggu.
Saya perlukan bantuan dan nasihat serta cadangan tuan apa2 herba HPA yang patut dan sesuai dgn masalah kedua2 saudara saya ini.
sekian terima kasih.
bolehkah ibu yg menyusukan bayinya makan produk herba tuju angin ini??
assalamualaikum,saya ingin bertanya,adakah angin dan gastrik berlebihan boleh menyebabkan sakit pada dada dan belakang serta menyebabkan kesukaran bernafas lebih2lagi semasa tidur?Saya sering kali mengalami gejala ini dan kadang2 rasa menusuk-nusuk pada bahagian dada.Kadang2 kiri dan kadg2 kanan dada.Saya juga sering rasa ingin sendawa.Apakah rawantan untuk keadaan ini?
Salam,
Bolehkah Herba Tuju Angin/Paramaria Plus di ambil ketika period?
Terima kasih.
Askm,
seorang rakan saya yang masih menyusukan anaknya (umur satu tahun) telah mengamalkan spirulina,paramaria dan stoma-k sejak 2 hari lepas bertujuan untuk menurunkan berat badan dan kesihatan dalaman,
beliau amalkan mengikut saranan pada botol.tetapi pg tadi sy dimaklumkan bayinya mengalami cirit birit yg agak teruk dan tak selera makan sejak dia amalkan produk diatas,
So,saya nak tahu produk apa yang dia kena stop makan?atau beliau kena ubah dari segi dosnya?
terima kasih.
salam..saya nak btanya bagi pihak rakan saya,dia ada trkena buatan orang(santau) sejak 12tahun lalu tapi sudah diubati,ttapi sejak akhir2 ini betisnya asyik bengkak n lebam2 sprti dipukul.Dia jga tdak bleh makan bnda2 masam sperti limau,cuka,nanas n seumpamanya.adakah itu kesan dari santau trsebut dan bolehkah diubati dgan ubat2hpa.jika bleh apakah ubat yg sesuai bgnya.angin dalam bdannya pn ada jga.minta diberi penjlasan.trima kasih..
[...] November 2, 2008 · Dikirim dalam Herba Penawar Penyakit Herba Tuju Angin [...]
salam,sy nk tanya selepas makan hta atau minum kopi radix sy rasa berdebar debar dan sesak nafas,apakah masalah saya.
salam..
kwn sy ada tnda2 knser thyroid..
dia dh pn jmpa doc..
ad x herba utk smbuhkan pnyakit dia?
saya telah mencuba herba tuju angin kerana terlalu banyak angin di badan saya….sakit di dada kanan kiri, perut dan alhamdullillah ada perubahan….pada mulanya saya ingat hanya banyak buang angin (kentot) tetapi pada malam pertama saya makan saya tak dapat tidur kerana terpaksa bangun untuk kerap ke tandas….mungkin segala toksin lama2 dalam perut dicuci dan di buang. Insyallah segala masalah migrain, angin akan hilang.
saya student unvrsti….kerap mengalami masuk angin kat perut..kdg2 muke selalu pucat….
mcm xselesa je selalu…. adkh herba tuju angin benar2 sesuai
KESAKSIAN: Luar biasa khasiat HTA ini. Saya sudah 2 bulan minum tiap hari. Tubuh semakin lama semakin kuat. Tidak pernah lagi masuk angin. Makan jadi lahap. Emosi terkendali. Detak jantung normal. Alhamdulillah ya Allah Engkau menunjukkanku obat yang manjur dan halal. Jawa Tengah Indonesia
assalamualaikum.
saya telah melahirkan anak pada january lepas ( csection ). saya ada membeli set bersalin hpa, tapi tak makan cuz baby mengidap jaundis, kejap naik, kejap turun. so doc tak benarkan makan any herbal tea apa pun, memula saya minum jugak, but bb tak baik-baik, so saya stop semua ubat.
sekarang baby dah ok tapi masalahnya saya risau sebab saya tidak mengamalkan apa apa ubat ataupun mengurut. Perut pun macam kembung je.. saya ada membeli stoma k dan tuju angin. adakah itu akan dapat mengatasi masalah perut kembung dan membuang angin dalam badan?
dan ada apa-apa lain ke yang boleh saya amalkan?
Salam…
herba tuju angin ni kene mkn sblm mkn ke? sbb dkat botol kan ckp slps mkn? konfius pulak…
salam,
sy nor dr. penang. Berkenaan masalah angin dlm badan. Baru2 ni kwan sepejabat mengalami angin yg. byk dlm. badan. Mcm2 ubat2an dimkn tp masih x berhasil.
Unt. pengetahuan en/puan, kwan sy berumur 49 thn (lelaki). Ketinggian beliau ialah 5′ 3″. Unt. pengetahuan en/puan, kwan sy tiada masaalah gastrik….
Pertanyaan sy. adakah cara amalan pemakanan herba HPA yg sebenarnya mengikut berat badan dan ketinggian seseorang individu.
