DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Ficus (Herba Buasir)

Written by duniaherbahpa on Sep 30th, 2006 | Filed under: Produk Penawar Penyakit

ficus2.jpgBuasir ialah benjelon yang wujud di selaput lendir rektum atau pada kulit dubur. Sembelit merupakan punca terjadinya buasir teruatamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.

Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan. Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam ubat buasir ini.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ficus Callicarpa 2. Ipomea Reptans

Dos :
Amalkan 3 kapsul pada pagi dan 3 kapsul pada malam. Amalkan bersama Teh Herba dan sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 8

==============================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Ficus Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Ficus/bedak delima (biji) untuk buasir

Ficus adalah salah satu produk HPA yang berkesan untuk buasir. Ia di buat daripada sejenis herba yang dikenali sebagai pokok Tengkok Biawak ataupun Ficus calicarpa.Dilihat dari bentuk batangnya mengambarkan juga seperti usus orang yang buasir.

Herba ini bersifat astringen iaitu mengecutkan dan bahagian yang berkesan untuk rawatan buasir daripada getahnya yang berwarna merah. Sebaiknya dibuka kapsul dengan dos 5x 3 dan di bancuh dengan air panas segelas ketika perut kosong. Kalau ada ketulan yang menyakitkan di luar boleh gunakan bedak delima (biji) yang baru dipasarkan.

Dalam masa yang dekat ketulan akan menjadi kecut, InsyaAllah.

Ficus untuk buasir

Ficus calicarpa dan Ardisia crispa merupakan dua herba astringen(kelat/sepet(ind) yang mempunyai kesan mengecutkan buasir/peradangan.Namun bagitu ada sedikit teknik pengambilan kapsul ficus agar lebih berkesan iaitu:-

1. Buka kapsul dengan dos minima 3×3 bagi yang tidak teruk dan 5×3 bagi yang serious.
2. Masukan serbuk kedalam gelas sederhana dan dimasukan air yang mendidih kedalamnya.
3. Kacau/aduk(ind) dan tutup dengan piring agar tidak keluar wapnya.
4. selepas agak suam,minum persiapan herba tersebut sebelum makan.

InsyaAllah , kaedah perawatan buasir yang mudah dengan herba terpilih.

  • Share/Save/Bookmark

No related posts.

No tags for this post.

25 Responses to “Ficus (Herba Buasir)”

  1. Saya telah mengamalkan pengambilan ficus selama 3 bulan. Adakah terdapat kesan sampingan sekiranya saya ingin mengandung?

  2. apakah akan terjadi doc sekiranya saya mengambil produk ini?berapa lama harus mengamalkannya

  3. Salam Zaza, anda boleh mencuba Kordial Pegaga atau Teh Herba utk permulaan.

    Salam Nor, DOC berlaku bergtg kpd tahap keadaan penyakit. Setakat ini saya belum dapat berita ttg kesan DOC yg luarbiasa berlaku di kalangan pengguna produk herba ini. Anda boleh mengamalkannya sehingga penyakit tersebut betul2 sembuh. Wassalam.

  4. Terima kasih atas bantuan. tapi saya masih musykil. maksudnya saya kene berhenti untuk mengambil ficus kerana ada kesan sampingan untuk mengandung atau saya perlu mengambil kordial pegaga/teh herba.
    untuk makluman tuan, saya masih mengambil ficus.

  5. Askm,

    saya ingin penerangan mengenai Alyxia, ramuan, cara pengambilan, kesan terhadap lumpuh/saraf.

    wslm

  6. Salam Zaza, produk HPA tidak ada kesan sampingan. Sila amalkan kordial pegaga/teh herba dan hentikan makan ficus utk sementara.

    Salam linda, ramuan, cara pengamalan ada disertakan di kotak produk. Perlu juga ambil bersama Minyak but2 (utk disapu), omega 3 softgel. Seeloknya amalkan D’karm, d’deu, d’det bersama.

  7. Salam,

    Nak tanya, kalau ibu2 yang sedang mengandung, adakah boleh dan selamatkah mengambil produk Ficus ini untuk mengatasi masalah buasir?

    Sekian.

  8. terima kasih atas penerangan.sy baru amalkan pengambilan
    teh herba memandangkan sy telah disahkan mengandung.
    setelah bersalin saya akan mengambil ficus semula.

  9. Di mana boleh beli barang-barang HPA terutamanya ubat ficus untuk buasir?
    Terima kasih

  10. Nak tahu sama ada ibu yang menyusukan anak boleh mengambil ubat ini?

  11. Salam Gawex, utk ibu hamil, saya sarankan agar mengambil produk:

    1. Teh Herba/kodial pegaga
    2. Spirulina
    3. HB

    Salam Shazleen, dapatkan produk HPA melalui pengedar kami : http://duniaherbahpa.com/usahawan-hpa/ atau melalui cawangan HPA: http://duniaherbahpa.com/2008/senarai-penuh-cawangan-hpa-seluruh-malaysia/ atau melalui stokis HPA seluruh Malaysia: http://hpa.com.my/senaraistokis.htm .Utk ibu menyusu, elok amalkan:

    1. Teh Herba/kodial pegaga
    2. Spirulina
    3. HB
    Tambahan: Kopi Radix utk memperbykkan susu ibu.

  12. Sekadar ingin bertanya.

    Sejak dua bulan kebelakangan ni saya kerap mengalami pendarahan ketika membuang air besar. Saya telah berjumpa dengan doktor, tapi masalah masih tidak selesai. Doktor menyatakan saya mengalami masalah buasir. Pada ketika ini saya mengalami gatal-gatal dan pedih sedikit ketika selepas membuang air besar. Saya dapati bahagian anus saya sudah terkeluar sedikit. Apakah ubat yang saya perlukan untuk menyembuhkan dan mengecutkan busir ini??