Sekian Terima Kasih…
saya ingin kongsi pengalaman.saya pernah alami sakit atau lengoh pinggang yg terok.sakit tak terperi.sakit macam nak putus pinggang.semua tak kena .duduk atau baring serba tak selesa.panas dengan tungku panas pun tak lega.dulu dulu saya ambil ubat urat di kedai cina.lega tapi bahaya sebab ubat kimia.tapi sekarang saya amal tuju angin dan kopi radix.saya tak risau lagi.ubat sudah ku temui.hidup makin bahagia.sakit pinggang tak beri masaalah lagi.penawar sudah ada.alhamdullah.
saya Ros berusia 33 tahun dan mengalami masalah bintat-bintat(gegata/semut bota)di badan ,tangan secara tiba-tiba..kadang-kadang tak semena-mena naik….ia merunsingkan saya. Dan saya tak pasti punca masalah ini..jadi sesiapa yang pernah mengalami masalah seperti saya dan dapat berkongsi bagaimana cara nak mengatasinya.Adakah tuju angin ini boleh mengatasinya?
salam…
saya ingin bertanya,saya mengamalkan memakan produk paramaria plus dan juga herba tuju angin.akan tetapi,semasa dlm keadaan haid,saya tidak memakan produk-produk tersebut krn atku akan kesan sampingan.Sebenarnye,blh kah produk ini di mkn ketika waktu tersebut. harap dpt penerangan.
terima kaseh.
sdri yana…
setahu saya, paramaria & hta boleh diambil ketika haid. Cuma wanita hamil tidak perlu ambil paramaria
kadang-kadang saya terasa sakit dibahagian kiri seperti dicucuk-cucuk dan bila diurut bahagian itu saya akan sendawa dan tulang rusuk saya juga terasa sakit. bila diurut sakit itu seperti merebak ke tempat lain. apakah puncanya itu?
saya nak tahu, apakah produk hpa yg paling sesuaia untuk sakit gastrik/pedih buluh hati? harap sy dapat jawapan segera? terima kasih…
saya mengalami kesukaran bernafas yang mgkin puncanya datang dari perut dan adakalanya mcm nak sesak nafas. 2 bln lps penah emergency antar hspital sbb sesak nafas. doktor bg ubat gastrik jer. sy ni kdg2 penat tp kdg2 tiba2 hilang pastu pnat blk., bila tarik nafas yg full rasa terhimpit kat perut & dada..kat hspital HKL dah masuk kamera ikut mulut, buat ecg, buat ultrasound, test darah (3x dah) dan buat endoskopik. doctor ckp normal cuma dia kata prut merah skit…usus besar xbuat test tp pembuangan sy setiap pg ok. dah berubat ngan ramai ustaz tak hilang juga, dah berbekam, dh mkn ubat homopati, dah urut 1 bdn, dah urut saraf kt tkg urut saraf, mkn madu, habbatussawda, telur aym kg, minyak gamat dan mcm2 lagi tp sakit mcm tu juga..jd ada apa2 HPA boleh beri saranan untuk menyembuhkan sakit sy ini.
to sallehuddin:
saya pun mengalami masalah yang sama. Jika saudara sudah menjumpai penawar/ubatnya, sila maklumkan kepada saya. sama2 kita ikhtiar dan memohon kepada Allah swt.
insyaAllah
en zam,
senergi yg sesuai untuk masalah gastrik ialah:
SET GASTRIK
1. TEH HERBA RM16
2. MINYAK BUT-BUT RM8
3. HERBA TUJUH ANGIN RM16
4. SPIRULINA RM24
5. KOPI RADIX RM13
TOTAL RM77 (harga ahli)
en sallehuddin / en ness
cuba amalkan mengambil:
1. Herba Tuju Angin
2. Teh Herba
3. Kopi radix
Salam
Saya ingin bertanya mengenai herba tuju angin ini. Bolehkah ibu hamil mengambil herba ini? Tidak adakah kesan sampingan?
Saya mengalami masalah angin yang agak teruk. Pada mulanya doktor mengatakan gastrik yg ada kaitan dgn angin juga, apabila berjumpa dgn doktor yg lain, beliau mengatakan angin dalam badan (dispepsia). Masalah ini terlalu mengganggu kehidupan harian saya, kadang2 saya rasa seperti hendak pengsan kerana angin telah naik ke kepala dan menyerang seluruh badan saya. Doktor mencadangkan saya mengamalkan jeli gamat untuk memulihkan semula luka2 dalam perut malangnya kulit saya mengalami alahan pada kulit pula (gatal2). Walaupun saya menjaga makan masalah ini tetap ada.
Adakah herba tuju angin ini sesuai untuk penyakit yg saya hadapi?
Puan,
Cuba ambil set untuk kehamilan:
SET WANITA HAMIL
1. EVERGREEN
2. MALAC
3. HERBA TUJUH ANGIN
4. SPIRULINA
5. MEGA-3 KAPSUL
6. TEH HERBA
selain itu cuba amalkan minum kopi radix dgn pengambilan cair sedikit (atau separuh). melalui pengalaman isteri (ketika hamil) sy beliau juga ada masalah angin, selain itu baby sy tidak diserang sakit kuning, susu ibu jadi banyak dan baby cepat keras badannya (kini sudah 4bulan). Dengan izin Allah dari pengamalan produk HPA setelah 4 tahun kahwin.