  13. Salam Sirehana, ini panduan dr Tn Hj Ismail,

    Ficus/bedak delima (biji) untuk buasir:

    Ficus adalah salah satu produk HPA yang berkesan untuk buasir. Ia di buat daripada sejenis herba yang dikenali sebagai pokok Tengkok Biawak ataupun Ficus calicarpa. Dilihat dari bentuk batangnya mengambarkan juga seperti usus orang yang buasir.

    Herba ini bersifat astringen iaitu mengecutkan dan bahagian yang berkesan untuk rawatan buasir daripada getahnya yang berwarna merah. Sebaiknya dibuka kapsul dengan dos 5x 3 dan di bancuh dengan air panas segelas ketika perut kosong. Kalau ada ketulan yang menyakitkan di luar boleh gunakan bedak delima (biji) yang baru dipasarkan.

    Selamat mencuba.

    Dalam masa yang dekat ketulan akan menjadi kecut,InsyaAllah.

  14. [...] Oktober 26, 2008 Penawar Buasir Posted by go4halal under Uncategorized   Ficus (Herba Buasir) [...]

  15. Assalamualaikum,
    Saya juga menghadapi masalah yg sama seperti Sirehana. Skrg ini sy hanya mengambil ubat yg dibeli dari farmasi. Ada kesan..tp utk sementara je..setelah berhenti mkn ubat, ia kembali menyerang. Sy tertarik utk mencuba produk HPA. Adakah ubat ini merawat dgn cepat, atau berapa lamakah utk merasakan keberkesanannya? Setelah ada kesan, adakah perlu diteruskan pemakanan ubat atau terus berhenti? Boleh jelaskan. Tq.

  16. assalamualaikum…
    saya ingin bertanya sama ada pengambilan ficus ini akan menyebabkan saya untuk sukar hamil atau bagaimana? saya amat risau dengan penyakit buasir yang saya alami dan malu untuk memberitahu suami saya. saya juga belum pernah mengandung dan sedang mencari produk yang sesuai untuk mempermudahkan saya hamil tetapi pada masa yang sama sangat risau dengan penyakit buasir yang saya alami..

  17. assalammualaikum tuan haji ismail…
    nak tanya ada kesan tak ambil ficus dan pelawas jika ambil untuk jangka masa panjang dan kenapa ada testimoni tanya pasal hamil tu ficus ni ada kesan tak blh hamil ke

  18. salam…

    saya nak tanya samada ianya boleh di ambil semasa kedatangan haid atau tidak.

  19. Prtnyaan cara makan herba ficus yg dgn betul dan bkesan.:
    1. makan sebelum makan atau perut kosng?
    2. perlukah makan bersama herba lain utk kesan segera, cadangan?
    3.maksud dibuka kapsul dan ambil dos 3×3apa maksudnya. adakah 3 bijil kpsul 3 kali sehari.

  20. sya da mengamalkan ficus selama sebulan.sepanjang pengambilan buasir da hilang tetapi selepas berhenti pengambilan ia datang balik?adakah saya perlu meneruskan pengambilan?

  21. Asalamualaikum semua,dahulu saya mengalami buasir berdarah dan pernah jumpa pakar sehingga habis ratusan ringgit sekali rawatan.Saya kini mengamalkan herba ficus dan teh herba tiap-tiap hari dan juga jaga diet pemakanan.Alhamdulillah saya tidak lagi phobia setiap kali masuk ke tandas kerana risau dengan pendarahan.Elakkan makanan pedas,daging dan lain-lain yang susah hadam.Insyaalah penyakit ini dapat dikawal.

  22. bolehkah saya ambil ficus dan spirulina utk buasir tanpa ambil teh herba atau kordial asiatica? kerana saya lihat fungsi teh herba dan spirulina adalah sama, iaitu utk melawaskan. minta cadangan terbaik utk penawar buasir.

  23. Prtnyaan cara makan herba ficus yg dgn betul dan bkesan.:
    1. makan sebelum makan atau perut kosng?
    2. perlukah makan bersama herba lain utk kesan segera, cadangan?
    3.maksud dibuka kapsul dan ambil dos 3×3apa maksudnya. adakah 3 bijil kpsul 3 kali sehari.

  24. Selain mengambil ficus, adakah menyapu minyak but-but boleh mengecutkan buasir ini? Terutama buasir yg sudah terkeluar…

  25. Salam.. Sy nak tanya ckit.. adakah ficus ini selamat digunakan oleh pesakit tekanan darah tinggi, org yg mempunyai masalah jantung, ada masalah degupan jantung yang lebih cepat spt penghidap tyroid atau org2 yg mempunyai penyakit2 yg lain.. TQ

Leave a Reply